Sunday, December 29, 2013

Umpama Mimpi Dalam Mimpi 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.

Few days back, selalu dapat mimpi yang pepelik. Entah siapa-siapa enterframe dalam mimpi tu. Orang tu semua orang yang dikenali, cuma tak pasti motif diorang buat special appearance dalam Siri Mimpi Maryam :D

Dah cuak dah. Yelah, walaupun orang selalu kata mimpi tu mainan tidur, tapi orang jugak selalu kata, bila orang tu masuk dalam mimpi kita, tu maknanya kita terlalu fikirkan orang tu. And to think about it, sebelum insan-insan berkenaan masuk dalam mimpi, I did think of them. Tapi terlintas gitu je lah. Takde lah fikir dengan sesungguhnya fikir.

Mau tak cuak. Sebabnya, insan-insan tersebut merupakan insan-insan yang tak sepatutnya ada dalam hidup ini. Huks :3 So I was thinking that penangan final exam kut, yang membuatkan fikiran saya unstable dan cacamarba. Hambuoih kemain cacamarbanyaaa :D

Bukan tak seronok dapat mimpikan insan-insan tu. Seronok. Tak dapat jumpa di alam realiti, jumpa di alam mimpi. Tak dapat pegang tangan di alam realiti, dapat pegang tangan siap menari Kuch Kuch Hota Hei dalam mimpi. Apa yang haromnya? Mimpi je pung. Haha

Tapi sebab benda tu jadi dalam mimpilah yang mematikan rasa seronok tu. Means that, kau dan aku ; cuma dalam mimpi kita boleh jadi satu. Di alam realiti, kau di jalan kau, aku dengan cara aku. Aku cuma mampu bermimipikan kau, bererti, kesannya berbeza di dunia realiti.

Pedih hakikatnya, kan.

Selalu bangun daripada tidur tu, akan termenung kejap, dan fikir, apa yang aku mimpi tadi eh. Pastu cantum satu-satu part yang bercerai-berai tu, end up puzzling jugak. Sebab takde kesinambungan. Tengah berbual dengan orang ni, tetiba jump to the scene tengah makan dengan orang lain pulak, dua saat kemudian, tetiba dah ada kat tempat lain dengan orang lain pulak. Social sungguh :D

Sepatutnya takde hallah, kan. Sebab mimpi tu benda normal. Chillah, Yam. Semua orang mimpi kut time tidur. Ya benarrr. Tapi kes aku ni ha, aku mimpi everytime aku tidur. Tak kisahlah tidur malam ke, tidur siang ke, tidur tengah hari ke, tidur siang ke, qailulah ke, yang pasti, semuaaaa akan ada mimpi pepelik dan aku akan jumpa insan-insan yang pepelik dalam memimpi tu. Huks

Tapiii, petang tadi, yakni lepas balik exam ILS-pastu pegi lunch-pastu sesi privasi diri, dalam pukul 3++, tertidurlah jugak. Dan yes, mimpi. Bebangun tu, macam biasa, termenung dulu. Cantum puzzles mimpi. Tetiba sengih sensorang.

Abang yang jaga exam dalam hall ILS tadi pun buat appearance dalam mimpi saya! Apadehal? Sebab saya macam ada isu sikit dengan abang tu. Tadi jawab ILS, habis satu booklet, angkatlah tangan nak mintak extra booklet. Abang tu takmo kasi booklet baru, dia kasi kertas je. Sehelai pulak tu. Kedekut! Hiks. Rupanya memang dia tak kasi booklet baru kat semua orang, kasi extra answer sheets je. Solusinya, saya mintak lagi empat helai kertas. Ha, dah sama nilai dengan satu booklet baru. Tulah, taknak kasi lagi booklet yang berlambak atas meja tu. Haha :D

Abang tuuu pun masuk dalam mimpi. Siap follow saya di Twitter, RT dan favorite tweets saya lagi. Dan the best part is, profile picture Twitter abang tu ialah gambar dia selfie dia tidur kat meja invigilator tu. Kahkahkah. Sumpah sengal mimpi tu. Well, sebab tulah nama dia mimpi.

Jaaaaddiiiii, setelah dirumuskan, maka saya, YamJamilahKamal, mengisytiharkan, tiada apa yang perlu dirisaukan dari rentetan Siri Mimpi Maryam. Biarlah mimpi kerap mana pun, siapa pun yang masuk dalam mimpi, mimpi berjoget lagu Hindustan ke Korea ke Norway's What The Fox Says ke, cekalkan hati, Yam. Percayalah, itu semua hanya mimpi yang takde kaitan dengan alam realiti :)

And lepas teringat pasal mimpi abang dalam hall exam tadi, teringat pulak episod lain dalam mimpi tu. Pergi beli keropok lekor. Huwargh. Tetiba craving for keropok lekor. Rabu, come faster please. Nak pergi pasar malam beli keropok lekor.

Dan, biul tak biulnya Yam Jamilah ni disebabkan mimpi yang mengarut masha ALLAH tu, mandi petang tadi, guna  syampu Palmolive jadi shower. Aduiii. Kalau lu orang setakat tertukar gosok gigi dengan pencuci muka, atau gi cuci muka guna ubat gigi, takde lah rare sangat. It does happen. It happens all the time. Tapi ni, kalau dah shower guna syampu, what more can I say.

Dengan ini, saya meletakkan 100% kesalahan pada final exam yang menyebabkan saya dapat mimpi pepelik dan fikiran serta minda saya jadi tak stabil dan sikit lagi nak jadi kurang waras.

Akhir kalam, salam final exam rerakan seperjuangan~! Dan, ehh dah azan! Salam Isyak. Jangan lupa titipkan doa buat saudara kita di Mesir sana. Dengar kata, ada isu baru. Kali ni, serang universiti pulak.

"Bersabarlah,
Kerana sabar itu kekuatan.
Berdoalah,
Kerana doa itu harapan.
Bermunajatlah,
Kerana dengan munajat itu membuatkan kita makin dekat dengan Tuhan."
- Raihana Nadhira ( R. ) , 28 Disemeber 2013.

Wallahu'alam, wassalam~

p/s : To countdown it, it is less than a month more to go. ALLAHU RABBI. May ALLAH ease everything. Aamiin.

p/s : For Umpama Mimpi Dalam Mimpi 1.0, log on to Umpama Mimpi Dalam Mimpi 1.0 ^^

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template