Sunday, February 23, 2014

Antara Sedar dan Tahu.

Bismillahirrahmanirrahim.

***

Kau buat kerja aku jadi susah, bila kau tahu, tapi kau tak sedar.
Kau buat tanggungjawab aku jadi berat, bila kau tahu, tapi kau tak sedar.
Kau buat keadaan aku jadi rumit, bila kau tahu, tapi kau tak sedar.

Kenapa?

Sebab kau tahu, tapi kau tak sedar.

Tapi sekurang-kurangnya, bagi aku, it still made sense bila kau tahu, tapi kau tak sedar. Jadi, bila kau buat salah, takdelah aku rasa teruk sangat kita ni.

Ya, kita. Sebab salah kau tu, salah aku jugak. Salah kita. Salah kau, sebab kau yang buat. Salah aku, sebab tak tegur kau yang buat kesalahan tu, sedangkan kita teman.

The worst part that I can no longer stand with you is, kau tahu dank au sedar, tapi kau macam tu jugak.

Sangat mencabar aku. Sangat mempermainkan aku. What more could I say about things, when you know all about it, and you realize it, but still, you are like that.

Hoi kak, hati made by wood ke? Atau hati kau Cap Hati Batu? Hoho

Bila kau tahu dan kau sedar,
kerja aku jadi makin susah,
tanggungjawab aku jadi makin berat,
keadaan aku jadi lebih rumit.

Susah tak susah, dah jadi kerja aku untuk tegur kau, walau kau tahu dan kau sedar.
Berat tak berat, dah jadi tanggungjawab aku untuk tegur kau, meski kau tahu dan kau sedar.
Rumit tak rumit, dah jadi normal dalam keadaan aku untuk tegur kau, hatta kau tahu dan kau sedar.

Kenapa?
Sebab kau kawan aku.
Kau sebahagian daripada kerja aku.
Kau sebahagian daripada tanggungjawab aku.
Kau sebahagiaan daripada keadaan aku.

Please la wei.
Bukan kau takde ilmu agama.
Bukan kau jahil membabi buta.
Bukan kau babil tak semena-mena.
Bukan kau duniawi semata-mata.

Kau tahu dan kau sedar.
Maka, ketahuilah.
Maka, sedarlah.
Bangkit.
Buatlah, apa yang kau patut buat.
Sebab,
Kau tahu dan kau sedar!

Jangan tambah dosa kita.
Ya, jangan tambah dosa bersama.
Sebab bila kau buat,
kita sama-sama tanggung dosanya.

Kau, kerana gagal amalkan apa yang kau tahu dan kau sedar.
Aku, kerana gagal pastikan kau amalkan apa yang kau tahu dan kau sedar.

Lagipun, common sense la.
Takkan tu pun kau takda?
=.=’


***

Wallahu'alam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template