Thursday, April 11, 2013

Ayat Sedih.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Jumaat sudah tiba! Penghulu hari sudah muncul :) Gembira? Heh, sudah pastiiii. Jumaat kan Saiyyidul Ayyam. Kata TGNA, dalam hari Jumaat, bermula waktu Subuh sehinggalah senja hari Jumaat, ada satu ketika yang memang waktu mustajab berdoa. Sebab itulah bila tibanya hari Jumaat, kena banyakkan berdoa pada ALLAH. Manalah tahu doa kita dimakbul ALLAH. Kan kan kan :)

Macam tak tally pulak. Kemain tajuk entri 'Ayat Sedih' , tapi si penulis riang ria gembira berJumaat pulak. Haha. Okeh okeh, ayuh kita langsung ke topik utama ^^

Pernah dengar lagu tajuknya Lagu Sedih tak? If I'm not mistaken, lagu tu nyanyian Adam dan kumpulan VIP. Entah betul entah tak aku neh. Hiks. Kalau salah, sorryyyy taw. Ittew da jarang denga lagu Melayu. Ehh bajet :D

Hokay kanak-kanak, Ayat Sedih yang Ustajah (nampak tak label entri ni? Muhasabah yaa. Jadinya ni post yang nak bagi makan pada rohani memasing, sekaligus bagi makan rohani Ustajah jugak. Jadi, sila jangan aneh jika ambo bahasakan diri sebagai Ustajah :D ) nak kongsikan dengan kalian merujuk kepada sebahagian potongan ayat dalam Surah Al-Maidah ayat 3.

5:3

Prohibited to you are dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah , and [those animals] killed by strangling or by a violent blow or by a head-long fall or by the goring of horns, and those from which a wild animal has eaten, except what you [are able to] slaughter [before its death], and those which are sacrificed on stone altars, and [prohibited is] that you seek decision through divining arrows. That is grave disobedience. This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion. But whoever is forced by severe hunger with no inclination to sin - then indeed, Allah is Forgiving and Merciful.

 Sila fokus pada maksud ayat yang telah Ustajah gariskan dan tebalkan. Nampak tak nampak tak? Tak nampak..... maka tak nampaklah. Huiks. Eish, menipu sangat lettew kalau tak nampak. Jelas terang crystal clear Ustajah buat untuk bagi kalian nampak. Jangan nak membongak kata tak nampak :D

Btw, berbalik pada ayat kita pada hari ini, ni lah yang Ustajah kata ayat sedih. Ustajah tahu ni pun sebab ada sorang senior bagitau sejarah ayat ni kat Ustajah. Dia yang kata ayat ni ayat sedih, dan penjelasan dia buat Ustajah muhasabah. Maka, mehlah Ustajah nak memuhasabahkan diri Ustajah sendiri serta kekorang semua :)

Cerita dia, cuba fahamkan ayat yang telah Ustajah gariskan. Dalam Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Kita, ianya berbunyi begini :

"Pada hari ini telah kalah orang-orang yang kafir pada agama kamu (Islam), maka janganlah takuti mereka tapi takutilah Aku (ALLAH).  Pada hari ini telah Aku sempurnakan padamu agama kamu dan lengkapkan nikmati Aku ke atas kamu dan Aku redha Islam sebagai agamamu."

(PERHATIAN : Ni translate Ustajah ye. Kalau salah mohon betulkan, jangan kutuk. Berdosa sesama karang :D )

Menurut akak senior tersebut, ayat ni jadi ayat sedih sebab, bila turunnya ayat ni, apa maknanya? 

.
..
...

Neves tak neves tak? Hihi :D

Maknanya, tugas Nabi Muhammad SAW pada masa ini sudah selesai. Menangis sahabat tatkala dengar ayat ni. ALLAH macam nak kasi hint yang mana bila tugas Nabi Muhammad SAW dah selesai, maka it's time for him to return back to ALLAH. Sebab tu akak senior tu cakap ayat ni, ayat sedih. 

Rasulullah SAW diutuskan untuk menyebarkan risalah Islam, dan bila tugas baginda sudah selesai, yakni bila Islam telah lengkap, pastilah sudah tiba masanya baginda kembali ke pangkuan Tuhannya. 

Maka logiklah jika sahabat bersedih, kerana ini merupakan petunjuk daripada ALLAH bahawa Rasulullah SAW yang amat dikasihi itu akan kembali padaNya dalam masa terdekat, akan meninggalkan dunia, tidak mungkin lagi bersama mereka yang mengasihi baginda. ALLAHU :'(

Setelah Ustajah membaca di belog ini : http://www.bcgoldamanah.com/perkhidmatan/bank-artikel/172-wahyu-terakhir-kepada-rasulullah-saw.html , maka dapatlah Ustajah rumuskan bahawa ayat ini merupakan ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. 

***

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada'). Pada masa itu Rasulullah S.A.W berada di Arafah diatas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah S.A.W tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah S.A.W bersandar pada unta beliau dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah malaikat Jibril a.s pergi maka Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah. Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah S.A.W pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:" Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna."

Apabila Abu Bakar r.a mendengar keterangan Rasulullah S.A.W itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu bakar r.a dan mereka berkata:" Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata: " Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi meenjadi janda."

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a, maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah S.A.W tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, " Ya Rasulullah S.A.W, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah S.A.W mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah S.A.W dan dengan bergegas beliau nenuju ke rumah Abu Bakar r.a. Setelah Rasulullah S.A.W sampai di rumah Abu Bakar r.a, maka Rasulullah S.A.W melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, " Wahai para sahabatku, kenapa kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a berkata, " Ya Rasulullah S.A.W, Abu Bakar r.a mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?" Lalu Rasulullah S.A.W berkata, " Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a adalah benar, dan sesungguhnya waktu aku meninggalkan kamu semua telah dekat."

***

Kalian baca sendiri kisah selanjutnya di belog itu. Menarik. Jangan duk usha belog Si Ijat Syafiq aje. Ehh. Kaitan :D

Sekian, muhasabah di malam Jumaat. Salam Jumaat penghulu segala hari kepada kalian. Semoga Jumaat ini memberikan 1001 rahmah kepada kita. Jangan lupa baca dan tadabbur Surah Kahf pada setiap Jumaati, fadhilatnya ia mampu membuatkan wajah kita bercahaya dari Jumaat ini ke Jumaat seterusnya. Maka, kalau setiap Jumaat kita baca, insha ALLAH setiap masa wajah kita bercahaya di sisiNya, insha ALLAH.

Mohon ditegur jika ada kesalahan, mohon terima jika ada kekurangan. 

Allah lebih tahu, wassalam 'alaikum.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template