Friday, April 1, 2016

Cakap Siang Pandang-pandang :D

Bismillahirramanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

***

Pada suatu Khamis petang yang damai (sebab tutorial Criminal Procedure dibatalkan), Yam dapat satu text message daripada Raihana - minta jemput dia dari klinik sebab hujan. No biggie la kan, plus that she is not feeling well. Maka DBA pun dipaculah menuju ke klinik UIA.

On the way tu, jumpa dua sisters yang kehujanan - asking them, nak ke mana? One of them replied, Ameenah je (yang mana pada masa tu kira-kira 50 @ 100 metres away), lepas tu diorang cakap siap-siap, takpe tak tumpangkan pun. Dah nak sampai mahallah diorang, apatah lagi diornag memang dah kebasahan. Okey takpe, tapi dalam hati dah berazam, lepasni kalau hujan lagi dan ada nampak orang jalan kaki, akan ditumpangkan hingga ke destinasi ecewahh.

Okey, sampai klinik dan Rai pun masuk kereta. Food poisoning budak ni rupanya. Dan masa on the way nak balik mahallah tu (masa ni hujan dah tak berapa lebat - tak selebat tadi la), jumpa satu sister ni. Ada payung, so dia dan bagpacknya yang ada keychain sneakers tak adalah kebasahan sangat. Tapi sebab dah niat awal-awal tadi, berhentikan kereta dan tanya dia menghala ke mana. Katanya Mahallah Ruqayyah. Jauhla sikit daripada Mahallah Ameenah kitorang, tapi takde hal lah. So we invited her in. Yam pandang dia sekilas, nampak comel je - plus with her naive appearance, Yam fikir dia ni junior.

So sembang sikit-sikit je dengan dia, sekadar tanya dari mana dan ambik kos apa, lepas tu Yam bincang pasal hal assignment dengan Rai. Sebabnya she was not feeling well since morning, dan malam karang kitorang ada kerja CP nak disiapkan. Kencang la sembang pasal statement of claim la defense la, notice of appearance la, affidavit in support la reply la, pastu sambung bincang pasal intipati discussion pasal Sale and Purchase Agreement (SPA) dengan Mdm Shahnaz tadi, sebab Rai could not join the consultation with Madam. Terspeaking jugak la pumpam pumpam, sampai terlupa sekejap sister kat belakang tu senyap je :'D Kesian beliau.

Masa nak sampai mahallah dia tu baru tanya, duduk blok mana, to which she answered,

"PG."

Krik krik.

Senyap kejap dalam kereta.

PG ialah blok untuk postgraduate, yang mana student Masters dan PhD je yang duduk.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa malu gila wehh. Kemain budak undergraduate marhaen dua orang ni sembang pasal assignment siap speaking lagi, sekali kakak tu dah postgrad, as if macam, 'lek ah dik, kau baru degree. akak ni haa ambik Masters (atau entah- entah dah PhD).'

Huks.

Akak tu pun tanyalah, budak Law ke. Dalam segan kami jawab, ya. Sempat la terangkan sikit situasi kat dia - yang kitorg ni in the middle of buat assignment. Bukan nak eksyen saja2.

It's not that I'm having negative thinking ke being pessimist ke, taaakkk. Tapi you'll be surprised to know how many times that we are actually being called as showing off, semata-mata kalau kitorg (as in budak Law) sembang in English. Dia bukan nak show off tau, grammar Yam pun berterabur lagi - tak sempat nak kutip pun, but that's the way we familiarize ourselves. Kena biasakan diri bercakap - dengan betul dan yakin. Tak mudah ya anak-anak, tidaaaak sama sekali. Tidaaakk.

But I humbly apologize la kot-kot ada yang terasa. Seriously we have nothing to brag off. In sense of speaking ke dressing ke (engkorang selalu jugak cakap budak Law punya dressing nampak kemas kenmain pakai black and white segalaaa), we have no bad intention at all. It's the nature of our course.

So akak, kitorang memang takde niat nak berlagak ke apa bila kurang sikit sembang dengan akak dalam kereta, dan banyak cakap sesama sendiri je pasal kerja. Bila fikir balik, memang rasa macam kurang sopan pulak berakhlak demikian. Insha ALLAH lain kali kami akan lebih berhati-hati, dan lebih menghormati tetamu :D

Doakan yang baik-baik. 4th year is killing me. Kerja berderet bersusun minta perhatian dan kasih sayang, di saat Yam pun ada kehendak sendiri yang perlu dilunaskan eheh. Dia punya tahap banyak kerja tuuu, bilamana you know you have piles of works to be done, tapi kau tak tahu nak mula daripada mana so kau end up buat something yang totally has nothing to do dengan kerja kau.

Contohnya sekarang ni, tadi Yam bukak lappy ingat nak siapkan ekshibit untuk in chamber hearing Civil Procedure (CP) , atau sale and purchase agreement untuk Professional Practice (PP), ataupun buat kajian untuk investigation paper dan legal issue Criminal Procedure (CPC), atau cari kes-kes untuk Evidence yang midsem testnya minggu depan, atau buat comparison tentang bayyinah dan shahadah antara Federal Territory Act 1997 dengan Qanun Syariah Pakistan dan Qanun Brunei untuk subjek Evidence and Syariah Code Procedure (EPS), atau buat written submission untuk Islamic Banking and Takaful (IBT), but you know - I ended up blogging! :'D

psst. Adalah dimaklumkan bahawa YamJamilah baru sahaja menyenaraikan semua subjek yang ada assignments, and she just realized that actually SEMUA subjek yang beliau ambik sem ni ADA ASSIGNMENTS yang kena submit! Like, all the subjects! *menangis*

Seems like I really gotta go.

Semoga dipermudahkan segala urusan - you and I :)

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template