Monday, May 4, 2015

Oppa!

Bismillahirrahmanirrahim.

3 Mei - birthday Ijat. Baru-baru ni saya ada jumpa satu gambar lama Ijat, yang empat tahun lepas rasanya. Masa tu nampak mithali beliau, memangku dan menyusukan Abdullah Fathi yang pada masa itu baru berusia beberapa bulan. Wajah Ijat, meski dari sisi - nampak cukup kelakar, dan tua. HAHA

Abang yang seorang ini, ada ragamnya tersendiri. Ada, memang ada. Bahkan setiap daripada kami memang punyai peel tersendiri. Kekadang saya terfikir, betapa sabarnya emak dan ayah menghadapi kerenah kami lima beradik yang macam-macam pesen, macam-macam gaya.

Ijat dilahirkan pada tahun 1986, saya pula 1993. 7 tahun beza. Saya dilahirkan ke dunia ketika beliau darjah satu. Satu jurang usia yang agak besar, bagi saya. Tidak banyak kenangan masa kecil saya bersama abang-abang, apatah lagi Ijat tidak banyak berada di rumah. Beliau masuk ke sekolah berasrama ketika saya berusia 6 tahun, dan seterusnya DQ, langsung ke Mesir. Memang tidak banyak masa yang kami luangkan bersama.

Tambah pula, baran Ijat pun boleh tahan. Dicampur pula dengan baran saya sendiri. Sama-sama garang, sama-sama bekeng. Jadi, adakalanya bila sesekali terjumpa, kami bergaduh. Saya masih dengan ketidakmatangan saya, dan Ijat dengan jiwa remajanya (pada masa itu) yang kuat memberontak. Seingat saya, kami pernah bergaduh besar ketika Ijat di sekolah menengah, yakni semasa saya di sekolah rendah. Besar, sehingga Ijat menengking saya di hadapan keluarga yang lain. Besar, sehingga saya rasa mahu layangkan tangan ke wajahnya. Padahal ianya cuma bermula dengan satu gurauan.

Dan seingat saya, Ijatlah anak lelaki yang paling emak risaukan. Menghadapi masalah untuk tinggal di asrama, Ijat selalu buat emak risau, ayah gusar. Setiap minggu kami ke sekolahnya, sama ada menjemputnya pulang atau sekadar melawat dan bawa keluar outing. Ayah usahakan beliau tinggal di rumah sewa, meskipun tak silap saya undang-undang sekolah cuma membenarkan pelajar tingkatan 6 sahaja untuk tinggal di rumah sewa. Kantoi, emak pula aturkan Ijat supaya tinggal sementara dengan Ayah Jem, adik emak yang tinggal di Kota Bharu itu. Alhamdulillah, lekat.

Ijat jugalah anak yang memenuhi impian emak dan ayah, yang mahukan salah seorang anak mereka menjadi hafiz. Tamat DQ, Ijat sempat 'singgah' di UIA seketika - jurusan kejuruteraan lagi, sebelum entah bagaiman jadinya - beliau direzekikan terbang ke Mesir, mengejar cita-citanya menjadi doktor. Ijat juga menjadi anak pertama dalam keluarga yang berjaya menyambung pengajian di luar negara. Apa yang menarik, perubahan Ijat sebagai abang yang paling ketara saya rasakan ialah ketika beliau berada di sana.

Jika sebelum ini, jarang nak bermanis muka, cakap pun taram aku-kau saja, meski jarak umur banyak berbeza. Tapi selepas itu, Ijat yang mula membahasakan diri sebagai saya, dan memanggil adiknya ini awak. Kekadang ketika terlebih glukos, dia panggil adik. Saya jadi pelik. Tidak biasa dengan bahasa manis terlebih susu krim yang Ijat gunakan. Tapi sebenarnya suka. Lembut aje telinga ni mendengarnya :D

Ijat juga menjadi lebih prihatin dan mengambil berat. Sebelum ini jarang sekali mahu menyapa, namun kini di alam maya, selalu sangat beliau memulakan bicara. Yahoo Messenger tengah in masa tu, dan kerana Ijatlah emak buka semua akaun yang ada. YM, Facebook - semata-mata mahu berkomunikasi dengan anak lelaki kesayangan,

Ya, itu gelaran kami pada Ijat. Ijat memang kesayangan emak. Dan ironinya, Ijat pernah mengirim surat (I told you - beliau jadi makin sweet sesejak ke Mesir), dan salah satu ayatnya berbunyi, 'biarlah kita bukan anak kesayangan emak dan ayah, asalkan kitalah yang paling menyayangi emak dan ayah'. Ironinya. Of all people. Haha :D

Ijat di Mesir ketika saya berada di sekolah menengah. Dan boleh saya katakan, Ijat antara faktor yang mendorong saya menjadi manusia yang lebih baik. Dari jauh, beliau memberikan nasihat dan bimbingan supaya saya menjadi muslimah yang lebih elok akhlaknya, yang lebih indah pekertinya ecewahhh.

Belumpun puas bermanja, timbul berita Ijat mahu mendirikan rumahtangga. Bersama rakan sekelasnya dari Terengganu. Tiada pilihan, saya sambut berita itu dengan berlapang dada. Sempat juga saya melihat angaunya Ijat, gambar Kak Aimi ketika hari pertunangan mereka dijadikan desktop background laptop yang dibiarkan bernyala, dan di depan laptop itu Ijat mengulangkaji nota. Bila disergah, tersipu-sipu beliau malu, sambil terburu-buru menyimpan laptop. Eleh, macam adik tak tahu!

Ijat akhirnya disatukan dengan cinta hati. Tahun demi tahun berlalu, Ijat semakin mendaki tangga kejayaan, tanpa dilupa keluarganya sendiri semakin mengembang. Wujudnya Abdullah Fathi dan Khadijah Hawwa', yang memberikan kesan yang bukan sedikit pada kami sekeluarga. Saya lihat pengorbanan berbagai pihak di situ. Kesanggupan emak untuk terbang ke Mesir, menjaga menantu yang berpantang. Kesanggupan emak yang menjaga Abdullah Fathi di tanah air, sedang Ijat, Kak Aimi dan Khadijah di bumi Mesir menghabiskan saki-baki pengajian. Pengorbanan Ijat dan Kak Aimi sendiri, berpisah dengan anak sulung demi memudahkan urusan pembelajaran. Pengorbanan Abdullah Fathi sendiri untuk tinggal bersama datuk dan nenek, instead of ibu dan ayahnya. Dan kesatuan kami sekeluarga dalam menempuh cubaan getir yang datang dan pergi.

Akhirnya Ijat dan Kak Aimi tamat pengajian, dan pulang ke tanah air, memulakan khidmat dan bakti pada negara. Wujud pula Imad Affat, menjadikan Khadijah Hawwa seorang kakak. Dan sehingga saat ini, saat di mana Ijat berada di rumah di Pasir Mas, bersama-sama emak dan ayah, Mayyah, Mek dan Che Lah - sungguh memberikan pengajaran hidup yang bukan sedikit untuk dikutip.

Di rumah Pasir Mas itulah, saya masih ingat saya minta Ijat ajarkan saya cara menggunakan telefon bimbit buat kali pertama. Kami menggunakan telefon ayah ketika itu - Nokia 1100. Di rumah itu jugalah Ijat memberikan hadiah ulangtahun kepada saya - sekadar buku nota dan pensel, namun sangat saya hargai ingatannya. Di rumah itulah, tempat saya berperang dan bergaduh dengannya.

Kalau dengan Abang Mat si abang sulung, saya jadi adik yang lebih berdikari. As if I can do everything on my own. Itu yang saya buat bila Abang Mat ada - seolah-olah satu aura yang membuatkan saya kata pada diri sendiri, ' hey, do it yourself. Kau dah besar, kau dah mampu buat semua ni sendiri'. Tapi dengan Ijat, lain sikit. Angkat rak sikit pun, Ijat datang tolong. Nak alihkan kereta pun, Ijat tunggu di halaman. Memula saya rasa pelik - sebab dah biasa buat semua tu sendiri. Tapi kekadang seronok jugak - ada orang concern rupanya, itu fikir saya. Ijat juga lebih gedik bermanja. Kekadang kepala saya diusapnya, ada masanya lepas balik kerja, beliau minta dipicitkan kepala (which saya tarik rambut dia kuat kuat ohhh seronokkknya). Haa dengan Abang Mat mana berani buat macam tu. Cuit ibu jari pun ketar haha ampunnn AbeMattt :D

Yeap. Saya pernah tak suka dia. Anak kesayangan emak, kan. Haha. Sehinggalah satu ketika, berulang kali mak kata, mak sayang semua anak mak sama saja. Tunggu diri sendiri jadi mak, baru akan faham perasaan seorang emak. Dan saya rasa, tak kena tunggu jadi emak pun saya dah boleh faham kenapa perhatian emak dan ayah banyak tertumpah pada Ijat. Ijat ni, semangatnya kuat. If he thinks he can do something, he will do it straight away. Tak fikir panjang. Darah muda, tengah panas.

Tapi nasib baik emak dan ayah sempat cegah, selalu tumpahkan perhatian pada Ijat. Kalau tak, mungkin Ijat takkan jadi sesoleh Ijat yang hari ini ecewah.

Syahdu pulak rasanya menulis ni semua. Dan saya harap, kasih mekar mewangi pada abang kakak ni hendaknya biarlah berterusan sampai bila-bila. Minta jauh sebarang permusuhan atau sengketa.

Hai Ijat. Yes, awak masih lagi seorang abang yang annoying. Bekeng, tapi kekadang bengong jugak. Suka kutuk saya tengok The Return of Superman, tapi awak terlongo tengok bola, atau menghadap Xbox tu sampai lupa dunia. Bila tidur gila susah nak kena kejutkan, tapi sampai saya tua macam ni pun awak selalu bawa saya jalan-jalan (yaaa walaupun sebenarnya awak nak bawa anak-anak awak jejalan). Terima kasih - tak kedekut belanja semua benda, makan minum shopping duit belanja. Terima kasih - if only you know what has you done in molding me to become who I am today. Terima kasih - awak ajar banyak pengajaran hidup pada saya, be it from YOUR own mistakes, atau pada silapnya orang lain, tapi tetap kita tadah ibrahnya.

Maaflah - saya zaman kecik dulu pernah jerkah awak, sedangkan awak abang. Maaflah - saya zaman kecik dulu rasanya pernah sepak-sepak awak, sebab geram dengan awak. Maaflah - saya pernah jeles dengan awak HAHA

Dan meh sini saya nak buat pengakuan. Jam tangan GIORDANO yang awak kasi hadiah pada saya masa saya dapat 9A PMR 7 tahun lepas, sebenarnya saya dah TERhilangkan ia setahun selepas tu. Jadiiiii jangan tanya banyak-banyak. Syukurlah jam CASIO awak kasi tahun lepas masih selamat dengan saya, walaupun tali sikit lagi nak putus. Nanti nak jam baru yaaa! :D

Takde. Saya takde hadiah untuk awak, melainkan saya berdoa agar awak sekeluarga bahagia dunia akhirat. Agar awak menjadi anak dan ayah yang baik, serta doktor yang sukses, dan suami yang penayabar. Agar Kak Aimi juga berjaya. Agar Along, Khadijah dan Imad menjadi anak-anak soleh solehah yang mampu menjadi saham di akhirat sana. Agar kita semua dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dan dipanjangkan jodoh menjadi keluarga hingga ke syurga, insha ALLAH.

Doa tambahan : Semoga bertambah hensem. HA HA


Eeii tak hensem kan zaman dulu kan kan? HAHA. Dah hensem nanti, jangan gatal nak kahwin lain. Kesian Kak Mi haha :D

Semoga perjuangan tersendiri awak diberkatiNya, insha ALLAH.

Saaaaaayyaaaaaangggg Ijat. Belanja adik Kenny Rogers, please? :D

Wallahu'alam, wassalam.


p/s : Mohon adik beradik lain tidak jeles. Abang Mat, Kak Siti dan Mayyah - I love you tooooooo memmuahs ;D

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template