Monday, August 4, 2014

Abah.

Bismillahirrahmanirrahim.

***

"Yam nok buoh moktey?" soal Abah sambil melangkah ke arah pepohon rambutan yang merimbun. Di tangannya sudah tergantung sebuah beg plastik. Saya tersenyum cuma. Tahu, sebarang jawapan saya tidak akan mengubah apa-apa. Sebentar lagi pasti plastik itu dipenuhi rambutan Abah, dan akan diletakkan di tepi kereta.

Saya masuk sekejap ke dalam rumah, dan beberapa ketika kemudian keluar kembali. Senyum lagi. Plastik yang tadinya tergantung di tangan Abah, kini sarat dengan buah rambutan yang memerah, masih berdaun dan bersemut. Saya capai sebiji, kupas dan terus makan.

"Emmmmm." respons saya, menikmati kemanisan rambutan di hadapan Abah yang sedang duduk berehat di sebuah bangku.

"Blana lagi. Bulih tehe ambik. Meh sini Abah tunjuk tanoh Ayah." Abah bangun, melangkah ke arah pepohon rambutannya. Saya mengikut dari belakang, dengan baki rambutan masih di mulut.

Abah melangkah penuh yakin, meski berhalang rerumput yang sedikit tinggi. Saya pula, cuba menyaingi langkah Abah, meski dengan jubah dan skirt.

"Napok dok kayu meroh tuh kiri kane tuh?" Abah unjuk dua batang kayu merah yang dipacakkan di hujung kiri dan kanan tanah. Saya mengangguk.

"Tu ko nando nyo?" tanya saya.

"Ho lah. Alek sano kayu tu, tanoh Ayah. Abah tane doh ko Ayah, 4-5 pohon pokok moktey. Ni la buahnyo. Kalu Yam nak smula-smula gak, mari ambik jah. Tanoh Ayah kea ni." jelas Abah. Saya mengangguk-angguk, sambil menyambut sebiji rambutan yang baru Abah petik di pohon yang Abah kata di tanah Ayah.

Beliau kemudiannya menjelaskan beberapa lagi petanda dan petunjuk beserta info tentang tanah yang kemudiannya kami jelajahi. Ya, yang saya jelajahi dengan jubah, skirt dan sandal Crocodile. Abah pun rileks berkain pelekat dan berselipar jepun Bata sahaja.

"Abah, woh setto!" jerit saya teruja, menghentikan langkah Abah. Beliau kemudiannya kembali menghampiri saya yang tertinggal setapak dua di belakangnya tadi, dan tunduk memungut buah manggis yang saya tunjuk. Pantas dikupas, dan disuakan kepada saya.

"Rezki Yam. Ni buah pertama dia ni. Tok rajin buah lagi pokok ni." beritahu Abah. Makin saya teruja!

Saya nampak sepohon lagi pokok manggis. Kali ini di halaman rumah Abah, yang hampir ke jalan. Ada buah yang masak! Saya melompat girang, memetik buah manggis di pohon.

"Abah, ada buah! Yam ambik deh!" sehabis ayat, dua biji manggis sudah berada di tangan. Abah yang sedang mengait pucuk beko, berpaling.

"Ambik, ambik." ujar beliau, sambil mengait beberapa lagi buah manggis. Siap disambut supaya tidak pecah, sebelum Abah serahkan semuanya kepada saya.

"Make Yam. Budok-budok ni tok make belah mano doh loni." saya angguk, menerima informasi Abah. Maklumlah, mulut sudah penuh dengan manggis!

Beberapa ketika kemudian, barulah saya teringat akan duit raya yang Ma berikan. Sudah! Adakah saya terpaksa mencari di semua tempat yang saya jelajahi bersama Abah tadi?

Saya beritahu Abah, beliau kemudiannya berkata ;

"Pitih jatuh? Marilah Abah teme gi cari." ujar Abah, sambil tangannya memegang telefon. Mahu menghubungi seseorang barangkali.

Abah biarkan saya di hadapan, menguis dedaun dengan harapan duit yang tercicir boleh ditemui. Abah pula setia mengikut saya dari belakang, meski masih di talian.

Selesai berjalan terbongkok-bongkok di tanah tersebut, saya kembali ke kereta. Dalam hati, saya sematkan perasaan positif. Mungkin bukan rezeki saya.

"Yam!" Abah panggil. Saya berpaling.

"Duit yang jatuh tu berapa riggit?" tanya Abah. Sebelah tangannya memegang telefon, sebelah lagi, menekup corong bunyi telefon, tidak mahu orang di sebelah sana talian mendengar suara Abah bertanya kepada saya.

"Sepuluh." sayu suara saya. Saya berjalan perlahan-lahan menghampiri kereta, sebelum langkah terhenti di bawah pokok manggis yang kedua tadi. RM10 saya elok terdampar di situ!

"Abahhh, dah jumpa!" jerit saya riang. Abah saya lihat cuma tersenyum dan saya unjukkan pada dia. Abah cuma anggak ibu jari tanda 'bagus'.

Dan hari itu, saya pulang ke rumah bersama seplastik rambutan, manggis dan sedikit buah salak, beserta duit raya RM10. Yeay! :)))

Baik kan, Abah?
Cool kan, Abah?
Rilkes kan, Abah?
Comel kan, Abah?

Dan Abah itu, ayah saudara sulung saya, abang kepada ayah saya. Sememangnya Abah dan isterinya, Ma, kami panggil seperti mana panggilan anak-anak mereka kepada mereka. Lebih akrab rasanya ^^

Semoga panjang umur, sihat tubuh badan, murah rezeki dan gembira sokmo!

Wallahu'alam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template