Thursday, July 21, 2016

La Kitty Cafe Kubang Kerian : Kafe Hello Kitty Pertama di Kelate Ooyeahh :D

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita lama sangat dah niiii tapi baru berpeluang nak menukilkan di dalam blog ecewah. Cerita 10 Julai lepas bersamaan dengan hari Ahad, 5 Syawal 1437H.

Dekat Kelantan, hari Ahad tu tak cuti. So dah start sekolah. Dan kebetulannya pada hari yang sama merupakan Hari Ramah Mesra Mahasiswa sempena Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Besar. It was a last minute plan, sebab kami tak plan awal-awal pun nak ke majlis ni. Jadi kitorang keluar lambat, dan sampai lambat ke majlis dan, yeah - perkara yang paling kami takuti, akhirnya benar-benar terjadi - MAKANAN HABIS!

So we went here and there, tapi tak jumpa tempat yang sesuai nak makan. AEON Mall takde parking, Sup Lido orang ramai beratur sampai ke jalan, Nasi Ulam Cikgu belum beroperasi lagi. So, where shall we go?

Gigih kami #FiqSchaYam fikir nak makan apa dan kat mana. Yam pun dengan lantangnya menyuarakan niat di hati nak ke Hello Kitty Cafe, tapi perut lapar amat sangat dah. Jadi kami memutuskan untuk ke bandar Kubang Kerian dahulu dan Fiq selaku orang Kubang Kerian mencadangkan Nasi Kak Wook bersebelahan Mydin. Lepastu barulah kami ke La Kitty Cafe ni untuk dessert gituu ecewah.

Kami parking depan Jakel, dan lepas makan nasi Kak Wook tu kami jalan je ke La Kitty Cafe tu. Kafe ni terletak betul2 depan HUSM Kubang Kerian, kiranya tepi jalan jugaklah. Satu lajuran dengan Muaz Textile yang baru dibuka. Dan oh ya, kafe ni terletak di tingkat dua ya anak-anak. Maka kena naik tangga ya anak-anakkk.


Yammm kenmain dah excited yang amat bila dongakkan kepala. It was a way tooooo comel to handle, even by a Hello Kitty freak like me. Comelnyaaaaaa kan kan kannn


And even the stairs to the cafe pun well designated. Insha ALLAH once u spot the building, you can easily find your way there. Cumanya kena lilau-lilau sikitlah untuk trace signboard kafe ni, sebab yalah, dia kat tingkat 2 kan. Kena dongak sikiiit.



Tadaaaaa ni entrance dia. Niceeeee kan. Tak sabar nak masuuuuuk. And sebab hari ni dah hari bekerja dan mungkin kerana masih mood raya, kafe agak lengang. Out of all the tables, cuma satu yang ada customer. A family with two daughters. I can tell that the daughters love Hello Kitty, sebab dorg bawak beg comel Hello Kitty ohh so comellll



So we chose the seat dan diberi menu. Not so many on the menu, but dia ada yang direkomenkan by the cafe. Contohnya green tea dan nasi lemak kitty. Not so many, but so special la kot. Tapi sebab kitorg masih kenyang dengan Nasi Kak Wook and were only looking for dessert, so kitorg cuma order waffle, green tea dan Fiq nak try vanilla latte sebab nakkan kopi yang dia bulih lukis muka Hello Kitty on top of the coffee tu. So yeah :D

Sementara menunggu pesanan tiba, apa lagi la - pusing around la kan. Plus takde orang sangat, maka bebaslah tiga makhluk ini berkeliaran di sekitar kafe :D It was a nice ambience, cuma sunyi sikit and lighting mungkin boleh di-enhancekan. Tak nak bagi nampak suram sangat :D





Ruang kafe agak luas la. Standard. Takdelah luas sangat sebenarnya kot, mungkin sebab some bareness on the wall lagi. On one side of the wall penuh dengan gambar Hello Kitty yang diletakkan dalam frame juga newspaper report pasal this cafe.

Newspaper report pasal kafe ni boleh dibaca di sini : ( Sinar Harian dan Kosmo )

Oh yes, owner dia is a 28-old-male medical practitioner yaaaa. Oh myyyy jelesnyaaa :D Dan on another side of the wall ada la few Hello Kitty stickers dan accessories, but I believe the more the merrier :)

Frankly talking, mungkin perlukan banyak lagi aksesori Hello Kitty to brighten up the place. It was good, but can be improved, perhaps. Atau mungkin the owner was still working on it kot, sbb he did mention in the newspaper report tu yang all the merchandises Hello Kitty ni dia punya private collection, locally and globally. So yeah, mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa la kot.


Seriously bila fikir balik, sebenarnya agak lambat jugak order sampai. Green tea je cepat, tapi waffle dan kopi lambat. Sempatlah main congkak seround dua nak tunggu sampai order. Kopi Fiq tu sebab the waiter memang cakap, susu takde, baru nak gi beli. So we expected that. Cuma the waffle pun sampai quite a lot later than the green tea. Dan lepas habis makan waffle then only kopi sampai. Hampir nak cancel dah kopi tu tapi Fiq beriya nak. So we just waited.



The waffle was good. So the coffee and tea. Okeylah. Cuma mungkin servis perlu lebih pantas lepas ni. And we were being nice enough kot, sabar je menunggu order, sedangkan customer tak ramai kot masa tu (kalau nak kata busy ke tak menang tangan ke kan).



Oh yes, ada jugak disediakan Hello Kitty dolls untuk korang bergambar. So just take them from the bench and tangkap gambar ye. Memang fungsi doll tu untuk bergambar :D But the fact that you didnt know how many times it had been hugged before, by how many people.... :'D

So lepas habiskan kopi, time to bayar and balik la kan....


Kaunter dia, even the pengelap kaki pun lawaaaa omg omg haha


See what I'm, holding? Tu nama dia La Kitty Cafe card. Setiap pembelian RM10 akan dapat satu cop. Bring the card for the next visit and receive the stamp. Collect 10 stamps and korang akan dapat a cup of free coffee. Kiranya salah satu strategi jugaklah, untuk menggalakkan pelanggan kembali ke kedai ni. Bagus bagusss :)

All in all, it was fun. For a leisure visit, pergi time takde orang. So you can take pic as many as you want tanpa rasa malu ataupun segan. The workers were nice, and there was even the manager there. So kalau tak puas hati apa-apa, luahkan terus je. Kitorang hari tu tak luahkan sebab the manager/owner himself yang keluar beli susu haha

Insha ALLAH akan berkunjung ke sini lagi. Maybe to try heavy meal, tapi harapnya tak kena menunggu lama. Iols ni kalau lapar, pastu kena tunggu lama pulak - memangle. Mencabar kesabaran tu nama diaaaa.

So thanks for these two ketul Scha and Fiq for accompanying me. And you guys, thanks for reading! :)

I mean no offence for all the comments. This is based on my experience, which might be differed from yours. Share yours as well, so I can know better perhaps. Thank you!

Wallahu'alam, wassalam.





::COPYRIGHT RESERVED::

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template