Wednesday, August 09, 2017

[PART 2] Ho Chi Minh City tour.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai bertemu lagi kita dalam post Yam pasal Vietnam. Entri kali ni fokus kepada hari kedua dan terakhir Yam di bumi Vietnam, terutamanya pasal perjalanan Yam pusing bandar, jalan kaki sensorang.

Haah sorang-sorang! Sebabbbbb kakak-kakak busy nak bershopping. Yam nak halang diorang, dan nak ajak jenjalan dengan Yam, rasa macam tak best, sebab diorang memang datang sini dengan tujuan utamanya nak shopping. Kak Siti ada juga bermanis mulut offer nak temankan, tapi tak ngapelah. Kak Ti pegi lah belek instant shawl nuhh daripada jalan dengan Yam kakakaka. It's okay, Ho Chi Minh City is said to be a safe city for a solo traveller okay. Insha ALLAH.

Jadi, pagi-pagi lagi lepas Subuh, Yam dah bersiap sedia. Terus breakfast makan roti gardenia pastu mandi apa semua. Kejutkan Kak Ti yang masih kepenatan sebab shopping semalam, yang tertidur lepas Subuh. Lepastu Yam say goodbye. Dengan nama ALLAH, perjalanan Yam dimulakan.

Sebelum tu, Yam minta peta dengan hotel sebab semalam ada ternampak. Pastu bellboy yang masih takde kerja pepagi buta tu dengan rajinnya petakan jalan untuk Yam dan namakan few places yang best. Jadi banyak sikit destinasi Yam instead of 2-3 tempat sahaja yang ada dalam kepala.

Berbekalkan peta yang bellboy tu kasi, dengan lafaz basmalah, Yam keluar daripada hotel. Jalan yang opposite daripada Pasar Ben Thanh, sebab tujuan Yam yang pertama adalah Independence Palace.

Jalan punya jalan, it was a fine Sunday. Menjauh daripada hotel, makin busy jalan dan tak ramai pejalan kaki. So bila kau sensorang lintas jalan, orang dalam kereta, atas motor yang berhenti sebab kau, akan pandang kau dengan pandangan yang .... apa budak ni buat kat sini? Pasar belah sana woi. Haha tapi no worries, diorang okay je.

Ada la jugak was-was sekali dua dalam hati, Yam cuba tanya dekat sorang uncle yang tengah jogging. Tapi dia senyum je pastu dengan bahasa isyarat dia bagitau yang dia tak boleh cakap English, pastu bila Yam tunjuk peta nak suruh dia tunjukkan je bahawa Yam berada di jalan yang benar atau tak, dia kata eyesight dia tak elok. Rabun dekat kot so he cant see really well without his glass. Regardless dia senyum je, sambil tunduk-tunduk sorry gamaknya, dan Yam pun teruskan je perjalanan walau tak berapa yakin haha (Moral : Walau kau tak boleh tolong orang, be it language barrier ke tak nampak ke, maintain senyum je ye. Because a smile doesnt know any language, it is spoken by all. Wahh. Sejuk hati Yam nengok uncle tu senyum. Lupa kejap walang di hati yang takut sesat nih)

Tengah jalan tu Yam nampak muzium ni. War Remnat Museum Ho Chi Minh. Tapiii bukan termasuk dalam list nak pergi maka lalu je lah. Tak singgah pun. Oh ya, did I mention about I am going to places that will not charge me? Haha punyalah jimat dan bajet, I decided to visit places yang free entrance jeee tak kena bayar apa pun. Muzium ni nak masuk wajiblah kena bayar, plus I do not have all day untuk tawaf the museums, maka maybe next time ye :)



Lepastuu jalan lagi ke depan sikit, I got instinct that Yam berada di jalan yang benar, cuma jauh sikit. TERambil jalan jauh kot. Tapi takpe, I really enjoyed the walk sebab jalan dia memang sangat cantik, dihiasi dengan pepohon yang rendang dan bebunga yang mekar berseri di pagi hari. Wahhh sangat kan? (Moral : Kalau rasa nervous ke tak best ke, zikir bebanyak, istighfar dan doa moga ALLAH kuatkan naluri untuk ikut jalan yang betul dan selamat. Bila sensorang macam ni, ALLAH je yang kita ada dan sentiasa ada, maka gantungkanlah seluruh harapan padaNya ya. Masha ALLAH ustajah yam!)


Rasanya pagar ni dah dekat sangat dengan Independence Palace tuuu. Jalan ke depan sikit, belah kanan tuu ada Water Puppet Show. Lalu je lah sebab nak masuk kena bayar kakakakaka dan I'm not sure dia dah bukak ke belum pepagi buta tu. Belum, kot.

Jalan dan jalan lagi, ambil gambar dan ambil lagi, kemudiannya...


Inidiaaaa Independence Palace [ Wikipedia Independence Palace ]. Pun masih belum bukak sebab bas-bas tourist masih beratur nak masuk. Yam tangkap gambar kot celah pagar jeee pastu teruskan perjalanan hehe. Yam memutuskan untuk menuju ke Notre Dame Cathedral, yakni sebuah gereja yang klasik di bumi Ho Chi Minh ni, ala-ala Paris gitu katanya.

Dari Independence @ Reunification Palace ni, Yam cuma lintas jalan jeeee dan lalu taman, pastu akan nampak blok batu-bata gereja yang Yam cari ni.



Mana tak tenang jiwa kalau lalu jalan macam ni. Dalam taman dia, sangat relaks dan nampak cozy kan. When you are in this, kau takkan ingat pun yang kau sebenarnya berada di tengah bandar Ho Chi Minh, yang jalan di sebelah taman ni, bersimpang siurnya masha ALLAH, dengan beratus-ratus motor and honking cars here and there.


Tadaaaaaaaaaaa dah jumpa dah Notre Dame nyaaaa. Serius lawa wehh. Ada juga newlywed couple yang tengah photoshoot kat sini. So classy and classic. [ Wikipedia Notre-Dame Cathedral Saigon ]

And people, hari ni hari Ahad. Diorang turun gi gereja. Maka terkulat-kulatlah Yam di halaman gereja ni, sensorang je yang pakai tudung. Orang lain kenmain muka polos ngadap patung Jesus di depan Notre Dame ni, Yam lalu sipi-sipi ni pun diorang dah tenung kakakakakaka 


CANTIK KANNNNN. Combination of the colours brings out really a good texture of picture. Maka berpuluh-puluhlah gambar gereja ni ada dalam telefon Yam. Pedulik hape aku orang sekeliling nak pandang enteng pun haha. (Moral of the story : esok-esok kalau kau jumpa non-muslim duk mengagumi masjid kau, jangan pandang dia pelik. Asalkan dia tak buat any harm dekat worship place kau, dahlah kan.)

Dah puas mendongak menunduk depan Notre-Dame ni, across the small street tu ada Central Post Office of Saigon, dikatakan pejabat pos tertua di HCM dan masih beroperasi sehingga ke hari ini!  [ Wikipedia Saigon Central Post Office ]



Oleh sebab hari Ahad, hari hujung minggu, maka dia tutup dan Yam tak berkesempatan masuk ke dalam. Even nak tangkap gambar pun berebut dengan local people yang pakai national dress diorang, ao-dai dan ado jugak graduating students tangkap gambar convo depan tu. A proudful landmark la kot post office ni.



Haa hat kaler merah putih tuuu ao-dai, baju rasmi/kebangsaan untuk wanita diorang. Yam tahu pun thanks to Running Man episode diorang pegi Hanoi, Vietnam tuuu kekekekeke

Lepas rehat kejap, lepak-lepak dekat tepi tuh, Yam teruskan perjalanan. Kali ni nak cari Tugu Ho Chi Minh pulak. Dan kalau ada rezeki, nak lalu Opera dan Continental Hotel. Katanya lawa.

Maka Yam hala ke jalan yang bertentangan dengan entrance Notre-Dame tadi.


Lawaaaa kannn hehe. Pastu sepanjang perjalanan dari sini, ada di kiri jalan, diorang tampal timeline of Ho Chi Minh, lelaki yang bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan Vietnam. Bandar Ho Chi Minh ni dinamakan sempena nama beliau, menggantikan nama lamanya; Saigon. [ Wikipedia Ho Chi Minh ]



Nampak kan yang belah kiri tu? A good thing la sebenarnya sebab kawasan ni memang tourist attraction kan, so kita pun boleh tahu sejarah negara diorang. Dengan pepohon rendang dan angin sepoi-sepoi bahasa, I really enjoyed reading the timeline sambil jalan-jalan ni.


I dont know how, tapi tetiba end up dekat depan bangunan ni dan, ehhhh HOTEL CONTINENTAL SAIGON lahhhh! It was indeed a beautiful classic hotel dan right beside it is the Opera that I've been looking for as well!


Tengah ada performance menda entah kat Opera tuuu, and I was the only one wearing tudung there jugak huhu. Yang lain semua foreigners dan nampak tak decoration dekat Opera tu? Macam patung dewa dewi kan, so I just gave it a look dan teruskan perjalanan mencari tugu Ho Chi Minh pulak. Supposedly not too far from there. 

I sort of patah balik ke simpang sebelum jumpa hotel tu, simply because jalan tu nampak cantik. And indeed it was. 


Tak ke rasa macam dekat French, with all these buildings haa? I've never been there pun hahaha tapi this one really put me in awe. So I found the monument dan rupanya I can easily reach there if I cross the road in front of the opera. Yam pegi ikut jalan jauh sebab patah balik semata-mata nak lalu jalan yang cantik ni kan. But to no regret, sebab berbaloi dan jaraknya takdelah jauh sangat :)



Masa nih ada a group of Europe tourists kot. So I cant really be there untuk beraksi depan monumen ni. Instead, I walked further di dataran tu. Saja-saja, and simply because dataran depan monumen ni nampak lawa.


There were so many interesting things di kiri kanan jalan. Opera would be belah kiri, dan ke hadapan sikit ada satu bangunan macam rumah flat, tapi diorang jadikan kafe kecil-kecil. So instead of houses, they have cafes there. So interesting!


But since I was alone, dan tak tahu halal ke tak, Yam cuma tengok je lah. At my right, ada Saigon Garden. Pun lawa jugak. Ada Starbucks dengan suasana yang sangat cozy dan homey. Again, lalu je sebab not really a fan of coffee, or Starbucks to be specific. Dan Yam pun jalan balik ke monumen tadi. 

Luckily there was no tourist dah, except sorang ni. Dia minta Yam ambilkan gambar dia depan tugu, so did I haha. Maka for the first time that day, I had my picture captured by someone else. Kalau tak, asyik selfie je manjang, kalau tak ambil gambar pemandangan kakakakaka. Realiti kalau jalan sensorang, ginilah haha


So I finally found all places that I wanted to go. Dah nak menginjak ke tengah hari, so ayuhlah kita jalan slow-slow balik ke hotel. 


I personally found this shot beautiful hehehe. Ye lah puji diri sendiri lah niii yang tangkap gambar nii haha

I heavily depended on the map. Tapi pakai instinct la jugak. Sebab tuu kena doa banyak-banyak janganlah kasi tersalah jalan huhu. Tapi as long as you are not going the opposite way, despite of not being in the most correct way, takpe, you'll still find the way insha ALLAH.

Macam hidup jugaklah kan. We have so many alternative ways to reach our destination. Sebab tu kena selalu doa dekat ALLAH supaya kita sentiasa berada di landasanNya. Wahhh ustajah yam lagi sekali hihi :3 Tapi benarlah, travel ni, walaupun sikit, walaupun sekejap, you shall find some life lessons yang kau takkan jumpa kalau kau duduk diam je. 


Jenjalan tuu jumpa benda ni. Entah apa nama tempat ni, muzium jugak kott. Nampak macam helikopter perang je niii


Alahai damainya jiwa melihatkan kehijauan giniii. Ni Yam kiranya macam berpatah balik ke Notre-Dame tadi, kembali ke Independence Palace tadi, kemudian susuri jalan menuju ke Saigon Square semalam, lepastu dah ingat dah jalan nak sampai ke Benh Thanh. Yaaa jadikan Benh Thanh sebagai destinasi ya, sebab dah sampai Benh Thanh nanti dah tahulah cemana nak balik hotel kan. Plus dah lalu semalam masa dengan bas, so that's why lah enjoy your ride masa dalam bas tuu. Letakkan landmark something, pastu observe jarak ke hotel. Macam semalam Yam dah ternampak Independence Palace dari dalam bas, so dah tahu nak tala ke mana dari Palace tu ke hotel. Cuma dari hotel nak ke Palace tuu budak bellboy tu kasi jalan lain. Haha takpe jalan jauh sikit. I enjoyed new nice view kan, remember? :)

Alhamdulillah selamat sampai hotel. Kak Ti was out for shopping, ambil kunci di kaunter. Rileks jap sebelum Yam pun turun bawah habiskan duit yang berbaki hehe. Kos berjalan pusing bandar hari ni memang free, tak pakai duit pun. Pakai masa dan tenaga sahaja hehehehe

So tengah hari tu kami pack barang dan ready nak check out, sebab receptionist tu dah remind, ada orang nak masuk bilik kami. Kami letak je dulu beg dekat lobi, lepastuuu jenjalan lagi sebab tunggu tempahan baju semalam tak sampai lagi. Flight kami jam 4 petang gitu, kami ada masa dalam dua jam lagi kot. Maka ayuhlah berjalan-jalan lagi hahaha walaupun beg macam dah tak muat dah pun! :'D


Haaaa ni dah tahap berdosa tauuu kalau pegi HCM City kalau tak beli kopi dia ni. Mak aiii manisnya senyum semanis kopinya hehehe. Kopi dia sedap, milo pun sedap. RM3 segelas bang. Tiap-tiap hari tu wajib, setiap kali nampak orang ni pun dah jadi sunat muakkad untuk Yam beli. Irresistable tauuuuuu.

Sebelum gerak ke hotel, kami lunch di kedai makan depan hotel jugak. Banyak juga kedai boleh try selain Hajah Basiroh tuu.


Tengah fikir nak makan kat kedai mana lagi, nak makan apa lagi yaaa hahahaha pastu Kak Siti tengah membebel apa entahh tuuu :D

Lepas tempahan dah dihantar tuu kami terus ambil taxi ke hotel. Lepak-lepak di airport sekejap. Oh by the way, security check kat sini kau kena buka kasut sekali ya, selain beg, jaket, belt, watch apa semua tu. Maka berkaki ayamlah kau menuju ke polis airport tu, dengan kasut kau sekali masuk dalam scanner dia. Takut sorokkan dadah kut dalam tapak kasut. 

Lepastuuu masuk dekat tempat menunggu tu. Back to reality lah wei. Terlalu nervous fikirkan paper esok, Yam terlupa nak jenjalan cuci mata dekat airport ni ha, walaupun banyak lagi masa yang ada. Nak membaca ke menghafal ke, Yam ngantuk kakakaka. Maka tersadailah tunggu flight sambil merenung masa hadapan yang terasa kelam. Ouch hoho.


Babai bumi Saigon, insha ALLAH kembali lagi dalam setahun dua ke cari kain lace nak buat baju pengantin ke ehhh kakakaka



Kakak-kakak yang menjaga adikmu ini dengan penuh kasih sayang dan wang ringgit (hiks), terima kasih. Minta maaf salah silap, mohon halal semua2 yaaa :3

(Tips keluar daripada kastam : Jangan tunjuk sangat engko ni baru balik Vietnam bawak balik banyak barang. Kalau boleh, elakkan keluar sekali dengan flight-mates. Keluar dengan orang yang flightnya dari Lombok ke, Denpasar ke barulah tak suspicious sangat akakakaka. Tapi ni usaha je, kalau kau kena cukai, redha lah. Kastam menjalankan tugas je tuuu. #Husnuzzhon )

Yam balik rumah Kak Nori, kemas sikit-sikit, lepastuuu revise lah untuk ILEP esok petang. Paginya balik UIA, petangnya paper. 

Aduhai, cerita 22 Mei lepas. Ni result dah sebulan keluar, alhamdulillah tak sesia termenung dalam flight harituu hehe. Terima kasih Ustaz Zaid! :D Result seadanya, alhamdulillah :)

Looking forward for next trip insha ALLAH. Dah tahu sedikit sebanyak tips and tricks ni, semoga next trip memberi life lesson yang tak kurang indahnya juga. Ya ? :) Anyway korang yang ada kesempatan, dari segi masa, wang dan tenaga tu, silakanlah berjalan-jalan bermusafir di bumi Tuhan. Seolah-olah ada rahsia yang akan tersingkapkan, yang tidak ternampakkan kalau kau cuma menjalankan rutin yang sama seharian. Takde teman? Sponsor Yam lah! Hiks

May this Vietnam posts membantu korang la sedikit sebanyak. Maaflahhh kalau post akak boring. Esok-esok dah tua bila baca balik ni, best nii haha. #SyokSendiri


Wallahu'alam, wassalam.



Regards,
Maryam Jamilah.

0 love letta(s):