Wednesday, December 19, 2012

Kisah pertama tentang UIA Gombak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dua hari lepas dah dapat offer letter kemasukan ke Gombak pada hujung Januari ni. Semalam pulak dah selesaikan semua urusan pembayaran yuran kemasukan. Gembira :) Senang hati tengok frasa ; Tahniah, anda .... Alhamdulillah.

Tapi part yang kurang seronok ialah mahallah. Ditempatkan di Mahallah Ruqayyah, mahallah yang paling hujung dalam peta UIA. Nasib baik masuk peta aje. And no matter how many times I look at the map, I couldn't find any shortest road for me to reach Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL) from Mahallah Ruqayyah. Jauhhh sangat!

Bagitau mak, beliau cakap, takpelah. Rezeki saya, dapat mahallah jauh. Mana tahu, ada rezeki lain yang ALLAH dah aturkan pada saya, pada masa mendatang yang tak tercapai dek fikiran seorang hamba. Saya pun mulalah nak redha.




Taaapiiii, setiap kali tengok peta ni, rasa syahdu meresap ke jiwa. Kengkawan ada yang dapat Nusaibah dan Sumaiyyah. Sapa dapat Nusaibah, memang beruntung sangat. Baling batu ke AIKOL tu pun bulih pecah tingkap AIKOL. Ruqayyah nun? Silap-silap bulih jamak daripada mahallah ke kuliyyah. (okey, metafora melampau)

Bila fikirkan lebih lanjut, ni baru pasal mahallah yang dah nak pening-pening kepala. Belum masuk Taaruf Week. Belum fikir hal nak susun atur jadual kelas tak nak bagi clash (10 subjek bhaiii) , nak pilih lecturers mana, nak sekelas dengan rerakan segeng. Masya ALLAH. Nak menapak dari mahallah ke AIKOL tu sangat jauh, dan nak buat aktiviti kat kuliyyah cemana lah oi? Tsk tsk

In simpler words, I can say that proses dan prosedur mendaftar tahun pertama ijazah di UIA bukan perkara mudah. Sulit dan rumit. Butuh kesabaran yang bukan sedikit, perlukan ketabahan yang menggunung. And basically, saya nampak baaaanyaakkk benda susah menanti di hadapan sana. Haila.

Saya cuba rasionalkan fikiran. Tiada benda mudah dalam dunia ni, kan? Ni pun patut bersyukur sangat, I managed to enroll myself into a prestigious university, alhamdulillah. Berapa ramai yang terkandas tak dapat meneruskan pengajian? Masalah kefahaman, masalah kewangan, masalah kehidupan. Tapi saya? Alhamdulillah, masih diberikan peluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Rerakan kata, boleh request untuk tukar mahallah. Tapi mengenangkan prosedurnya pun dah cukup buat kepada berserabut. Tapi tak cuba tak tahu, kan? Jadi, ikhtiar dulu. Kalau tak boleh juga, redha aje lah.

Dan andai kata saya benar-benar harus menjadi penetap di Mahallah Ruqayyah, mungkin itulah sebaik-baik tempat yang ALLAH tetapkan untuk saya. Mungkin DIA akan temukan saya dengan insan-insan hebat. Mungkin DIA akan tunjukkan lagi kepada saya tanda-tandaNya yang maha hebat. Segalanya mungkin.

Mohon doa kalian mendoakan semoga perjalanan saya dan rakan-rakan dipermudahkan. Semoga rezeki kami dipermurah. Bercakap soal rezeki pula, baru saya tahu, urusan memohon biasiswa bukannya mudah! Bukan sahaja mahukan slip gaji ibu bapa, tapi juga abang kakak yang sudah bekerja. Malah, mahukan bukti yang menunjukkan abang kakak memang masih melanjutkan pelajaran. Hmm.

Sungguhlah, tiada benda mudah dalam dunia. Rezeki perlu dicari, takkan datang sendiri. Peluang harus direbut, jangan biar tersangkut.

Buat rerakan seperjuangan, ayuhlah kita bersusah-susah dahulu, dengan harapan, insha ALLAH, kita bersenang-senang kemudian. Perjalanan masih terrrrlalu jauhhhh untuk ditempuh. Moga ALLAH sentiasa bersama kita, aamiin :')

Sekian, curhat (curahan hati) di malam hari ;3

Wallahu'alam.

41 love letta(s):

Anonymous said...

Basically yuran utk ijazah kt iium gombak berapa eh?

M Kamal said...

sorry for the late reply.

Yuran akan dinyatakan dalam offer letter. masa mula-mula masuk, wajib bayar rm310, sbg yuran kemasukan.

the rest of that, dalam 1k ++ jugakla, kena langsaikan before final exam. kalau x, xboleh exam @ result exam mungkin kena gantung.

tapi total yuran tu depends on course dengan mahallah jugak. kiranya, yuran setiap orang tu berbeza la, kut. hehe

wallahu'alam.

Anonymous said...

salam , akak , saye nak tye lah, sye msok uia taon nie, amek kos bhase arab .. kalo yuran tu mse pendahuluan kan byar awal , yg lain2 tu byar mse bile ea?? mse dftar kat sne nnt ke??
nasuha..

M Kamal said...

sorry for the late reply, Nasuha. akak baru bukak belog ^^

Adik enrol UIA Gombak bulan 9 ni ke? Kiranya hanya setahun asasi di CFS? Hmm

RM300 ++ tu bayar sebelum daftar, yang baki berjumlah RM 1000 ++ tu, perlu dibayar sebelum exam. Cara pembayaran, bayar di Bank Muamalat, dapatkan resit dan serah resit pada bahagian Finance.

Bank Muamalat boleh didapati di UIA Gombak, berdekatan dengan Kompleks Azman Hashim, manakala bahagian Finance terletak berdekatan dengan Pejabat Pos UIA Gombak.

Yang penting, kena bayar before exam, nak mengelakkan kena bar daripada exam, atau untuk sem seterusnya, nak elak daripada result digantung. gituuu. sama macam CFS jugak ^^

harap menjawab soalan.

Anonymous said...

Salam akak, saya nak tanya, chances nak tukar mahallah tu tinggi ke tak?

M Kamal said...

insha ALLAH, kalau ada kekosongan d mahallah yang aak apply nak ditukar dengan current mahallah, dapatlah. tambah pulak kalau ada solid reason.

contoh akak dulu memula dapat Mahallah Ruqayyah. Sebab akak ni budak AIKOL, boleh je kalau akak nak apply tukar ke Nusaibah, atas alasan Ruqayyah terlalu jauh dengan kuliyyah. So kalau ada kekosongan di Nusaibah, tak mustahil akan dapat.

high chance la. tapi bergantung pada availability of mahallah yang awak nak la. semoga berjaya! :)

Anonymous said...

Mahallah yg jauh2 ni ada disediakan bas x?

M Kamal said...

insha ALLAH, ada. shuttle bus memang ada. malah akak perasan, sesejak masuk sem baru ni shuttle bus makin banyak dan canggih chuols :)

Anonymous said...

Assalamualaikum , akak maryam :)
saya nak tanya kalau kita ditawarkan course psychology , political science di IIUM , ada chance tak kita boleh tukar ke course law di semester kedua ?

M Kamal said...

Waalaikummussalam, adik :)
course besar awak di CFS ialah Human Science ea? Hmm kalau ikut zaman asasi akak dulu, boleh je kalau nak tukar ke course law for the next sem, tapi adik kena la dapat pointer tertentu. if i'm not mistaken, dedulu kalau nak masuk law, rasanya CGPA 2.5 and above. ke sekarang dah jadi 3.0 ke, xpasti. mungkin boleh rujuk Law Dpt utk maklumat lanjut, terkini dan sahih.

all the best! :)

Anonymous said...

salam ..sy msok buln dpan .sy nk tny..ept mmg wajib amik ek walaupun ad muet...lpas tu ad x ap2 yg akak nk pesan sblum mlangkah ke uia... :)

M Kamal said...

Salam. TAHNIAH!! *letup bunga apiii*
:D

err. awak direct intake ye? alaa akak dari CFS, so memang wajib EPT tu kat CFS. Kalau direct intake, xsure la dikk. maaf ye tak dapat membantu bab ni. di luar pengetahuan gituh :'D

pesanan? hahahaha nothing much. cuma get ready la. solat hajat siap2, doa supaya dapat kekawan + lecturer yg baik. bukan nak kata apa, tapi kena get ready fizikal dan mental. entah dapat roommate cemana, solat cukup ke tidak. kekawan pula, minta2 la dapat kekawan coursemate dan classmate yg sekepala, tapi dalam masa yg sama masih sudi bawa kita ke jalan yg lebih baik. lecturers pulak, mmg semuanya bebaik, tp harap2 dapat yg murah hati nak kasi markah free ke apa ke.

dan, jejaga. Gombak ni banyak hiburan. haha. Wangsa Walk dekat, Jusco Giant Carrefour semua ada. Iman pun kena ada, sebab karang duit takde. haaa dah melalut dah. i better stop here.

datang je sini. explore, and learn. nanti awak tau la ;)

yg penting, minta doa restu mak ayah abang kakak adik cikgu :)

Anonymous said...

hehehe...tq very much kak...insyaAllah sy kuatkan iman..gari kaki siap2..haha..ap yg akak pesan tu pun dh byk bantu sy..tq kak.. ;)

Anonymous said...

akak, saya kos physical science, saya berhasrat nak tukar kos dentistry nanti.. ade peluang tak nak tukar ni? huhu bimbang dgn masa depan saya... and ape prosedur nak tukar kos

Anonymous said...

Akak kalau ept tu tak lulus macam mana ehh? Sy dr u lain nak apply msuk uia bulan 2 ni. Kena ambik ept perly byr ke? Kena capai sampai grad apa baru boleh lulus?

M Kamal said...

Assalam kekorang sorry for the late reply. Akak baru baca komen kekorang :D

Adik anonymous yg pertama, akak not really sure la pasal awak nak tukar drp physical science ke destistry tu. Available lagi ke? Sebab akak macam pernah dengar yg dekat CFS dh x boleh dah nak tukar2 subjek. But again, awak better konfemkan dengan AnR ke, sebab I am not really updated with such news. Sorry ye.

Apa2pun akak doakan yg terbaik utk awak jyeaahhhh :)

M Kamal said...

Adik 2nd anonymous, sorry jugak ye for the late reply.

Err kiranya awak direct intake la ye? Terus enrol ke main camp Gombak?

Hmmm akak xsure pasal tu, bcs akak from CFS. So i hv no idea pasal kekorang yg direct intake ni. Cumanya akak rasa takde la awak fail, cuma mungkin u hv to pass certain level to enable u to pursue in law. Boleh je, insha Allah.

Kitorg kalau kat CFS dulu kena habiskan sampai level 6, then only boleh grad dari CFS dan masuk Gombak. Kalau awak masuk2 je dah boleh pass sampai level 6, foundation awak kat matriculation center UIA kat PJ tu setahun je lah. Tapi kalau level 4 or 5, boleh jadi 2 tahun, boleh jadi 1 1/2 tahun, bergantung pada study plan awak.

But again, do consult the authority for accurate info ye. Akak xsure sangat - karang bagi statement misleading ke awak, kesian pulak.

All the best anyway! :)

diana said...

Salam.. sister, seronok baca post ini :)


Sekarang saya belajar kat Gombak ni, baru je masuk bulan 2 haritu. hehe.Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan proses changing of programme (UNDERGRADUATE). Harap akak dapat bantu ^_^

1) Flow dia macam mana ya? Adakah saya perlu ambil borang di AMAD (jika ada)? Yang saya tahu di student portal ada borang online. Jika saya sudah isi yang itu, adakah saya perlu juga untuk mengisi borang manual? Wujudkah sesi interview untuk pertukaran jurusan ini?

2) Untuk tukar jurusan ni, perlukan apa-apa kelayakan ke? Contohnya :
a) Kalau pelajar yang baru tahun pertama dan semester pertama, boleh ke memohon untuk pertukaran jurusan ni? Atau perlu tunggu habis tahun pertama dahulu?
b) Adakah dibenarkan jika ada pelajar dari KIRKHS(bar/irk) mahu bertukar jurusan ke KENMS?

3) Kalau saya memohon sekarang, adakah saya akan masuk kuliyyah baru ketika short sem nanti atau semester pertama 2015/2016 pada bulan 9 ni?

Dan kalau ada apa2 lagi info tentang tukar program ni, harap akak sudi berkongsi ya!
Thank you May Allah bles you <3

M Kamal said...

Assalamualaikum.

Hai, Diana :)
Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat datang ke maincamp ^^ Dah berapa kali sesat dalam UIA ni? :D

Mengenai soalan2 awak tu, akak rasa ada la beberapa yang akak tak berapa pasti. So mungkin awak boleh tanya senior kuliyyah awak secara face to face, atau kalau nakkan yang sahih, kindly refer to management office kuliyyah awak. Tapi akak cuba jawab semampu mungkin ye :)

Pasal flow tu, serius akak tak sure. Mungkin awak boleh directly ke AMAD dan tanyakan the latest and the most effective procedures. Akak rasa benda ni penting untuk awak tahu info yang tepat, sebab kalau salah info, awak juga yang susah. Jadi akak sarankan awak terus ke AMAD - then kalau dia bgtau suruh isi borang online ke apa, follow lah.

Pasal kelayakan tu, akak tak rasa awak kena habiskan setahun (bersamaan dua semester) dulu then only you can change the course. KALAU TAK SALAH akaklah, you just need to finish a semester, then dapat CGPA yang selayaknya untuk awak tukar ke kos yang awak hajati. I am not really sure pasal kuliyyah lain, tapi KALAU TAK SALAH akak (lagi sekali), untuk tukar ke Law dari jurusan lain, you have to score at least 2.5 CGPA from your current course. Ni pun awak kena pastikan daripada AMAD. But for sure, memang ada CGPA tertentu yang awak kena patuhi. And akak rasa any course boleh tukar ke another course, as long as awak layak la. Takde hal kot kalau drp IRK nak ke Econs. Cuma kalau daripada IRK nak tukar ke Medic ke Dentist ke mungkin tak boleh :D

And I think, kalau awak apply sekarang, awak mungkin akan masuk pada bulan 9 nanti, sebab usually short sem, diorang tak offer subjek yang kuliyyah requirement subjects. Usually masa short sem diorang cuma offer university requirement course, but it depends on the kuliyyah kot. So akak rasa kalau awak berjaya tukar kos, awak akan masuk on this September la kot. But again, do get the confirmation from AMAD. Provided that awak kena skor CGPA yang cun lah untuk membolehkan awak tukar kos :)

All these stuffs mungkin nampak susah, leceh dan complicated. But believe me, insha ALLAH, Dia akan permudahkan. Sentiasa tajdid niat - datang sini nak belajar, then tiup doa semoga ALLAH sudi permudahkan segala urusan kita.

Study elok2, adik, no matter what course you are taking. Doakan akak juga ye :)

Wallahu'alam, wassalma.

p/s : Sorry in advance kalau ada info yang akak bagi ni salah. Jangan percaya sangat, akak ni kekadang tak betul jugak :D

Diana said...

Wahhhh terima kasih kak! Terima kasih sudi taip panjang lebar dan jawab soalan soalan saya :) Hehe. InshaaAllah, saya akan usahakan apa yang akak bagitahu tu.

Terima kasih sekali lagi. Banyak jasa akak ni. Hehe. Semoga semua urusan akak dipermudahkan olehNya, inshaaAllah.

Jazakillah khairan & Barakallahu fik :) :) :)

M Kamal said...

kaaaan gigih kan jawab pepanjang gini haha :) takde ape pun. a little help from me. harap membantu, walaupun banyak sangat benda akak tak pasti. semoga segala urusan awak dipermudahkan jyeaahhhh :)

wallahu'alam.

Anonymous said...

Awak,mcmna nak tukar kos dri cfs ke gombak nnti?saya student engin di cfs n nak tuka ke hs(history) masa kat gombak nanti.

M Kamal said...

Salam Anonymous up there :) Sorry for the late reply. Exactly a month eyy. Sorry dik ooi.

Akak x sure la. Mungkin awak kena masuk dulu kuliyyah awak, then refer ke ofis kuliyyah utk tahu prosedur tukar kos. Atau masa Taaruf Week tu tanya committee, minta diorg dapatkan latest update. Kot kot la masa TaWe lagi awak boleh tukar kos ke.

Sorry ye macam tak membantu sangat pun eheh. Semoga urusan awak dipermudahkan la, apa-apa pun.

Selamat menikmati Ramadhan! :)

Wallahu'alam, wassalam.

Cikk Farah said...

Salam akak.kalo sy DRI kos asasi ECONS .nnti degree boleh ker change programmer ke irk.?

Cikk Farah said...

Salam akak.kalo sy DRI kos asasi ECONS .nnti degree boleh ker change programmer ke irk.?

M Kamal said...

Assalam Farah.

Hmm KALAU tak silap akak, boleh je. But of course, macam akak selalu cakap, please refer to Academic Advisor kuliyyah awa so that you would be very sure pasal nak tukar ke tak, atau macam mana the correct way nak tukar kos. But I think basically there won't be any big issue. Ada lah kot dia punya qualifications, contohnya CGPA sekian sekian sejak awak grad dari CFS. Tapi akak tak sure. So that's another reason why you need to consult your AA.

Tapi kalau awak dah merancang dari sekarang, jumpa je lah Academic Advisor dekat CFS tu :)

Unknown said...

Assalamualaikum akak.nak tanyer kalau la x lepas minimum requirement cgpa untk enroll ke degree cmner erk?. Means ape yg akan berlaku kat student tu. Mohon penjelasan. Thankz

Fik said...

Assalamualaikum akak.nak tanyer kalau la x lepas minimum requirement cgpa untk enroll ke degree cmner erk?. Means ape yg akan berlaku kat student tu. Mohon penjelasan. Thankz

M Kamal said...

Alaikummussalam Fik. Sorry for the late reply.

Akak pun tak sure how it works, but most probabyly you'll be offered course yang sesuai dengan CGPA awak la masa degree nanti. Atas sebab awak tak achieve CGPA yang kos awak kehendaki.

Sorry cant help much. Refer Academic Advisor ye for more authentic details. Bittaufiq!

Anonymous said...

Assalamualaikum akak. kite aikol gak and kita dpt mahallah asma'. memang jauhhhhhhh betul kalau nak jalan kaki, nak nanges pon ada tengok peta tu. akak kiranya akak jalan kaki la pegi kelas? huhu

M Kamal said...

Alaykummussalam.

Ehhh sabar duluuu. Kalau tengok peta memang jauh. Dannn sebenarnya memang jauh pun, sikit - kalau awak bandingkan dengan kawan2 yg dapat mahallah Nusaybah atau Sumayyah. Tapiiii insha ALLAH ada shuttle bus utk angkut kita ke AIKOL, dan sebenarnya kalau awak dah biasa berjalan nanti, insha ALLAH tak rasa jauh dah.

Tapi kalau masih rasa terbeban, cubalah apply tukar mahallah :)
Bittawfiq wannajah, adik!

Anonymous said...

Akak kite tataula nak tuka ke tak sbb kita dh syg kat asma' huhu..jauh mmg jauh tapi bak kata akak dh bese..tapi parent tetap suruh tukar sbb fikirkan long term..tapi kite cam x nak.. ape pendapat akak? Berbaloi tak kalau kita mintak tuka sumayyah?

M Kamal said...

Hmm cemana eh? Kalau akak, bila akak dah suka, akak stay kot. KOT la. sebab bagi akak Asma best jugak kottt. Jauhhh sikit la nak ke AIKOL tu, tapi kafe dia makanan best. pastu Asma' kan dekat dengan sports complex tu, senang kalau awak nak joging ke swimming ke main roller blade ke hape hehe. karang kalau pindah sumayyah dengan hati yg separuh rela, bebenda kecik pun akan affect awk tau. kafe dia ke, dapat blok belakang ke apa. tp best duduk sumayyah kalau masa convo, kat Convest Hill tu ada StaBaz, pastu tetiap hari jumaat ada pasar malam, dekat la kalau awak suka tetempat camtu :D

tapi ada betulnya jugak parents awak tu. berfikiran jauh gitu. ada kelebihan dan kekurangan masing2. walaupun sumayyah tu kalau nak kira, kalau jalan pun agak jauh juga nak sampai aikol, tp takde la sejauh asma'-aikol kan. ikut suka awak la. tapi kalau la dah 4th year, dah boleh bawak kereta, senang je kot. takpe la duduk asma' ke sumayyah ke, parking kat convest hill tu jugak nanti :)

all the best.


psst. belanja akak shawarma asma' tu please haha :D

Abang Kopi said...

Hmm..kak..sem 1 boleh bawa motor kan dalam kampus??

Maryam Kamal said...

Assalam.

Hmm akak rasa boleh je. Motor takde masalah. Cuma kereta je la final year student je boleh bawak. Tapi prosedur masih sama, masih kena apply sticker daripada OSeM.

Apa itu OSeM? Office of Security Management. Yang dekat main entrance tu.

Anonymous said...

Hai assalamualaikum akak..hehe saya saja nak cite decision saya..hmm so akhirnya saya minta juga sumayyah and dapattt..tapiii byk sgt pancaroba yg saya kena lalui kalau nk pindh ni ..salah satunya mo suruh pindh time hari kerja..saya tanyalah sabtu ahad tak boleh ke, mo ckp tak boleh..mslhnya kelas kan byk..nak mintak tolong kwn kwn angkut brg pun dorg ada kelas..nak minx tolong parent, hari kerja..and saya duduk kat utara..nak buat sorg sorg saya duduk level 5 kot..mintak tolong abg pun, abg ada kls..adoii last last saya terpaksa tolak..tapii masa saya pergi mo utk tolak tu, saya rasa LEGAAAA yang amat..mcm ada satu beban lepas dri bahu saya..mgkin ini jwpn kpd istikharah saya? Mungkin..and my life seronok je..saya dh bese jln jauh..and saya suka dok asma' hahah..tapii tula..bila ada benda sekecil kecil sekalipun cth bumbung blok bocor smpai kalau hujan kena pakai payung kat tangga, family msti ckp "tula sapa suruh tak nak pindah".or "padan muka haritu x nak pindh". mak, ayah, abg, mkcik semua suka ulang ayat tu everytime ada benda timbul..as if semuanya salah saya..haritu prereg dpt level 5 jugak..again..keluar lagi ayat yg sama.. tensen, depressed semua ada..sedih sgt.. sampai saya takut nak dgr ayat tu..kdg kdg saya takut nak cerita apa apa pd family nnt komfem keluar ayat ni..ayat ni betul betul buat saya hilang keyakinan..hmm maaflah akak kita menyibuk kat sini..hehe tapi saya suka baca post akak ni..selalunya mmg berjaya buat saya yakin balik dgn pilihan saya..tq akak so much hehe

Maryam Kamal said...

Hai hai haiii terima kasih for coming back and sharing all these thingsss :)

Memula akak baca, alah kesiannya kalau akak tahu akak mungkin boleh tolong awak alaaaa. Tapi lepas awak cakap awak lega tuu, akak pun rasa lega sama hehe. Takpe dik, takkan all the times we get what we want kan? And we are accountable for our own action. Manalah tahu kerana bumbung bocor tu awak jadi wanita yang lebih tabah dan gagah hehe :D

Oh btw, sajalah nak suggest, mungkin awak boleh apply tukar bilik ke? Cuba beranikan diri pergi MO dan tanya ada tak any compartment kosong kat bilik level bawah blok awak, level 4 ke 3 ke pun takpe dah, kalau tak dapat level 2 atau 1. Manalah tahu, ada rezeki. Tak salah mencuba, kan?

Atauuu kalau takde, takpe sabarrr dulu adikku. Esok2 nanti dah jadi senior mesti awak akan dapat bilik tingkat bawah sikit insha ALLAH yeeee :)

Akak doakan yang terbaik untuk awak. Semoga terus teguh dan utuh menghadapi hari2 di UIA, dan atap bocor hehe (oh ya kenapa tak komplen dekat MO pasal atap tu? minta technician betulkan ke).

Apa-apa, in case awak perlukan bantuan akak ke apa, just drop me a comment sini ye. Moga tergerak hati akak nak baca komen awak cepat2 hehe :D

Dannn doakan akak jugaaa. This will be my final semester here, in my civil law. tapi ada another year for syariah insha ALLAH. Sama2 doa ye adik ye :) All the best and take care, youuu.

Wassalam.

Anonymous said...

assalammualaikum, saya berminat nak sambung degree di uia untuk intake feb. tapi saya still tak faham procedure sbb tak diuar-uarkan cara nak apply. perlu beli no pin macam ipta yg lain ke macam mana? harap sis boleh tolong saya. thank you sis :)

Anonymous said...

Salam.Untuk apply degree kat uia intake feb tak perlu beli no pin pun. Awak apply kat http://itdportal.iium.edu.my/anr/Online07/ pastu ikut la procedure seterusnya. Kena print out, bayar processing fee, sediakan dokumen dia nak apa semua.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Afiqah said...
This comment has been removed by the author.
 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template