Friday, December 21, 2012

Pesan Ayah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum ni, saya ada post pasal masalah mahallah di UIA, kan? Dan benda yang sama sebenarnya saya post di FB. Malah yang saya post di belogspot ni hanya copy pasted daripada apa yang saya post di FB aje.

Tanpa saya sangka, ayah baca apa yang saya post tu. Agak aneh bila lihat nama facebook ayah sebagai salah satu akaun yang menekan 'like' untuk gambar peta yang saya post di FB, sebab ayah sangat jarang bukak FB. Tapi bila beliau dah bukak, ada aje benda yang beliau akan tunjukkan pada saya sebagai bukti beliau juga berFB.


Saya diam aje, tak tanya pula kenapa ayah like, bila ayah like. Biarlah. Taapiii, tadi, ayah duk bercakap dengan mak pasal sesuatu. Saya jadi tukang dengar ajelah. Kemudian, tetiba ayah sebut nama saya :

"Maryam ni pun jenis yang suka buat andaian. Fikir macam-macam."

Tersentak saya dibuatnya. Pasti ayah merujuk kepada post pasal mahallah ni, yang saya letak di FB dan yang ayah like tu. Maknanya, ayah baca! Bukan sekadar like semata-mata. Huuuu, segannyaaa!

Saya cecepat alih topik :D Tapi sampai sekarang apa yang ayah cakap saya ingat lagi.

***

Ayah sebenarnya nak sedarkan saya supaya jangan terlampau fikir panjang, sampai melebihi batas. Fikir yang mana perlu aje. Banyak andaian, lain pula jadinya. Itu pesan dan maksud tersirat ayah.

Hmm. Saya tahu, ayah dan mak doakan saya, kan? Semoga doa mereka dimakbulkan. Semoga ALLAH permudahkan urusan saya dan rakan-rakan untuk menuntut ilmu dengan lancar dan sempurna. Aamiin :')

Saayangg ayah!
May ALLAH bless <3 p="p">

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template