Thursday, April 18, 2013

"Aku menyesal, Yam."

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Selasa lepas, ALLAH perkenankan hajat untuk bertemu mata dengan insan senget benget bernama Wan Nur Sabiha :D Yeah, I did gather some guts before facing her. Niat nak jumpa, memang nak berada di sisi dia, memberikan sokongan semangat serta kekata hikmat kepada beliau. Sekadar melunaskan tanggungjawab sebagai teman ketawa menangis bersama ^^

Ohh ya. Sebelum bercerita lebih lanjut, since this is malam Jumaat, let's recite Al-Fatihah dengan niat pahalanya disedekahkan kepada arwah ayah Sabiha yang meninggalkan kita pada 31 Mac (Ahad) lepas. AlFatihah.

***

So, the day came, and I met her. She drove her Mazda (whoaaa. okkay tipu. Mazda K. Ngah dia sebenarnya. Kak Long, are you reading this? Haaa. Saya nak jugak Mazda sebijik, bulih? :D {kenapa aku seru nama Kak Long, sedangkan tu kereta Kak Ngah dia? Sebab aku rasa possibility Kak Ngah baca belog ni takde, tapi kemungkinan Kak Long yang baca tu ada. Maka, serulah nama Kak Long ;D } )

Mak cik tu datang dengan jangoks nya. Jubah kembang-kembang, shawl half moon dia, datang solat Zuhur kat sini, sebelum kitorang keluar pi Carrefour Wangsa Maju. Sebabnya, Sabiha nak cari kedai kain. Kat Carrefour WM tu ada Nagoya. Maka, ke sanalah kami ^^

Jumpa tu, gelak-gelak. Dalam kereta, gelak-gelak lagi. Tengah shopping, gelak. Tapiiii, bila dah lama sangat bertapa dalam Nagoya tu, rasa nak sekeh je Sabiha ni. Demand kemain. Nak buat jubah la, peplum la. Tapi tailornya takde lagi. Haih.

Pastu, Biha dah start cakap aku ni macam pelik. Dia tanya aku nak balik ke. Aku menafikan dengan sekeras-keranya. Ecewah :D Justeru, Biha kekeliruan tentang kesenyapan aku.

Masa makan. Chicken Rice Shop jadi pilihan Biha. Makan. Dan di situlah bermulanya drama air mata kami. Dia mula membuka cerita tentang arwah abahnya. Sebelum arwah sakit, mereka sekeluarga sempat mengerjakan umrah. Sekembalinya dari umrah itulah, sakit buah pinggang abahnya menjadi-jadi. Nak dijadikan sebab aje, kata orang. Dan umrah itu menjadi percutian terakhir Sabiha dengan arwah abahnya :(

"Yam, jangan jadi macam aku. Kau ada ayah lagi, peluklah ayah kau puas-puas. Ciumlah dia puas-puas. Aku sekarang ni dah nyesal. I miss everything about him. Aku nak peluk dia, nak cium dia, nak pegang tangan dia. But, he is not here anymore."

Sumpah mengalir air mata doe! :'(

"Aku kadang-kadang penat dengan kata-kata orang. People may say anything, Yam. But their words can't bring my Abah back. I just want my Abah back, Yam."

Cecepat aku suruh dia mengucap balik. Yelah, mintak benda bukan-bukan, bunyinya macam kau tak percayakan qadha' dan qadar. Ngucap balik, Biha.

"Dulu masa abah ada, selalu aje dia telefon aku. Bosan-bosan kat rumah, dia call aku. Rindu nak dengar suara Che Bie kata dia. Pendek kata dulu, aku tak pernah pun call parents aku, sebab Abah yang akan selalu call aku dulu. Tapi sekarang, telefon aku dah tak berbunyi, Yam. Dah takde orang nak call aku. Kalau rindu abah, aku pulak akan call ma. Yam, aku rindu dia."

ALLAH. Masa ni, letak habis sudu garfu, terus capai tisu. Nangis dalam kedai. Kemain jangok-jangok, nangis dalam kedai orang :'D

"Wali aku dah takde Yam. Nanti aku kahwin, abang-abang aku yang jadi wali. Bukan abah aku.... Yam."

And then, I took the chance. I did the things that I wanted to do the most to her, when I meet her. I held her hand. Usap-usap tangan dia. Genggam, mengalirkan kekuatan semampu mungkin. Menyedarkan dia bahawa aku ada, meski dia di saat berairmata. I put my hand on her back. Tepuk-tepuk lembut bahu dia, dengan harapan dia akan tenang. Jiwa dia takkan merusuh terlalu ganas. And she kept crying. Selera kami putus secara total.

"Orang tak kat tempat aku, Yam. Diorang tak faham."

Aku merintih dalam diam. Tak tahu apa lagi harus dituturkan, demi menenangkan jiwa dia yang bergelora, berbaur rindu pada abah, serta sebak dengan pemergian abah.

"Sabar, Biha. Kan aku dah cakap, Abah tak kemana. Dia cuma balik jumpa Tuan dia. Kau tak boleh sesedih camni. ALLAH tu tak zalim, nak aniaya kau. DIA cuma ambik balik apa yang kau pinjam daripada DIA."

Dia diam.

"Abang aku selalu cakap, abah sayang sangat kat aku. Tapi aku tak pernah buat abah gembira. Yam, zaman sekolah menengah aku Yam... Kalaulah masa tu aku dapat tahu berapa lama aku dapat bersama dengan abah aku...."

Dia mula memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya dipersoalkan.

"Bie, ni kerja Tuhan. Jangan persoalkan." aku cuba memberi semangat, namun authoriti aku sendiri lemah. ALLAH.

***

Tak dapat aku bayangkan kalau aku kehilangan insan yang aku panggil Ayah. ALLAH. Jangan uji aku sebegitu lagi, Ya ALLAH. Jangan. Panjangkan umur ayah dan mak, sihatkanlah tubuh badan mereka. Izinkan ayah mewalikan aku di hari pernikahanku, sebagaimana ayah walikan Kak Tie. Izinkan mak buat kek lapis Sarawak pada anak-anak aku nanti, sebagaimana mak selalu buat pada Iqbal.

Rasa macam nak terbang balik Kelantan, peluk ayah cium mak. ALLAH. Jagakan mereka untuk saya. Letakkanlah mereka dalam peliharaanMu.

Aamiin.

Hargai insan yang ada depan mata. Jangan sampai bila kita hilang, baru kita nak kata sayang.

Al-fatihah untuk ahli keluarga anda yang telah kembali menemui Tuhan. Semoga ketemu di sana suatu masa nanti.

Wallahu'alam, wassalam.

5 love letta(s):

Madiey Kamal said...

wowww touchingnye...kkak hok baca pn sa nk teriok jgak....aminnnn mda2an Allah mkbulkn doa2 adik 2...

Rafidah Husain said...

again, biarlah air mata yang berbicara.. jazakallah for the beautiful post... semoga kita diketemu suatu hari then masa tu klong buleh kenal empunya yang bisa berkata-kata indah...

wannursabiha said...

u make me cry again. miss abah like crazy again. hm, thanks yam..

M Kamal said...

Dear Kak Long Rafidah Husain,
Maaf, saya mengambil masa yang agak lama untu balas komen kak long. jari seolah kaku, bimbang apa yang saya coretkan tak lagi kena dengan selera kak long.

insha ALLAH, andai punyai kelapangan ruang dan masa, jodoh tak ke mana, kita pasti bertemu jua ^^ ececeh :D

Dearest Sabiha,
jangan kata kau, aku sendiri pun tak sanggup nak baca post ni bebanyak kali. sumpah syahdu. tsk tsk. *lap air mata*

Anonymous said...

Curгently it looks liκe Movаblе
Tуpe is the best blоgging platform аvailablе right now.
(from whаt I've read) Is that what you'rе usіng on youг blog?


Нeгe іs mу website: does legal ecstasy work

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template