Wednesday, August 27, 2014

SHORT Getaway. (but this entry comes with LONG entry. Jejaga people.)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Di sebalik kesibukan menguruskan hal ehwal rumah tangga (ewahhhh), Yam Jamilah diberi peluang dan ruang untuk meluangkan masa bersama kanak-kanak tersayang. Bukan bukan. Bukan cuma BedulahPathi, JohHawo dan ImadAffat, tapi juga kanak-kanak yang dulunya kanak-kanak, tapi kini dah membesar menjadi gegadis manis. Ihiks

Fiq dan Scha memang cuti sem 3 bulan. cuma Yam Jamilah je yang gigih dan rajin, merantau ke ibu kota demi menuntut ilmu semasa semester pendek. Ni Yam Jamilah cuti dua minggu sebelum naik sem panjang, maka kami merancang untuk memanfaatkan cuti ni dengan sesuatu yang lain daripada yang lain la sikit.

Yakni, kami bertekad menempah sebuat bilik di PCB Resort yang kebetulannya sedang membuat promosi Hari Kemerdekaan. Harga bilik yang biasanya ditawarkan pada RM149, menjadi RM89 sahaja. Berbaloi lah untuk 3 gegadis yang masih belajar dan berhutang dengan kerajaan ni kan. Ehhemmm

Jadi, pada hari yang dijanjikan, bertolaklah Yam Jamilah. Memula menuju ke rumah Scha, lepas tu menuju ke rumah Fiq. Kemudian, kami ke Mydin, beli bebarang untuk buat bekalan sepanjang percutian singkat ni. Gittew. Beli apa je pun. Macam biasalah, mi segera wajib ada. Selain tu, air mineral, jajan, kudap-kudapan serta roti buat pengalas perut. Kemudian kami ke Pasar Siti Khadijah, beli lunch. Macam tak boleh nak move on bila nasi yang kami beli ; nasi campur - lauk ayam, sayur beserta kerang dan bebola ikan, cuma RM3! Yam Jamilah dah spare RM5 nak bayar, then baru teringat nasi kat atas pasar memang biasa dibeli pada harga RM3. Harga spesel yang selalu kami, para pelajar MMP akan dapat setiap kali membeli makanan di sini.

Ohh btw, sebelum beli lunch tu, sempat singgah di gerai depan BSN sebelum lintas jalan ke pasar. Mak cik yang jual cendawan goreng zaman sekolah kami dedolu, masih ada! Dan cendawan goreng masih dijual RM1 untuk secucuk. Ma k cik cendawan goreng rock! :D

Lepas siap urusan tu semua, kami pun berangkatlah menghala ke Pantai Cinta Berahi. Awal jugaklah kami sampai, belum pun pukul 2 ; waktu check in yang biasa. 1.30pm pun dia dah bagi kunci bilik. Kami dah agak, bilik memang banyak kosong. Maklumlah, weekdays dan bukannya musim cuti.



Kan nampak berseri 'SELAMAT DATANG' kat bawah tu, berbanding dengan gambar kat atas tu? Sebabnya, ada penyeri di situ. Hikhok :D



Masuk bilik, makan solat tengok cerita Filipina apa semua, tertidur. Asar tu bingkas bangun, semayang, sebab bergegas nak ke pantai. Nak pergi lepas Zuhur tadi, memang tidokle. Panas benau! Jadi, kami mula berjalan ke pantai lepas solat Asar. Cuaca petang tu pun nampak agak mendung, jadi kami rushing sikitlah. Takut hujan. So nak kasi tengok pantai jugak, sebelum hujan turun.








Ni the only kawasan yang boleh merasa pantai tu cemana, sebab belum dibenteng lagi. Ada sorang mak cik tu selamba seladang je terjun laut pakai kain sarung. Mungkin penduduk tempatan kot, sebab Yam rasa rumah dia lebih kurang 100meter daripada pantai tu je kot. Apapun, mak cik memang rock!







Malam tu lepak kat bilik je lah. Maklumlah, gegadis pingitan semuanya, tak elok nak berjimba di malam hari kan. Maka kami pun tengoklah semua cerita yang ada kat tv, sambil berparti megi cawan beramai-ramai. Huha huha, tibalah waktu tidur. Masa tu awal lagi, belum pun 11pm. Kekonon nak tidur awal, sebab esok nak bangun awal nak tengok sunrise.

Tapi kalau dah namanya gegadis, tak sah kalau takde pillow talk bila overnight together kan. Wajib adaa. Cakap itu ini, sikit situ sikit sini, maka rasanya dekat 12am jugak kami lena.

Esoknya, lepas Subuh, tunggu hari cerah sikit, dalam 7am gitu, dah keluar menuju ke pantai. Tunggu jugak matahari terbit, kekonon nak tengok mentari di ufuk timur gitu. Tapi duk kencang bersembang, tetiba je hari dah cerah, matahari dah hampir meninggi. Kakakakaka

Lepas huha huha, berjimba bergelak ketawa berkongsi rasa, breakfast dan siap-siap untuk balik, kami pun check out. Awal jugak, dalam pukul 10 ++ . Sebabnya, nak cari satu tempat yang katanya terkenal seantero PCB ; Pak Mat Teh Tarik Madu. Dekat kawasan situ jugak. Dari PCB tu, ada simpang masuk ke Kedai Buloh. Jalan straight sampai jumpa Medan Ikan Bakar. Ha, situlah kedainya. Macam tepi sungai gitu.

3 beradik ni dah berzumba riang dalam kereta, sebab sikit lagi impian nak tercapai. Malangnya.... MALANGNYA.....


Why Pak Mat why?! Why must be Tuesday? The very Tuesday? NOOOOOO :(

Membawa hati yang lara, terus kami terjah KB Mall, pusat membeli-belah terkemuka di Pantai Timur ni haa. Kahkah. Kenmain Yam Jamilah brunch di Noodle Station. Hancur lebur plan nak percutian bajet.

It is not really a bajet holiday, I can say. It is just a sort of escapism. Escape door of mine, untuk Yam Jamilah merehatkan diri sebentar daripada dunia realiti. It's not that bila pi sana masuk alam lain ke apa, tapi faham tak the feeling kau put some things away for a while, but still you still have to take care of them some other day? Ha gitulah.

Kalau nak kira, apalah sangat PCB kan. It is merely a beach yang dah selalu pergi. Pendek kata, setiap kali balik Klate, mesti Yam Jamilah akan berkunjung ke sana, paling kurang sekali. Tambah pulak, takde aktiviti menarik kat sana. Berkuda ke, banana boat ke, even nak main air kat pantai pun tak boleh sangat dah, sebab dah dibenteng dengan batu. Apa yang ada cuma lukisan indah Tuhan sepanjang zaman, di dada langit tu je lah, yang takkan mampu diganggu gugat manusia.

Biarlah. Bagi Yam, tu dah cukup. Betullah orang cakap, go closer to nature, then automatically you are closer to the Creator ; ALLAH :) Banyak benda yang boleh dimuhasabah balik, bila dah kembali pada Pencipta ni. Bila tengok siput kecil melekat utuh pada batu, biar dihempas ombak, biar dilambung badai, membuatkan Yam terfikir, makhluk sekecil tu pun mendapat rahmat dan perhatian ALLAH. Yam tak malu ke? Besar gedabak gitu, siap ALLAH kurnia akal fikiran lagi. Takkan tak malu nak menagih rahmat ALLAH, bila mana asyik buat dosa di dunia? Gitu. Insaf. Malu dengan siput tu :(

Berbalik kepada cerita. Kebetulan dah berjanji dengan gadis mereng (baca : unik) di tempat yang sama. Kononnya post birthday celebration. (Kan tuari birthday Yam Jamilah. LUPAAA? :D ) So, lepas hantar Scha kembali pada abangnya dan Fiq kembali pada ayahnya (I myself pun found that this sentence sounds so wrong, tapi kekorang fefaham je lah), maka buat kali keduanya Yam masuk NS. Luncheon dengan budak Sabiha tu pulak. Tadi makan noodle dah dengan Fiq dan Scha, maka untuk lunch ni Yam makan bebenda ringan je. Prawn tempura and fries. Biha pi baham steak pulak. Hmm suka kau lah. Hahaha




Mementang ada GoPro, banyak kenmain gambar kami snap. Ni masa sembang pun entah berapa puluh keping gambar ada. Bongoklaa setiap momen nak kena ada gambar. Sepuk jugak budak Sabiha ni. Hiks

Then gi solat, lepas tu teman datin tu borong novel. Kemudian, dia ajak Yam pegi memanah. Hambuoii curlass kau. Layankan je. Orang nak belanja kan. Ehek ;)



Nampak tak betapa berjayanya seorang Yam Jamilah dalam sukan memanah? Kakakakakaka Yam punya board yang nombor 4 tu. Biha punya yang nombor 3. Okey lettew. 10meter okay. Patutnya beginner macam iols ni kena try dengan 6m dulu. Bow dia berat okey =.=' #alasan

Kami main untuk 2 orang. Pakej ni bernilai RM33 untuk 30 arrows, dia kasi free 6 arrows. So kalau korang ada dua orang, dan nak tong-tong, bajetla dalan RM17/seorang, dan korang split la arrows tu, dapatla 18 arrows sorang. Okey la tu sekadar nak melepaskan gian :)

Lepas tu, dia ajak pulak pegi masuk cinema 7D. Kelantan kan mana ada panggung wayang. TGV, GSC, MBO tu semua mana ada. Yang ada cuma cinema berD's gini, yang gaya macam Wangsa Walk tu. Mahal jugak tiketnya. RM8 for 15minutes. Cerita entah apa2. Walhal kalau kat cinema biasa, RM8 tu kekadang dah boleh dapat 1 moview berdurasi 2 jam jugaklah. Haisz.







Untuk sekadar mencuba, bolehlah. Sekadar lepas ni kalau sembang dengan kekawan, 'Woi semalam aku masuk cinema 7D kat KB Mall tu' boleh la. Nak jadikan aktiviti setiap kali berkunjung ke KB Mall tu idokle. Tapi bagusnya cinema ni, dia asingkan lelaki dan perempuan. Maksimum tempat duduk adalah 9 orang. So walaupun tak penuh 9 orang tu, dia tetap takkan penuhkan dengan jantina lain, untuk isi kekosongan tu. Misal kata, show time 3.15-3.30pm adalah untuk perempuan. Jadi kalau ada cuma sorang je pun nak tengok, dia perempuan sorang je akan masuk. Lelaki tak boleh join in, unless bila show time diorang tiba, which will be around 3.30-3.45pm. Dan gitulah sebaliknya. Hmm bagus bagus.

Keluar dari the so called cinema tu dengan terhuyung-hayang, Yam Jamilah siap mengucap bagai. Rasa nak muntah dan pening sikit. Kakakakakakaka :D Menyedari jam dah hampir ke 4 pm, maka Yam Jamilah meminta diri. Dah lebih 24 jam lesap daripada rumah ni, karang Mak kata aku sesat tak tahu cari jalan pulang pulak.

Maka Yam pun baliklah, bersama satu paperbag Hello Kitty berisi lampu tidur + tabung Hello Kitty tajaan Fiq dan Scha, beserta set cadar Hello Kitty yang disponsor Datin Sabiha.

Ohmaii. Terima kasihhh kalian. Senang kan jadi kawan aku? Bila birthday aku, kekorang dah tahu nak kasi hadiah apa ke aku, kerana terlihat jelas betapa mendalamnya cintaku pada Hello Kitty. Tak kisahlah apa benda sekalipun, hatta tisu kotak corak Hello Kitty di Guardian bernilai RM7.98 pun Yam dah cukup suka. Hihik :)

Balik rumah tu, back to routine la. Bersenggol-senggolan dengan Along, bercubit-cubitan dengan Khadijah, berpangku-pangkuan dengan Imad. Hai la Yam.

Tapi, bersyukurlah. Walaupun kurang daripada 2 hari secara total, tapi ALLAH dah izinkan dan kasi peluang ke Yam untuk menikmati momen bersama teman-teman rapat. Dapat hadiah lagi. Gilaa tak suka? Hahaha syukur alhamdulillah.

To conclude, kitorang ; FiqSchaYam tengah merancang next trip yang reachable dan affordable. Nak jauh sangat tak boleh, wali masih belum izin. Maklumlah, semua anak dara. Nak yang seronok selesa pun tak berapa nak boleh. Maklumlah, semua masih belajar. Jadi kena rancang yang dekat, tapi seronok dan murah. Gitu. Insha ALLAH, one fine day in the future :)

Sabiha pulakk. Haha. Thanks wehh. Banyak pengalaman baru aku. Memalukan diri di archery center tu. Aku mintak supaya abang tu tak update kat Twitter atau FB dia betapa 'hebat dan cemerlangnya' prestasi seorang pemanah muda seperti aku. Selain tu, menjerit macam orang kurang waras dalam cinema tu, meski cerita dia entah apa-apa. HAHA. Thanks wehh, again, for the Hello Kitty cadar yang awesomely cute! Imma happy gal yeayyy yeayy :)

Ha Yam, nikmat apa lagi yang kau nak dustakan

Wallahu'alam, wassalam.

1 love letta(s):

Fatinnadiah said...

Subhanallah... :) bestnya.jumpak blog awk ms dok gigih bc psl pilot wanita

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template