Wednesday, July 31, 2013

Bismillah.

***

Aytuk selalu ada benda menarik yang dia buat, yang membuatkan aku rasa seronok untuk dikongsikan dengan Ayah.

Contohnya, masa aku nak bawak dia pi jenjalan, dia tanya ;

"Kau nak bawak aku pegi negara mana ni?"

"Aytuk nak pegi negara mana?" Aku layankan jugak jenaka Aytuk tu. Negara manalah sangat kan. Naik kereta je, bukannya helikopter atau kapal selam pun.

"Aku nak pegi Afrika."

Kemainnn nak pegi Afrika. Heee :D *background music : Waka Waka by Shakira*

***
Jadiiii banyak cerita pasal Aytuk yang aku kongsi dengan Ayah, since Ayah kurang luangkan masa dengan Aytuk, sebab puasa-puasa ni, Ayah lebih banyak duduk di masjid, berbanding rumah.

Dalam kereta, dalam perjalanan dari terawih di Stadium Muhammad IV di Kota Bharu, aku sembang pasal Aytuk dengan Ayah. Ohh ya, Aytuk tu ayah kepada Ayah, merangkap datuk aku.

Kencang aku sembang pasal momen-momen indah (?) aku dengan Aytuk. Ayah dengar sambil gelak-gelak. Senang hati aku dengar Ayah gelak. Tetiba, Ayah berkata sesuatu yang mematikan gelak tawa aku.

"Agak-agak, Ayah dengan Along atau Iqbal esok-esok, sempat tak macam Aytuk dengan kau?"

Sentap.

Aku seronok gebang pasal aku dengan datuk aku. Di sebalik tawa Ayah sambil dengar cerita aku, Ayah sempat berfikir, sempat ke dia ; sebagai datuk, dengan cucu-cucu dia , esok-esok , macam aku dengan datuk aku.

Hmm.

Tak dinafikan, alhamdulillah, Aytuk umur panjang. Dah 80 ++. Ayah dah 61. Jadi, insha ALLAH, sempat. Panjang umur Ayah, sempat Ayah tengok Iqbal dan adik-adik serta sepupu-sepapat. Insha ALLAH, sempat sangat.


Ayah dan mak,
semoga panjang umur + sihat tubuh badan.

:)

Nampak gaya kena kahwin + ada anak cepat-cepat ni. Nak suruh anak-anak membesar dengan datuk dan nenek diorang kannn. Ehh.

:D

Ok, gedik.

Dah, bai.

Wassalam~

p/s : Ohh ya. Ni post ke 500. K, tuh je nak cakap. Bai :D

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template