Friday, December 25, 2015

The Awesome Syariah People :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Barangkali ini yang dipanggil jodoh. Tanpa diatur, tanpa dirancang, kami bertemu. Tuhan golongkan kami di dalam satu kelas - yang pada asalnya kami tidak tahu antara satu sama lain. Yang pada mulanya, ada wajah yang kami tidak kenal. Yang kemudiannya kami belajar mengenali sesama sendiri dan akhirnya kami menjadi rapat sesama kami.

Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa mereka ini antara adik-beradik saya di UIA. Adik beradik kelas Syariah. Kerana 'budak Syariah' di AIKOL akan mempunyai satu kelas di mana memang akan berjumpa wajah yang sama sahaja untuk subjek-subjek tertentu, subjek Syariah terutamanya, kerana biasanya untuk subjek-subjek ini hanya satu section (kelas) yang akan dibuka, maka di sinilah kami berkumpul dan berjumpa setiap hari.

Bermula dari tahun 1, 3 subjek syariah. Islamic Legal System, Islamic Transaction Law dan Quranic and Hadith Ayaat of Law (QAHOL). Menginjak ke tahun dua, berkurang menjadi dua subjek - Islamic Criminal Law dan Usul Fiqh. Masuk ke tahun tiga, semakin berkurang subjek Syariah dengan bertambahnya subjek sivil, bilamana kami cuma ada Usul Fiqh III dan IV. Dan tengah hari tadi menyaksikan tamatlah perjalanan subjek Syariah tahun tiga kami apabila kertas Usul Fiqh IV selamat diduduki.

Tahun empat tahun kritikal bagi kami pelajar undang-undang. Biasalah, tahun akhir - terutama bagi pelajar Sivil, sementara kami pelajar Syariah masih berbaki setahun selepas itu untuk menghabiskan Syariah, bagi segulung ijazah LLB (S) insha ALLAH.

Jadi, tiada adik-beradik Syariah pada tahun empat, kerana semua subjek tahun empat merupakan subjek Sivil. Insha ALLAH akan bertemu kembali pada tahun lima nanti.

Namun sudah selalu dipesan senior, kuatkan semangat untuk sambung Syariah. Sebab ramai je yang lepas habis tahun empat, buat chambering dan terus lenyap semangat dan keinginan nak sambung tahun lima Syariah. Sebab itulah tak ramai yang kembali ke tahun lima. Percaturan Tuhan semuanya, siapa yang tahu?

Jadiiii tak mustahillah kalau sampai ke tahun tiga ni, masih ada 40-50 orang adik-beradik Syariah ni, tapi bila masuk ke tahun lima, tinggal 20-30 sahaja. Yang lain, jalan mereka mungkin tidak seperti yang mereka rancangkan. Saya pun, wujud keinginan dan hajat untuk menghabiskan Syariah ini, untuk segulung ijazah LLB (S) yang sangat Ayah berharap untuk saya dapatkan, namun siapalah kita untuk memastikan masa depan itu berlangsung seperti yang dirancang, bukan? Semoga semuanya - apa pun yang terjadi - baik-baik sahaja hendaknya.


Sebahagian daripada adik-beradik Syariah, bersama Ust Ghazali Jaafar - mudarris awesome Usul Fiqh IV.

Di tahun lima nanti, entah bagaimana jadinya kita. Mungkin ada yang masih sama, mungkin ada yang statusnya sudah berbeza, malah mungkin ada yang sudah tiada. Apa-apapun, untuk jodoh yang tidak disangka dan tidak diminta dengan kalian ini, hingga ke tahap ini kita sudah bersama - mengharungi peningnya khilaf ulama' dan banyaknya dalil - menunjukkan luasnya ilmu ALLAH ini - adalah antara sesuatu yang terindah. Setiap satu daripada kalian punyai kisahnya sendiri, yang insha ALLAH akan diingat sampai bila-bila. Dan semoga yang baik-baik sahaja :) And oh yes, Awesome Syariah People tu adalah nama group Whatsapp kami :D


Dan semoga gadis-gadis ini masih diizin Tuhan  untuk belajar syariatNya :)

Bittawfiq wannajah untuk 5 kertas yang masih berbaki!

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template