Friday, February 13, 2015

Dan sekali lagi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam.
Dan sekali lagi,
Aku menerima perkhabaran,
Insan aku cintai,
Kini dijemput Ilahi.
Beliau akhirnya pergi,
Pada tanggal 12 Februari.

Ya.
Baru Februari 2015.
Namun sudah 3 khabar kematian yang aku terima. 3 big losses - for me. Dimulai dengan perginya Aytuk hampir sebulan lalu. Kemudian, bonda kepada sahabat sepermainan sejak kecil hingga kini - dan masih dalam perkiraan - Mak Cik Dah, bondanya Farah Nini, dan kini - beliau - yang aku sanjung - TGNA.

Aku dilahirkan pada era pemerintahannya. Membesar dengan menyaksikan ketokohan dan kewibawaannya. Beliau benar-benar mendefinisikan secara tepat erti mehnah dan tribulasi dalam perjuangan, yang kami laungkan pada zaman sekolah menengah kami. Keyakinan dan kepercayaan pada beliau kami pasak teguh di dalam hati, meski hidupnya tak pernah sunyi dari caci maki dan umpat keji.

Namun, di sebalik syahdu yang bertamu, mengiringi perjalanannya menuju Ilahi, masih mampu aku tersenyum. Biar tawar, biar hambar. Namun satu sudut di hati ini, gembira, bila mana seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia, berkata yang baik-baik sahaja tentang beliau semasa hayatnya.

Beliau benar-benar mendefinisikan bagaimana nikmatnya husnul khotimah itu. Pulangnya beliau pada Yang Pencipta pada malam Jumaat yang penuh barokah, yang mana Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka ia akan dilindungi dari fitnah kubur." (HR Ahmad)

Mahu sahaja hadis ini aku tayang,
Dan mahu sahaja aku menjerit lantang,
Lihatlah dunia, fitnah kubur pun beliau terhalang,
Dan kau masih lagi percaya pada fitnah si mulut lancang?

Mengikuti kuliah agamanya pada setiap Jumaat di Medan Ilmu setiapkali berkesempatan, aku berpeluang menatap wajahnya dan batang tubuhnya secara langsung di depan mata. Melihat ratusan tangan dihulur untuk bersalaman dengannya di setiap langkahnya dari pentas ceramah sehinggalah ke keretanya, aku sedikit cemburu. Untungnya lelaki-lelaki itu semua, bisa bersalaman dengan insan sehebat TGNA. Dari lubuk hati, cuma doa mampu aku beri. Agar beliau teguh berdiri, meski dibadai mehnah dan tribulasi.











Bagai tidak percaya, yang suatu ketika dulu, aku pernah berdiri sedekat ini dengan beliau - hingga mampu merakam wajah hebat ini di dalam kamera sendiri :')

Dan kini,
Dan hari ini,
Jumaat terasa sepi.
Tanpa suaranya lagi.

Bagai terdengar alunan ayat-ayat suci ALQuran yang akan beliau baca, dan selepas itu gigih mentafsir dan mentadabburnya, ilmu dikongsi bersama rakyat. Di pentas itu, dia bukan lagi menteri. Dia bukan lagi pemilik kerusi parlimen atau kawasan. Tapi dia seorang guru, yang menabur ilmu, pada pelajar yang beribu. Pelajar yang tak mengira umur dan jantina. Pelajar yang tak mengenal status atau pangkat. Baik yang datang berkereta mewah atau menaiki bas merah. Semuanya ikut membaca alunannya. Semuanya ikut menadah ilmu yang dicurahkannya.

Dan kini,
Itu semua tiada lagi.
Kerana beliau sudah pergi.

Berehatlah di alam sana, wahai Tuan Guru.
Aku yakin,
dunia sana akan lebih memuliakanmu berbanding dunia ini.
Semoga kuburmu menjadi mahligai indah buatmu beristirehat.
Semoga kuburmu menjadi cerah hasil suluhan cahaya imanmu.
Semoga kuburmu menjadi lapang hasil usaha gigihmu di dunia.
Semoga dijauhkan daripada azab kubur,
Semoga ALLAH sentiasa memelihara jasad dan ruhmu.
Semoga.

Aamiin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
10 Januari 1931 - 12 Februari 2015.

***


:')
Suatu kematian yang menghidupkan.
Indeed.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template