Friday, August 26, 2016

Of a #BacheloretteParty and a #BirthdayParty :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Semasa trip #PercutianGadisOgos 3.0 tuari, kitorang memang ada bincang sesikit nak buat small celebration yang kekononnya #BacheloretteParty untuk senior terchenta kami di MMP, Kak Farah Aisyah Nazim. Sebenarnya zaman sekolah dulu takdela kami semua rapat sangat dengan Kak Farah ni. Scha la yang paling rapat. Tapi oleh kerana kitorang baik dengan Scha, maka dengan Kak Farah sekali kitorang boleh masuk. Makaaa oleh kerana Kak Farah bakal menamatkan zaman bujang pada tengah September ni, kami pun bercadang nak buat celebration #LastFlingBeforeTheRing kekononnya hiks

Plan yang simple, dan oleh kerana kekangan masa (kitorang start plan pada 23/8, 24/8 keluar beli barang untuk benda yang nak buat pada 25/8). Masa yang agak singkat, jadi kami plan nak buat kecil-kecilan sahaja. Tak sempat ooi. Memula cadangnya nak buat di Taman Tengku Anis berdekatan Tg Chat tu, tapi ramai orang sangat kat situ masa kitorang sampai. Ada program menda entah. Jadi last minute change of plan, kitorang ke Taman Bendahara bersebelahan dengan Pantai Timur Hypermarket Pengkalan Chepa.

Oh ya. Oleh sebab 26 Ogos tu birthday Fiq, Yam dan Scha ingat nak sekalikan je. So bgtau kat Fiq nak buat party utk Kak Farah, dan bgtau Kak Farah nak buat party untuk Fiq. Hehe sedangkan nak jalankan sekaligus je :D

Yang kelakarnya, Kak Farah sampai sekali dengan kitorang, maka surprise tak jadi surprise dah la. Jadi beliau la sama-sama menggantung belon di pepokok haha :'D Fiq datang membawa makanan yang kami minta beliau belikan - the infamous Nasi Kak Wook ooyeahh. Nama aje #BacheloretteParty tapi sebagai Kelantanese sejati, wajiblah makan nasi berlauk pagi-pagi macam ni kan :D

Kekonon sebelum makan tu nak suruh Kak Farah bagi tawjihat sikit pada adik-adik yang tak berapa nak mentah ni hiks. Tapi kami terus bersembang sambil makan hingga habis nasi sebungkus :D


Oleh kerana Fiq rushing nak masuk kerja dan Kak Farah rushing nak balik rumah settlekan persiapan majlis, kami bergerak pantas untuk sesi bergambar pula :)


*sengaja pilih gambar yang belon tutup muka Yam sebab nak cover. Tak suka ah duduk tepi kak farah bila bergambar. Wajah beliau berseri benau, dah la orangnya dah memang cantik jelita, lepastu muka berseri-seri macam gantung spotlight, maka jadilah aku ibarat lampu malap di pondok kecil tsk tsk*

Nampak tak belon-belon bentuk bintang dengan belon Happy Birthdayyang Fiq pegang tu? Haaa belon pun ada kisah dia tersendiri. Masa nak beli di Kaison semalam dengan Scha, gigih ambik dua tiga paket belon yang setiap satunya ada 5 pcs. Tapi bila fikir2 balik, kami ambik satu je, campur dengan 1piece belon Happy Birthday. Alkisahnya nak tiup belon ni bukan boleh tiup macam belon biasa. Kena ada pam angin, yang mana baik Scha mahupun Yam, dedua antara kami takde pam tu. Maka Yam pergi beli dekat kedai RM2 je haha dan gigihla pam belon tu. It took me about 5 minutes untuk fill in angin dalam belon bintang tu dan almost 10 minutes untuk belon Happy Birthday tu. Dan kerja-kerja menggantung tu pun bukan mudah ye anak-anak, sebab kami guna angin biasa je, bukan helium,  jadi belon x terapung dan terikat dengan graviti je. Maka kami guna benang dan gantung pada pokok/besi untuk keep the balloons float :'D

 Selepas sesi bergambar, memasing bergegas pulang. Yam dan Scha tersengih lega, sebab semuanya dah selesai walaupun berjalan tak seindah yang dirancang. It was a way more simple than what we imagined. But still it's the thought that counts kan? We made them happy, and we were happy enough for that. Ku beruntung, alhamdulillah. Ku bersyukur, alhamdulillah. Hiks *siku Scha*



Maka,

Kak Farah - selamat melangkah ke alam baru, tanpa meninggalkan jawatan-jawatan lama. Menjadi seorang isteri, tapi masih lagi seorang anak, seorang kakak, seorang teman, dan yang paling utama, seorang hamba. Semoga pernikahan kak menjadikan kak hamba dan manusia yang lebih baik kepada Pencipta dan makhluknya insha ALLAH.

Fiq - selamat menjadi 23. Semoga dalam menunggu hari bermakna untuk kunjung tiba, tidak kita lupa menghargai istimewanya hari-hari biasa. Asalkan kita bersama ecewahhh :D

Dan Scha my dear partner in crime, thank youuuu I love youuuu hehe ;)

Kalian, semoga panjang umur dan sihat tubuh badan, serta dimurahkan rezeki dan gembira sentiasa insha ALLAH.

Yam dan Scha mohon maaf atas segala kekurangan di pihak kami, lepas ni boleh dah padam keinginan nak jadi event planner. Nak gantung belon pun berpeluh dahi :'D

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template