Wednesday, August 09, 2017

[ PART 1 ] Short Escape : Two Days One Night to Ho Chi Minh City, Vietnam :)

Bismillahirrahmanirrahim.

ENAM BULAN TIDAK BERBLOG! Ewah sangat dah setengah tahun Yam ooi. Since dah lama tak berblog ni, maka secara logiknya banyak benda yang tak sempat nak update kat sini kan. Alolo. Insha ALLAH, satu persatu, kita kutip kenangan masa lalu pastu letak kat sini ya. Senang nak rujuk pada hari tua hiks.

One of them would be my trip to Vietnam last May. Dua hari satu malam je, ke Ho Chi Minh City pada 20 dan 21 Mei. Sebenarnya trip ni disponsor oleh Kak Siti. Kononnya sebagai hadiah & token of appreciation sebab jagakan anak dia #AdamMujahid tuu masa dia pergi umrah hujung Disember lepas. Dan Yam hanya menerima dengan hati yang terbuka. Flight, hotel, malah duit nak shopping pun semua ditanggung. Tinggal naik kapal terbang jeeee hehe. Kiranya bukan trip backpacking ke Ho Chi Minh laa tapi trip shopping ke Ho Chi Minh. Dan ya, tetap pergi, walaupun TENGAH MUSIM FINAL EXAM.

Iyaaaaaa tengah-tengah antara final papers tuuuu. Kak Ti beli tiket dah lama, so tak dapat elak terjatuh pada musim exam. Nasib baik musim exam, bukan pada hari exam. Pergi semalaman je kan, 20 dan 21. Sabtu dan Ahad. Dan 22 Mei bersamaan hari Isnin tu, Yam ada paper! Islamic Law of Evidence and Procedure kauuuuu. Rezeki sangat tak jatuh pada hari exam, lantas membolehkan Yam turut serta dalam trip ni, yang turut disertai oleh Kak Siti, Kak Nori (kakak ipar) dan Kak Wani (kawan Kak Nori).

Selesai paper pada 18 Mei, Yam stay kat UIA sampai 19 Mei baru balik rumah Kak Nori. Stay sebab nak study awal2 untuk paper ILEP 22Mei nanti. Tak adalah kalut nak menghafal kat bumi Viet Nam tu kan. So 19 Mei balik rumah Kak Nori, dan awal pagi 20 Mei, dalam jam 4 pagi, kami ke rumah Kak Ti di Bangi sebelum ke Putrajaya Sentral untuk parking kat sana. Lepastu kami naik ERL ke KLIA2 dan jumpa Kak Wani di sana.



Hujan renyai-renyai menghantar pemergian kami dari bumi Malaysia ecewahh :D Flight dalam jam 7 pagi macam tu dan sampai sana jam 9 pagi macam tu kot.



Masa nak berlepas tu, hujan dah berhenti lepastu matahari mula memunculkan diri, mengucapkan selamat tinggal kepada kami dengan cahaya indahnya. Wahh sangat tau budak Yam ni :D


Kekonon study lah dalam flight tuuuuuu sebab lusanya ada paper kan. Tapiii kejap kejap jee menjeling-jeling ayat hafazan jeeeee lepastu termenung lepastu berangan tetiba dah sampaii hahaha

Oleh sebab di sana awal sejam daripada kita di Malaysia, maka waktu tempatan ketika kami mendarat di Tan Son Nhat Airport ialah 8 pagi. Masih awal pagi lah :) Masa beratur nak cop imigresen, kami berbincang tentang cara nak balik ke hotel ni. Adakah dengan taxi ataupun nak naik bas je? Selaku orang yang dah 4 kali pergi Vietnam, Kak Ti mencadangkan kami naik bas. 5000 dong Vietnam je, yang bersamaan dengan MYR 1 :)


Jadi, keluar dari terminal airport tu, kami lintas jalan dan menghala ke kanan. Nanti akan ada beberapa bas. TAPI cari bas yang memang bas yang memang laluannya airport ke pasar terulung Ho Chi Minh, Pasar Ben Thanh. Bas ni bas berhenti-berhenti yang akan ambil penumpang di tengah jalan, dan destinasi terakhirnya adalah Pasar Ben Thanh ni lah. Tak silap Yam, bas berwarna biru.

The first thing that amazed me about Ho Chi Minh City was the gardens dan pokok bunga yang sangat banyak throughout the city. Pasal motor yang banyak ke jalanraya yang sibuk ke, Yam dah expect benda tu so yeah, bila nampak beratus motor bersimpang-siur atas jalan, I was like, ooo ginilah ye. Tapi bila nampak pokok bunga yang ditanam at most of the streets, I was really amazed. Dan dalam 15minit perjalanan tu, kami lalui beberapa taman yang nampak sangat tenang, despite of being in the middle of the busy city. Selaku pencinta alam, bunga terutamanya, I was truly happy upon seeing these!


Kami sampai ke satu stesen yang mana kemudiannya akak konduktor bas (yesss bas ni ada driver dan konduktor, dan kakak konduktor tu pakai uniform. so comellll) jerit, 'Ben Thanh, Ben Thanh!'. Kami yang tak tahu apa-apa ni, turun di bus stop. Tengok kiri kanan, dan kemudiannya barulah Kak Ti ingat jalan. Maka jalan kaki sahaja menuju ke Pasar Ben Thanh sebab hotel kami terletak di Malaysian Street bersebelahan sahaja dengan Ben Thanh. Tak silap Yam dari bus stop tu, kami menghala ke kanan.

Malaysian Street?

Yassssss oleh sebab TERLALU ramai Malaysians yang datang sini saban waktu, memang hotel-hotel akan dipenuhi oleh pelancong dari Malaysia, hinggalah nama jalan tu jadi Malaysian Street. Kedai makan kat sini pun banyak guna signboard Bahasa Melayu, nak tarik pelanggan dari Malaysia punya pasal.


Semut berkawad ke hotel kekekekekeke. Kak Siti, Kak Wani dan Kak Nori :3

Kami sampai tu check in hotel yang alhamdulillah kosong, bolehlah kami masuk terus. Asalnya Kak Ti book satu bilik yang deluxe, muatlah kami berempat. Tetiba receptionist tu cakap takde bilik tu, instead dia akan bagi dua bilik. Jadi Yam duduk dengan Kak Siti, Kak Nori duduk dengan Kak Wani. Sebelah menyebelah, dan biliknya pun boleh tahan besar (especially bilik Kak Nori), maka kami okey sahaja. Oh ya, di sini stylenya hotel akan simpan pasport kita. Dont know why, dah jadi pesen gamaknya.

Lepas letak luggage dan backpack besar gedabak di bilik, kami bawa barang-barang berharga letak dalam backpack yang sedikit kecil, kami pun turun balik untuk brunch sebelum memulakan operasi menshopping. Masa tak banyak, esok petang dah nak balik Malaysia, maka kami kena manfaatkan masa sehabis baik.

Lintas jalan je daripada hotel, kami merasmikan meal pertama kami di bumi Vietnam di kedai makan yang pastinya dikenali oleh semua warga Malaysia yang pernah sampaii Vietnam, Kedai Makan Hjh Basiroh.

Makanan kat sini, mahal la sikit. Standard 60, 000 Dong, dalam MYR12 macam tu kot. Masakan Melayu, ada nasi goreng, bihun goreng, mi goreng dan rasanya pun memang macam makan kat Malaysia. Maybe that's why mahal kot, diorang guna barang-barang daripada Malaysia (kot) supaya nak bagi rasa sama macam Malaysia.

Dan lepas makan, kami terus serbu Pasar Benh Thanh. Tapiiii bukan mudah laluannya ya anak-anak. Penuh liku dan cubaan di kiri kanan jalan. SEBAB kedai-kedai terlalu banyak untuk sampai ke pasar tu sendiri, maka kami tersangkut sekejap-sekejap. Singgah di kedai itu ini, di tourist info lah apa lah baru lah sampai ke Benh Thanh tuh. Fuhh mencabar sungguh.


Si Yam Jamilah ni excited jumpa kedai nama Jamilah hahaha. Tengoklah signboard SELAMAT DATANG tuuu. Walaupun tak lengkap hurufnya, tetap tak nak tanggalkan. Nak tarik pelanggan Malaysia lettew.

Jalan kat sini pun rasa macam jalan dekat Jalan TAR je. Malaysian penuh kiri kanan, penjual pun kekadang muka Malaysian. Kakakakaka



Budak Yam ni heret Kak Siti yang tengah rambang mata tengok kain tudung tuuu untuk masuk ke travel info ni sebagai persediaan Yam nak jenjalan pusing city esok. Nak sightseeing tempat-tempat best yang Yam tengok dalam blog, contohnya Independence Palace, Notre-Dame Cathedral Saigon dan Central Post Office. Yam perlukan peta untuk jalan-jalan, dan boleh dapatkan secara percuma di premis-premis travel info ni, atau tourist info, ataupun di hotel pun adaa!


Sebelah petangnya, kami berpecah dah. Kak Nori dan Kak Wani duk massage kaki dekat kedai-kedai berdekatan tu, Yam dan Kak Siti halakan langkah ikut suka je, melepasi pasar sikit. Sajalah jenjalan dari kedai ke kedai, lepas puas jalan dalam pasar. Ni pun lepas beli kain lace, merata cari kedai yang nak jahitkan. Kat sini memang ada servis jual dan jahit terus pakaian dalam masa 24 jam, pastu deliver ke hotel. Tapi sebab kami pergi seminggu sebelum puasa dan hujung minggu pulak tuuuu, tempahan penuh diknon ooi! Takde kedai yang nak ambik untuk siapkan esok sebelum kami balik. Ada yang nak terima tempahan, tapi nak pos. Alahai kos pos pulak. Akhirnya Kak Ti jumpa satu kedai yang sudi, walaupun mahal sikit, dia teruskan jugak sebab tukang jahit kat sini lebih mahir kot nak handle kain lace yang maha leceh tuu.


Kami jalan kaki sampai ke plaza ni kauuu. Yam lupa ni Taka Plaza ke Saigon Square. Quite a distance daripada hotel kami. Tapi best jugaklahhh. Dan Yam jumpa kurung moden ready made, daripada kain Vietnam silk yang mahallll tuuu, MYR70 sajohhh maka berdansa rianglah Yam walaupun balik tu redah hujan huhuhuhu


Malamnya, NIGHT MARKET yang ditunggu-tunggu. Kalau nak beli kain lace ke kain cotton ke, beli je dalam pasar pada siang harinya. TAPI kalau nak beli souvenir, keychain ke tshirt ke, tunggu pasar malam. Pasar malam ni diadakan di jalan tepi pasar tu jeee dan penjualnya pun ada yang datang dari dalam pasar tu sendiri. Pasar Ben Thanh tu tutup awal, sebab nak prepare nak bukak pasar malam la pulak, dengan harga barangan yang lebih murah. Jadiiii rugi sangat kalau tak pergi pasar malam ni diknon ooi.

Gerimis menemani kami, tapi lepastu hujan stop maka semakin galaklah kami membeli-belah. Mana tak galak, kalau baju kurung moden kain cotton siap jahit 3 pasang RM100. Kain cotton je RM20/RM25 sajohhh. Oh yaaa urusniaga bolehje dijalankan sama ada dalam Dong atau MYR sebabbb dorang pun terima duit kita. So Yam tak tukar duit Dong pun. Pakai MYR je. Naik bas pagi tadi pun KakTi yang bayarkan guna duit Dong. Di kedai, Yam memang pakai RM sahaja.


Kalau dah murah gini dan letak board macamni, memang dah final price la tu. Tapiiiii kalau penjual main cakap ikut sedap mulut je rega dia, please lahhhh korang tawar dulu. Antara barangan yang memang top di HCM ni ialah bag Deuter, kain cotton, telekung, tudung bermacam jenama kat Malaysia tuuu baik Ariani, Duckscarves dan Nealofar Hijab pun hado. Suka engkau la nak beli yang mana, tapi please lahh tawar dulu barangan yang anda nak beli. Kekadang penjual ni pun kekwat sikit kalau ramai orang, ada yang siap tanya serius ke nak beli then only nak cakap harga. Kalau tanya memain, suka-suka je, dia taknak bagitau harga. Ewahh gitu pun boleh ye kak? Haa takpelah akak simpanlah barang akak tuu tak payah jual! Ehh emo pulak kakakaka

Oleh sebab Yam bukanlah peminat tegar instant shawl mahupun segala mak nenek scarf yang tengah in di Malaysia ni, Yam hanya fokus pada kain cotton je. Plus duit poket tak banyak sangat nak shopping tak ingat dunia, so Yam berbelanja secara berhemah dan berpada-pada ewahh hihi

Kami memang all out malam tu berbelanja, sebab tu the only chance untuk ke pasar malam yang kami ada. Memang dah berpecah dengan Kak Wani dan Kak Nori, tapi tak risau pun sebab pasar malam memang literally a stone's throw away from hotel. Even dekat kaki lima hotel pun, dan di Malaysian Street tu SANGAT MERIAH dengan peniaga-niaga yang menjual berbagai jenis barangan. Kak Siti sambar seluar seploh hinggit, Yam belikan Tshirt Hard Rock Cafe Vietnam RM6 kat Mayyah sebagai souvenir kakakakaka. Tapi lupa beli keychain lahh pastu nyesal esoknya sebab dalam pasar Ben Thanh dah mahal! :(

Balik hotel malam tuuu kami letih gilaaa. Check barangan shopping, kemas sikit2 pastu mandi dan semayang, lepastuuu tidur. Esok last chance nak masuk Benh Thanh bagi kakak-kakak, dan esok Yam nak jalan-jalan ke all those places, so we surely need a good rest. So let's call it a day for that day.

See you in Part 2 of my trip to HCM! (Dalam masa terdekat jika rajin insha ALLAH hehehehe)


Wassalam.



Regards,
Maryam Jamilah.


0 love letta(s):