Thursday, January 15, 2015

Tak habis-habis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Malaysia masih lagi hangat dengan isu kontroversi aksi anak-anak gadis bersama bintang K-Pop yang masih lagi hangat disebarkan di alam maya, juga masih lagi diperkatakan di alam realiti. Susulan isu ini, terlalu ramai yang kalau boleh tuding semua sepuluh jari, memang sepuluh-sepuluhnya nak ditudingkan kepada gelombang Korea yang bukannya perkara baru dalam bidang hiburan, secara amnya, dan di Malaysia, secara khususnya.

Tanpa perlu kepada isu ini pun, imej hiburan dari Korea Selatan sememangnya selalu dikritik oleh pelbagai pihak, dek kerana negara itu begitu popular dengan beberapa isu seperti pembedahan plastik dan tarian mengghairahkan.

I plan not to say anything regarding this matter actually, sebab bagi saya, apa perkara pun, kesederhanaan itu perlu. Cukup sekadar begitu pandangan saya, sebelum ini.

Namun, bila ada pihak yang sama ke tahap memandang jelik dan hina kepada semua yang mengikuti hiburan daripada Korea Selatan, saya rasa tidak enak. Saya tidak salahkan mereka kerana berfikiran skeptik  terhadap hiburan dari Korea Selatan, tapi saya tidak menyangka mereka sampai jadi jumud.

Seolah-olah jijik benar mereka yang minatkan hiburan daripada Korea Selatan. Cuma layak dipandang sebelah mata, kalaupun mereka sudi dipandang. Atau lebih teruk, minat dan tendency mereka itu dicaci-maki, seolah-olah perkara itu menjijikkan benar.

Seolah-olah semua yang datang dari Korea Selatan itu hina. Seolah-olah cuma hiburan daripada Korea Selatan yang jelik. Seolah-olah apa yang datang dari negara lain, dan apa yang ada di Malaysia sahaja yang elok. Seolah-olah.

Patheticlah anda jika semua jari anda tudingkan kepada mereka yang menyukai hiburan daripada Korea Selatan ini. Kalau anda cuma menonton satu dua babak daripada video klip, ataupun daripada drama, atau anda terdengar satu dua baris lagu yang anda tidakpun faham maksudnya, terus anda cop semua hiburan daripada Korea Selatan itu tidak elok. Dan lagi pathetic jika anda sebenarnya tak pernah langsung pun dengar itu semua, tapi terus menjatuhkan hukum kepada mereka yang mengikuti hiburan ini.

Saya bukanlah penyokong tegar hiburan daripada Korea Selatan. Ya, saya mengikuti hiburan yang mereka sajikan. Saya tonton drama mereka, saya tonton rancangan variasi mereka, saya dengar lagu mereka, dan ada beberapa video klip yang saya turut tonton.

Tapi, bagi saya, berbalik kepada isu kesederhanaan. Kalau dah tahu drama/video klip/variety show tu tak elok atau tak beri any benefits to you, why bother to watch? Kalau tahu lagu tu membawa maksud yang tak elok, why bother to listen? Even if you really want to, ajar diri not to cross the boundary. Kerana dalam setiap perkara, memang ada batasnya.

Saya langsung tidak menyokong aksi anak-anak gadis yang sopan berpakaian siap bertudung, tapi berpelukan dan merelakan diri dicium oleh bintang idola mereka. But again, tidak wajar semua puntung jari dituding pada mereka. Siapa kita untuk terus menjatuhkan hukuman pada mereka – sedangkan kita tidak tahu bagaimana persekitaran mereka membesar ; cukupkah bekalan ilmu agama, cukupkah kesedaran dan bekalan iman di dada? Dan jika benar ibu bapa sudah berikan secukupnya ilmu asas agama, bagaimana pula dengan persekitaran mereka? Rakan-rakan sebaya? Juga tak lupa, rakan-rakan di alam maya? Kerana dunia hari ini, bukan cuma kau dan aku, di sini sahaja. Kita ada dia di sana, dia di sini, dia di situ. Betapa ramainya rakan di seluruh dunia, yang mungkin mereka temui melalui fandom ataupun fanbase, yang memberikan pengaruh yang bukan sedikit. Memang, aksi mereka tidak wajar. Melanggar batas susila anak gadis Melayu Islam, namun cuba-cubalah tuding jari pada pihak lain juga, yang instigate kepada berlakunya perkara ini. Dan, manalah tahu kalau-kalau satu jari tertuding pada diri sendiri, yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berfikiran judgmental, yang hanya tahu menghukum, tapi enggan menjadi sebahagian daripada yang mendidik. Kau dah tahu dia salah, lagi kau nak hina dia. Apa kata kau bantu dia, betulkan salah dia?

Selain itu, sedarkah anda, sebenarnya di Malaysia, remaja tidak punyai banyak pilihan, hingga mereka terpaksa mencari sumber lain untuk mendapatkan hiburan berilmiah? Diulangi, hiburan berilmiah. It does not have anything to do dengan all those program agama yang selama ni wujud, because again, it is about hiburan berilmiah. Yang mana they can watch and enjoy at the same time, yang mana they can get the message and values while enjoying the program and so on.

Pengalaman saya sendiri, lebih kurang jam 6 sehingga 8 malam, jika menonton TV, agak-agaknya apakah rancangan yang ditayangkan? Stesen sekian-sekian, cerita cinta yang tak sudah. Stesen berbayar sekian-sekian, sinetron yang beratus-ratus episod. Sudahlah demikian, diulang-diulang pula tu. Jadi, what do you expect then? Sementara itu, channel 392 (tak silap saya – KBS) menayangkan The Return of Superman ( yang tak tahu program ni pasal apa, sila google. Jangan nak kutuk dulu. Sekeh karang). Oh, sudah pasti lebih seronok menonton gelagat Dae Han Min Guk Manse dan lain-lain daripada terus menonton kisah-kisah cinta dan sinetron yang tak berkesudahan.

Tapi, takkanlah nak tengok gelagat budak-budak pun terus engkorang nak cop bahawa program ni tak elok, simply because ianya datang dari Korea Selatan? Just because of that? Hey, jangan narrow-minded sangat, boleh?

I have never ever said anything bad about korang punya minat yang gila-gila pada bola – yang sanggup berjaga malam, atau tidur dulu pastu bangun balik just to catch the game. Atau yang so into the games, be it DOTA ke Fifa Manager ke, hatta game Facebook sekalipun. And those yang so into gadgets – spend thousands to fulfill kau punya keinginan terhadap latest gadgets. And kalau yang perempuan pulak - yang minat all lovey-dovey local drama and song, atau yang follow those international series and whatsoever. Sukahati engkorang lah.

Asalkan korang tak susahkan orang. Asalkan engkorang tahu batas korang. Asalkan engkorang tak abaikan tanggungjawab korang. Asalkan engkorang tahu nak seimbangkan kemahuan dan keperluan korang. Cukuplah. Sudahlah.

Sekali lagi, bersederhana dalam setiap perkara.

Dan janganlah nak hina orang sampai kau rasa diri dia begitu jelik dan jijik, just because you are not in the same path as theirs.

And, instead of insulting and cursing them, why don’t you offer any help? Instead, kau buat benda jadi lebih besar dan menakutkan.

Aku faham niat engkorang yang kekononnya cuba berlagak sinikal, bagi nasihat deep deep kaw kaw whatsoever, but please, try put yourself in their places yang mana orang hina kau punya preference pulak. Cynically and sarcastically being insulted and cursed, do you think you can stand that?

Jangan sampai aku bandingkan industri hiburan Malaysia yang sebenarnya, realitinya, tak jauh bezanya pun dengan industri Korea Selatan. Jangan sampai aku bandingkan dengan industri hiburan yang datang dari negara lain – tapi diagung-agungkan, just because they are not from South Korea. Dan jangan sampai aku tarik masuk isu-isu lain yang may be related to this topic – such as politic, agama, fahaman dan lain-lain, if you know what I mean.

Saya bukanlah peminat tegar Korea, diulangi. Saya ikuti semua jenis hiburan. Lepas tu, pandai-pandailah tapis yang mana rasa sesuai, yang mana tidak. Itu saya – yang bernasib baik diizinkan mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian. Bagaimana dengan mereka yang begitu fanatic? Yang tidak lagi boleh kawal diri mereka? Apa peranan anda? I mean, selain jadi keyboard warrior –  yang berbekalkan semangat judgmental yang menebal, berpedangkan aksara yang tajam dan berperisaikan skrin yang membuatkan musuh tak mampu memandang anda, di medan perang alam maya yang tak pernah ada waktu hentinya?

I meant no harm, ya. I just can’t stand excessive cynical and skeptical way of thinking, at the moment these people are actually insulting those who they call as extremist. Macam takde beza je antara orang yang dikutuk dan orang yang mengutuk. You cursed them for their excessive behavior, but you yourself are the extremist in insulting them. 

I understand if there’s any contradicting opinion with mine. Feel free to express your opinion, if you mind to share. Aku ni pun bukannya betul sangat, kekadang :D

May you get my message in this entry. It has nothing to do with entertainment, neither the Kpop stuff. It is about mentality. And attitude. And behavior. And the way of thinking. And the way of expressing the thinking. And everything. And…. Whatever.

May ALLAH guide us to a better path, insha ALLAH.

Wallahu’alam, wassalam.






0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template