Thursday, September 3, 2015

#KisahInternYam

Bismillahirrahmanirrahim.

Sememangnya kami pelajar tahun 3 dah maklum, cuti sem 3 bulan bermula Jun hingga September 2015 ni kami kena buat praktikal, atau Law Attachment Program (LAP) di pejabat undang-undang, be it mahkamah ke, firma ke, any organization yang ada legal department ke, yang penting kami boleh dapat ilmu pengetahuan tentang bidang perundangan ketika menjalani praktikal tu.

Jadi memasing dah memang survey tempat memasing ikut kemahuan memasing. Yam mengutamakan tempat-tempat yang berdekatan dengan rumah, yang paling kurang Yam boleh berbasikal pegi ofis kehkeh. Jadi Yam pilih Mahkamah Syariah Pasir Mas sebagai pilihan pertama, dan alhamdulillah - DAPAT!

Maka bermulalah pengembaraan LAP Yam dan bersama seorang teman dari UIA ; Marinah atau biasanya Yam panggil Maririn. Sebab? Saja :D

The first day was awesome. Sebabnya, masuk-masuk tu kami dapat tahu bahawa dah ada 11 interns kat situ woi! 7 dari USIM, 4 dari UNISZA. Ruang mahkamah pula agak kecil, jadi nampak berselerakan kami duduk di sana-sini memana ruang yang kosong menumpang teduh hehe. 

Lapor diri hari Rabu, dan rupa-rupanya Khamis esoknya tu dah merupakan hari terakhir kepada 7 pelajar USIM tu. Sedih jugakla, sebab diorang semua sangat baik dan rajin memberikan tunjuk ajar. Baru je jumpa dan kenal, dah kena berpisah uhuk uhuk. Bebudak UNISZA yang 4 orang tu pun sebenarnya baru je daftar 3 hari awal daripada kami, hari Ahad minggu yang sama. Maka minggu depannya tu, bermulalah perjalanan kami berenam sebagai interns marhaen MRSPM :)


Yam dan Marinah, serta rakan-rakan UNISZA - Kak Qah, Kak Na, Kak Sya dan Syera bergilir dan alhamdulillah, mampu bekerjasama dengan cemerlang dalam melaksanakan tugas kami. Daripada kosong tak tahu apa-apa, baik tentang prosedur mahkamah syariah hinggalah ke carta alir tugas dalam mahkamah.

Kalau ikut asasnya, terdapat 3 bahagian dalam mahkamah kami ni. Pertama, yang masuk dewan mahkamah tu. Maksudnya, prosedur kes-kes yang dibicarakan oleh YA Tuan Hakim di dalam dewan. Yang kedua, kes-kes sulh oleh pegawai sulh kami. Ketiga, hal-hal pentadbiran- bermula di kaunter, pertanyaan orang awam hinggalah sampai buka fail dan seterusnya.

Alhamdulillah, staf-staf semuanya power dan sangat berlapang dada nak berkongsi ilmu dengan kami. Memula cuak jugak, sebab gap umur kot. Pegawai-pegawai senior dah ada yang umur baya-baya ayah kami, tuan hakim, pegawai sulh dan penolong pendaftar (merangkap penyelia kami) pulak baya-baya abang kami. Kakak-kakak senior pun umur-umur kakak kami, 30-an something. Tapi syukurlah kami dapat mengatasi isu tu - dengan mematangkan diri kami, serta mereka menyelami dunia kanak-kanak kami hehe


Mujurlah ada budak berlima ni jadi peneman, takde la krik krik sangat. Environment kerja sangat menyeronokkan, tak pernah rasa malas sampai takmau pegi kerja. Walaupun tak dapat gaji. Walaupun takde elaun. Walaupun raya tak dapat duit raya pun. Sebab beban kerja kami tak banyak. Kerja memang dah tak banyak, pastu was well distributed among us. Jadi memang tak pernah tension dengan beban kerja menimbun. So pergi kerja pun happy seronok aje. Memain, buat kerja, makan, buat kerja balik hehe. 



Dan walaupun titik peluh kami percuma, tak berbayar dengan wang ringgit, namun dibayar dengan kasih sayang dan penghargaan dalam bentuk belanja makan yang mencurah-curah eheh



Sama ada kami beli nasi bungkus pastu makan ramai-ramai dalam pantri sambil berparty budu (kehkeh), atau kami akan mendapat jemputan dan pelawaan orang-orang atasan untuk belanja makan kat luar. Tuan Hakim pernah belanja kami, dan paling utamanya Encik SV memang dah selalu kena ketuk dengan kami kahkah. Kalau makan kat ofis pulak, Kak Ha (pembantu pendaftar) dan Kak Mah (akauntan) pun rajin hulur duit. Okay la tu kan, makan reramai sambil mengeratkan silaturrahim :)

Kami ni selalu sangat buat makan-makan. Tetiap pagi pakat bawak bekal. Dia ni bawa nasi goreng kampung, ni bawak nasi goreng budu, ni bawak kek, ni bawak sandwich, ni bawak cek mek. Berjamu dulu pagi tu sebelum masuk dewan bicara. Tengah hari macam tadilah, makan kat pantri atau orang belanja. Petangnya, sama ada goreng pisang atau makanan ringan lain yang tak putus bekalannya di pantri kami hehe

Sedar tak sedar, Ogos tiba. Maka tamatlah perkhidmatan 4 beradik UNISZA tu. Yam dan Maririn masih berbaki 3 hari untuk dihabiskan tanpa mereka. Tapi tetap paksa diorang datang ofis jugak instead of berselubung bawah selimut je. Jeles haha


Dan 3 hari baki kami menghabiskan sisa LAP kami akhirnya tamat. Rabu bersamaan 2 September 2015 marks the end of our service. Apa lagi, sakanlah bergambar. Beratus gambar dalam Gallery, bermula dari keluar makan sesama, parti laksa, makan tengah hari, buat kerja, tengah trial, jamuan raya,sehinggalah ke majlis perpisahan - memang penuh folder gambar tuuu hikhik



Sporting en YA Tuan Hafiz kitorang :) Tak lokek berkongsi ilmu dan sentasa bersedia nak menjawab persoalan kami, terutama Yam dan Maririn yang selalunya akan jadi manusia yang paling banyak pertanyaan dan persoalan. Sampai Tuan kene belek kitab nak menjawab soalan kitorang, hehe sorry Tuan :)

Kami kongsi duit sikit2 sorang nak buat jamuan dan belikan cenderahati tanda ingatan kepada staf-staf yang ada.

YA Tuan Hafiz, Tuan Azimin (pegawai sulh), TUAN Hj Hariri (Penolong Pendaftar merangkap SV kami), Kak Ha, Kak Mah, Cik Mah (pembantu tadbir), Pok Sheikh (penghantar saman), Pok Nik (officeboy yang dah jadi datuk kepada seorang cucu boy hehe), Pok Wi (pegawai kebersihan), Cik Zah dan Che Man selaku polis mahkamah. Mahkamah kecil je, tapi stafnya pun boleh tahan hehe


Kesian YA Tuan Hafiz kena paksa oleh kami buat 'peace'. And so comel of him, biar kaku semacam je pun kahkah



Untuk YA Tuan Hafiz, kami kasi album gambar sebiji pastu letak gambar kami berenam dengan Tuan yang kami ambil masa jamuan raya tuari, sebabnya Tuan pernah bagitau Yam niat beliau nak wujudkan Galeri Praktikal untuk bebudak yang datang buat praktikal di mahkamah, senang Tuan nak ingat orang sekian sekian ni dari batch mana u mana kos apa gitu. Kiranya kami mengabulkan niat Tuan le ni. Power kan kami kan hehe


Sehari sebelum servis kami tamat, Tuan Hariri ada bagitau pasal minat dia pelihara ikan laga. Makaaa kami pun belikan ikan laga sebagai hadiah kepada beliau hehe. Nasib baik dia tak bagitau dia minat kumpul Audi ke minat iPhone ke :D


Kepada staf-staf lain, kami hulurkan frame gambar, diisi dengan gambar-gambar kami bersama staf yang semuanya cantik manis belaka hehe. Ni Kak Ha. Sangat humble dan easy-going. Kelakor je dengan kitorang hehe. Pemurah pulak tu. Selalu belanja nasi pastu ahli utama Parti Budu dan Ulam-ulaman kami heheh. Kak Ha power!


Nah kasi gambar special sekeping, sebab Kak Ha ni rupanya ex-IIUM tapi sampai ke sudah tak kasitau beliau dulu ambik kos apa. Duk ngaku yang dulu keje cleaner je kat UIA tu. Lulusan sekolah pondok je beliau ni, katanya. Cis. Memula percaya dengan naifnya. Lepastu nampak sticker UIA kat kereta Kak Ha, maka tahulah bahawa diri ini sudah dibohongi tsk tsk


Yang cecomel ni Kak Mah selaku akauntan. Comellll kannn awet muda gilaaa. Kak Mah ni strict sikit, tapi sangat cool dan manis ehehehe. Pengasas utama porgram Parti Laksa kami. Terima kasehhhh!


Ni Pok Sheikh selaku PS aka Penghantar Saman. Memula takut dengan Pok Sheikh. Kurang bercakap dengan kitorang pastu bila bercakap pun suara nak tinggi aje. Pastu pulak jarang ada kat ofis sebab keluar hantar saman, pastu bila ada kat ofis pun selalu buat hal sendiri kat meja beliau je. Tapi lama-lama tu beliau makin sudi bercakap dengan kitorang, plus that kitorang dah berani nak bertegur sapa dengan beliau. Kelakar rupanya pakcik ni heheh

"Awak kalau nampak benda pelik-pelik kat PC saya, jauhkan diri."

"Kenapa, ada bom ke?" muka cuak si intern marhaen.

"Taklah. Ada bahan letupan kebabom!" lantas beliau berlalu pergi sambil membimbit briefcasenya yang berisi saman. 

Pernah Yam cakap kat beliau, nak ikut pergi hantar saman.

"Tak bolehhh, bahaya! Nanti awak kena kejar ke, kena pukul ke, macam mana?" gelak-gelak beliau menjawab. Hmm tatahu la sungguh ke tidak hukhuk


Yang ni Ust Pi. Pekerja sambilan. Masuk awal sikit je daripada kami, jadi beliau pun kurang arif jugak hal-ehwal ni. Maka selalu kena buli dengan kami, yang kadangkala fikir bahawa beliau ni sama-sama budak praktikal macam kami haha. Rupa-rupanya grad Kuwait ni woi. Boleh i'rab orang pulak tu. Menangis le tetiap hari kot dia ni 'baca' kitorang. Dahlah sorang-sorang perangai tak cover langsung hikhok

Ampun salah silap ye Ustaz. Semoga terus maju jaya dalam bidang daftar kes online, daftar kes manusal serta kerjaya baru anda - cari kes. Kami dah takde ni nak bantu (buli) ustaz, maka pepandai lah ;D


Ni pulak Pok Nik. Officeboy terkemuka hehe. Gambar yang Yam kasi ke dia gambar masa kami ke Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjong. Gambar Pok Nik beraksi di keretanya. Bila Yam tunjukkan softcopy gambar tu, Pok Nik kemain suka. Ada 5-6 keping, beliau suruh hardcopy-kan semuanya. Tapi Yam cuci sekeping je dan kasi ke beliau siap berframe dan bereben, pastu beliau sengih memanjang sambil tangan seluk kocek, "Berapa ringgit?"

Ish Pok Nik. Mana ada orang bayar hadiah oi. Hadiah kenang-kenangan, ni je mampu. Lepas tu Yam nampak beliau cuba masukkan frame ni dalam sampul, maka Yam menegur dengan ramahnya,

"Eh, nak buat apa? Letaklah atas meja, hensem bergaya kan tuuu." Yam unjuk ke sudut meja beliau, di ruang beliau lekatkan gambar keluarga beliau (so sweet!).

"Iya, tapi Pok Nik nak bawa balik dulu. Nak tunjuk pada cucu Pok Nik!" ucapnya bangga. Yam tersenyum, tapi sebenarnya tak tahu nak gembira ke terharu, sebab cucu yang beliau maksudkan tu tak silap Yam usianya belum sampai seminggu! Hehe comelll aje Pok Nik ni kann


Selesai membahagikan hadiah kepada semua staf, kami pun minta diri lah. Tambahan pulak waktu pejabat dah tamat. Dah sampai 5pm dah. So it's time to say goodbye. A real goodbye, sebab Senin depan dah daftar masuk sem baru ke UIA. Memang lambat lagi lah kalau nak jejak kaki ke sini lagi....



Serius. Sebak ooi masa salam sorang demi sorang tu. Nasib baik tak menangis je hukhuk. It was indeed hard to begin it at first, and little did I know that it was even harder to end it.


Thank you for the wonderful 3 months. Semoga ALLAH merahmati kita semua. Semoga ALLAH meredhai tiap detik yang kita luangkan bersama. Mohon maaf salah silap, mohon halal semua yang terlebih terkurang.

Banyak yang Yam kena muhasabah balik. The way how to communicate with people, with respected colleagues and intern-mates, juga dengan orang atasan yang lebih dewasa. Banyak juga yang boleh dipelajari daripada mereka, baik ilmu tentang perundangan, atau satu lagi subjek yang takde institusi boleh ajar dalam silibus mereka, tentang kehidupan. Yakni tak semua boleh belajar atau faham, dan tak semua boleh hadam dengan baik subjek ni. Khas untuk mereka-mereka yang tertentu sahaja yang benar-benar menggali lubang ilmu.

Tamatnya praktikal ni, diharap semoga hubungan kita masih berjalan dan tidak juga tamat. Semoga jarak yang memisahkan ini, mengeratkan hati-hati yang bersiram rindu. Hendaknya. Aamiin.

Muah banyak ciked! *group hug*

Wallahu'alam, wassalam.

2 love letta(s):

Rafidah Husain said...

Nice story..

M Kamal said...

hehe thanks for the visit at my blog! :D

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template