Tuesday, January 8, 2013

Umpama Mimpi dalam Mimpi

Assalamualaikum wbt.

Meh nak cerita hal mimpi.

13 Ogos 2012 lepas Encik Kerash masuk mimpi, buat pengakuan eksklusif. Masih terngiang-ngiang lagi ayat-ayat chenta beliau di telinga ni, biarpun sekadar mimpi. Umpama mimpi dalam mimpi ah! ;)

6 Januari 2013 lepas pulak, emak Encik Kerash masuk mimpi pulak. Kekonon Encik Kerash tu bawak aku jumpa mak dia bagai, mintak restu keluarga kekononnya. Siap abang dan adiknya lagi masuk mimpi aku. Amboi Encik Kerash, dah pindah masuk mimpi I ke? Umpama mimpi dalam mimpi betei. Yang anehnya, cemana aku bulih tahu tu mak dan adik beradik Encik Kerash aa? Macamlah jiran atau sedara mara yang nak kenal-kenal bagaiii ni. Hoho ;D

Umpama mimpi dalam mimpi.

***

Kau.
Aku cuma mampu bermimpi,
kerana aku tidak pasti,
penghujungnya nanti.

Aneh sekali.
Aku sangat berharap untuk kekal ber-impi,
Agar mimpi kekal mimpi,
Agar kau cuma persinggahan hati,
bukan pemilik kasih hingga mati,
Kerna aku tak mahu disakiti berkali-kali,
Oleh kau yang tak tak mengerti.

Moga kita semua kekal di bawah lembayung kasih Ilahi.
Insha ALLAH.

Wallahu'alam, wassalam~

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template