Saturday, May 17, 2014

Mooting : Moo-thing @ Moo-think ?

Bismillahirrahmanirrahim.

***

"Choose a job you love, then you will never have to work a day in your life." - Confucius.

***

Alkisah, semester ni sangat mencabar, sebab subjek-subjeknya makin susah dan menggugat kesabaran dan intelektual seorang mahasiswa undang-undang yang berkaliber! Ha gitu haa.

Cerita dia, sem ni, YamJamilah ambil 4 paper civil law, dan cuma 2 paper syariah. Tapi total jadi 6 jugak. Sebak jugalah, mengenangkan credit hour yang berpuluh-puluh tu, di saat bebudak kos lain cuma berbelas. Di manakah keadilan untokku, doniaaa? Ok drama sangat, k dah.

Subjek syariah, alhamdulillah, seronok. Insha ALLAH takde masalah. Usul Fiqh 1 dengan Ust Deen yang cool, dan Islamic Criminal Law bersama Ust Abd Rahman yang comel. Ha kekorang ni apa lagi, doakanlah YamJamilah dikurniakan kerajinan dari segi akhlak, dan ke-cerah-hati-an untuk menghafal ilmu-ilmu dalam subjek-subjek ni. Semoga bermanfaat pada ummah dan agama. Gituuu. Takbirrr! *style Ust Abd Rahman*

Subjek sivil ni haa yang mencabarnya. Criminal -pergh. Galau jugaklah nak hafal seksyen dalam Kanun Keseksaan tu. Kalau nak cakap omputih sikit, the sections in the Penal Code. Puihh. *tersembur* Sebbaik bulih bawak PC masuk exam. Kalau tak, kalut dan ke laut jugaklah kalau nak main hafal gitu aje T.T

Constitutional - ha yang ni sedih. Belajar pasal undang-undang perlembagaan. Bukan sahaja seronokk, malah beronok-ronok. Madam Sham pulak jenis yang tak lokek ilmu. Kongsi aje semua benda. Sudi update kat kitorang cerita-cerita terbaru yang berkaitan dengan perlembagaan ni. Tetambah pulak dengan isu kemelut politik di Terengganu bebaru ni. Nampak dengan jelas la sikit pasal subjek ni. Cumaaaaaa kenapa Federal Constitution takbulih bawak masuk exam? Weols kena hafal lah semua artikel dalam tu? Huwaaaaa cepat makan kismis dan teguk jus tok guru sekarang, supaya mudah nak hafal semua benda tuhs.

Family - sem ni belajar pasal family law non-Muslim, so refer pada Law Reform Act, juga several acts lain yang berkaitan - Child Act, Adoption Act, Maintenance Act bla bla bla. Yang ni, mujur bulih bawak masuk compilation statutes semua ni ha. Kalau tak, ada yang jawab soalan Family sambil tap tap air mata mengalir, dek kerana banyak sangat aplikasi seksyen dalam subjek ni. Tapiii dalam pada mujur tu, ada jugak tak mujurnya, bilamana weols kena hafal hundreds of cases, yang mana nama privities of the case tu, bukan senang, wa cakap lu. Biasalah, nama pepanjang and tak berapa lancar di lidah Melayu ini. Ni boleh bikin berdebar ni.

Dan finally, subjek yang paling azab sem ni - Compulsory Moots, atau nama manjanya ; Mooting. Haaaa ni the main agenda is perbicaraan olok-olok. Kitorang diberikan satu kes, kemudian dipecahkan kepada beberapa firma olok-olok, untuk menjalankan kajian dan kena selesaikan kes tu dalam perbicaraan olok-olok. Tapi jadi susah subjek ni sebab kau memang kena betul-betul act like you are representing your client in a real Court of Appeal. Judges pun diorang panggil legal practitioners yang real tau, bukan yang acah-acah.

Tak tidur malam jugalah nak siapkan submission. Berkampung berapa lama ntah kat library tu semata-mata nak cari authority. Berapa ntah habis pitis untuk fotostat itu print ini. Pendek kata, banyak masa, usaha, tenaga dan belanja yang dilaburkan demi subjek ini.

Alhamdulillah, di sebalik semua ni, ALLAH kasi seorang lecturer yang begituuu baik, tertarik dan da bomb! Madam Farheen ; memanglah the best lecturer ever! Beliau tahu bila masanya nak gegelak gegurau, dan bila masanya kau nak kena tayang muka serius dan fokus. Colleagues dan groupmates pun banyak membantu, especially dalam share authority. Alhamdulillah. See. Kan Allah dah janji, di sebalik setiap kesusahan tu, akan ada kesenangan :)

Nak first moots tu pun YamJamilah dah rasa nak pengsan, ketar lutut, alzheimer, parkinson, bulimia, insomnia, dan segala macam mia lagi. Tapi Alhamdulillah, perform jugak la sikit masa first moots tu aherherherher



Kiut kan ittew? TAK? Jangan nak membongak. Mak kita pun puji kita tau. Mak kita ni, nak puji kita, setahun sekali pun susah. Ni bila beliau dah puji ni, kira kena dipercayai la. Tapi kalau chuols nak kata tak kiut pun kita tak kisah. Yang penting, kiut di mata mak kita. Ihiks.

K gedik. Dah.

Untuk second moots, terjunam segala apa yang bagus dekat first moots. Neves, gagap, cuak, takut, bimbang, walang, risau, gundah, gulana, resah... semua berbaur di dalam kalbuku. Uhuks. Pastu terus kena tegur dengan judges, sebab kekononnya he was saying that I was trying to talk in accent, because I wanted to be the best oralist.

WHAT?

Sebak YamJamilah mendengar tuduhan sebegitu daripada Yang Arif tauu. Tidaklah YamJamilah nafikan yang memang ada impian nak dinobatkan jadi best oralist, cuma takdelah over gitu sampai affect accent Yam. Mujurlah Cik Waniey kebabom datang menepuk bahu, menenangkan hati YamJamilah yang dilukai oleh Yang Arif. Waniey cakap, dah memang pesen Yam speaking English gitu, campur pulak dengan neves cuak berdebar tung tang tung tang tu semua, maka jadilah satu accent English yang pelik!

I know that I did not do my best, and I even can do better than that. Tapi kalau diberi peluang lagi sekali pun untuk buat mooting ni, Yam TAK NAK. Biorle I didn't give my best ke, judges nak marah ke.. I will never even do it again. Seriauuu. Huks


Tengok. Dapat 5 RTs tau. Maknanya ramai yang setuju dengan YamJamilah (lebih daripada 1 tu kira plural laa kan? Hiks). Ha ape lagi. Followlah twidder YamJamilah sekarang. Eheh. Promote pulak :D

Lantas, disebabkan accent yang ke laut tu, maka Yam memang tak dapat jadik best oralist. Tapi masih bersyukur dan gembira, because it went to Raihana, my respected senior counsel. Wuhhuuuu ! *letup bunga api*

Maka berakhirlah mooting kami last week. Alhamdulillah. Genap seminggu lah kiranya. Lepas habis tu, memang balik berjimba tak ingat dunia. Parti megi jam 2 am, tidur pukul 4, bangun lambat, seolah-olah tu kebahagiaan yang abadi, sedangkan Yam lupa, bahawa bukan begitu wasilahnya untuk bahagia. Hukhuk

Minggu ni, kitorang buat farewell party. Madam Farheen, the angelic madam, siap sponsor Choc Indulgence dan Red Velvet dari Secret Recipe lagi tau chuols. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki madam. Makan sampai kenyang, tangkap gambar situ sini, it was really awesome! :)



Party nya pukul 2.30, tapi pukul 12 baru terlintas idea nak kasi hadiah Teacher's Day kat Madam, yang kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan hari jamuan tu. Maka bergegaslah dua beradik ; YamJamilah dan BellaLuna meminta pendapat semua orang, nak kasi hadiah apa kat Madam. Pastu, campur sorang lagi adik beradik ; Mirawr, maka berangkatlah kami ke Jusco Alpha Angle di Wangsa Maju, nak mencari hadiah yang sesuai. Nasib baik jumpaaa :)

Taraaa ni diaaa ;


Kenmain Madam dapat certificate lagi. Pastu sebelah tu ada piala, yang bertulis : Best Teacher in The World. Sort of macam award laaa. Gittew :)


Kenmain award presenternyaaa gigih senyum sampai tenggelam mata :D

Maka berakhirlah secara rasminya kelas Compulsory Moots untuk sem ini, alhamdulillah! Despite of all the challenges and obstacles that we'd faced before, but still, we've came this far. It expressly indicates that we finally did all the things that we used to think as sort of nonsense before.

Kena marah tu biasa. Kena tembak dengan soalan pun biasa. Kena tumbuk dan sekeh bertubi-tubi dengan pelbagai statement yang disampaikan dalam nada yang menyakitkan hati tu pun biasa.

Pernah YamJamilah terfikir, judges ni bukan orang ke? Apa ke noble sangat nampaknya? Apa ke nak kena agungkan sangat diorang ni, sampai nak kena master all the court's etiquette bagai? Diorang ni tak pernah jadi counsel muda macam kitorang ke? Apa lahir-lahir, terus jadi judges dekat CoA? Yang bulih sesuka hati jerkah anak orang? Dahlah iols ni berjiwa halus. Kena tengking sikit, mulalah rasa berair mata ni. Huks

Tapi ni semua sebenarnya mendedahkan weols kepada realiti kehidupan di luar sana. Takde benda mudah, mak cakap. YamJamilah baca status Ijat kat fesbuk pun, membuatkan Yam sedar bahawasanya memang benar, semua profesion tu ada cabarannya tersendiri. Kalau lawyer, ni lah. Kau nak kena ngadap all this sort of people. Tak take into account ragam clients kau pulak nanti. Dan persepsi masyarakat pada pengamal undang-undang ni, yang kononnya sebelah kaki dah tentu-tentu di neraka.

Semua bidang ada cabarannya tersendiri. ALLAH tahu kau mampu nak hadapi, sebab tu Dia 'tulis' masa depan kau kat situ. Manalah tahu, dengan kerja sekian-sekian, akan membawa kau lebih akrab dengan Dia. YamJamilah pun ngaku, makin dekat hari nak moots, makin lama sujud di sejadah. Doa macam-macam. Semoga ALLAH lembutkan hati judges la. Semoga judges tak banyak soal la. Semoga Yam cakap lancar la. Semoga urusan kami dipermudahkan la. Memacam. Nampak tak kat situ... kebergantungan Yam pada ALLAH makin terserlah, sebab Yam tahu Yam takkan mampu nak hadapi semua ni, tanpa bantuan dan sokongan daripada ALLAH SWT.

Cuma sekarang ni, kena fikir, nak buat apa dengan degree law ni? HAHA. Yam masih taktahu nak jadi practising lawyer ke tak. Ahh pedulikan semua itu. Baru 2nd year kot. Long way to go. Fourth year ; procedural subjects, sedang menanti. Hoho. Ngeriii.

Ni karang ada jugak suruh mak carikan pilot sorang, kahwin, duduk rumah je jaga anak-anak. Ijazah ni, letak dalam frame, gantung kat dinding. Bagi semangat ke anak-anak. Ibu ni, walaupun tak kerja, tapi ada ijazah tauuuu. #MisiMeenolongYamJamilahMendapatkanLemariBaru masih berjalan yaaa. Hiks

Hahaha k dah merepek dah si Yam ni.

Sekian cerita Compulsory Moots. Semoga bermanfaat :)

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Yam sekarang ni, objektif menulis belog ni, untuk bacaan semula pada masa hadapan tau. So kalau kekorang tak jumpa any good moral values, korang maafkan Yam je. I'm not a good writer :( But these entries will be so much appreciated in the future. Nanti Yam baca balik benda ni 3-4tahun lagi, mesti Yam sengih sensorang, menikmati masa-masa silam dan lampau. Ha gituuu :D

2 love letta(s):

Anonymous said...

Hi akak :) I get selected amik foundation law. Aand I ws really excited. Syukur. Tp lps sy baca blog kak maryam... sy start doubting myself. Firstly sy tkde basic arab langsung so ofcs sy risau kalau sangkut kat arab. Bila dpt thu kne smpi lvl 4. Fuh menangih. Satu lagi saya risau. Saya ni amik law sbb sy suka sejarah. I knw tkde kena mengena lngsg but law je cm bagi sy ok kot dgn saya? Tp lps baca kena hafal all those akta la code apebende. Cuak lagi sekali. Sy ni ingatan lemah sgt. Pelik gak la cemana score sejarah tp sbnrnya lemah ingatan. So sy risau sgt sgt sgt kalau nnti masa asasi sangkut tk lps degree. So sy rasa akak dpt sedikit sbyk tlg sy :D anyway ur blog is really helpful! Thank u hehe

M Kamal said...

Adikkk sorryyy lambattt akak final exam sooo tak bukak belog sangattt sorry lambattt. By the time you read this, I guess, kalau adik dah pegi CFS, adik dah pun melepasi minggu paling seronok di CFS ; Taaruf Week! Weeee seronok kann TaWe? ;D

Berbalik kepada komen awak kat atas tu....

Tahniahhh :)) *letup bunga apii*
Alhamdulillah, dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki.

Nooooo you shouldn't doubt yourself. At least, not yet. bukan masanya lagi. The battle is yet to begin, not yet begun. You've a long wayyy to go, for you to doubt yourself.

Akak selalu cakap kan, inna ma'al 'usri, yusro. Rujuk surah Al Insyirah, dik. Allah dah janji. Dalam setiap susah, ada senang. DIA takkan kasi semua susah. Insha ALLAH Dia akan selitkan kesenangan pada adik. Mana tahu, bulih roommate terror Arab ke, atau BFF adik kat CFS nanti debator kelab Bahasa Arab ke, bulih mintak tolong dorg nanti :)

Nope. Sejarah agak berkait rapat dengan law, itu undeniable. Terutama untuk Malaysian Legal System, dan nanti adik akan jumpa di main camp, subjek Constitutional Law. Basically setiap subjek dia akan perkenalkan sejarah kepada kewujudan subject matter tu. So sejarah ada di mana-mana. Jangan risauu, you can keep loving Sejarah, as I always do :)

Pasal hafal menghafal tuuu... alah, akak pun kekadang ada jugak penyakit ingatan ikan emas. Ingat satu2 benda, 3 saat kemudian dah lupa balik. Tapi takpe. Bila dah jadi amalan, dah jadi tabiat kita, slowly, ingatan akan dipertajamkan. Insha ALLAh lagi banyak ruang untuk ingat all those stuffs yang kita kena ingat. Insha ALLAH dipermudahkan. Again, takde susah tanpa senang. Insha ALLAH :)

Lapangkan dada, terima segala ujian dengan hati terbuka dan minda yang redha. Anggap tu semua pengalaman untuk mendewasakan dan mendidik kita. Bukankah pengalaman tu sebaik2 guru? :)

Bittaufiq wannajah, adik. All the best! Jangan sia2kan peluang, belajar elok2. Berapa ramai yang sekarang ni tengah sedih, tak dapat UPU ke, tak dapat kos yang diminta ke... You get a course that you like, treasure it. Despite of all those things, still, akak suka law. Bagi akak, law ni menarikk :)

Apa2 nanti, bagitaulah. Insha ALLAH, I'll reply as soon as akak bukak belog yee :)




 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template