Friday, July 11, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Bak kata Fynn Jamal, ngeri. Tak terbayang mata. No no, ni bukan pasal Arjuna Beta. Tapi pasal diri sendiri. Just a random thought, yang dah lama ada dalam kepala, cuba baru tergerak hati nak kongsi.

Bila kau sujud... lepas tu kau bangun, cuba kau bayangkan, macam mana kalau tetiba ada pihak lain di sisi kau, duk perhati kau. Takk, ni bukan cerita hantu. Sebab yg aku nak cerita kat sini, pihak yg duk perhati kau tu, bukan hantu. Tapi... andaikanlah, Izrail.

Yeap.

Izrail.

Malaikat pencabut nyawa tu.

Atau masa kau tidur, tetiba kau bangun, dia ada. Duk perhati kau jugak.

Y'know, seolah-olah dah ready nak tarik nyawa kau.

Haa takut? Hmm, aku pun.

Lagi takut kalau, cuba kau bayangkan... dia datang, masa kita tengah buat dosa. Masa kita tidur, dalam keadaan belum langsaikan solat kita. Atau, dia datang bilamana kita masih lagi belum minta maaf dengan mak ayah abang kakak adik kawan cikgu. Atau, dia datang masa kita tengah bergalok bersuka ria tak ingat akhirat.

Tak ke lagi ngeri?
Tak ke tak terbayang mata?

Sungguh. Aku pun. Takut. Ngeri. Cuak. Seriau.

Allah.
Akhirilah hayat kami dengan penghabisan yang baik.
Janganlah Kau tamatkan hidup kami dengan penghabisan yang buruk.
Jangan Kau tarik nyawa kami, sebelum Kau ampuni dosa-dosa kami.

Allahu Rabbuna.

Semoga Kau permudahkan segalanya. Aamiin.

Salam 14 Ramadhan.
Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template