Thursday, July 10, 2014

Bebaskan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Makin kau membesar, makin kau kenal ramai orang. Daripada tadika, masuk sekolah rendah, tuisyen sekolah rendah, kelas mengaji, membawa ke sekolah menengah, tuisyen sekolah menengah, masuk sekolah memandu, lepas tu matrikulasi dan universiti, kawan-kawan satu jurusan, kawan-kawan lain jurusan yang kau kenal sebab kelab dan persatuan. Lingkaran sosial kau makin meriah kan. Nama dalam phonebook telefon makin banyak kan.

Dan kau kena ingat, ada tujuan dia bilamana ALLAH temukan kau dengan orang ni semua. Setiap satunya membawa sort of life lesson kepada kau.

Dan baru-baru ni.... aku belajar lesson baru dalam hidup. To let go people. Kalau Marsha cakap, Bebaskan. (baca nada lagu tema Frozen versi Bahasa Melayu by Marsha tu... Bebaskannn, bebaskannnn).


Aku, dulu, ada perangai yang tak boleh nak let go certain people in my life. Biar orang tu layan aku macam nak tak nak je, aku tetap akan get a hold on him/her, sebab bagi aku, aku tak nak hilang kawan aku, be it a guy or girl. Sekali kita berkawan, selamanya tetap kawan. So, despite of receiving bad attention and treatment, still, I will stand strong. Sebab dia kawan aku. Dan dalam persahabatan, ada give and take. Mungkin pada masa aku mempertahankan hubungan kami, aku yang kena give. Sebab bila aku take, ni lah jadinya. Aku terima je hakikat yang hubungan kita setakat ni je. And so that's it. I'm letting you go.

Tu kalau kawan. Ada juga yang pasal kenalan, which bagi aku, kenalan is a mere person yang kau kenal. Belum sampai ke tahap kawan, tapi bukanlah kau langsung tak kenal dia. Aku selalu risau persepsi kenalan-kenalan macam ni, sebab diorang tak kenal aku yang sebetulnya aku. Sebaliknya kenal aku hanya melalui pemerhatian diorang atau melalui mutual friends kami. Misalnya, aku kawan dengan sorang ni, dan dia pun kawan dengan dia tu. So, kitorang ada mutual friend. Kalaulah hubungan aku dengan si mutual friend tu tak elok, subsequently impression dia pada aku pun is not really good la, logically kan.

Sebab tu aku takut. Apatah lagi pada dunia yang begitu judgmental abad ini.

Tapi tu dulu. Sekarang, insha ALLAH tak seteruk dulu. Tak tahu datang dari mana, tapi I now have sort of feeling that, lantak kau la nak fikir apa pasal aku. It has nothing to do wimme. Kau nak judge aku, merely based on your observation, silakan. Tapi jangan marah kalau aku pun TERjudge kau. TER la. Sebab what goes around, come around, aite?

HA HA.

Jadi, sila jadi diri anda sendiri. Jangan jadi orang lain. Kalau orang suka kau, biar sebab KAU is being you yourself. Bukan orang lain. Dan kalau orang benci kau because of you being yourself, it is better than orang suka kau while you are being anybody else. Get me? Haha sorry ayat berbelit sikit.

Jadi, kau dan kau, aku nak bebaskan kau, daripada terus membelenggu fikiran aku. Untuk kau, I've done everything to save the relationship, but still it doesn't work in my favor. So then, I give what you want. I'm departing from your life, so enjoy living without me. Sungguh aku mendoakan ALLAH kasi kau kawan yang hundreds times better than me, so she/he can guide you to Him, one fine day, insha ALLAH. Sebab aku dah tak mampu nak buat gitu.

Dan untuk kau, you have your own way in determining who I am. Then choose on your own. I've no right to say anything. It's just aku harap, we can meet in a proper way, so that you can know me directly, appropriately. Insha ALLAH.

Life is so unpredictable. Really.

May good things wait for us ahead, always. Insha ALLAH.

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template