Wednesday, August 17, 2016

Pasir Mas - Kuala Perlis : Another Achievement Unlocked!

Bismillahirrahmanirrahim.

So last two weeks Mak and Ayah went to KL. Nak jenjalan di rumah anak-anak di KL katanya. Dan Yam, selaku adik misali, kena duduk rumah sebab Mayyah tak boleh cuti. Jadi kena temankan beliau dan jadi drebar terhormat :'D

On the way hantar Mak dan Ayah ke airport, sempat ayah bagi cadangan kelakar, which pada masa tu langsung tak terfikir that it would come true. Ayah cakap, kalau Mayyah boleh cuti dalam 3 hari minggu depan, ayah cadangkan Yam dan Mayyah ke Kuala Perlis dan ambil feri ke Langkawi dari situ untuk ke rumah Ijat. Manakala Mak dan Ayah akan ambil flight KUL-LGK dari KL.



At that moment, I was like.... where did he got this idea?

And to be frank, benda ni ada jugak terlintas di minda. Tapi segera Yam padamkan dari terus merebak, sebab rasanya macam mustahil je. Ada doubt with my own ability, plus that masa tengah fikir sensorang tu, tak terfikir pun yang mak atau ayah akan izinkan Yam drive all the way to Kuala Perlis. Dengan Mayyah nya yang memang motion sickness, yang memang akan makan ubat mabuk dan akan tidur sepanjang perjalanan.

Tapi bila idea ni datang dari mulut ayah sendiri, I was like... WOW sangat. Tak percaya yang he believed so much in me, hinggakan dia percaya yang Yam boleh drive dengan selamat ke Kuala Perlis tu, yang ikut jalan Grik tu laluannya masha ALLAH bagai ular kena palu bertalu-talu! :'D

Days passed, Mayyah yang susah dapat cuti tu pun dibenarkan cuti. Diskus dengan mak dan ayah, dan nampaknya he really meant what he said to me. All the way from KL, Ayah via phone call, petakan jalan. Yam catit sikit-sikit, dan malam sebelum perjalanan tu, google map the journey, sebab nak tahu laluan secara kasar, simpang mana, akan lalu bandar apa sekian-sekian.

Sebabnya, jarang sangat lalu jalan Grik ni. Dan tak pernah drive pun kat jalan ni. Cuma pernah drive dari Jeli ke Pasir Mas je masa balik dari Langkawi duluuu, tu pun jarak dah dekat, dan ada mak ayah dalam kereta. Ni, all the way, all the time, Yam kena drive. Yeap, I freaked out a little.

Nervous.

It was a matter of life and death for me. Laluan tu, yakni lebuhraya yang menghubungkan Pantai Timur dan utara tanah air tu bukan macam highway biasa yang macam PLUS ke MRR2 ke LEKAS ke yang jalannya lurus, dan ada exit sekian sekian. Tidak ya tuan-tuan.

Jalannya bengkang-bengkok dan masa weekdays, ianya sangat sunyi. Banyak lori je. Oh no!

Tapi takpe. Ayah believed in me, why cant I believe myself kan? Dan Mak pun surprisingly setuju dan sokong cadangan Ayah, maka Yam pun macam...'they believed in me, maknanya aku betul-betul boleh la ni'. Kan?

Hari Selasa tiba. Mak Ayah dah sampai Langkawi Ahad lepas lagi. Yam bangun pagi tu sempat masak bekal sikit-sikit, sebab dorang dah pesan jangan berhenti sangat. Bahaya, gadis berdua je ni. Maka, Yam buat bekal yang boleh dimakan dalam kereta je - mi goreng dan burger heheh. So the journey began.

Pasir Mas - Rantau Panjang - Jeli - Tasik Banding - Grik - Baling - Parit Panjang - Beris Jaya - Jeniang - Gurun (masuk highway) - exit memana je tapi preferably Alor Setar (Selatan).

Mayyah awal-awal lagi dah ngantuk, kesan ubat mabuk dia gamaknya. High je dari Rantau Panjang. Belum sampai Jeli, dah kiok :D Takpe. Kita nyanyi tak nak bagi ngantuk, Yam dah siap download few latest songs untuk menjadi halwa telinga.

Daripada Pasir Mas ke Jeli tu rilek dulu. Kereta banyak lagi atas jalan. Tak rasa sunyi sangat. Tapi bila lepas Jeli nak masuk ke Grik tu, sunyi sungguh! Kereta jarang-jarang, dan jalan dah makin mencabar. Yam dah mulai cuak sebab dah mulai tak biasa. Dah lepas Tasik Banding tu, Yam dah mula belek catatan kat buku nota :'D Check balik route yang Ayah kasi, dan jalan yang Google Map yang Yam print. Noob driver macam ni la :D


Ada la beberapa part yang mencabar. Ayah kata follow signboard Baling, tapi jangan sampai masuk pekan Baling. Lepastu akan jumpa jalan yang mana kena masuk simpang kanan, sebab kalau straight tu ke Kulim/Butterworth. Simpang kanan akan ke Parit Panjang/Jeniang/Sik. Lepas tu masuk kanan lagi sekali. Jalan ke depan, akan jumpa roundabout. Masih follow signboard Parit Panjang. Nanti akan ada simpang ke kiri, ke Beris Jaya untuk ke Jeniang, sort of shortcut untuk tak masuk ke pekan Sik. Kalau straight, masih akan ke Jeniang, cuma akan melalui Sik. Sampai ke Jeniang yang banyak traffic light tu, akan sampai ke Gurun, bila dah di Gurun tu, ambil simpang kiri untuk masuk PLUS. Sampai situ dah selamat dah insha ALLAH :D

[Gigih kan Yam explain jalan. Adalah dimaklumkan ini adalah untuk rujukan pada masa hadapan, manalah tahu kena drive sendiri lagi ke :D]

Masuk PLUS tu, nanti ambil Exit 177 Alor Setar. Dari tol Gurun ke tol Alosr Setar (S) tu, RM4.80 je :)



Lepas tu Yam ikut signboard ke Kangar je, sebab Kuala Perlis dengan Kangar tak jauh mana. In the middle of the way, korang akan jumpa signboard ke jeti Kuala Kedah yang juga boleh membawa korang ke Langkawi.

Tapi kenapa nak tuju ke jeti Kuala Perlis yang lagi 50km jauh daripada jeti Kuala Kedah, sedangkan dari Kuala Kedah pum boleh ambil jeti ke Langkawi?

Sebab ... Ayah cakapppp, heee Ayah cakap, dari Kuala Kedah ke Langkawi, feri dia 2 jam. Kalau dari Kuala Perlis, sejam je. Lagipun, menurut Ijat, di Kuala Perlis lebih selamat. Pernah air pasang di Kuala Kedah dan menenggelamkan kenderaan yang diparkirkan kat situ. Juga sila berhati-hati dengan pengendali parkir kereta. Karang kena tipu.

Follow je signboard Kangar dari tol tadi, akan lalu daerah-daerah di Kedah kemudian masuk daerah di Perlis. Akan jumpa terusan/tali air di bahagian kanan. Follow je signboard Kangar sampai ke sudah, yakni sampai jumpa signboard specifically Jeti Kuala Perlis siap dengan simbol feri, insha ALLAH selamat je sampai di jeti Kuala Perlis.

[ INFO : Yam memang tak guna Waze langsung, untuk navigate jalan. On Waze sekejap je, untuk pastikan berada di jalan yang betul lepas tu off balik. Sebab? Nak jimat bateri. Kalau on mobile data dan Waze sepanjang perjalanan, habis bateri karang susah pula nak contact siapa-siapa kalau jadi apa-apa. That's how I explain technology. Ada kelebihan dan kekurangannya. Gituuuu serius pulak kau sembang ye Yam :D ]

And there you go. We found Kuala Perlis, alhamdulillah. The next thing is to find tempat parkir kereta yang sesuai, sebab the last time Ayah datang sini dengan kereta (which was during Aisyah Nur Jannah's incident, which was without me), Ayah parking jauhh sebab ikut orang yang naik motor ajak.

[ INFO : Biasanya ada je perkhidmatan parkir kereta disediakan berdekatan dengan jeti. Tapi memang kena pandai pilih. Aim yang paling dekat, jangan terpedaya dengan ajakan brader-brader yang naik motor, sebab most probably tempat parkir yang dorang sediakan jauhhh daripada jeti. Sayanglah, sebab rega sama je - RM10/day. ]

Yam ada satu tempat yang awal-awal hari tu pergi, Yam ada nampak satu tempat ni. Betul-betul selepas jeti, belah kiri. Abang penjaga tu akan lambaikan tangan suruh masuk, kalau ada kosong. Kitorang pegi weekdays, alhamdulillah ada kosong, bawah pokok lagi :)

Bertolak tadi 8 am, kitorang sampai siap parking tu 1.15 pm. Abang tu cakap feri pukul 1.30, seterusnya pukul 3, so dia suruh cepat-cepat pegi beli tiket. Nasib baik sangat dekat je parking dengan jeti, Yam berlari anak pegi beli tiket, sementara Mayyah kemaskan barang dalam kereta.

[Info : Feri ke Langkawi dari Kuala Perlis ialah setiap satu setengah jam. Tak silap Yam, tambangnya RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak. Kalau ada banyak masa nak tunggu feri, boleh walk around cari kedai laksa, sebab laksa kat sini besttt. Atau boleh pergi masjid berdekatan tuu sebab masjid dia lawaaaa.]

Berjalan laju dua beradik ni sambil heret luggage menuju ke entrance feri. Alhamdulillah sempat. Feri takdelah bergerak sharp on time. Cuma kena berhati-hati dengan barangan anda, baik semasa beratur nak masuk feri, hinggalah ke tempat penyimpanan barang.

Luggages besar akan dikumpulkan di satu sudut di depan, dan barang2 kecil anda boleh bawa ke tempat duduk. Tapi jangan banyakkk, sebab seat dia tak adalah luas sangat. Sempit je, nak tidur pun tak best sangat. Sejam kemudian, tibalah kami di Bandar Langkawi.




Sungguhlah rasa bangga bila jejakkan kaki ke tanah Mahsuri ni. I did it! Rasa bangga dengan diri sendiri, satu rasa yang tak boleh nak gambarkan. Rasa macam performmm sangat!

Ayah datang jemput dengan tiga beradik tu ; Along, Khadijah dan Imad. I was very happy to see them, and to see he smiled and looked at me, proudly. Awwwhhh this one gentleman, who believes in me more than I believe myself.

So that's it.  Another achievement unlocked la kan? Alhamdulillah. I challenged myself, challenge accepted and mission accomplished. And thanks to Ayah, for putting my ability at another level :)

Looking forward what's next in the future that he would entrust me to do :)

[ gegar pun gegarlah, tetap nak kena upload. Notice that finger? It's Abdullah Fathi's. Sibukkkk je, 'Along nak ambik gambar, Che Sue?'. Kenmain susah nak masuk gambar, tapi kenmain rajin tangkapkan gambar orang. Lahaii Along sayang :D ]

Wallahu'alam, wassalam.


[ p/s : Sorry that this post came with less pics. I wasnt able to capture more pics while I was driving as well. Once in a while je sempat, contohnya masa takde kereta kat depan/belakang, so I can slow down my car. Jadiiii takde gambar signboard ke apa ke, anyway just GoogleMap it a day before. It helped a lot tauuu. And jangan TERLALU bergantung pada Waze, sebab kekadang dalam hutan ke kampung kecil ke takde line internet, so GPS wouldnt be much help. Prepare for the worst, katanya. Ye ye :) Andddd banyakkan baca ayat Kursi, selit dengan zikir dan selawat - semoga selamat sepanjang perjalanan. Tauuu :) ]

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template