Thursday, July 10, 2014

Judgmental.

Bismillahirrahmanirrahim.

Haih, rasa macam duk ulang benda sama ja, bila masuk topik ni.

***

It was a day ago kut, when I was scrolling my Twitter's TL masa sahur, penuh dengan tweets pasal Brazil vs Germany, di mana menyaksikan Germany menang besar 7-1 ke atas tuan rumah, Brazil. Okay then, Kroos Mueller Oscar Neymar Maya Karin Fathia brader-pakai-jersi-Brazil-lepas-tu-cover-dengan-jaket here and there bla bla bla.

Lepas tu, kita dikejutkan pula dengan berita Gaza diserang secara dahsyat oleh tentera Israel. Katanya, sampai mereka dikepung dari darat, udara dan laut. Tiada jalan keluar, melainkan terowong Rafah yang menghubungkan Palestin dan Mesir, dan selepas kuasa baru mentadbir Mesir, terowong itu tidak lagi dibuka kepada penduduk Palestin, malah telah dirosakkan oleh tentera Israel.

Sana sini duk kecoh, dan dari pembacaan saya di laman sosial, wujud pelbagai hashtags ; #PrayForGaza , #GazaUnderAttack, which is a good things. Tu menunjukkan kesedaran kita.

Ada pihak yang mula mengatakan bahawa, dalam duk bersorak huha huha dengan World Cup, apatah lagi dengan kekalahan terbesar Brazil dalam sejarah Piala Dunia, jangan sampai abaikan dan lupakan apa yang berlaku pada saudara-saudara seIslam kita di sana.

Pihak sini pula membalas, tweets pasal World Cup, tapi tak tweet pasal Gaza, tak bermaksud mereka ni tak peduli pada apa yang berlaku di Gaza. Bukannya tak kesah. Bukannya tak tembak doa. Takkan nak kena tweet 'done berdoa untuk Gaza' baru engkorang nak percaya yang diorang ni peduli pasal Gaza tu semua?

Hmm betul. Dedua saya rasa betul.

Kau nak buat tarian samba sambil menangis sebab World Cup ke, kau nak troll Luiz tu jelmaan Moyes ke, kau nak bahan brader pakai jersi Brazil masa tengok bola kat mamak lepas tu end up cover himself sampai pakai helmet ke, suka kau lah. Tapi dalam pada kau berjoli sebab bola tu, jangan sampai kau lupa, yang di Gaza sana, tak sempat pun nak merasa itu semua. Betullah ada orang kata, mereka tu, sahur di dunia, iftar entah di syurga sana, sebab belum sebab buka puasa, dah syahid dah. ALLAH :'*

Pendek kata, antara kita, tolong lah jangan ada sifat judgmental tu. Tambah-tambah, di laman sosial. Kau tengok dia tweets atau update status pasal benda-benda bola gini, juga mungkin isu duniawi lain, tak adil kalau kau nak terus klasifikasikan dia dalam golongan manusia yang lagha, alpa dan leka. Dan bila kau tengok orang ni pulak tweets atau update status Islamik, tu tak menjadikan dia seorang yang 'alim. Mungkin dia pun dalam proses nak jadi lebih baik.

Kau tak nak orang hakimi kau, tapi kau yang terlebih dahulu sibuk nak hakimi orang. Lahai, janganlah cenggitu wei. What goes around, comes around, remember?

May ALLAH guide us, always.

***

Semalam, ada diskusi kecil, singkat tetapi padat dengan Rai. Saya ada cerita pasal satu tweet saya baca,

"Kenapa makin alim, makin judgmental ni?"

Serius, sentap. Sebab saya takut, andai kata saya tergolong, secara tak sengaja, dalam golongan tu. Nauzubillah. Bukanlah nak self-claim yang diri ini alim, tapi biasanya bebudak Law syariah memang akan dipandang 'alim'. So called.

Rai kata, the application sama je. Macam saya cakap tadi, kalau tak nak orang judge kau, jangan judge orang. Tak kiralah kau golongan 'alim ke, tak ke.

Misal kata, kau nak kata, dia ni, yang 'alim ni, bersikap judgmental pada kau. Why?

Maksudnya, ada je ke golongan ni, yang bila mana jumpa orang yang tak pakai handsock, atau stokin kaki sekalipun, terus orang tu dicop tak baik, sebab tidak menutup aurat dengan sempurna? Hmm mungkin ada.

Tapi jangan lupa, engkorang ni pun selalu pandang enteng pada golongan 'alim ni. Asal pakai tudung labuh baju longgar, atau pakai kopiah atau serban, terus kau cop ustazah ustaz. Mungkin bagi kau benda tu bergurau, tapi mana tahu orang tu terasa. Rasa not belong to the society, sebab terus kena cop gitu. Apa ustaz ustazah je ke kena tutup aurat dengan sempurna?

Maksud Rai, judgmental ni bukan hanya diamalkan oleh golongan 'alim. Jangan kata golongan yang kurang 'alim ni, tak judgmental ya. Tapi mungkin kurang la kut drp golongan 'alim tu. Untuk anda yang so-called golongan 'alim, JANGAN PERNAH rasa diri kau lebih baik daripada orang lain, hanya kerana kau rasa kau dah fulfill semua obligations kau sebagai Muslim. Jangan. Jangan hanya kerana kau rasa kau lebih baik, maka itu menjadikan kau layak untuk menghakimi orang lain. Jangan.

May ALLAH guide us always, insha ALLAH.

***

"Dunia ke neraka ni panas gini ni?"

Ada satu tweet tu lebih kurang gini.

"Pernah duduk neraka ke? Ehh haha." - tweet tu dibalas dengan gurauan tajam sikit. Kasar. Tapi mengenangkan tweeter itu dikenali secara agak rapat, sebab tu berani reply gitu. Tapi lepas tu nyesal, because I just realized that I am not showing a good side of Islam, sebab macam saya cakap tadi, budak Law syariah memang akan dipandang sebagai 'alim - who knows better about Islam. Sepatutnya saya diam aje, tak payah gatal nak bergurau kasar, as diam is better when you have nothing good to say. Tidaklah kau kena bahan.

But then I wonder, kalaulah... kalaulah orang lain yg reply tweet tu, dengan the very same sentence, but that girl is simply a hot pretty girl (obvioulsy so unlike me), yang tak dicop 'alim oleh masyarakat sekeliling, I wonder, mungkin the tweeter tu akan cakap, "Whoa she's cool."

Judgmental. HA HA.

May ALLAH guide me continously, aamiin.

***




ML dah lama dah cakap pasal isu ni. Dalam video ni pun ada sentuh isu aurat.

"Tak semestinya yang tutup aurat dengan sempurna itu baik, dan tak semestinya yang tak menutup aurat dengan sempurna itu jahat. Tidak menutup aurat tetap satu dosa, tapi tak adillah kalau nak klasifikasikan orang yang pakai seluar pendek tu jahatt, yang pakai seluaq panjang tu baikk."

Credit : ((Judgmental - MatLuthfi)

***

Dunia perlukan orang yang lebih positif. Mungkin, seseorang seperti anda? :)

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template