Saturday, December 29, 2012

Tangkap Khalwat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Bombastik tak tajuk di atas? Aherherher. Mohon jangan panik yaa. Entri ini bukan entri kontroversi, mahupun mencari publisiti kepada empunya diri :D Entri kali ini sekadar satu perkongsian.

Saya dapat idea nak buat entri pasal jenayah syariah ni lepas baca satu novel. Satu daripada beratus novel di pasaran yang cerita pasal pasangan kena tangkap khalwat pastu kena kahwin paksa sedangkan saling membenci pastu mula perasan jatuh cinta pastu muncul insan ketiga keempat kelima pastu gaduh sebab jeles pastu confess kata cinta kat bini/laki dia pastu mengharungi pahit getir bersama, pastu ending dia mesti happily ever after. Biasalah kan. Kalau ending dia sedih, si penulis tu seolah-olah mintak bukunya dibakor aje lah kannn.

Mukaddimah

Saya ada google pasal prosedur tangkap khalwat ni. Bukan apa, I was thinking, kalau kronologinya : TERberdua-duaan, pastu kena tangkap khalwat, pastu kena kahwin paksa. Don't you think that this type of plot will eventually lead people who have less knowledge in this matter to say, Islam ni kejam sangat ke? Jumud sangatkah, sampai asal kena tangkap khalwat aje kena kahwin? Hah? Hah? Hah?

Hmm.

Let's dig it more. Saya jumpa satu belog ni, yang cerita secara terperinci tentang Proseder Tangkap Khalwat . Sangat jelas dan detail, hingga tak sanggup saya nak menelaah satu persatu perkataan yang maha banyak. Pemalas, en? Huks. Taaaapiii, from my overall reading the article, saya tak jumpa satu perkataan pun pasal kahwin.

Yes, trust me! Artikel yang panjang berjela ni dimulai dengan maksud perkataan khalwat, seterusnya proses menerima aduan pasal kes khalwat, lepas tu siapa yang bertanggungjawab untuk melakukan serbuan, kemudian tindakan yang akan dikenakan kepada ODYS (Orang Yang Disyaki), kemudian dekat nak habis tu baru sebut pasal hukuman kepada pelaku yang bersalah.


Hukuman

Hanya ada dua hukuman sahaja ; iaitu denda dan penjara. Denda tidak melebihi MYR 3000, dan penjara tak melebihi setahun.

Jaaadiii, celah mananya yang kata kalau kena tangkap khalwat wajib kahwin?

Tak ada!

Kahwin ni, bukan hukuman rasmi daripada pihak berkuasa kepada pesalah. Sebaliknya hanyalah pilihan pesalah itu sendiri. Lagipun ingat senang ke nak jatuhkan hukuman salah kepada pelaku? Berbagai proses dan penyiasatan harus dijalani terlebih dahulu, untuk sampai ke tahap pelaku atau OYDS tu boleh dikira sebagai pesalah dan wajib dihukum.

Secara peribadinya, saya rasa, hukuman kahwin kepada pasangan berkhalwat ni, more to adat. Nak tutup aib dan nak elak malu. Yea, tapi kalau kau tak buat benda tu (tapi end up dilabel sebagai pesalah jugak), kenapa nak kena kahwin? Bayar je lah denda. Lagipun, kalau kau tak salah, tapi kau kahwin jugak, benda tu nampak macam... haahlah, betullah. Dia kena tangkap khalwat lettew, sebab tu yang kahwin mendadak tu. See. Benda yang kau tak buat, tapi kau buat benda lain yang mengiyakan benda yang kononnya kau tak buat tu.

So, mohon jangan dijumudkan keluasan Islam dengan kisah-kisah anda. Penulis pun, kalau nak tulis buku pasal pasangan kena tangkap khalwat, mohon disediakan penjelasan di bahagian belakang buku, menerangkan konsep tangkap khalwat yang sebenarnya. Tak ramai yang arif pasal hal ni, sebab tak semua Muslim mengalami benda ni. Jadi, apa yang kauorang tulis, yang tu lah orang baca, dan terima. Jadi, mohon jangan tulis sesuatu yang mengelirukan.


Kesimpulan

Saya tegaskan, hukuman kahwin tiada dalam hukuman rasmi untuk pesalah pasangan khalwat. Individu yang ditangkap khalwat boleh sahaja membayar denda untuk mengelakkan hukuman penjara. Takdenya sampai, asal kena tangkap khalwat je kena kahwin. Pastu mulalah drama hidup menderita kau. Takde takde. Islam takde lah kejam, sampai nak bagi hukuman mandatori macam tu.


Tambahan

Elakkanlah berdua-duaan, hatta dengan orang yang kita kenal. Kawan ke, sepupu ke.. Asal yang boleh kahwin dengan kau tu, elakkan berdua-duaan. Apatah lagi dengan orang yang tak dikenali. Baca ayat Kursi banyak-banyak, kalau memang TERpaksa duk berdua-duaan. Mohon perlindunganNya. Sama-sama kita jauhi zina.

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Sekadar pandangan peribadi. Mohon dibetulkan diri ini, andai ada yang tersalah fakta, tersilap kata. Semoga ALLAH memberkati.

15 love letta(s):

Anonymous said...

itulah kadang2 kita berada di tempat yang salah pada masa yang salah...

Anonymous said...

Denda dengan duit tu tidak sesuai dan relevan. Contohnya, pelaku maksiat iaini perempuan mempunyai masalah keluarga. Tertekan dan snggup buat apa sahaja untuk tenangkan fikiran(kononnya leh tenang). Si lelaki mengambil kesempatan dengan memujuk si perempuan untuk hilangkan stress dengan membuat maksiat. Sewaktu ditangkap, si perempuan dari keluarga daif tidak mempunyai harta/duit wlaupun untuk makan. Tapi kena denda dalam bentuk duit. Adakah pihak berkenaan memikirkan bagaimana si perempuan itu hendak dapatkan duit untuk bayar denda?. Perempuan lebih takut untuk masuk penjara. Mereka akan buat apa sahaja utk bayar denda berkenaan. Bagaimana jika smpai terpaksa jual dadah, jual atau kerja haram, atau paling teruk sehingga sanggup jual badan untuk hanya membayar denda?. Bagi pendapat saya, lebih elok dengan hanya bagi hukuman secara fizikal dan mental iaitu denda buat kerja amal, kaunseling atau sekurang2nya di penjara di pusat pemulihan akhlak. Itu lagi releven dari duit. Orang yang susah akan bertambah stress, terdesak untuk dapatkan duit. Manakala orang yg kaya raya hanya tersenyum mencampak duit as denda. Ada orang yang prihatin ingin membuat aduan berkenaan khalwat, tapi dalam masa yang sama memikirkan keadaan akan menjadi teruk jika pesalah akan lebih agresif lakukan apa sahaja utk cari duit. Seperti saya, saya ada kawan baik yang hidup daif dan bnyak masalah keluarga. Hidup dier diselubungi stress hari2. Sehinggakan baru2 ni ingin melakukan maksiat bersama teman lelaki kononya untuk hilangkan stress. Saya ingin buat aduan untuk cegah kejadian itu berlaku. Tapi saya takut bila didenda melibatkan duit, keadaan makin teruk. Kawan saya sendiri dah macam kais pagi makan pagi. Mintak pihak berkuasa fikirkan semula tentang denda ini. Atau menyelesaikan dengan cara lebih baik dan releven. Minta pembaca sampaikan maklumat ini jika kalian setuju. Tidak cukup saya seorang untuk smpaikan cadangan ini pada sesuatu pihak

Anonymous said...

uhmmm rasanye hukuman tu b'gantung atas hakim yg mjatuhkan hukuman. n b'gantung atas rayuan pesalah jugak. pndek kate kite x bole pilih nak bayar or nk masuk jail. can be both can be either. can be much can be bit. ;)

M Kamal said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya masih ingat lagi,ketika entri yang ini ditulis lebih dua tahun lalu, ketika itu saya merupakan pembaca tegar novel-novel yang pada masa itu jalan ceritanya galak mengisahkan tentang cerita cinta yang bermula daripada kahwin paksa akibat ditangkap khalwat.

Abundance of such story membuatkan saya tertanya-tanya, adakah hukuman untuk kesalahan khalwat ini adalah kahwin semata-mata? And to my surprise, tiada bahagian pun yang menceritakan tentang kahwin itu.

Mungkin ketika carian tentang isu ini dilakukan, saya masih terlalu mentah untuk memahami isu-isu tersembunyi di sebalik yang terzahir di depan mata, atau saya masih terlalu naif dalam mencari kebenaran, atau saya tidak peka untuk mencari maklumat dengan lebih terperinci.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan pandangan Anonymous 1 di atas, yang mana adalah molek jika denda dengan wang ringgit itu digantikan dengan khidmat sosial. Arahkan mereka supaya berkhidmat sekian-sekian jam di institusi tertentu, seperti rumah orang-orang tua, rumah anak yatim atau mana-mana agensi kebajikan, supaya mereka tahu bahawa ada ramai lagi insan yang mempunyai masalah lebih daripada mereka.

Namun, di satu sudut lain pula, jika cuma ini hukuman yang dikenakan, bukankah ia nanti akan diperlekehkan, seterusnya dipandang enteng semata-semata?

"Alah, setakat denda 72 jam buat kerja kebajikan. Rilekslah."

Justeru mungkin hilang rasa takut untuk melakukan kesalahan, kerana mereka rasa mereka mampu menangani denda yang dikenakan. Tapi kalau dalam bentuk wang ringgit, kalau yang betul-betul tidak mampu, mungkin denda sebanyak sekian-sekian sedikit sebanyak akan menggugah kemahuan untuk melakukan maksiat.

Apapun, saya rasa, hukuman yang dikenakan perlu sesuai dengan pesalah. Seperti mana kata Anonymous 2, it depends on the discretion power of the judge to decide on the punishment. Hakim pastinya lebih arif tentang hukuman - dan ianya juga bergantung kepada rayuan dan keadaan pesalah.

Terima kasih atas perkongsian pendapat dan maklumat. semoga pandangan peribadi saya yang tidak seberapa ini membantu sedikit-sebanyak. Mohon diperbetulkan jika ada khilaf.

Jazakumullahu khayran kathira ^^

Unknown said...

Cam mane pulak kalau di tgkp mase ade 3org? Tp senanye xde wat ape pun...tp still d label tgkp khalwat? Cm ne tu?

Dayah Dssa said...

Cam mane pulak kalau di tgkp mase ade 3org? Tp senanye xde wat ape pun...tp still d label tgkp khalwat? Cm ne tu?

M Kamal said...

Bismillah.

Kalau ditangkap ketika bertiga tu, mungkin tuduhannya bukan khalwat (atau sebenarnya memang ada kesalahan khalwat beramai-ramai. Sounds ridiculous sikit tapi tak silap saya, saya memang pernah dengar pasal perkara ni), kerana mungkin pertuduhannya boleh jadi berkelakuan mencurigakan atau tidak senonoh.

Terpulang kepada pihak pendakwa nak menghuraikan atau membahaskan bagaimana definisi mencurigakan atau tidak senonoh itu, kerana mungkin bagi si pelaku (dan juga sesetengah daripada kita) merasakan bahawa ianya bukanlah perbuatan yang mencurigakan atau tidak senonoh, tapi bagi sesetengah yang lain, ianya memang perkara yang mencurigakan dan tidak senonoh.

Maaflah. Jawapan kurang memuaskan. Saya akan cuba mempertingkatkan ilmu supaya dapat memberikan jawapan yang lebih bernas pada masa hadapan. Saudari pun barangkali boleh sama-sama menyertai saya, menambahkan ilmu pengetahun, dan sudi2kanlah berkongsi juga.

Terima kasih. Wallahu'alam.

Anonymous said...

Macam mana pula kalau kita berempat tapi melepak macam kawan kawan.. Tiba-2 kena cekup??? Xdk melakukan sumbang mahram pon.. Jd pelik saya dibuatnya

M Kamal said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya pun kurang arif, jadi mohon jangan jadikan apa yg saya tulis ini sbg autoriti, kerana ianya sekadar satu perngkongsian pandangan :)

seperti yg saya sebutkan dalam komen2 terdahulu, mungkin pada kita 'sekadar melepak dengan kawan', tapi pihak berkuasa akan bertindak untuk 'mencekup' selepas menerima aduan daripada orang ramai, dan biasanya aduan dibuat oleh orang individu selepas beberapa kali terjebak dengan masalah yg sama, cthnya jiran tetangga yang selalu sangat terserempak atau nampak kita melepak dengan kawan-kawan.

bermula daripada tangkapan tu, pelbagai faktor akan diambil kira untuk dimasukkan dalam laporang pihak penguasa yg akan termasuk dalam pengetahuan pihak pendakwaan, contohnya kelakuan kita semasa dan selepas dijalankan, dan sebagainya. dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk mendakwa atas pertuduhan apa. mungkin perlakuan tidak senonoh, yang definisi 'tidak senonoh' tu mungkin senonoh je pada pandangan kita - sekadar melepas etc, tapi sayangnya mungkin kurang senonoh pada pandangan undang-undang dan hukum.

apa2pun, elakkanlah pergaulan bebas dan percampuran yg tidak perlu antara lelaki dan perempuan. mungkin sekadar melepak, tapi persoalannya, perlukah sampai di dalam rumah/tempat2 yang boleh menimbulkan syak? it's basically on where are you at and who are you with.

sekali lagi, ini sekadar pandangan peribadi saya, tiada sebarang rujukan dibuat secara formal kepada mana-mana institusi. utk kesahihan, mungkin cik/encik boleh rujuk pihak-pihak berkenaan.

mohon dibetulkan jika saya salah.

wallahu'walam, wassalam.

M Kamal said...

*laporan

anonymous said...

Mcm mana kalau org tu kena tangkap khalwat n kes dia tk selesai tp. But at the same time dia baru lepas daftar kursus kahwin. Blh ke dia nk buat kursus kahwin tu?

Maryam Kamal said...

Asssalam. Sorry for the late reply.

Sepatutnya tiada apa-apa masalah untuk hadiri apa jenis kursus sekalipun, asalkan boleh hadir pada tarikh bicara seperti yang ditetapkan mahkamah. Logically speaking pun, kes tak selesai di mahkamah rasanya takkan halang daripada buat kerja lain, kan? Cuma memang kena pastikan hadir di mahkamah pada tarikh bicara la.

Engku Nurun Najihah said...

Mcm mana pula ye bile dh setahun lebih berkahwin, dan bru2 ni dpt surat untk naik mahkamah hal khalwat... Tp kite kahwin dgn org yg berlainan.. Bkn org yg kite kena tangkap khalwat..? Mcm mane plk ye..?

Engku Nurun Najihah said...

Mcm mana pula ye bile dh setahun lebih berkahwin, dan bru2 ni dpt surat untk naik mahkamah hal khalwat... Tp kite kahwin dgn org yg berlainan.. Bkn org yg kite kena tangkap khalwat..? Mcm mane plk ye..?

Maryam Kamal said...

Assalam.

Kalau dapat surat mahkamah (mungkin legally speakingnya you are summoned to attend the court proceeding), kena attend lah. It is not a deal pun if you are married to someone else dah, sebab hukumannya boleh jadi bayar denda etc (kalau mengaku bersalah).

Adalah dimaklumkan ye, saya ni bukannya orang yang dah ada qualification utk bagi legal advice, jadi sebenarnya tak layak pun nak kata apa-apa. Cuma sedikit perkongsian tentang apa yang saya rasa saya tahu. Benar atau tidak, cik/puan boleh directly consult dengan peguam syar'ie. Just google around, pastu ambik nombor fon diorang, dan cuba call. Atau terus ke firma tersebut. Biasanya, first time consultation ni masih percuma. Once you decide to hire the peguam syarie to act on your behalf, then only you will be charged for their legal service.

Saya ni marhaen lagi, not a qualified lawyer lagi :'D
Anyway, semoga dipermudahkan segala urusan!

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template