Friday, August 26, 2016

Percutian Gadis Ogos 3.0 - Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ogos 2016 sudah menjelmakan diri, maka kami bertiga pun dah galak berfikir tahun ni nak ke mana pulak. Officially nya #PercutianGadisOgos ni bermula dua tahun lepas di PCB, Kelantan dan tahun lepas ke Pulau Pinang. Sasarannya nak tawan 1 negeri setiap tahun, jadi kami masih ada banyaaaak negeri untuk ditakluki hehe.

Oleh kerana kekangan masa, tenaga dan harta (ehh :D), maka kami memutuskan nak yang dekat-dekat je. Memula nak ke Ipoh, Perak, tapi masa tak banyak. Scha cuti kejap je sebab beliau baru habis shortsem manakala Fiq tak boleh nak cuti lelama. Dan Yam pula selaku penganggur terhormat untuk bulan ketiga hanya mengharapkan belas ihsan mak dan ayah :'D

Maka Yam pun paksa budak dua orang tu turuti kemahuan Yam yang nak sangat ke Bukit Keluang. Famous nau bukit ni. Ramai kekawan yang dah pergi. Hiking, lepastu boleh berkelah. Seronok kan? So selepas plan dengan bebudak ni dan ajak bebudak Maahad, kami kami pun bertolaklah ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu dengan buah kereta. #FiqSchaYam (#FSY) satu kereta, satu lagi geng #ChemicallyBondTogether (#CBT) satu kereta.

Maka, pada pagi 23 Ogos, Yam gerak dari Pasir Mas jam 7 pagi lebih. Ingatkan nak bekal mi goreng je pagi tu. Tapi mak sangat gigih dan baik hati serta dermawan nak buat makaroni bakar. Dengan sukacitanya Yam menerima hehe. Lepastu gi jemput Scha dan Fiq, kemudian barulah kami bergerak ke Bukit Keluang. Kami pilih untuk melalui jalan Tok Bali, instead of Pasir Puteh. Maka dari Kubang Kerian, kami lalu Jelawat, Tok Bali dan terus ke Perupok tanpa perlu lalu bandar Pasir Puteh, dan masuk ke Besut. Dari Kubang Kerian kami follow signboard Kuala Terengganu. Bila dah masuk Besut, kami cari Kuala Besut dan kemudiannya akan ada signboard Bukit Keluang. Oleh kerana Bukit Keluang ni lokasi tarikan pelancongan, maka signboardnya warna coklat lantas lebih mudah dilihat dan dikesan. Kalau tak jumpa signboard Bukit Keluang, follow je dulu signboard Kg Raja. Dah dekat dengan Bukit Keluang tu,

Nanti akan jumpa IPG Sultan Mizan dan Imtiyaz Terengganu di sebelah kanan, juga MRSM Kota Putra di sebelah kiri. Dari situ dah boleh jumpa signboard Bukit Keluang, jadi ikut je la ye :)

#FSY sampai dulu di lokasi, maka sempatlah bergelak ketawa sambil sarapan di tepi pantai. Janjinya nak sampai awal pagi, konon tak nak sampai puncak masa tengah hari. Tapi sampai sana pun dah 9 am, so.... haha.

Masa kami sampai tu, dah ramai dah jugak yang dah turun ke bawah. Means ramai je yang mendaki awal pagi, mungkin subuh dan sunrise di atas, kemudian turun bila dah cerah. And yes, mostly boys la. Takpe brader-brader, silakanlah. Kitorang gegirls yang jalan tanpa mahram ni kenalah naik pada a broad daylight hehe :)

#CBT tiba dan kami berbincang sikit. Nak naik ikut jalan mana. Laluan naik dan turun boleh jadi berbeza. Oleh sebab kami dah parking tepi Pantai Bukit Keluang ni, maka kami memutuskan untuk naik je dari belah sini, meskipun kami tahu laluannya lebih mencabar dan memakan masa yang lama untuk sampai ke puncak. Tapi sama je. Kalau naik dari belah belakang bukit, lebih cepat sampai ke puncak tapi lebih lama untuk turun lepas tu. So, dengan lafaz basmalah dan doa, kami bertujuh memulakan pendakian.



Anak-anak tangga masa memula tu sangat curam. Termengah kami naik, meski tak sampai pun dua minit. Laluan mendaki lepas tu agak mencabar, tapi tali ada disediakan. Jadi, bolehlah berpaut dan berpegang. Kitorang tak rushing ke apa, so memang ambil masa yang secukupnya untuk berehat kalau penat. Dan oleh kerana laluan yang kami naik ni merupakan laluan biasanya orang turun (sebab biasanya pendakian dimulai dari sebelah belakang bukit), kami kena selalu berhenti untuk bagi laluan pada orang yang nak turun. Jadi, banyak kali jugaklah berhenti.


Lebih kurang 20 minit pendakian, rasanya kami sampai di pitstop pertama. Katanya kat sini ada 3 major pitstops. Pitstop pertama ialah bila dah boleh nampak dengan jelas sebuah pulau tak jauh daripada bukit yang berbentuk seperti ikan paus.


Kan nampak jelas kan macam ikan paus hehe so comel. Teruskan pendakian dalam 10-20 minit pun akan nampak pulau ni, dengan view yang lebih jelas.

Pitstop kedua rasanya ialah apabila berada di satu kawasan lapang yang kalau dongak sikit, boleh nampak puncak Bukit Keluang dar jauhhh.


Dari sini rasa macam.... am I really going there? Boleh ke nak sampai sana... Like, seriously? Sebab dah mulai rasa penat, mengah, dahaga, lapar dan sebagainya haha. Takpe. Keep calm dan teruskan pendakian :)

Rilek rilek, santai-santai sambil borak sikit2 dengan kekawan, catching up stories. Tapi jangan kencang sangat sembanganya. Selain akhlak kena pelihara, kena juga jaga pernafasan. Lebih cakap lebih gelak, penat je engko dapat.

Dan, tadaaaaaa dah sampai ke puncak!



Cemana engko nak tahu itu puncak? Bila laluannya dah ada rel macam ni, pastu nanti sikit lagi jalan kau akan jumpa signboard yang tunjuk directions macam-macam tempat tu.



Haaa itulah puncak. Kat sini ada pondok untu lepaskan lelah. Tapi makin lelah Yam tengok sebab ada sampah. Tsk tsk sedih tau bila kononnya nak tadabbur alam tapi pegi buang sampah merata-rata kat puncak bukit nu. Gigih nauu.




Taraaaaa sakan kitorang bergambar kat sini. Sampai kena tenung dengan orang lain sebab lama sangat, sampai diorang nak bergambar pun tak boleh haha. Lek aa, hentah bila pulak boleh tangkap gambar kat sini. And the view was... incredibly amazing!



Lebih setengah jam kot lepak kat atas ni. Habiskan lelah je dah 15 minit, pastu bergambar la selfie la wefie la video a hahaha so perempuan! :D Lepas puas tu baru kami slow-slow turun.

Bila difikirkan balik, jalan turun yang belah ni pun boleh tahan jugak curamnya.



Cuma mungkin sekejap sebab lagi dekat dengan puncak. Jadi dalam 20-25 minit je kitorang turun. Tu pun lepak agak lama dekat pondok yang disediakan tengah-tengah laluan tu, dan yea, bergambar dalam hutan tuuu :D


Maka alhamdulillah selamat tiba di bawah yeayyyy

[TIPS NAK HIKING : Akak ni bukan frequent hiker pun. Tapi just in case this may help, selain sunblock, shade dan air minuman untuk korang bawak sekali, afdhal la kalau bawak tisu, gula-gula/coklat dan kalau Yam, yam bawak kipas tangan tu sebab bila mendaki masa matahari tengah nak naik ni, hangat dia lain macam. Jadi, kipas tangan ni membantu untuk cool down bila rasa haba mencucuk-cucuk pipi dan naik sampai ke kepala. Ye ye ]


Kami kenmain gembira sebab dah sampai bawah. Tapi kemudian baru sedar yang kereta kami ada kat belah pantai, so kena jalan menuju ke kereta maka tak boleh nak gembira sangat sebab kena jalan lagiii. But still, daripada kena turun bukit ikut laluan naik yang curam tu, kami rela jalan dalam lebih kurang 1 km ke kereta dalam keadaan rata haha. Masa ni lah jalan rileks-rileks, tenang tak mengah dan catch up good stories dengan dear friends.

Sampai di kereta, kami drive menuju ke kawasan pantai yang banyak pokok untuk aktiviti seterusnya : piknik! Oo yeahhh




Im #CBT yang power siap masak ayam masak merah dengan acar lagi. Pastu ada kimbap. Pastu Nik #CBT bawak sandwich dengan jejemput kentang. Tambah dengan mi goreng dan makaroni bakar Yam bawak tuuu maka kami nikmati lunch kami dengan begitu senang hati. Lazzzzzat ooi

Lepas makan, maka bertebaranlah kami di Besut untuk mencari penginapan. Takmau yang memahal, kerana sedar diri bahawa kami masih student marhaen lagi. So bajet dalam RM150/room je. Cari punya cari, ada la  a few. Kalau area Bukit Keluang tu ada Bukit Keluang Beach Resort. Dekat dengan Bukit Keluang, cuma agak standard sikit, maka kami takut overbudget. Dan tak cukup dekat dengan pantai hewhew. Jadi kami cari jauh sikit daripada kawasan Bukit Keluang, lalu jumpalah kami dengan beberapa hotel lain - Manor, Demong dan Kem Damai. Tanjung Demong dan Kem Damai punya harga masih dalam kemampuan kami, tapi Manor macam agak mahal sikit sebab dia nampak eksklusif nau. Dan kami akhirnya memilih Kem Damai sebab boleh check in dan dan tu jugak (masa tu dalam pukul 2pm), sementelah Tg Demong hanya boleh check in lepas pukul 3. Kami bayar RM 110 untuk bilik yang ada 3 katil single.

Masuk bilik, rehat kejap pastu mandi dan solat, lepastu tidurrrr. Hahaha cas tenaga yang hilang kononnya, untuk jenjalan petangnya pulak di pekan Besut. Dan kami keluar lepas Asar menuju ke jeti Kuala Besut sebab view dia daripada atas jambatan nampak lawa dengan banyaknya bot di tepi jeti. Kami cuma sempat singgah sekejap je di Dataran Kuala Besut tu, sebab hujan mulai turun. Dalam renyai, kami redah jugak ke Pantai Air Tawar yang memang on the way nak balik ke resort kami. Kami dinner di Nasi Air Pak Awies di Pantai Air Tawar yang nasi airnya memang terbaik. RM5/mangkuk yang penuh dengan isi daging, paru lembu dan ikan bilis. Sedappp.

Alhamdulillah, hujan dan berhenti jadi sempat bermain di pesisiran Pantai Air Tawar. Tapi sebab dah nak menjelang Maghrib, kami pulang ke resort. Mandi, solat dan belek telefon yang penuh dengan beratus-ratus gambar sepanjang aktiviti hari ni :D Kami kemas sikit2 sebelum tidur sebab esok pagi dah nak bertolak balik.

Esoknya, lepas bersiap dan kemas barang, Yam drive ke tepi pantai. Sebenarnya boleh je jalan, tapi sunyi lagi masa tu so kami naik kereta. Daripada kereta tu dah nampak matahari tengah lawa nak sunrise, so berlari lah nak tangkap gambar lawaaaa. Alhamdulillah sempat yeayyy





Lepas wefie #FiqSchaYam berpuluh-puluh keping, kami pun berkejar nak check out sebab nak kena balik cepat, Fiq kena masuk kerja dah. Dan masih tak lupa plan nak singgah makan nasi dagang dekat kedai sebelum Jambatan Kuala Besut tuu aherherher

Singgah makan dekat kedai tu, kedai tu warung yang agak besar. Kalau dari arah Kuala Terengganu ni, dia menuju ke jambatan Kuala Besut tu, warung ni belah kanan. Kami dimaklumkan nasi dagang cuma ada pada hujung minggu je, so kami makan nasi putih dengan gulai ikan. Murah sangatttt. Makan 3 orang, sekali dengan air RM10.90 sahaja ooi. Dan lepas tu kami meneruskan perjalanan balik. Hantar Fiq dulu kemudian hantar Scha, dan barulah Yam pulang ke rumah.

Maka berakhirlah trip #PercutianGadisOgos tahun ni. Short but sweet, I shall say. Banyak sangat yang kami boleh pelajari daripada trip kali ni. Semoga tak lupa dan alpa pada setiap mesej yang tersirat :)


Jadi, trip kali ni kurang mencabar sikit kalau nak banding dengan trip Penang tahun lepas. Duit tak banyak habis (cuma pada resort dan duit minyak. Makan pun tak habis banyak, sebab dua kali je). Time management pun takde masalah, sebab tentatif tak padat dengan tempat2 untuk dilawati. Transportation tak kena risau sebab ada kereta, jadi mudah nak ke sana ke mari. So trip kali ni lebih rileks dan santai :) Bajet kami tak sampai seratus pun sorang. Adalah dalam RM50-60 kot, secara asasnya. Dan takde cenderamata apa pun, sekadar kenangan yang bakal menjadi ingatan ecewah :D

***



"Banyak-banyak anak panah ni, takde satu pun yang tunjuk jalan nak tuju ke hati awak.' #SisCuba ;)


Fiq dan Scha, terima kasih. For the time. For the moments. For everything. 7 years, and going strong insha ALLAH :)

Tahun depan kita punya tema, Back to City okeyyy :)


Wallahu'alam, wassalam.

2 love letta(s):

Mars Laini said...

Yammm!!!! I love this entry so much! Hehe

Maryam Kamal said...

ehhh ado lagi ore sudi baco blog ore hehehe ^^

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template