Thursday, January 19, 2017

"Jazakallahu khayra...."

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih ingat dengan Mek Nab? Yang kisahnya saya kongsikan di blog ini beberapa ketika dahulu. Andai kata terlupa - you might want to read this -> http://maryam-kamal.blogspot.my/2016/09/aidiladha-1437h-nati-mari-semula-deh.html .


Tadi saya berkunjung lagi ke rumahnya, atau lebih tepat kedainya, yang terletak di hadapan rumahnya. Secara mudahnya, the shop is attached with the house. Jadi, nak sampai ke rumahnya, akan lalu kedainya dahulu. Kedainya, kedai kopi. Letaknya di tepi jalan, dan berdekatan dengan rumah saya. Was one of our favorite places, sebab kedai Mek Nab ada menjual berbagai jenis gula-gula dan jajan, sesuai dengan selera kanak-kanak kami adik-beradik :D

MekNab, kerana kekangan usia, sudah amat jarang membuka kedai itu. Dan kalau dibuka pun, kecil sahaja bukaannya. Dari jauh kelihatan seperti tidak terbuka. Tapi hari ini, tidak begitu. Luas, malah pada bukaan maksima. Aneh sendirian saya, langsung saya ke kedainya. Singgah seketika, bersama pisang goreng sebagai buah tangan.

"Mekkkk." panggil saya kepadanya, usai memberi salam. Dia menjawab salam, dan matanya mengecil, mahu mengenalpasti saya, mungkin.

"Sapo tuh?" dia bertanya. Dahinya berkerut, keningnya hampir bertaut. Comel sekali!

"Ambo, Maryam anok Cikgu Yah." saya memperkenalkan diri, standard.

Langsung dia senyum. Saya menghampiri dia.

"Sihat, Mek?" tangan tua itu saya salam, pipinya saya kucup dan jasad kurusnya saya peluk.

"Ginilah, mek." senyumnya belum pudar. Saya letakkan pisang goreng di hadapannya, dan pantas dia menyuruh saya duduk untuk dia buatkan minuman kepada saya. Namun terpaksa saya menolak. Enjin kereta pun tidak saya matikan, kerana niatnya hanya mahu singgah seketika. Kami berbual pendek. Dia sempat bercerita bahawa dia meminta cucunya membuka kedai ini dan mengoperasikannya sementelah si cucu bercuti, dan dia selaku tauke asal, boleh memantau.

"Semale baru Mek teringat ko mung, xkelik ko mek aku hok ni. Ni ado doh ni." dia memberitahu. Saya sengih, senang dengan ingatan dia kepada saya.

"Jazakallahu khayran la deh. Ingat lagi mung ko Mek, wat mari goreng pise nah." nada suaranya turun sedikit, lantas kedengaran sayu.

Saya langsung terkedu. Betapa pisang goreng yang tidak seberapa itu, menjadi begitu berharga di matanya. Hingga dia sudi mendoakan yang terbaik untuk saya. Masha ALLAH.

Saya senyum pada dia, yang masih belum lekang senyuman di bibirnya.

***

Moral yang ingin saya sampaikan di sini ialah, I cannot deny the fact that there is possibility that the fact that I am smiling happily right now, ataupun I am breathing comfortably right now, adalah hasil doa orang-orang sekeliling saya kepada saya.

Bukanlah mahu menafikan rahmat dan kuasa Tuhan, tapi ada sahaja kemungkinannya bahawa apa yang saya nikmati hari ini adalah berkat doa-doa orang sekeliling saya ini terhadap saya. Mungkin kerana sekecil-kecil goreng pisang itu yang menyenangkan hati dia, maka dia berdoa seikhlasnya kepada saya, untuk hasilnya saya nikmati pada masa hadapan.

In short, be kind. Because people will at least give 'kind words' in return. Kalau that words tidak anda dengari dan tidak mampu memotivasikan anda untuk terus berbuat baik, mana tahu that 'words' adalah di antara dia dengan Tuhan, mendoakan yang baik-baik untuk anda.

Misalnya, you helped someone. Kalaulah dia tidak directly ucapkan terima kasih pada anda (which will ease your heart sebab the fact that your helped people, tapi boleh jadi dia tak berpeluang to thank you), boleh jadi sahaja instead of that, dia doakan anda, misal kata - semoga urusan orang yang tolong saya tu dipermudahkan or something along that line. It is as easy as that to have someone praying for good thing for us. Jadi, nampak kan, betapa pentingnya berbuat baik sesama manusia?

May this help. Kalau bukan anda, saya sendiri. Who knows I might be reading this in the future, and I will be motivated? Kan :)


Be niceeeeeeeeeeeee, Yam. Like you always do. And so, be betterrrrrrrrr! :)


Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):