Sunday, April 01, 2018

Dari Kuala Lumpur ke Kualanamu (Day 2)

Bismillahirrahmanirrahim.

Phewhhhh lamanya nak sambung HAHAHA dah kurang ingat the details, but just let me jot down the big things. Maybe tak membantu sangat korang untuk travel ke sana, tapi I am sure there will be a lot of other blogs who have been posting about the details to backpack to Medan.

So, the next morning kitorang bangun tidur daripada malam yang terasa lebih panjang tuuu (sebab blackout dua kali kahkah), maka kami pun siap-siap nak ke Medan Toba. Alhamdulillah masjid sebelah tu je, so azan, even orang mengaji sebelum azan pun kedengaran jelas dari dalam bilik. Lepas subuh, prepare utk check out. Kami bertiga kecuali Kak Tiqah keluar untuk morning walk kejap right after subuh, cari air mineral buat bekal nak jalan jauh. No worries, since Masjid Raya yang dekat dengan hotel tu adalah satu tempat tarikan pelancong, maka banyak je kedai berdekatan, seperti Indomaret. Tapi oleh sebab pagi sangat, kami tuju ke kedai-kedai tepi jalan je yang boleh jadi dibuka 24 jam. 



 Balik tu, Dhuha kejap, dan kemudiannya check out.

Jumpa satu gerai kat depan hotel yang serve breakfast. Malas nak makan di hotel, dan kakak-kakak kononnya nak merasa street food Indonesia, maka kami setuju untuk sarapan di situ. TAPI Yam sendiri x order makan sebab kurang yakin dengan kemampuan nak makan awal-awal pagi gini. Plus semalam dekat airport dah borong roti banyak-banyak so Yam memang plan nak makan tu je bebila lapar. 



They served nasi lemak (style Indonesia) dengan bihun goreng. Kak Tiqah dan Kak Najwa mampu habiskan, Kak Krun gagal haha. Mungkin tekak masih belum dibiasakan dengan masakan orang Medan, maka ada yang tak kena dengan selera. Kami kemudiannya berniat nak ambik tuktuk ke Padang Bulan, which is a bus station untuk naik bas ke Medan Toba.

TAPI, tetengah makan tu tetiba dapat ilham nak tengok rate Grab. Sebab semalam dah sedih kena overcharge dengan dua tuktuk tu, maka kami tengok kat Grab lagi murah (maybe around Rp. 11, 000 utk satu Avanza), sedangkan tuktuk Rp 25, 000 untuk dua orang, maka secara bijaksananya wajarlah kami book Grab je kan. So yeah, sambil tunggu Grab tu, since ada je driver tuktuk di hampir segenap tanah di Medan ni, ada je dorang offer, tapi kami tolak secara baik. Bukanlah nak menafikan rezeki mereka, tapi belajar daripada kesilapan la kan. Semalam dah kena tipu, takkan harini nak merelakan diri ditipu lagi. 

Tips kalau korang insist nak merasa naik tuktuk, deal dan lock the price siap-siap dengan driver dia tu. Jangan main bagi destinasi pastu naik je. Lagi bagus, tawar menawar. Kalau tak, kholas lah. 

Okay, so Grab datang. Jenuh jugakla menunggu, siap ada yang datang offer trip ke Toba naik kereta apa semua. Kakak-kakak dah nampak tertarik haha sebab taknak naik bas. Tapi Yam cekalkan hati cakap tak nak. Nak naik bas jugak. So diorang taat je hahahaha bukan apa, paranoid sikit. Tu lah, siapa suruh tipu orang awal-awal. Kan dah terjejas rezeki rakan-rakan korang :D

Sampai di Padang Bulan, kalau kereta, kena bayar Rp 2, 000. KITA yang kena bayar sbb x termasuk dalam fee Grab. Tapi kalau tak nak bayar, suruh je driver tu drop korang kat luar then jalan kaki sikit je nak masuk dalam tu. Tak jauh mana pun. Jimatlah Rp 2,000 yang lebih kurang 60-70 sen duit Malaysia tu. Oh ya, sepanjang perjalanan daripada Masjid Raya ke Padang Bulan tu, enjoy the view. Dapatlah tengok lifestyle orang Medan, pagi-pagi lagi dah bersesak mencari rezeki. Memang lain daripada keadaan sekitar airport semalam yang lebih tenang dan tidak macet. Ternyata, Kota Medan juga ada macetnya tersendiri. 

Okay, sampai Padang Bulan, terus supir Grab drop depan bas yang memang menunggu penumpang ke Danau Toba. Oh, di sini pun ada shared van. Minta maaf sangat, lupa dah tambangnya berapa. Tapi shared van memang mahal sikit, dan cepat sejam kot daripada bas, sebab bas berhenti-berhenti ambil dan turunkan penumpang. Dan mungkin sejuk sikit, SEBAB BAS TAKDE AIRCOND hahahaha yaaaa 5 jam naik bas tu takde pendingin hawa ya. Dia akan buka tingkap dan merasa angin je la kau selama 5 jam tu. 




Make yourself comfortable. Boleh naik bas tu utk letak beg dulu lepastu turun balik, sebab takde aircond kan so panas. Tapi berhati-hati la dengan barangan anda. Yam main pikul je the whole day. Bukan apa, berjaga-jaga. Jadi apa-apa, salahkan diri sendiri je. Jangan nak salahkan orang. By the way, stesen bas dia jangan la nak expect macam TBS ya anak-anak. Seadanya je lah. And nanti ramai yang akan approach kau untuk jual makanan dan minuman. Tolak dengan sopan ya. Diorang mencari rezeki halal dengan gigihnya, jadi tolak la dengan baik, walaupun dorang memaksa sikit ke apa. Cakap je dah ada. Atau diam. Lama-lama diorang berlalu pergi la. 



Oh ya, tak silap bas tu nama SEJAHTERA. Van pun sama. Ada kaunter, so kalau nak tanya apa-apa gi je kaunter. Kitorang cakap dengan drebar bas tu je. So bila nak berlepas, naik la bas. Choose your seat, nanti konduktor datang kutip tambang, cakap je kau nak ke Tigaraja. Jangan risau jangan khuatir, Tigaraja adalah destinasi kedua terakhir. Yang terakhir, Tomok kalau tak silap. Btw kalau tersalah turun, contohnya macam kitorang sepatutnya turun kat Tigaraja tapi terlajak sampai Tomok, tunggu je angkut lalu dan bayarla engko Rp 4, 000 tak pepasal atas kecuaian engko tu haha. Tapi ok je. Merasalah naik satu jenis pengangkutan lain di Indonesia ni. 



Jeti Tigaraja ni jeti mengangkut manusia ke Danau Toba. Kalau kau nak pergi dengan kereta, macam orang nak ke Langkawi naik kereta tu, kena naik di jeti Tomok. Identify hotel yang kau tempah dekat Medan Toba tu belah mana. Macam kitorang book Carolina Hotel, sumpah lawaaaaaaaaaaaaa dan muraaaaaaaaaaaaaaahhhh ( Rp 125, 000 je semalaman! Bahagi dua pulak tuuu. Dan dia ada rate lagi muraaaah. Boleh check website dia utk rate - google Carolina Hotel Danau Toba), ada feri tersendiri yang memang Carolina punya untuk angkut guest dia. Kiranya, most of the hotel dekat Danau Toba nun ada jeti persendirian. Tapi tanya je lah captain feri tu sebab for benefit purpose, diorang angkut je penumpang pergi hotel lain pun, sebab feri ni setiap satu jam kalau tak silap. Tambang between Rp 10, 000 - Rp 15, 000 rasanya dan perjalanan atas air tu dalam setengah jam jugak la.



Penat naik bas takde aircond selama 5 jam tu langsung hilang bilamana dah nampak air Danau Toba tuu. Lawa sangat, dengan bukit bukaunya, fefeeling New Zealand kejap. Ye lah, tak mampu nak gi NZ lagi kan huhuhuhuhu. So perjalanan setengah jam menuju ke Danau Toba tu, hayatilah dengan begitu bergaya. Best wehhh hahaha.




Ok sampai Carolina. Check in pun settle smoothly.



 Despite booking melalui Booking.com sebab free cancellation haha, Yam dah whatsapp awal-awal receptionist tu dari Malaysia lagi, so dia dah tahu kita memang datang what time, so memang bilik dah ready. Check in dan rehat kejap, sebelum kitorang keluar meronda bandar dengan motor. 



Kitorang sampai tu dah petang, so sempat sewa motor sejam je. Rp 35, 000 sejam kalau tak silap. Bensin (minyak) full. Maka merempitlah kami berdua motor menuju ke pekan dan beli sedikit souvenir.



 Jalan sedang dibaiki masa tu (Oktober), so kena berhati-hati. Tapi jalan sikit, berhenti untuk ambik gambar sebab view lawa sangatttt *menangis* Balik tu singgah convenient store dan beli megi cup utk makan malam sebab susah sikit nak jumpa rumah makan muslim di sini. Gereja dan kuil terlalu banyak, senang sangat nak jumpa, dogs pun ramai haha tapi watlek watkul je. Ada je kedai makan muslim tapi kami tak berapa nak berani nak cuba pastu tak menarik je nampak, so kami pilih Pop Mie je lah. Jimat pun jimat hahahaha.

Balik bilik, mandi dan rehat. Pastu gi bilik Kak Najwa dan Kak Tiqah sebab bilik dorang ada beranda menghadap Danau Toba bhaiiiiiii. Lawa sangattttttttttttttttttttttttt *nangis lagi*



 So malam tu kami akhiri dengan dinner kami beserta sembang-sembang pasal diri sendiri. I got to know more about the kakaks, which Yam sangat appreciate makan malam tu. 

Uhhhhhhhh rinduuuu. So malam tu kami tidur nyenyak, letih dan kekenyangan, walaupun bilik tu takde kipas/aircond. Yesssss sebab Danau Toba sejuk secara semulajadi chuols :3 Bilik lawa pulak tuuuuuuu! 



Sooooooo esoknya, Day 3, kita tengok apa yang jadi ya. Hari untuk kembali ke Kota Medan, dan day 4 - hari untuk kembali ke pangkuan Malaysia tercinta. 


Sekian post kali ini, moga2 the next posts tiba x lambat sangat mwehehehehehehe.

Thanks for reading!
Wassalam.




p/s : Kindly please note that 'tuktuk' in this entry shall carry the meaning of bentor. Semalam lupa istilah ni! :'D Tuktuk tu kat Thailand. Bentor tu sebab beca + motor. Bentuk dia macam beca, tapi sebab dibawa oleh motor, bukannya dikayuh, maka terhasillah perkataan bentor itu :D

0 love letta(s):