Tuesday, August 18, 2015

#Percutian Gadis Ogos - Backpacker Amateur ke Penang (Bahagian 1)


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Siri kedua #PercutianGadisOgos ni, kami bertiga - Scha (6 Ogos 1993), Yam (11 Ogos 1993) dan Fiq (26 Ogos 1993) memutuskan untuk ke Pulau Pinang. HAMPIR nak ke Pulau Perhentian, siap dah survey harga apa semua, but then baru tahu yang si Syakiroh ni rupanya takut air. Jadi ke Pulau Pinanglah kita, instead of Pulau Perhentian.

Sementelah Yam dan Fiq acah-acah jadi wanita bekerjaya yang tak boleh nak cuti banyak hari, kami pergi waktu hujung minggu je. Lantas, tiket bas Perdana berharga RM38.20 dari Pasir Mas ke Butterworth untuk tiga orang pun dibeli. Malah return tiket dari Butterworth ke Pasir Mas dah dibeli siap-siap. Kami bertolak Khamis malam dan balik Sabtu malam.

Persiapan sebelum bertolak haruslah mantap. Selaku gadis berdarah AB (Ehhhhemmm Fiq ;D ), maka Yam acah-acah jadi leader yang perghh dengan membahagikan tugas. Fiq kena prepare makanan-makanan ringan yang nak dibawa sebagai bekal sepanjang travel, Scha diarahkan tengok rate hotel dan Yam settlekan hal tiket. Kami pun sama-sama survey pasal tempat2 yang nak dikunjungi, thanks to few websites dan bantuan rakan sekuliah Yam yang cemerlang, Kemal Fendi power anak jati Pulau.

Selain tu kami juga listkan beberapa barang asas yang memang diperlukan (selain pakaian dan alat keperluan diri), contohnya ubat-ubatan yang basic ( Panadol, minyak cap kapak, ubat mabuk jika perlu etc), topi (yang gegirls moleklah pakai yang style hat gitu), mineral water sebanyak mungkin selagi tak membebankan beg, duit kecil yang sentiasa ada dalam poket atau purse (so that senang nak bayar tiket feri ke bas lokal ke), sunblock, shades, lip balm, kipas tangan - afdhal untuk guna bila cuaca panas. Kalau untuk hujan, kami bersedia dengan jaket yang ada hud, dan lagi bagus kalau ada baju hujan terus. Selain tu, jangan lupa juga powerbank untuk telefon dan monopod jika perlu. Kalau bawa gajet, kamera ke iPad ke even telefon pun, jangan lupa charger diorang.

Yam suggestkan kitorang bajetkan the most RM200 sebagai wang saku asas untuk trip kali ni. Tapi dah pesan awal-awal pada Scha, she has to bring EXTRA money sebab beliau awal-awal lagi dah cakap, nak pergi Penang ni makan makan puas-puas, as a mamak-food lover kennn. Dan kalau nak shopping pun, bawalah duit LEBIHHH. Tapi yang RM200 tu memang untuk keperluan asas - contohnya tiket bas, makan dan pengangkutan. Cukup tak cukup nanti kita tengok.

So the day finally came. Lepas habis kerja, Yam ke KB untuk fetch the girls. Sempat singgah beli bebarang sikit untuk bawa ke sana, contohnya makanan dan barang-barang keperluan lain - seperti topi, sunglass, mineral water yang MEMANG sangat diperlukan sewaktu travel. Angkut dedua budak tu datang rumah, sebab kitorang akan naik bas malam tu di stesen yang dekat dengan rumah Yam. Sempatla sort out bebarang yang kena bawak atau tidak.




Maka bermulalah pengembaraan tiga backpackers amateur ini. Dengan lafaz basmalah dan sedikit tazkirah supaya tajdidkan niat untuk mengembara melihat bumi Tuhan ni, kami pun melangkah ke dalam bas dan... tidur. Hehe

Jam 10.30 pm bertolak, lebih kurang jam 1 bas berhenti rehat di Hentian Gerik. First time ooi ramai bebenor foreigners, yang semestinya pelancong asing yang datang untuk menikmati keindahan Malaysia ecewah, dan pastinya mengambil peluang untuk membeli-belah sehabis banyak sementara matawang Malaysia tengah murah ni eh ops. At 2 am, perjalanan diteruskan. Lebih kurang jam 4 pagi, drebar buat announcement, tibanya bas di Kulim. Kitorang watlek watkul je, ingatkan lambat lagi nak sampai Butterworth. Rupa-rupanya lebih kurang setengah jam kemudian, drebar dah announce, 'Butterworth, Butterworth!'

Maka terkocoh-kocohlah tiga gadis ini capai beg dan bebarang memasing dan turun bas. Jejak je bumi Butterworth, angin dingin dinihari menyentuh diri. Tapi, urgh sunyinya. Baru 4.30 pagi kooott. Nasib baik ada guard yang jaga kawasan stesen bas tu, walaupun warga asing. Rasa selamat la sikit, sebab ramai sangat gelandangan dan orang-orang awam yang mungkin macam kami jugak - baru turun bas dan nak tunggu hari siang, yang tidur di sekitar stesen bas. Kami jalan rapat-rapat dan cari tandas, yang pada hemat kami mestilah berdekatan dengan surau kan. Jalan punya jalan, dan lepas tanya abang kedai runcit tu, kami dimaklumkan bahawa surau hanya akan dibuka pada 5.30 am. Masha ALLAH. Kami dah cuak sikit, sebab situ semua jenis manusia ada - lelaki perempuan, warga tempatan dan warga asing - semua adaaa. Maka duduklah kami bertiga di meja depan surau, sambil borak-borak supaya tak rasa sangat seriaunya. Adalah dimaklumkan kedudukan surau di stesen bas Butterworth adalah di kawasan medan seleranya, bukan dekat bangunan jual tiket tu. Dan hehati ya. Suasananya sangat suram. Kalau seorang dua, duduk tempat cerah dan buat muka rileks serta acah-acah tough, tapi jangan lupa dalam hati baca Ayat Kursi lelaju tau tau.

Tepat jam 5.30 am, guard tadi datang bawa kunci dan buka pintu surau. Kami terus serbu dan rehat sekejap dalam surau. Take a short nap, sebelum bangun untuk Subuh. Fiq ambil peluang untuk tukar baju, sebab beliau dah seharian dengan baju tu semalam plus that kitorang akan jalan dengan baju ni, sehinggalah check in hotel tengah hari karang. Dalam jam 6.30 gitu, kami dah berjalan menghala ke pelabuhan feri.

The good thing about Stesen Bas Butterworth is that almost semua public transport ada di sini - bas, teksi, feri dan KTM - maybe that's why kawasan ni dipanggil Penang Sentral. Stesen KTM Butterworth cuma bersebelahan dengan stesen bas, dan stesen feri bersebelahan dengan stesen KTM tu. Jadi, kitorang jalan dalam 10-15 minit gitu dari surau stesen bas tu, menghala ke Pelabuhan Feri. Ingatkan kitorang je yang awal, rupa-rupanya ramai je lagi orang lain yang jalan dengan kami, mostly berpakaian rasmi - sebab kat Penang masih lagi hari bekerja pada hari Jumaat.




Tambang feri dari Butterworth ke Pelabuhan Weld di bahagian pulau, hanyalah RM1.20 dan cuma menerima syiling sebagai bayaran. Jangan risau kalau takde syiling, pihak feri sediakan kaunter tukar duit. Tunggu feri sekejap, maka bila feri tiba, belayarlah kami menuju ke bahagian Pulau. Adalah dimaklumkan bahawa Pulau Pinang ni terbahagi kepada dua bahagian, bahagian Butterworth ni dipanggil Seberang, bahagian Georgetown sana nu dipanggil Pulau, dan mostly kawasan tarikan ada di Pulau. Tapi kami turun di Butterworth sebab nak naik feri dan kami dah bajet untuk menikmati sunrise bumi Penang dari atas feri. Ternyata percaturan kami berhasil apabila sunrise pada pagi Jumaat yang barokah itu penuh indahhh ecewah.



Lawa kan kan kan. Tidak seperti kebanyakan penumpang feri lain yang buat muka mengantuk semasa berada di dalam feri, kami tiga beradik ni terkedek-kedek ke hulu ke hilir dan begitu teruja bergambar. Nampak sangat bukan orang tempatannya kan heheh



Setibanya di Pengkalan Weld, kami disambut dengan mendalah ni. Rupa-rupanya sekarang ( bermula 1 Ogos tuari lagi) sehingga 31 Ogos nanti, sedang diadakan Georgetown Festival. Cant really figure out apa aktivitinya tapi rasanya one of them ialah pameran Transformers dekat Padang Kota Lama. Tapi oleh sebab kami cuma singgah minum air di sana, maka tak ngambik gambor la dengan Bumblebee apa bagai tu. Adalah dimaklumkan Pengkalan Weld ni pun lebih kurang macam Penang Sentral tadi - dekat dengan banyak public transport, yakni feri, teksi dan bas ke bermacam tempat. Senang kan.

Sampai di Pulau dalam jam 7 lebih macam tu, setelah perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang 20 minit. Perut pun dah rasa lapar, bahu pun dah rasa lenguh, tapi hala tuju kaki masih tak tahu ke mana. Kami cuma ada basic infos pasal tempat yang kami nak lawati, tanpa ada map pun. Cuma bergantung pada google maps dan Waze. Kami search Masjid Kapitan Keling at the very beginning dan mula berjalan. Amazingly jalan dia sangat tenang, mungkin sebab pagi weekdays kan, so orang tak ramai, dan lebih menarik, senang je nak jumpa art yang lawa dekat wall bangunan diorang.



Tetengah jalan tu, kitorang jumpa a Chinese uncle, was reading newspaper tapi muka dia nampak concern sangat bila tengok kitorang lalu depan dia. Lalu Yam pun beranikan diri bertanya pada beliau tentang arah yang kami nak tuju. Malu bertanya, sesat berjalan ye dok.

Uncle tu memberi info yang sangat helpful. Ingatkan nak tanya betul ke tak kami ni menghala ke Masjid Kapitan Keling je, tapi lepas tu beliau offer nak tanya pebenda lagi, maka kami pun hujani beliau dengan pelbagai persoalan, antaranya kat mana tourism center, kat mana hotel yang bagus and ultimately kat mana nak breakfast. Uncle siap elaborate and suggest few places, also suruh kitorang sewa basikal kalau nak pusing Pulau. Beliau akhirnya tanya kami dari mana, dan macam terkejut bila kami beritahu yang kami dari Kelantan, sebab dia kata English kitorang bagus ehehehehe *sengih bangga*

Uncle tu pesan, kalau tak tahu, tanya je. Penangites will answer, because they are friendly. Uncle cakaplah. Selepas berbalas ucapan have a nice day, maka kaki kami dihala ke tempat yang uncle tu petakan sebagai a restaurant that served breakfast for Muslims at low price. Macam tetahu je backpacker marhaen macam kami ni bajet limit hehe.

Selepas menikmati sarapan roti canai telur kuah dal yang masha ALLAH lazatnya tu yang terletak di hujung ground floor bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kami pun menghala ke tourism center yang berada di sebelah kanan bangunan MPPP, down the road. Dalam 5-10 minit berjalan, kami jumpa few travel agencies di kiri kanan jalan. Adalah dimaklumkan jalan kat kawasan ni sangat cantikkk dengan bangunannya yang berseni. Di sebelah kiri kami, ada satu tourism center tapi bukak pukul 9, tapi jam baru pukul 8.40 am. Kami jalan ke depan, jumpa lagi satu tourism center belah kanan kami, yang memang milik Tourism Malaysia. Dari situ kami dah boleh nampak Clock Tower yang berdekatan dengan roundabout dan Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama.

Nasib baik office tourism center yang ni start at 8 am, so dah ada orang nak attend kami. Kami diberi berhelai-helai brochure dan pamphlet, serta 4-5 keping peta yang ada kepentingan berbeza. Contohnya, ada peta yang terangkan pasal laluan bas di kawasan Georgetown, ada peta yang menunjukkan tentang lokasi Street Art dan ada juga peta yang menyatakan secara keseluruhan lokasi-lokasi tarikan di Penang. Selepas hampir sejam bertapa di tourism center yang kami tanyakan almost semua tempat yang kami nak pergi dan berpuluh soalan lain (aherherher), kami siap diberi sekeping sorang cenderahati daripada pihak tourism yang ala-ala pasoport, dengan syarat kami isi logbook visitor. Thank you for the helpful info and good service! :)

Selepas tu, kami cari satu tempat yang kami boleh berbincang sambil kaji peta, and finally we decided to take a bus to Bukit Bendera (Penang Hill) which Fiq dan Yam tak pernah jejak, tapi Scha dah pernah pergi. Kami kembali ke stesen bas yang bersebelahan dengan Pengkalan Weld tadi dan ambil bas nombor 204 ke Bukit Bendera.

TIPS : Afdhalnya tunggu bas di stesen terus, kalau stesen tu dekat je. Jangan tunggu di bus stop, sebab some of the buses tak berhenti. The good thing is that, bas sangat kerap. Every 15 minutes kot. Jadi jangan risau. Public transport di Penang memang terbaikkk.

Jam dah nak mencecah 10 am bilamana kitorang naik bas tu. Dengan tambang RM2 seorang, kami pun naiklah bas menuju ke Bukit Bendera. Perjalanan memakan masa dalam 35-45 minit. Bukit Bendera merupakan stesen terakhir untuk bas ini dan jangan risau, bas ni akan berhenti dengan satu stop yang betul-betul depan gate Bukit Bendera.

Sampai di sana, alhamdulillah queue tiket tak ramai. Tapi queue tunggu tren nak naik ke puncak tu agak ramai, mostly pelancong asing la. Dalam 11 am tu, kami dah sampai ke puncak dan mula menuju ke tempat-tempat menarik di sana.







Kami tak lama pun berada di atas sana. Orang ramai dan takde benda apa pun, kecuali pemandangan. Tapi view macam kena block dengan kabus, so tak nampak apa sangat. Lepas cuci-cuci mata menikmati pelbagai jenis bunga, kami pun buat keputusan untuk turun. Masa tu dah 12 noon. Yam pula nak kejar masa, sebab asalnya janji nak jumpa Kemal at 12.30 pm sebab nak paksa beliau belanja lunch hehe.

Sampai di bawah, terus kami menghala ke bas yang sudah ada di hentian. Tapi kena tunggu drebar pulak. Jadi, 12.15 pm ++ baru kami naik bas. Yam whatsapp ke Kemal, bagitau yang kami lambat. So change plan. Beliau pun nak solat Jumaat dulu, sementara kami stuck dalam jammed di bandar. 1 lebih sampai di stesen, kami bermusyawarah. Scha dah lapar. Yam nak tuju ke Kemal. Fiq pula dah resah mencari hotel. Kami pun decide untuk ke tempat Kemal dulu yang bersolat Jumaat di Masjid Kapitan Keling dan pada masa yang sama kami survey hotel. Lepas check in baru nak makan, sebab tak selesa nak makan dalam keadaan badan melekit penuh peluh baju semalam uhuk.

TIPS : Sebenarnya kami tak book hotel awal-awal bukan apa, kami takut susah nak cari hotel tu dan lagi teruk, hotel tu indah khabar dari rupa. Bila masuk Agoda, Trivago. TripAdvisor, yang tak lawa jadi lawa, yang duduk terceruk pun dikata lokasi strategik kan kan. Tapi risikonya, kami kena usaha lebih sikit bila nak cari hotel on the spot ni. Few hotels dah kata penuh, while the others akan tawarkan harga yang agak tinggi daripada yang ditunjukkan di website. Tapi kelebihannya, kami boleh survey sampai ke dalam bilik, dan boleh nego harga, dan bila puas hati then only kami bayar. Ada pros and consnya. Ikut suka andalah nak praktiskan yang mana satu :)

Bila dah jumpa Masjid Kapitan Keling tu dan khutbah Jumaat pun masih belum habis, kami jalan ke depan sikit untuk cari few hotels atau inns, tapi tak berani nak masuk tanya, sebab situ nampak macam kawasan Chinese, sebab berdekatan dengan temple dan pelbagai 'kongsi', antara yang terkenalnya ialah Khoo Kongsi. Lepas habis pusing kawasan berdekatan, kami pun menunggu Kemal di bangku berdekatan masjid, dan Kemal datang tak lama kemudian dengan machonya sambil berkopiah dan berselipar jepun.

Kami decide untuk pergi cari hotel dulu then kalau sempat pergi lunch. Pusing punya pusing, kami jumpa satu budget hotel depan Restoran Kapitan. Hotel Golden Green namanya.



Tauke tu tawarkan RM110 untuk bilik yang 3-4 orang bulih masuk. Barangkali dia ingat Kemal pun masuk sekali ceh. Kami minta bilik untuk dua orang tanpa additional mattress, tapi kami sanggup bayar lebih sikit, dan dia akhirnya setuju dengan harga RM92. Okeylah kan. Bila dibahagi tiga, jadi RM30 ++ je sorang. Kami bertiga, dengan Kemal sekali, naik dulu tengok bilik. Kemal kata dah okey, maka kami pun on je. Turun, bayar dan kemudian kami naik balik untuk khidmat diri. Dah lebih 12 jam tak mandi nih aherherher. Kemal kembali ke tempat kerja dan kami janji nak jumpa dia balik petang karang lepas dia habis kerja.

TIPS : Yam personally rasa kehadiran Kemal sangat membantu. Selain faktor jantina, Kemal selaku anak jati Penang juga menjadi faktornya. Yam rasa lebih berani nak tawar-menawar dengan adanya Kemal. Malah rasanya kalau takde Kemal, takdenya kitorang berani nak naik dulu tengok bilik tanpa bayar. So kalau boleh engkorang dapatkan bantuan kenalan ke apa, memang bagus sangat.

Lepas khidmat diri dan solat, dengan rasa yang lebih segar dan bertenaga, kami kemudiannya pergi makan di Restoran Kapitan yang cuma di seberang jalan. Bila diingat balik, hotel ni sangat best sebab selain daripada bilik dia dan harga yang okey, lokasinya pun bebetul strategik. Sebelah je dengan Little India, lepastu the famous Restoran Kapitan cuma seberang jalan dan ada kedai runci di hadapannya. Basically memang best lah.



TIPS : Jangan tinggal barangan berharga dalam bilik. BAWA SEMUA BARANGAN kecuali baju-baju atau barang yang tak guna. Purse, wallet, sampul duit, kamera, telefon semua jangan tinggal. Jadi apa-apa karang, nyesal pulak. Bukan nak tuding jari pada sesiapa, sebab kalau jadi apa-apa, the burden is on us at the very first place, for not taking the precaution of protecting our own property.

Seperti yang disuggestkan Kemal, Yam order Chicken Milani Briyani manakala Scha memenuhi keinginannya untuk makan nasi kandar. Saja kami order dua pinggan je, sebab tahu takkan habis kalau order sorang satu. Banyak woi satu portion nasi dia!



Sangat sedappp, sebab ayam dia digoreng butter pastu kuahnya bila dicampur dengan kari, rasa sangat ummmphhhh. Tapi tak boleh makan bebanyak nanti muak. Nasib baiklah kami memang berkongsi makanan, jadi Fiq habiskan ini briyani :D

TIPS : Berkongsi makanan ni banyak bagusnya. Selain tak membazir, kami mampu save almost RM10 setiap kali makan. Jadi kalau 3 kali makan, dah save RM30 daripada bajet asas kami. Tapi kalau rasa kebulur ke nak pengsan ke kalau tak dapat makan sepinggan sorang, tafaddhal je la bedal sensorang nasi kandar ke nasi briyani tu ke. Asal jangan membazir. Amalan syaitan tu kan kan kan.

Lepas makan, kami study peta sikit dan mula mengatur langkah mencari lokasi-lokasi Street Art. Kawasan sini jalan kecil-kecil dan bersambung, jadi ada kalanya kami tembus ke jalan sama 2-3 kali, tapi the good thing is that, jalan mudah diingat la. So we shot few pictures dengan beberapa mural paints yang kitorang jumpa, sebab bersepah sikit lokasinya hewhew







TIPS : Ha memasa ginilah semua jenis alat pengelak panas sangat berguna - hat, shades, sunblock, lip balm, kipas tangan dan mineral water. Sebab nak jalan banyak, bawah sinar mentari yang garang - memang sangat menguji kesabaran. Jadi bawa perkakas ni semua, insha ALLAH kurang sikit panasnya. Nasib baik dah mandi, sebab berpeluhnya lepas tu ya Rabbi menitik-nitik.

Kami pusing sampai ke Lebuh Armenian di mana di situ ada mural yang budak kecik dua orang naik basikal, and di lebuh ni juga merupakan tempat jualan souvenirs Street Art yang utama. Benda biasalah, fridge magnet, notebook, poskad. Kami beli guna duit belanja asas tu 10 keping poskad dan 10 fridge magnet yang menelan kos RM15 (poskad RM5, fridge magnet RM10). So kami bahagi-bahagi kan sesama kami dengan adil dan saksamanya.

Kami kemudian tembus balik ke Masjid Kapitan Keling and subsequently jumpa Kemal kat sana. Kemal yang masih berwajah suci selepas solat Asar kemudiannya meneruskan khidmat beliau selaku tourguide dengan membawa kami ke beberapa lagi lokasi Street Art dan tempat-tempat menarik.








Kami kemudiannya menuju ke Muzium Trick Art (Interaktif), namun malangnya sudah ditutup. Dia buka sehingga ja, 6.30 petang, dan last admission ialah pada jam 6 petang. Kami sampai dalam 6.05pm so kaunter dah tutup. Takde rezeki nak masuk dalam, kami cuma bergambar di luar muzium yang masih ada beberapa lukisan yang menarik.

INFO : Ada 2 muzium Trick Art. Satu yang interaktif, yang berdekatan dengan Pengakalan Weld. Satu lagi yang 3D terletak berdekatan dengan Padang Kota Lama. Fee ialah sebanyak RM10 untuk student dan ada waktu operasinya tersendiri. Biasanya weekdays buka dari 9 am sampai 6.30 pm, dan kalau weekend dibuka sehingga jam 8pm ( KALAU TAK SILAP LAH).

Selepas bergambar, kami ke Padang Kota Lama. Di situ, seorang lagi rakan UIA, NAB sudah menunggu usai tamat kerja. Tak berminat dengan Transformers mahupun pasemboq, kami cuma minum air untuk menghilangkan dahaga setelah berjalan beratus bahkan beribu langkah, dan kemudiannya mengambil gambar kenang-kenangan di sekitar pantai dan Fort Cornwallis.



Senja semakin menghampiri, Maghrib makin merapati. Maka dengan jasa baik NAB, kami dihantar pulang dengan keretanya ke hotel, maka tak perlu kami berjalan kaki lagi phew phew dah lenguh weh. Kami terus naik ke hotel untuk bersedia dengan Maghrib, sementara NAB dan Kemal menikmati briyani dahulu di Restoran Kapitan.

Malamnya, Scha dan Fiq turun untuk membeli makanan dan Yam menunggu di dalam bilik. Kami malas nak keluar semua dan usung beg beramai-ramai, dan kami tak mahu makan malam di kedai. Solusinya, makanan dibungkus untuk dibaham di bilik sahaja. Selepas menikmati mi goreng mamak dan nan tandoori yang perghhhh SEDAPPP YANG AMATTTT, kami berdiskusi tentang trip hari ini secara keseluruhannya dan terus merangka plan untuk esok hari.

TIPS : Catat semua perbelanjaan dan keluar masuk wang. Selalu kira duit untuk pastikan bakinya betul. Duit kawan kita pun, masih duit orang, bukan duit kita.

Sedikit melewati jam 10 malam, kami sudah berbaring lengkap berselimut, bersedia untuk merehatkan tubuh yang seharian berjalan, dan mengecas tenaga yang hilang, untuk perjalanan hari esok yang lebih panjang dan memenatkan. Esok kami dah kena check out dan kena bawak semua barang sesiap sebab lepas tu nak terus direct ke Butterworth untuk naik bas balik ke Kelantan, plus that esok dah takde Kemal mahupun NAB untuk jadi tourguide ataupun drebar. Tsk.

Off the light, then sleep tight.

(Bahagian 2 akan menyusul nanti kalau rajin insha ALLAH)

Wallahu'alam, wassalam.

14 love letta(s):

Muhammad Khudri said...

Tq maryam.. Tengah cari surau kawasan stesen bas butterworth.. Backpacker sesorang...
Alamak.. 5.30 surau baru bukak... Kene tido dekat stesen la nampaknya....

Muhammad Khudri said...

Tq maryam.. Tengah cari surau kawasan stesen bas butterworth.. Backpacker sesorang...
Alamak.. 5.30 surau baru bukak... Kene tido dekat stesen la nampaknya....

M Kamal said...

Yeap, 5.30 am baru guard datang bukak. Kitorang hari tu duduk tunggu dekat depan surau terus dan tempat yang terang serta ada ramai orang. Macam ngeri sikit kan hukhuk. Semoga dilindungi ALLAH dan selamat mengembara!

Hazwan Hafiz said...

Power !

Respect habis backpacker wanita ni !

M Kamal said...

Ehh jangan habiskan lagi respect tu, ramai je lagi backpackers wanita sekarang ni :D

hashtag hambarbolehtahannn. haha :'D

Afnie said...

Yes... we are oso backpakers babe!... and we are in penang!!

Afnie said...

Yes... we are oso backpakers babe!... and we are in penang!!

Haziq Hazwan said...

Keje or study weh kat kelantan?? Aku ingt new year chinese nk g penang backpack alone. Aku dari pasir puteh ni

M Kamal said...

Afnie :)))
hye there backpackers. best kan penang? :)

M Kamal said...

Haziq Hazwan,

Ohh ore kito ni :)
Asal dan tinggal di Kelantan, study luar Kelantan. Hmm boleh je backpacker ke Penang sensorang, insha ALLAH takde apa2. mencabar sikit la. Take care and have fun! :)

fatin amelina said...

Salam, nak tanya. Did you guys bring along your backpack masa naik penang hills? And kalau tak, tinggalkan kat mana eh bag tu?

M Kamal said...

Waalaikummussalam. Yeap, we did bring the bags along. Tapi memang awal2 lg kitorg limitkan dua beg je sorg, except Scha as she brought along her DSLR. So basically kitorg memang ada backpack dan beg kecil (handbag/sling bag) je sorang satu :D

Have fun travelling. Hati-hati by the way :)

aida azni abd razak said...

Terima kasih tips nya dik.. Plan 4-6dec'16 nak jenjalan penang berdua dgn kakak angkat ala² backpaker.. 1st time nak jejak kaki @ penang hewhewhew..

aida azni abd razak said...

Terima kasih tips nya dik.. Plan 4-6dec'16 nak jenjalan penang berdua dgn kakak angkat ala² backpaker.. 1st time nak jejak kaki @ penang hewhewhew..

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template