Sunday, January 11, 2015

Hello tahun tiga!

Bismillahirrahmanirrahim.

Kenmain Yam berhelo-helo. Bagi salam sikittt - Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ;)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Entri pertama di tahun baru 2015. Semoga tahun ini mengizinkan kita menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lalu. *itulah azam Yam Jamilah tetiap tahun -if you are talking about 'apakah azam tahun baru anda?' :D *

10 Januari 2015 semalam menyaksikan tamatlah peperiksaan akhir semester dua tahun dua seorang Yam Jamilah selaku mahasiswa undang-undang di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Insha ALLAH, selepas bercuti tiga minggu ni, Yam dah masuk tahun 3. Yeayyyy *guna emoticon wanita berdansa yang dalam WhatsApp tu*

Berakhirnya tahun dua menyaksikan berakhirlah subjek-subjek yang Yam secara peribadinya dah jatuh cinta dengan mereka. I found that Constitutional Law is rather an interesting subject, despite of the fact that I don't really like it at the beginning. Susah - nak kena hafal all the articles, sebab masa final exam, 'kitab' Federal Consti tak bulih dibawa masuk ke dalam exam hall ;(

Tapi Undang-undang Perlembagaan sem ini menarik, kerana isu semasa kebetulannya berkait rapat dengan subjek ini. Contohnya ketika isu banjir di beberapa negeri yang melanda baru-baru ini, hingga terputus hubungan secara total, bahkan menyaksikan pelbagai kesusahan demi kesusahan yang terpaksa ditempuhi oleh mangsa banjir yang mencecah ratusan ribu - timbul persoalan mengapa tidak diisytiharkan darurat, seperti mana yang termaktub dalam Artikel. Selaku marhaen hina yang belum pun tentu dapat A untuk subjek ini, izinkan saya untuk tidak mengulas panjang tentang isu ini. Untuk pencerahan tentang hal ini, boleh rujuk ke laman Facebook Dr Shamrahayu Aziz , pensyarah Constitutinal Law AIKOL. Beliau ada mengulas mengenai perkara ini.

Beralih ke Criminal Law II - Undang-undang Jenayah II. Kalau semester lepas, kami belajar untuk menggunakan dalihan (defence), sem ini pula kami belajar tentang kesalahan (offence) yang dilakukan. Agak aneh sebenarnya, kenapa belajar dalihan dahulu baru belajar tentang kesalahan?

Dipendekkan cerita, rezeki saya untuk menuntut ilmu jenayah ini adalah bersama Mdm Mahanoon, yang saya dengar khabar-khabar yang dibawa bahawa beliau seorang yang tegas, bahkan garang dan to some extent, menakutkan. Kelas demi kelas, saya mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan dimarahi oleh beliau. Tanpa sebarang sebab, setiap kali ke kelasnya, memang kecut perut dan cuak.

Namun, alhamdulillah. Sampai ke sudah, saya tidak berpeluang melihat sisi beliau yang diperkatakan itu. Jadi saya kira, khabar-khabar yang dibawa angin itu, cuma khabar angin semata-mata, yang mana may amount to baseless accusation of people. Saya makin suka sesi pembelajaran dengan beliau - be it lecture or tutorial session. Alhamdulillah, Mdm seorang yang tidak lokek ilmu dan sangat berwibawa serta berdedikasi.

Family Law II pula berkisar tentang Undang-Undang Keluarga Islam. Jika sem lepas kami sibuk menghafal kes-kes non-Muslim, namun sem ini, nama-nama Melayu pula yang galak disumbat ke dalam kepala. Hubungan dengan Mdm Normi yang dibina sejak Family Law I juga semakin erat dan akrab ;)

Seterusnya, Law of Succession. Subjek ini agak baru bagi kami, dan tidak dipecahkan kepada dua bahagian seperti subjek-subjek yang lain. Agak mencabar juga kerana subject matternya yang banyak - menggabungkan undang-undang untuk non-Muslim dan Muslim dalam satu subjek, credit hour yang banyak ; 4 jam - sejam melebihi subjek-subjek lain, serta pensyarah yang menunaikan haji yang menyebabkan kami agak ketinggalan sedikit berbanding kelas-kelas lain. Namun, subjek ini juga tidak kurang menariknya bagi saya. Memang agak susah, namun once we understand it, insha ALLAh takde masalah di hari depan. Bab kira-kira faraid tu lah mencabar sikit. Sebab tu bila tamatnya exam Succession itu hari yang susah nauzubillah tu, kami rasa lega sikit. Lepas sudah subjek susah.

Oleh sebab jam kredit succession ni banyak - maka grednya akan sangat memperngaruhi CGPA. Jadi ayuhhh ramai-ramai tadah tangan dan berdoa supaya kami dimurahkan rezeki dapat markah elok untuk Succession ni,juga subjek-subjek lain.

Subjek Syariah untuk sem ini pula cuma dua - Islamic Criminal Law II dan Usul Fiqh II. ICL agak mencabar, sebab belajar hukum hudud bertujuh, qisas dan takzir. Haruslah kena ingat semua takrif, dalil, hukum, jenis, hukuman, sebab gugur pertuduhan dan sebagainya. Tapi kelas ICL seronokkk, sebab Ust Laeba dari Thailand tu sangat menghiburkan ;)

Usul Fiqh II pun tak kurang menariknya. Malah, diberi peluang belajar dengan Ustazah Halimah Boukerrecha dari Nigeria merupakan satu peluang keemasan bagi saya. Ustazah hebat yang penyayang ini sangat mementingkan kefahaman daripada pelajar tentang apa yang beliau sedang ajarkan. Saya masih ingat, beliau menerangkan tentang AlQuran sebagai rujukan untuk kita, seperti mana kita membeli mesin basuh, dan buku manual mesin basuh itu sebagai panduan untuk mengoperasikan mesin tersebut. Tanpa kita baca dan faham manual itu, mustahil untuk kita gunakan mesin itu. Samalah seperti kita dan AlQuran, tanpa AlQuran, hidup tak betul dan boleh membawa kepada kerosakan - sebab tak ikut manual yang ALLAH dah kasi ; AL-QURAN.

Sem ni Usul Fiqh berkisar tentang sumber-summber perundangan Islam yang utama - AQ, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Serius, sungguh menarik. Ditambah pula bilamana ia diajar oleh Ustazah Halima, serius saya rasa sayang untuk tinggalkan subjek ini sementelah semester telahpun berakhir.

Subjek-subjek lain yang saya belajar semester ini ialah Methods of Dakwah dan skill Photography I. MoD sedikit mencabar, kerana kami pelajar syariah mesti mengambilnya dalam Bahasa Arab, sedangkan pelajar sivil boleh mengambilnya dalam Bahasa Inggeris. Meskipun relevannya tidak jelas bagi saya, namun tidak mengapalah. Menarik juga belajar subjek selain subjek law dalam Bahasa Arab ^^

Photography? Err. Doakan Yam pass ye. Dahlah gajet tak seberapa, bakat pun entah ke mana. Tsk

Sekian cerita Yam tentang subjek-subjek sem ini. Semoga suatu hari nanti bilamana Yam baca balik benda ni, Yam akan ingat bahawa "Ohhh aku pernah belajar subjek-subjek ni."

:D

Ayuhhh bercuti tiga minggu!

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template