Wednesday, April 17, 2013

Kena Reject.

Assalamualaikum wbt.

Ni post semalam, TERdraft. Jadi, baca je la ye. Backdated pun backdated lah :D

***


Salam 1.51 pagi, 17 April 2013. (Ohh, Happy Birthday Wan Nur Sabiha! Dah tuaaa :D)

Okkay, sementelah jam dah nak menginjak ke angka dua (chewah! :D) , maka ayuhlah kita langsung ke poin utama yaa anak-anak. Oleh kerana ni pun under label muhasabah (just like in previous post), maka mehlah ambo gelarkan diri ambo ustajah :D

2-3 minggu lepas, kami duk gigih isi borang permohonan biasiswa, sebab jenis spesies yang takmo mintak PTPTN. Jadi, berbekalkan sehelai transkrip dari CFS dengan pointer yang boleh tahan (hmmmmmm :D), maka kami, as in my friends and I, mostly #YYA la, apply for scholar. Kami mohon memacam. Ada yang mohon Maybank, Isra', Bank Negara, Security Commission, PIDM. serta Yayasan Khazanah.

Jumaat lepas, Raihana dapat call, saying that she was shortlisted in Security Commission Scholarship Awards's List. Same goes to Amirah, when she got the same call on the next day.

Ustajah tak dapat. Gitulah kiranya.

Dan ustajah dapat agak kenapa ustajah tak dapat. Sebabbb, selain daripada esei merepek merapu meraban ustajah tu, ustajah tak memenuhi syarat diorang nak. Salinan sijil sepatutnya disahkan oleh pegawai tertentu, tapi kerana kesuntukan masa, ustajah pakat scan dan send yang tak di-verify-kan. Tak ikut protokol, maka logiklah tak dapat kan? Hmm.

Ni buat ustajah terfikir sesuatu.

Kalau masa solat Dhuha, kan raka'at pertama kena baca surah lazim lain, selepas Al-Fatihah kan? Oleh kerana raka'at kedua nanti akan baca surah Adh-Dhuha, maka di raka'at pertama surahnya kena surah lebih awal berbanding Adh-Dhuha, yakni surah Al-Lail ke atas, bukan surah Al-Insyirah ke bawah. Tapi, err, dengan segannya ustajah nak ngaku, surah-surah lazim yang lancar di bibir ustajah, setakat Al-Ikhlas hingga  Adh-Dhuha je. Huks :/

Jadi, raka'at pertama solat sunah Dhuha biasa ustajah taram dengan surah Al-Ikhlas jek :D Tak ikut protokol langsung. Ye ah, tak ingat surah yang sepatutnya ustajah baca, maka ustajah bacalah yang paling senang, yang insha ALLAH takkan ada masalah tajwid. Islam kan agama yang mudah. ALLAH tak buat benda yang menyusahkan dalam Islam kita ni (dalil : Surah Al-Haj, 78)

Tapi, tak ikut protokollah. Sepatutnya, kalau raka'at kedua kena baca Adh-Dhuha, maka raka'at pertama kena baca surah sebelum Adh-Dhuha. Tapi ustajah tak ikut protokol tu, walaupun masa tu tengah berinteraksi dengan ALLAH.

Jadi, ustajah terfikir sesuatu....

Kalau apply scholarship tak ikut protokol, terma dan syarat dia pun application ustajah kena reject, apatah lagi solat, kan? Entah ALLAH terima ke tak solat ustajah :(

Memanglah benda ni benda ghaib, kita tak tahu. Tapi kita boleh buat indication. Kemain bersungguh nak dapatkan approval manusia, apa pernah kau fikir tentang approval ALLAH? Gigih nak ikut protokol semata-mata nak senangkan manusia. Ada kau fikir protokol masa jumpa Tuhan kau, sekurang-kurangnya?

ALLAHU.

Syahdu ustajah rasa.

Maka, ayuhlah kita semua muhasabah balik amalan kita. Adakah diterima, atau direject direct oleh ALLAH, disebabkan tak ikut protokol Dia. Na'uzubillah.

Wallahu'alam, wassalam.

P/s : Btw, bittaufiq wannajah buat Raihana dan Amirah for SC's interview tomorrow and the day after tomorrow. May ALLAH ease everything on you guys.

Korang, doakan rezeki ustajah murah jugak ye untuk dapat scholarship. Tak fayah ustajah nak menyendeng mintak duit selalu ngan mami dedi kan. Huks :D Sekian, gednait! :)

3 love letta(s):

wannursabiha said...

haha thank you :p

nurul iman said...

wah kak yam !! result mesti gempak kan ?? mabruk mabruk.. :D

ikot protokol...smua keje akan berjalan lancar...ea dop ?? :D

M Kamal said...

Bieyha, no biggie! ^^

Adinda Nurul Iman,
rezeki ALLAH berbagai wasilahnya. Duit, masa, tenaga, ruang masa, restu ibu bapa, kasih sayang rerakan, dan juga, result. Haza min fadhli robbuna ^^

Yeap. Kalau dengan manusia boleh je kita patuh paa protokol, takkan dengan ALLAH nak langgar protokol, kannn? ^^

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template