Friday, August 28, 2015

#PercutianGadisOgos - Backpackers Amateur ke Penang (Bahagian II)


Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi Sabtu itu, plan asalnya kami ingat nak terus keluar lepas Subuh untuk morning walk, kekononnya, sebabnya suasana damai di jalan-jalan kecil di bandar begitu meruntun hati kami untuk kembali menyusuri dan menikmatinya ecewah. 

Tapi tapii tapiii sebab semalam penat sangat dan lenguh di kaki acah-acah belum hilang, kami kemudiannya memutuskan untuk turun lambat sikit, batalkan morning walk dan sebaliknya, terus bersarapan.



Seperti semalam, Restoran Kapitan depan hotel masih menjadi pilihan. Dalam kepala dah terbayang mi goreng mamak dan nan tandoori, malangnya masih tiada lagi menu sedemikian di pagi hari. Jadi kami cuma pesan 3 keping roti canai dan satu set capati. 
  
Scha dan Fiq berkongsi roti canai, manakala Yam seronok membaham capati sendirian yang mempunyai tiga kuah – dal, sardine dan ayam. Kari ayam dia memang sedap ohhh amenda engko bubuh dalam kari ni encik mamak ooi. Teh tarik dia pun rasa sedap lain macam erghh tensionnya.


Selepas bersarapan, kami masih lagi duk menimbang, sama ada nak teruskan perjalanan cari baki-baki mural arts yang belum kami jumpai, atau balik ke hotel dan check out dan teruskan perjalanan ke Chowrasta Market yang menjadi agenda utama kami hari ini. Kami akhirnya memutuskan untuk kembali ke hotel untuk berkemas dan bersiap untuk check out, dan proceed kepada masterplan kami untuk ke Chowrasta.

Kami check out lebih kurang jam 8.30 pagi dan mula menghala ke Chowrasta Market. Sempat berselfie dalam bilik dan di kawasan hotel heheh


Berpandukan simple route yang Kemal dah whatsappkan semalam, kami ke landmark utama – Masjid Kapitan Keling. Dari situ kami berjalan straight sehingga tembus ke Lebuh Campbell dan akhirnya kami sampai ke pasar yang menjadi tumpuan. Perjalanan yang agak mengambil masa, namun tidak kami rasai kerana kami berjalan menyusuri jalan-jalan kecil yang dipenuhi aneka kedai di kiri-kanan jalan.


Jumpa je bangunan Chowrasta Market tu, kami terus menuju ke tingkat 2 sebab memang di situlah yang kami idamkan. Kedai buku second hand Chowrasta Market. Tapi malangnya masih belum dibuka biarpun jam hampir mencecah 9 am. Kami kemudiannya memutuskan untuk berjalan di sekitar pasar dan akhirnya membelanjakan sejumlah wang untuk membeli buah tangan kepada insan-insan tersayang kehkeh

 The good thing is kami boleh tawar kaw-kaw dengan peniaga yang baru nak memulakan perniagaan, atas alasan kamilah pelanggan pertama mereka. Kedai agak banyak, tapi memang kena pandai tawar-menawar. Masuk lagi dalam lagi bagus, sebab lagi seronok nak nego harga. 


Dari Chowrasta Market tu, kami belok ke kiri menuju ke deretan kedai-kedai menjual pakaian. Oleh sebab hari masih pagi, masih belum banyak kedai dibuka. Ada yang dah buka dan ada yang baru nak buka.

Kami kemudiannya menuju ke belah kanan Chowrasta Market yang terdapat premis Jeruk Pak Ali. Sebenarnya banyak sangat kedai jeruk yang ada – yang ada jenama ke yang takde jenama ke, contohnya jeruk-jeruk yang dijual oleh peniaga di dalam pasar Chowrasta, atau jeruk jenama lain, contohnya Jeruk Nasir atau Jeruk Aishah. 


Tapi oleh sebab ada yang mengirim Jeruk Pak Ali, maka Yam pun belilah sedikit jeruk sebagai buah tangan kepada bebudak ofis. Harganya mungkinlah mahal sedikit berbanding jeruk biasa, 3 paket kecil mencecah RM10.60 siap berGST, sedangkan di kedai-kedai lain 3 paket kecil baru RM5. Tapi tak mengapalah. Rasanya pun okey bagi Yam.

Kami kemudiannya menyusuri kedai-kedai lain bersebelahan kedai jeruk dan sempat berselfie dua tiga keping, sort of nak capture the moment in the middle of the traffic depan Chowrasta Market. 





Setelah berpuashati, kami kemudiannya kembali ke tingkat 2 Pasar Chowrasta, dan finally, beberapa kedai sudah dibuka.

  
Kami dah mula rasa nak berjoget lambak melihat lambakan buku yang disusun rapi dan kemas di dalam kedai. Beberapa kedai yang dibuka, dan kami akhirnya menuju ke sebuah kedai yang pemiliknya kelihatan begitu peramah dan bersungguh menarik perhatian kami.


Scha dan Fiq memulakan misi mencari buku-buku lama bergenre sastera dan falsafah, kalau boleh nak mencari karya-karya Pak Hamka. Namun menurut Uncle tu, memang dah susah nak mencari karya agung sebegitu, dan kalau ada, harganya agak mahal. 

Melihatkan kami yang bersungguh mencari buku-buku Melayu instead of buku-buku Cecilia Ahern dan John Grisham yang beliau mula-mula tawarkan kepada kami, beliau akhirnya mencarikan beberapa buku-buku Melayu lama lalu dilambakkan di hadapan kami. 
 
Terujanyaaa melihat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 70-an kini terbentang di depan mata. Khuysuk kami memilih satu persatu, dengan recommendation daripada Uncle tersebut. 

Hampir sejam bertapa, kami kemudiannya melangkah meninggalkan Chowrasta Market dengan masing-masing membimbit beg plastic berisi buku dan berbagai cenderahati lain, menuju ke Lebuh Armenian – tempat Street Art semalam, sebab kami nak beli notebook dan poskad Street Art.

Di Lebuh Armenian, kemain kami tawar-menawar dengan seronoknya dengan penjual semalam dan beliau pun menawarkan harga yang begitu menarik. Syukurlah kami telahpun bergambar dengan kesemua mural arts yang ada di kawasan itu semalam, kerana begitu ramai pengunjung yang berbaris beratur demi mengabadikan sekeping kenangan di lukisan dinding tersebut.

Jam menunjukkan 12 tengah hari ketika kami melangkah menghampiri Chew Jetty. Plannya nak ke Clan Jetty, kerana mengikut pembacaan di blog, Clan Jetty merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong. Tapi malangnya kami tak jumpa jeti tersebut, instead of that, kami jumpa Chew Jetty. 

Dari Lebuh Armenian tadi, kami jalan lurus sahaja sehingga tiba ke satu kawasan yang kelihatan seperti temple. Pada mulanya kami berasa cuak sikit nak masuk, sebab dipenuhi dengan kaum Cina yang sedang beribadat, namun melihatkan sekumpulan pelancong asing yang begitu selamba melangkah masuk ke Chew Jetty, kami pun mengekor. 


Secara asasnya, Chew Jetty merupakan jeti yang dibuka kepada orang awam, namun tidak dibenarkan menceroboh hingga ke dalam rumah. Penduduk-penduduk rumah di dalam air juga memanfaatkan peluang dengan berniaga di beranda rumah masing-masing yang merupakan laluan ke jeti. 




Surprisingly, harga yang ditawarkan lebih menarik daripada gerai Street Art! Memang ada yang lebih mahal, namun ada satu gerai yang kami temui menawarkan harga yang sangat menarik. Beza harga sampai 4-5 ringgit bagi sehelai baju. Poskad yang kami beli dengan harga RM5 dijual dengan harga RM4.50 di rumah itu. Kami meneruskan perjalanan ke hujung jeti dahulu, bergambar sakan sebelum kembali ke rumah tersebut.


 


Dengan wang pakatan kami yang masih berbaki, kami akhirnya membeli 3 helai Tshirt berlengan panjang bercorak sama, dan Yam membeli satu set lagi poskad dengan harga yang sangat menarik. Again, memang kena pandai tawar-menawar dan bermanis mulut. Kakak penjual tu pun siap cakap,
           
            ‘Nanti saya pergi Kerantan saya cari awak yaaa.’

Kehkeh comel aje akak ni. Memang ‘Kerantan’ tu ada kitorang je hehe. Tapi takpe, terima kasih bebanyak akak untuk rega yang menarik tu serta ceklat lemon yang tetap kami ambil walau kami tak tahu halal ke haramnya. Hehe still thank you. It’s the thought that counts kan.


TIPS :  Yam sebenarnya agak cuak nak masuk ke jeti-jeti ni semua, sebab tak semua jeti merangkap perkampungan warga tempatan ni dibuka kepada orang awam. Cuma beberapa sahaja, dan yang lain tu, tak dibuka kepada orang awam. Jadi berhati-hati sikit ya bila nak masuk jeti memana, sebab kalau masuk ke jeti yang private, silap-silap boleh dituduh menceroboh. Justeru, pepandailah pilih ya. Carefully observe and learn.


Selepas itu, kami kemudiannya ke stesen bas Pengkalan Weld yang memang dah dekat dengan Chew Jetty tu. Cuma jalan straight sahaja dari belah kanan Chew Jetty. Selepas melepaskan lelah seketika, juga menghilangkan merah di tangan yang lenguh membimbit barang, kami kemudiannya naik bas CAT – Central Area Transit yang merupakan bas RapidPenang yang menawarkan perkhidmatan bas shuttle percuma khas kepada pelancong. Bas ini akan membawa penumpang ke beberapa lokasi menarik secara percuma.

Kami berhenti di depan 7-Eleven berdekatan Chowrasta Market tadi, sebab nak menuju ke Nasi Kandar Hameediyah yang terletak di Lebuh Campbell. Tadi dah jumpa kedai yang menjadi suggestion Kemal ni, tapi tak singgah lagi sebab masih kenyang. Ni dah rasa lapar, kami akhirnya kembali ke sini demi nak merasa nasi kandar dan briyaninya serta membandingkannya dengan yang kami nikmati di Restoran Kapitan kesayangan.

Menurut Scha, nasi kandarnya sedap sikit daripada Kapitan’s, dan bagi saya, nasi briyani Kapitan lagi ummpphh. Rasanya, ikut selera memasing. Tapi tak jauh bezanya dan lebih kurang sama sahaja, sebenarnya.

Memandangkan Zuhur dah masuk, kami sekali lagi berjalan menuju ke Masjid Kapitan Keling. Jika sebelum ini dah 5-6 kali lalu tanpa masuk, kali ni kami masuk ke dalam kawasan masjid dan menunaikan jamak Zuhur dan Asar di masjid ini serta mengambil peluang merebahkan tubuh dan meregangkan badan barang sepuluh minit dua eheh. 




Selepas bergambar, kami kemudiannya kembali ke bus stop berdekatan dan menunggu CAT bus untuk meneruskan perjalanan. Setelah dibawa berpusing, kami turun di stesen bas dan bersedia untuk mengambil feri ke Butterworth.

TIPS : Lagi bagus kalau nak naik CAT bus di stesen, sebab ramai orang akan naik di tengah jalan. So to secure a seat, dan kalau tempat anda berada tu tak jauh daripada stesen, just walk to the station dan naik bas mulai dari situ. Tapi takde option la kalau anda berada jauh daripada stesen bas dan menunggu di nearest bus stop. Tapi be prepared la kena berdiri dan bersesak sikit, tetambah pulak waktu weekend macam ni.


Sayu rasa hati sambil tunggu feri ke Butterworth. (By the way, feri dari Pengkalan Weld ke Butterworth free tau, xpayah bayar.) Kami kembali awal ke Butterworth, sebab Yam nak jumpa kawan sekelas yang tinggal di Alma, yang setuju nak fetch kami untuk balik ke rumah dia – untuk mandi, khidmat diri dan makan. Alhamdulillah, senang hati sikit sebab kalau tak kami kena naik bas malam ni dengan baju yang dipakai sejak check out hotel pagi tadi.

Sampai di Penang Sentral, Yam bagitau Dibah tentang ketibaan kami. Kami tunggu sekejap sambil berehat di surau Penang Sentral, surau yang sama kami lepak masa memula sampai Penang dinihari semalam. Dalam lebih kurang jam 6, Dibah sampai dan kami kemudiannya balik ke rumah Dibah.

Mak Dibah siap masak nasi apa semua demi orang jauh ni nak balik kampung, despite of our sudden visit. Lepas makan, Dibah ditemani ibunya hantar kami balik ke Penang Sentral. Terima kasih Dibah dan family, sudi bersusah payah menerima kunjungan mengejut kami dan sanggup jemput serta hantar kami balik ke Penang Sentral yang memakan masa setengah jam dari rumah Dibah. Thank you for your generous and kind consideration. May ALLAH bless.

Sampai di Penang Sentral, bas dah ada, dan kami terus naik bas.

TIPS : Sangat ramai yang begitu concern bertanya pada kami tentang destinasi kami ketika kami berjalan-jalan di sekitar Penang Sentral. Berhati-hati, mereka ini ada kemungkinan ulat tiket, atau mungkin saja mereka ini memang ikhlas ingin membantu anda mendapatkan tiket anda. Tapi oleh sebab kami dah ada tiket, kami senyum saja dan kekadang jawab tiada apa-apa. Tu pun kena marah lagi dengan diorang sebab tak jawab pertanyaan diorang tentang destinasi kami. Hai la hangpa ni la

Barangkali penat, cepat sahaja terasa bila sampai di Pasir Mas. Scha tumpang di rumah Yam, selepas Subuh baru dijemput abangnya balik ke rumah. Fiq turun di Tesco, dijemput ayahnya. Maka berakhirlah short gateway kami si gadis-gadis Ogos.

Indeed, banyak ibroh dan pengajaran yang boleh kami kutip sepanjang perjalanan ini. How to tolerate, how to cooperate. Macam mana nak plan, macam mana nak overcome sudden problem dalam plan. We learnt how to give and take. Tak semua pendapat kita betul, tak semua pendapat orang salah. Toleransi, sabar dan tolak ansur sangat penting. 

 Benarlah seperti yang dikata, the best way untuk kenal orang tu adalah dengan bermusafir dengannya. Kami memang dah kenal lama. Sejak sekolah menengah. Tapi perjalanan kali ini membuka sisi-sisi baru sesama kami yang selama ni mungkin kami tak tahu atau tak berpeluang untuk tahu. Selain tu, kami juga belajar untuk berdikari – in sense of menjaga keselamatan diri, mengendalikan kewangan supaya tak over budget dan berbagai aspek lain lagi.

Alhamdulillah atas peluang yang diberikan. Semoga ALLAH sudi pinjamkan lebih banyak peluang untuk kami bermusafir mengembara bumiNya pada masa hadapan.

Oh ya. Pasal bajet asas kami RM200 tadi, agak-agak cukup ke lebih? Joommm kita tengok. Secara keseluruhan, kami cuma menghabiskan RM 170.40 seorang – merangkumi pengangkutan, penginapan dan makanan. Malah ada bonus – trip ke Penang Hill, tshirt, poskad dan fridge magnet. Baki masih ada lagi berbelas ringgit, in which akan diforward pada percutian akan datang insha ALLAH J Jadi Yam rasa, let’s say lah kita tolak tshirt, trip ke Penang Hill dengan souvenirs tu, rasanya cukup je RM150 per pax untuk trip ke 2 hari 3 malam ke Penang.

 Sebagai kesimpulan, Yam dengan bangganya mengisytiharkan short trip ni as a success kerana mencapai objektifnya, yakni memenuhi impian gegadis Ogos ni untuk bercuti bersama-sama di luar Kelantan, sebab last year punya trip dah ke PCB. Alhamdulillah atas nikmat yang dikurniakan :)

Kekorang, all the best and have fun! That's all from us, thanks for reading :)



TIPS LAST - Kalau engkorang perasan, Yam pakai tudung sama je since the first day ken ken hehe. Ha kalau tak perasan duk je dediam dan keep reading. Sebab nak jimatkan space dalam beg, Yam memang bawa sehelai ni je tudung, tapi bawa beberapa helai Tshirt yang sesuai untuk dipadankan dengan tudung ni. Nak pakai tudung hitam, takut panas sangat sebab hitam penyerap haba yang bagus. Dan tips tambahan, pakai la anak tudung (inner) kat dalam tu. Panas sikit je, tapi insha ALLAH takder la bau masam tudung tu sebab inner yang akan serap peluh dan inner ni nipis, so kalau dah tak selesa sebab peluh, basuh je inner tu sebab ia cepat kering, instead of basuh tudung. Ya ya :) Lagipun masa travel takde orang nak kisah sangatlah pasal fashion kau. Cuma dalam gambar je la tak lawa, asyik tudung sama je. Ah peduli hape kan kifkif :D

Wallahu'alam, wassalam.





[DISCLAIMER - Please do google some stuffs on your own untuk kesahihan. Budak YAM ni bukan bulih percaya sangat eheh.)

2 love letta(s):

amira said...

salam.. macam kenai ye adik2 semua ni.. hehe.. geng uia.
kak nk tanya sikit ni, kami rancang nak ke pinang secara backpackers jugak.. so, tengah cari orang nak guide kitaorang. kalau boleh nak orang penang ka.. ada kenai tk? yn kawan korang tu, boleh tolong kami tk? tarikh nk pergi 26-29 Januari 2016. apa-apa please contact me: amira 0194340746. thanks!

M Kamal said...

alaykummussalam.

Masha ALLAH, rasa macam dah lambat sangat saya reply komen ni kan? :'D maafff. so how was the trip to Penang? hmm kebetulannya kawan saya yang kat Penang tu pun takdak kat Penang pada tarikh yg akak sebut tu, dia melancong ke tempat lain jugak :D

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template