Monday, August 4, 2014

Cerita 3 Ogos 2014 :)

Bismillahirrahmanirrahim :)

3 Ogos bersamaan 7 Syawal 1435H. Oleh sebab YamJamilah dah nak berangkat kembali ke pangkuan UIA hari ni (4 Ogos), maka YamJamilah aturkanlah perjumpaan dengan kekawan dan rerakan sekampung ni ha.

Aktiviti pagi hingga ke tengah hari dipenuhi dengan geng FiqSchaYam ^^ Petang tu pulak dengan kekanak SIS batch 6 Teratai 2005. Oleh sebab YamJamilah hanya ada masa yang terhad, maka pagi tu awal lagi keluar. Biasa 10-11 baru nak gerak, ni belum pukul 9 lagi dah meluncur ke rumah Syakiroh. Gigih tak gigih. Janjinya nak breakfast sama di Kopitiam Kita yang famous ittew.

Sampai rumah Scha, tinggal kereta YamJamilah di situ, naik kereta Scha. Serius seronok jadi penumpang, bila dah terlalu banyak kali jadi drebar. Bulih makan, bulih berbalas Whatsapp, bulih scroll TL Twitter, dan biarkan Scha memandu :D Lepas ambik Fiq, maka berangkatlah tiga beradik ni menuju ke Kopitiam Kita. Masha ALLAH, ramainya oranggg. Ingatkan dah kurang sikit, sebab masa tu dah nak dekat pukul 10, tambah pulak hari tu hari Ahad. Bukan orang tempatan bekerja ke masa tu? Dan orang luar, bukan ke kebanyakannya dah kembali ke ibu kota ke?

Disebabkan ramai, nasi dah banyak habis. Kitorang sempatlah makan nasi ayam gulai. A while after that, memang semua habis, kecuali nasi air dingin. Scha pulak makan the famous roti titab. Meja pun kena tunggu 5 minit, dan tu pun kena kongsi dengan kakak-kakak lain yang baik hati menumpangkan kami di meja mereka :)

Kitorang plan aktiviti kali ni kena lain daripada yang lain. Bosanlah asyik duk ukur tanah di KB Mall tu, telek setiap kedai yang sama. Tetambah pulak, KB Mall sekarang dah high class gittew, banyak kekedai baru yang dibuka. Takde thrill, sebab kekedai tu semua can be found kat KL. Laa ni, nak kena cari something yang takde kat KL nun.

Kami pusing-pusing sekejap, which led us to MMP. Sesaja masuk dalam kawasan sekolah lama kami tu, nak tengok masjid baru kononnya. Pastu muka gila cover, takut terserempak dengan memana ustaz ustazah. HA HA derhaka sungguh. Bukan apaa, masa terhad. Gittew alasannya :D


Scha pun menujulah ke tepi sungai, dekat Tambatan DiRaja tu. First time datang situ, mulalah buka cerita dan gosip apa semua. Maklumlah, tadi masa makan, bising sangat sebab ramai orang, tak sempat nak berstoly-moly. Masa ni lah kami manfaatkan untuk bertukar cerita berkongsi berita. Dan berselfie. HA HA.











 Selesai sesi bergambar bergedik bergembira, alang-alang dah ada kat kawasan situ, kami pun menghala ke Pantai Cahaya Bulan. Kekonon nak tengok pantai, meski pada jam 12 tengah hari yang matahari tengah tegak atas kepala.













Jam menghampiri 1 pm, dan Fiq kena masuk kerja petang tu. YamJamilah pula memang kena balik awal. Kan ada another date petang tu kan. Maka Syakiroh pun hantar Syafiqoh balik, kemudian balik ke rumah Scha. Dari rumah Scha, YamJamilah drive balik rumah. Zuhur kejap, lepastu keluar balik untuk jemput kekanak 6T di rumah memasing.

Memula gi rumah Nini, lepas tu Zuria. Menuju ke Warung Kurnia Ibu, tapi TUTUP. Kami taktahu nak tuju ke mana, maka terduduk kat situ dekat setengah jam kut. Call orang tu, contact orang ni. Lepas tu gi jemput Tiqah, lepas tu jumpa geng MiZaRa dan Fazli di mesjid. Lastly, kitorang decide nak ke KFC je. Masa semput, dah Asar masa tu :(



 Alhamdulillah, walaupun tak ramai, tapi okeylah. Saja nak jumpa, raya kann :)

Lepas drop kekanak 6T di rumah memasing, YamJamilah balik Asar di rumah, lepas tu keluar balik, bawa Konah, Abdullah, Khadijah dan Che Lah jenjalan kejap. Balik tu dah Maghrib, then only I can rest. Rest mendanya, kena kemas baju. Pagi ni nak balik KL! Tsk.

So that was a well spent day for YamJamilah. Bizi berdesup dari pagi hingga ke petang, but Alhamdulillah, it was super awesome and greatly fun :)))

Apa-apa pun, kekorang, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum :)

Wallahu'alam, wassalam.



0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template