Friday, January 3, 2014

"Kalau tak nak, cakap je lah!"

Bismillahirrahmanirrahim.

***
[AMARAN : Hanya contoh rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.]

***
1

"Weh, aku balik nanti tumpang kau ya?"

"On je. Cuma aku bulih hantar sampai KTM dekat rumah kau tu lah. Tak boleh hantar sampai rumah. Aku rushing sikit ni, flight petang karang."

"Loh. Susahlah. Barang aku banyak ni. Alang-alang dah naik kereta kau, hantarlah sampai rumah. Plis plis plis?"

"Kalau sampai rumah, sorrylah wei. Aku takut xsempat. Nanti nak rush balik rumah aku lagi, nak kejar flight lagi. Kalau sampai KTM je, boleh!"

"Alah kau ni! Kalau tak nak hantar, cakap je lah! Banyak pulak alasan."

***
2

"Uiks, pinjam buku ni eh?"

"Amikla. Tapi esok kasi balik eh. Aku nak bawak balik. Kakak aku nak baca."

"Eh, sehari je? Mana sempat aku nak habiskan. Kau ni..."

"Sorryla weh. Kakak aku dah lama nak baca buku ni."

"Hmmmmmm yalah tu. Kalau tak nak kasi pinjam, cakap je lah."

***
3

"Saya nak kat awak ni. Awak nak kat saya tak?"

"Bukan tak nak. Tapi saya nak fokus stadi dulu la."

"Ala, bukannya tak boleh stadi kalau in a relationship. Ramai je yang perform walopun berchenta."

"Iya, tahu. Tapi kan fokusnya dah berpecah belah tu."

"Yo yo o je awak ni. Kalau tak nak kat saya, cakap je lah."

*****

Salam 2014 :)

Aku tak tahu la korang camne, tapi dedolu aku selalu jugak cakap ayat yang last tu. KALAU TAK NAK, CAKAP JE LAH. Terutama bila gaduh dengan Konah. Hihi :D

Tapi tetiba bebaru ni dapat ilham.

Kita selalu suruh orang tu berterus terang dan berlaku jujur dengan kita. Cakap hal yang sebenar-benarnya pada kita. Sebab tu lah munculnya ayat KALAU TAK NAK CAKAP JE LAH ni.

Taaapiii pernah tak kita fikir adakah kita dah cukup bersedia untuk dengar straight away from that people, directly dia kata...

'Ye, aku tak nak hantar kau.'

'Ye, aku tak nak kasi pinjam buku ni kat kau.'

'Ye, aku tak nak kat kau.'

Adakah kita cukup bersedia? Bukanke nanti kita akan terkedu terdiam terperanjat terkesima dan memacam 'ter' lagi, bila dengar such honest answer?

Pastu mulalah kita akan fikir, isy dia ni tak patutnya. Ha, part tak patut orang, gigih kau fikir? Part tak patut kau pada dia, kau tak nak fikir?!

Hoho. Lek lek. Chill. Cakap je ni, bukan nak marah kat sesapa ^^

Sajalah nak pesan. Bersyukurlah, sayang, dengan apa adamu. Kira dah cukup baik dia nak hantar kau. Kira dah cukup baik dia nak kasi kau pinjam buku. Kira dah cukup baik dia tak reject kau right away.

Cuba kalau dia betul-betul cakap dia tak nak hantar kau.
And you will be like, ishhh kedekutnya kau. Tolong kawan sendiri pun tak nak.

Cuba kalau dia betul-betul tak nak kasi pinjam buku kat kau,
And you will be like, masha ALLAH sampai hati kau ya tak nak pinjamkan aku buku ni :(

Cuba kalau dia betul-betul tak nak kau, reject kau dengan cara maha dahsyat,
Tak mustahil kau akan terjun longkang kekecewaan.

Why?

Sebab kita ni, cakap je lebih. Tapi hakikatnya, we are not really prepared for the worse. Gebang je lebih. Sembang je kencang. Tapi dalam hati ada taman. Mudah sentap. Selalu sensitif. Hoho

Dah 2014, takkan nak negatif gini lagi. Tak gitu, bhai? *kekening*

Oleh yang demikian, saya menyeru sekalian alam, juga diri saya sendiri, ayuhlah kira berubah ke arah yang lebih baik dan positif. Ke arah yang lebih suci dan mulia. Bukan sebab tahun baru ke apa, tapi sebab kita manusia, dan kita perlu sentiasa berubah ke arah yang lebih indah, selari dengan kata-kata,

'ALLAH itu indah dan sukakan keindahan.'

Jadi, kalau kita indah, mestilah ALLAH suka kita, kan?

Maka, ayuhlah rakan-rakan dan teman-teman sekalian, sama-sama kita menjadi indah, dan seterusnya menjadi kesukaan ALLAH.

Sekian, tazkirah Jumaat pertama 2014. Semoga bermanfaat!

Wallahu'alam, wassalam~

p/s : Three down, three more to go! Ayuhhh tamatkan perjalanan final iniiiii! :D

p/p/s : To countdown it, 15 days left. May ALLAH ease everything. Aamiin :')

1 love letta(s):

Munie Blushious said...

haha.. sooo truee.. btol-btol.. kesian kat org yg kne 'alah, kalau xnak tu cakap je la',.. mesti dia berbelah bahgi nak jawab ape kan.. hee..

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template