Thursday, August 1, 2013

Bismillah.

***

Mana nak cari lelaki yang cuci pinggan sendiri lepas makan?
Mana nak cari lelaki yang hantar gelas ke sinki lepas siap minum, tak perlu orang nak kutip kat meja?
Mana nak cari lelaki yang boleh memasak untuk diri sendiri, just in case isteri atau anak-anak dia takde kat rumah?

Mana nak cari lelaki yang boleh peduli pasal kain baju sendiri?
Mana nak cari lelaki yang basuh kain baju sendiri?
Mana nak cari lelaki yang bukan saja jemur kain dia, malahan kain siapa-siapa yang ada dalam mesin basuh pun dia jemur sama?

Mana nak cari lelaki yang bila masa bosan tak tau nak buat apa, dia lipat kain?
Mana nak cari lelaki yang bila isteri dan anak dia sibuk buat benda lain, dia gosok baju seluar dia sendiri?
Mana nak cari lelaki yang tak tidur lepas subuh, sebaliknya buat kerja-kerja rumah?

Mana nak cari lelaki yang boleh baiki paip dan pada masa yang sama boleh buat electrical things?
Mana nak cari lelaki yang boleh menukang dan pada masa yang sama boleh bercucuk tanam?
Mana nak cari lelaki yang suka buat usrah dan beri tazkirah pada anak isteri masa dalam kereta, demi tak membazir masa tak buat apa-apa?

Mana nak cari lelaki yang bila kita minta bantal nak dibaginya cadar sekali?
Mana nak cari lelaki yang kita mintak duir seringgit dia bagi lima ringgit?
Mana nak cari lelaki yang bila kita minta nak minum aje dia belanja makan sekali?

Mana nak cari lelaki yang selalu kata 'boleh' no matter what anak-anak dia mintak tolong dia buatkan?

Ada, ada.

Ayah saya :)
Hensem kan, dia?
Kalau korang tak pernah tengok dia pun, korang bulih agak, ayah saya hensem.
Sebab apa?
Sebab-sebab ni lah!
:)

***

Bukan nak kata isteri ayah saya atau anak-anak ayah saya tu kurang rajin, sampaikan ayah kena buat all those things, tapi memang nature ayah macam tu.

He will take care of everything, even of small matters.

Prinsip ayah ; Selagi kita boleh buat sendiri benda tu, buat. Jangan susahkan orang lain. 

Sobs. *mode : syahdu* *lap air mata*

***

Nak suami sorang pesen ni, bulih? :D *sengihmiang*

***

K, bai.
Wallahu'alam~

1 love letta(s):

NJihe.am said...

Salam singgah, moga ditempatkan dalam rahmatNya. Amin.
Jemput singgah,
http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template