Tuesday, February 3, 2015

Antara Loacker dan Chipsmore.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah kan makan waffle cookies jenama Loacker? Dan mesti pernah makan biskut Chipsmore kan? Kan kan kan?

Dedua sedap. Dedua enak. Dedua lazat. Kan?

Tapi Loacker macam mahal sikit berbanding Chipsmore. Satu bar tu dekat RM3. Pastu kalau yang a bite size tu usually lebih RM10 kalau kat supermarket, tapi tak sampai RM10 pun kalau kat kedai bebas cukai, but still the price is a little higher compared to Chipsmore. Tapi berbaloi, sebab sedap. Suapan pertama tu rasa nikmat gilaaa, terutama perisa coklat. Perisa susu pun sedap. Semua sedaplah! Puas hati. Tapi sayangnya, tak boleh makan banyak, nanti muak.

Chipsmore pulak - harga lebih berpatutan dan mampu milik. Saya sukakan yang campur dengan hazelnut tu, tak suka yg chips sahaja atau yang butterscoth. Mesti kena ada nut, baru sedap. Kalau yang saiz paling kecil tu, baru RM2 lebih. Yang besar tu, baru RM3. Puas hati makan. Mungkin tak sesedap Loacker, tapi Chipsmore ada aura yang buat kau rasa nak lagi dan lagi, lepas makan sekeping dua - which end up akan jadi berkeping-keping, hingga berbungkus-bungkus. Ecewah.

Jadi, hari ni kita nak cerita pasal biskut je ke? Ehhey tidak.

Sajalah saya terfikir, and this is my personal opinion. Seriously I mean no offence ye. Dan maaflah kepada jenama-jenama berkenaan, saya gunakan brand dan goodwill anda sebagai subjek dalam entri kali ni. In a good way, of course :) Semoga bermanfaat analogi ni, nanti sampai pahala kepada anda berdua jugak nanti ;)

Loacker, walaupun mahal, tapi sedap. Berbaloi. Namun sayangnya, tak boleh makan banyak - muak. Chipsmore, sudahlah murah, sedap pulak tu. Boleh makan banyak-banyak.

I don't know why ; tapi saya rasa these two brands are closely related to us, as human being. Why not manusia ni - menjadi gabungan antara Loacker dan Chipsmore?

Mahal, tapi berbaloi, dan bermanfaat banyak kali pada orang. Orang tak jemu, orang tak bosan dengan kita. Mampu?

Mahal tu - bukanlah jual mahal ke sombong ke hidung tinggi ke apa. Tapi mahal - as in - kau hold kau punya dignity and pride. Tak mudah influenced by people. But of course not to the extent of ego ke apa. But kau ada your own stand. Tak mudah orang nak permainkan kau - terutama perempuan. Gitu.

Berbaloi - as in, bila orang rapat dengan kau - then only diorang akan dapat the exclusivity of being close with you. Dapat benefits berkawan dengan kau - takdelah sesia diorang kawan dengan kau. And you, preserve certain things pada diorang - orang yg rapat degan kau tu. Which hanya orang tertentu aje boleh rasa kau punya manja, gila-gila, kelakar, dan sebagainya. Bukanlah being picky - mementanglah bukan kawan, maka tak buat baik dengan orang lain - BUKAN. Cuma, kelakuan kita depan kawan kita of course berbeza kan berbanding kelakuan depan stranger, kan.

Bermanfaat tu - benefits tadilah. Dan pada ramai orang. Manja, ngada-ngada apa semua tu, simpanlah untuk orang-orang rapat je. Tapi kalau sifat general, contohnya baik hati, pemurah, perlulah diamalkan kepada semua orang - regardless of religion, race, gender, etc kan? Cuma janganlah terlalu baik atau terlalu generous. Be modest.

Hmmm tak tahulah engkorang dapat ke tak mesej yang nak disampaikan melalui entri ni. Harap2nya dapatlah ye. Huks

Personally, saya nak jadi macam Chipsmore. Selain daripada murah tu lah, I mean (insha ALLAH aamiin). Expectation orang tak tinggi pada dia, sebab tahu dia seadanya. Tapi sebab dia sedap, orang akan makan lagi dan lagi, maka dia memuaskan hati orang. Jadi, kiranya it's about expectation orang pada kau  la. Lagi baik kalau expectation orang pada kau start dengan rendah, and gradually becomes higher and higher selepas mengenali kau, daripada diorang expect tinggi dan banyak daripada kau at the very first place, tapi hancur berkecai perlahan-lahan lepas kenal kau, sebab kau tak meet their expectation yang diorang setkan based on knowing you from other people atau sebagainya.

Scary, isn't it? To live with people's expectation. Kau boleh kata - ah, pedulikan orang nak kata apa. But actually, some of us do care about what people say (akulah tu). Sebab we live with people, so what people say and what people expect, play a very big role in our life sebenarnya. Tak gitu?

Hmmm oleh kerana aku sendiri dah mulai keliru apa yang aku bebelkan ni - maka wajarlah aku mengundur diri. Karang taip pepanjang pun jadi sampah jugak. Tak berguna pada masyarakat, pastu silap-silap kena tanggung dosa di akhirat. Nauzubillah.

Macam biasalah, feel free to drop any comment kalau engkorang rasa yang aku ni terkhilaf dan perlu dibantu untuk kembali ke jalan yang benar :D

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Aku makan dan suka dedua, be it Loacker ke Chipsmore ke. Takde diskriminasi ye. So, no offence ye, brands! ;)

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template