Sunday, March 23, 2014

Misi Menolong YamJamilah Mendapatkan Lemari Baru

"Mak, nak lemari baru, bulih? Lemari orang dah rosak. Dah 8 tahun umur dia. Derjah dua dah. Smaa tua dengan Iqbal dah dia tuh." merengek + muka sepuluh sen tujuh.

Mak pandang, kelip mata sekali dua.

"Dah tak bulih nak sangkut baju dah lemari tu. Besi dia dah patah. Orang nak sangkut jubah pun dah tak bulih." masih merengek. Cuma buat muka makin murah ; sepuluh sen lapan.

Mak pandang lagi, sambil teguk air.

"Kau kahwin nanti, mak belilah lemari baru."

Burrrrrrrrrr. Mak yang minum air, aku pulak yang rasa tersedak.

***

Haish. Mak pun duk cakap topik ni. Sana sini duk cakap pasal topik kahwin. I guess, ni memang zamannya dalam timeline hidup YamJamilah, bahawasanya YamJamilah kena dengar pasal kahwin ni dengan kerap. Orang kata, memang timing dia.

Usia-usia muda belia ginilah situ sini orang duk sembang kencang pasal kahwin muda. Memang season dia la ni. Situ sini jugak dah ada kawan-kawan sebaya dah kahwin, dah tunang, dah bertemu pasangan. Kita yang masih seorang ni lah, dengan pandangan kaburnya, ucap tahniah kat derang. Bukan kabur sebab menangis, tapi sebab mata masuk habuk.. * klise drama Melayu sangatt*

Pernah dengar tak orang kata, kahwin muda ni sebenarnya satu bakat, sebab tak semua orang bulih dan mampu kahwin awal. Sama macam drive kereta manuallah. Kemain kau test JPJ gelabah huha huha godek-godek kereta manual, tapi lepas dah dapat lesen dan drive kereta auto, maka hilanglah segala ilmu kau tentang kereta manual. Dan aku masih di sini, memandu Kancil manual yang sakti dan berbakti itu. Err. Jadi, apa kaitannya dengan topik yang kita bicarakan awal tadi? Hiks. Sajalah nak cakap, walaupun aku takde bakat nak kahwin muda, tapi aku ada bakat drive kereta manual. Self-pleasure, kau tahu? K dah.

Personally, bagi YamJamilah, kahwin muda ni bukannya satu bakat semulajadi, macam melukis, menyanyi, menari, memandu kereta manual (ehh?). Tapi ianya lebih kepada pengetahuan ALLAH SWT yang luas tentang kemampuan seseorang tu. Mungkin mereka yang kahwin awal tu, bukan sahaja mampu dari sudut fizikal dan mental, tapi juga mempunyai asas fundamentalisme yang kukuh. Hah tu diaaa, apa pulak fundamentalisme ni?

Fundamentalisme ni, jangan pulak korang faham sebagai fahaman atau aliran ortodoks tu yaa. Fundamentalisme yang YamJamilah guna ni basically merujuk benda-benda asas la. Kalau sebagai manusia, pada asas dan dasarnya memerlukan makan minum, tempat tinggal dan pakaian, dan pada dunia hari ni, berbagai benda lagi dah jadi fundamental pada kita, contohnya internet, telefon dan kenderaan.

Secara rasionalnya, dan bila diimbas kembali, betullah. Kawan-kawan sebaya yang dah kahwin, ternyata memang mampu dari sudut tu. Mentally dan physically memanglah mampu, insha ALLAH. Tapi jika dilihat dari sudut ini pun, mereka masih lagi dalam kategori mampu. Bahkan, melebihi mampu. Dalam bahasa mudahnya, tanpa perlu korang nak gugel apa itu fundamentalisme, apa yang YamJamilah nak katakan di sini ialah pasal kestabilan kewangan.

Betul, money is not everything, but everything needs money. Ha gitu ha. Yelah, kau nak sara anak orang, mana mungkin mak ayah kau kasi kebenaran, kalau kau sendiri pun masih mintak mak yang topupkan? Tu pun kalau nak call mak, masih misscall, dengan harapan bahawa mak yang akan call balik. Bukan setakat mak lah, semua kaum kerabat dan sahabat kau buat gitu. Ingat mak nak kasi kau kahwin awal, kalau gitulah akhlak kau?

Dan buat para gegadis pulak, ingat mak ayah nak kasi kau kahwin awal, kalau kau setiap kali nak shopping tu lah kau borong beg kasut baju perfume. Tu pun pitis mak ayah yang 'payung'kan. Betul, ada kalanya benda gini pun keperluan asas. Tapi dah tak jadi berapa nak asas dah bila kau sebenarnya dah takde ruang nak letak benda tu semua lagi dah, sebab dah terlalu penuh dan banyak. Ingat mak ayah nak kasi kau kahwin awal, kalau ginilah pekerti kau?

Hiks. Seronok YamJamilah membebel. Macam biasa dibebel je. Hihu

Mesej yang YamJamilah nak sampaikan ialah tak semua orang bulih kahwin awal. Banyak persediaan yang engkorang kena buat. Persiapan nak kahwin tu suku sakatlah, sebab tu hanya akan berlaku bila engkorang dah memang bebetul nak kahwin. Tapi sebelum tu, TERlalu banyak persiapan lain yang kena buat. Mental dan fizikal toksah ceritalah. Terutamanya mental tu. Kena siapkan rohani kau. Kena kasi cantik. Kena kasi baik. Yelah, nak mendirikan mesjid.

Tapi, janganlah hanya sebab kau rasa kau tak mampu dari segi kewangan, kau langsung takmau kahwin. Sebab YamJamilah ada jugak terbaca, mentaliti orang zaman kita vs mentaliti yang sepatutnya.

Orang kita ni, takde duit, tak bulih kahwin. *ulang tayang iklan Cadbury yang mana bila si gadis bawak balik si teruna ke rumah dia, mak cik-mak cik sibuk duk tanya ada tak 5C - car cash credit card bla bla bla aku lupa lagi dua*

Tapi hakikatnya, insha ALLAH bila dah kahwin rezeki kau makin banyak dan melimpah ruah. Insha ALLAH. Engkorang niat Lillahi Taala sudah. Niat nak cari keredhaan ALLAH bersama si dia gituuu :D

Sekian bicara YamJamilah soal kahwin muda ni.

Jadi, siapa nak tolong YamJamilah dapatkan lemari baru ni? Hiks. *sengihmiang*

Selamat malam donia!

Wallahu'alam, wassalam :D

#MisiMenolongYamJamilahMendapatkanLemari Baru


0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template