Sunday, December 16, 2012

Hello Kitty Town ; Unstoppable Happiness

Bismillahirrahmanirrahim.

Ibarat mimpi menjadi realiti. Seperti memetik bintang di langit. Umpama bulan jatuh ke riba.

Nampak tak betapa melankoliknya bahasa yang digunakan untuk menggambarkan betapa indahnya perasaan dapat menjejakkan kaki ke sana?

Ke sana? Ke mana?

Ehhem. Hello Kitty Town. Bandar Hello Kitty. Somewhere in Johore. A place which I always wanted to go. Hehee. Taderla always sangat, sebab benda tu abru dibuka Disember 2012. Tapi bila dah berjaya jejak kaki ke sana, tentulah rasa teruja tak hengat dunia kannn! ;D

Bandar Hello Kitty. Memula tahu pasal benda ni daripada Syakiroh, dia post di wall FB pasal benda ni. Masa tu teruja sikit2 laa. Tapi bila dia ajak pergi sesama dengan dia, tahap teruja meningkat 5% (tak banyak peningkatannya , sebab tiket flight mahal. aherherher :D ) Kemudian, ditakdirkan pulak Kak Tie dan suami beliau, Abam Raksasa (nama manja [lahh sangat] yang saya beri pada Abang Naim}kemungkinan bakal menghala ke arah selatan tanah air, sebab Abam Raksasa dapat anak sedara baru di Kluang. Makaaaaa, apellagiii :D *kekelip mata*

Begitu mencabar mehnah dan tribulasi yang harus dihadapi sebelum berjaya menjejakkan kaki ke tempat idaman. Puan emak lagiii la, setiap hari gigih menyahkan semangat kental anak bongsu si peminat susah mati Hello Kitty nih. Selain tu, masalah kesihatan dan kewangan jugak. Sakit gigilah, selsemalah, batuklah. Allah nak cuci diri kut, sebelum lupa daratan di Johor sana. Kewangan pulak, semenjak takde elaun ni, dah jarang pegi ATM. Buat hape pegi, bukannya duit bertambah. Maka, kes kewangan ni, puan emak dan puan kakak tolong setelkan. Apa guna jadi anak bongsu kalau tak boleh ditaja? Aherherher. Maka perjuangan harus diteruskan.

 1 Dis, naik bas bersama Kunah ke KL. 4 dan 5 Dis tu, jadi pemastautin sementara di PJ. 7 Dis bertolak ke Johor, menyetinggan di UTM dan hari yang ditunggu-tunggu jatuh pada 8 Disember ; Sabtu. Ohhh no! Weekend! Orang ramaiii! Tapi dah tu rezeki, bukakanlah hati untuk menerimanya (",) *muka redha*

Lepas bersarapan bagaii ( Kak Tie pesan, masa travel, jangan terfikir nak diet. You need energy, so you need food. Makan aje. Diet tu karang-karanglah.) , maka, Kak Tie dan Abam Raksasa pun hantarlah ke Hello Kitty Town, Puteri Harbor, Nusajaya, Johor Darul Takzim. Diorang drop aje, sebab takde kuasanya diorang nak masuk sekali ke taman permainan kanak-kanak ittew. Hanya kanak-kanak dan spesies die hard fan *tunjuk ke muka sendiri* saja yang nak masuk situ. Dah nak buat macam mana? That place is so irresistable for me.

Dalam pukul 11, mulalah penjelajahan masuk ke Bandar Hello Kitty. Entrance fee dia MYR50 untuk warganegara Malaysia dan kena tunjuk IC. Sebenarnya benda ni ada 2 bahagian, satu tingkat untuk Hello Kitty Town dan 2 tingkat untuk kekartun lain, contohnya seperti Barney, Thomas, Angelina Ballerina, dan Pingu. Nak masuk salah satu, kena bayar MYR50. Kalau nak masuk dua-dua, fee dia jadi MYR85. Oleh sebab tak minat benda lain selain Hello Kitty, maka lebur dan labur sekeping ajelah not 50. Jimat. Aherherher ;D

Masuk sini, dia kasi jadual show dalam Hello Kitty Town dan satu kad untuk buat aktiviti kat dalam HKT ni.


Aktiviti dia semua ada enam ; nail salon, jewelry making, cookie studio, costumes dress up and photo studio, black wonder dan hello kitty house. Sebelum masuk ke setiap tempat ni, akan ada staf jaga dekat entrance of those places, dan dia akan cop dekat kad ni sebagai menandakan kita dah masuk tempat tu, sebab sorang boleh masuk sekali aje ke tempat-tempat itu.

memula masuk, since it was still 11 am something, maka orang taderla ramai sangat. bersenang-lenang aje dalam tu ke sana ke mari. bila masuk 12 something, orang dah mula ramai dan queue nak masuk each place tadi dah makin panjang. Majoriti pelawat berbangsa Cina. Nak cari Melayu amatlah susah, apatah lagi yang bertudung. *pandang diri sendiri atas ke bawah. hambarnya. dahlah jalan sensorang. tslk tsk*

Namun itu tak mematahkan semangat. I don't know how did I do that, but I spent almost 5 hours wandering around in there. beratus gambar masuk dalam Canon tuh. Mana taknya, nampak benda comel sikit, terus klik 2-3 kali. Pastu mulalah susah nak cari gambar mana yang sesswai untuk diupload ke alam maya ini. huks

menariknya, dia ada aktiviti tambahan jugak, sepertimana yang tertera di jadual yang diberikan. ada sesi Meet & Greet Hello Kitty, ada photography session with Hello Kitty, lepas tu ada perarakan parade lagi. Bulih tengok Hello Kitty love depan mata, bulih shake hand, bulih bergambar. Ahh, sukew sukew. Hihi

Meh tengok gambar meh :)

Nail Salon

-tiada gambar menarik di sini kerana saya tidak mengaler nail, sebab remover dia takde. maka tak bulihlah ditayangkan jejari kurang runcing ini :D -

Jewelry Making




CANTIK kannn :D

Dalam ni dia suruh pilih satu rantai dan satu loket. Kemudian masukkan loket tu dalam rantai. Dah siap. Jewelry making lah sangat! Tapi oleh sebab rantai berloket tu boleh bawak balik, maka takpelah. Walau sesimple itu, kira okeyla tu :D

Cookie Studio

Mari membuat biskut Hello Kitty! Yeay!

Isk. Actually bukanlah buat as in bake, tapi buat as in decorate. Dia bagi sekeping biskut bentuk Hello Kitty siap-siap, lepastu dia bagi 5 minit untuk hias ikut citarasa sendiri.


Oleh kerana decoratornya hitam manis, mana mungkin Hello Kitty yang dihias jadi putih gebu? Hihi. Maka, hasilnya :



Costume Dress Up and Photo Studio

Yang ni menarik, tapi jadi kurang menarik sebab pergi sorang. Kalau tak, bulih posing dengan reraka. Hihi :D Saya masuk bersama giliran SEMUA Chinese, dan saya sorang aje Malay, termasuk staf HKT dua orang. Haih.

Dalam ni, ada kostum Hello Kitty, Melody dan satu lagi watak kartun Sanrio. Bulih pilih nak pakai yang mana. Kemudian, anda naik ke atas stage kecil, dan gambar anda akan ditangkap oleh jurugambar. Oh ya. Dalam ni banyak kali gambar anda akan dirakamkan oleh jurugambar Canon yang juga staf HKT, dan kemudian anda akan diberikan resit untuk view gambar anda di satu kaunter gambar berdekatan pintu masuk. Satu gambar tigapuluhhengget. MAHAL! :( Tapi okeylah, sebab kualiti cantik dan dapat frame Hello Kitty Town. Hihi :D

Okey, berbalik pada gambar, oleh sebab saya ni lone ranger, maka saya hulurkan Canon hikmat saya pada akak jurugambar tu, minta dia ambilkan gambar saya guna Canon saya yang kecik ni aje, di samping Canon dia yang besar gedabak ittew.

Tadaaaa!



Okkayyy maluuuu. Bhahaha. Kelakar kan? Tapi comel. Aherherher (belog sendiri, sukahati lah nak puji diri sendiri :D )

Black Wonder

Bahagian ni terletak di hujung Hello Kitty Town. Satu keluarga yang masuk akan diberi satu lampu untuk main game kat dalam tu. Oleh sebab saya sensorang, maka lampu tu saya conquer sensorang. Takde nak berebut dengan orang lain. Hihi. (sebab tu la main game hampir fail :D )







Konon-konon Hello Kitty dan boyfie dia, Dear Daniel kena culik. Pastu kita ni laa kena selamatkan depa. Ada beberapa bahagian dalam game ni yang memerlukan kita cari huruf tersembunyi dalam kawasan Black Wonder ni, dengan huruf pertama dan terakhir ditentukan. Jadi, lagi 3 huruf lain, kenalah susun sendiri. Di pintu keluar Black Wonder ni, bila nak serahkan balik lampu ajaib tu, staf dia akan tanya kod tu. Kalau dapat betul, dapatlah sijil. Hihi

And YES, I managed to arrange the code and got the certificate for securing Hello Kitty and Dear Daniel. Hihi



Dapat B aje keputusan keseluruhan, sebab masa memula masuk tu tetiga soalan gagal dijawab dengan betul. Hihi. Takpe takpe, asal dapat sijil.

Selitan :


Insaf tak? Permulaan itu penting, namun ketahuilah bahawa sesungguhnya pengakhiran itu lebih penting :)
(poin utama sebenarnya : Sila follow saya di Twitterrrr. mihihihihi )

Okey, kembali pada topik.

Hello Kitty House

Tempat ni tempat yang paling menggilakan saya. Daripada ruang tamu, bilik mandi, dapur, bilik tidur dan ruang bersolek, SEMUANYA berbarangan Hello Kitty. Kyaaaaaaaaaaaaa!!


















Menarik sangatttt kan? So don't blame me for going insane when I stepped into Hello Kitty House ;3

Selain daripada tempat-tempat ni, ada juga sesi meet & greet, perarakan dan nyanyian daripada watak-watak kartun Sanrio. Memang menarik! Saya suka parade, sebab nyanyian dan tarian dia sangat friendly. Sempatlah tengok 2x! :D Siap bulih shake hand dengan Hello Kitty lagi. Ai is hepiiiiii ! :)))


Pukul 4, Kak Tie datang jemput dan sempat merewang sekejap kat bawah. Tangkap-tangkap gambar, gegalok sikit dan masuk souvenir shop kat bawah. Mahal siaaaaaa. Mampu beli wrapping paper sehelai rega MYR3.90 demi mendapatkan plastic bag Hello Kitty. Siap request mintak yang besar lagi. Over betei. Hihi

Sebelum bertolak meninggalkan HKT, sempat solat jamak di surau bawah tu. Selesa bhai. Surau dia sejukkkk. Cuma toilet laaaa. Patut banyakkan sikit bilangan tandas, sejajar dengan ramainya bilangan pelawat. Geytuh ;D

So that's how I ended my journey to the lovely Hello Kitty Town. Tak menyesal. In fact, I'll say that I will regret if I do not go. Sebab nanti dah tua esok-esok memang taklah nak masuk tempat cenggini. 19 will be a nice age for me. Hihi

Satu nasihat ikhlas kepada sesapa yang nak menziarahi HKT ni, anda sangat digalakkan bawa die hard fan Hello Kitty sahaja, sebab kalau tak, anda akan bosan. Kalau anda bukan peminat Hello Kitty, tak payah aa masuk. Unless la ada orang belanja, just grab the chance. Hihi. Kalau yang dah dewasa tu, bulihla bawa anak-anak jenjalan masuk sini. Yang perempuan masuk HKT ikut mummy, yang lelaki naik tingkat 2 dan 3 jumpa Barney, Pingu dan Thomas bersama daddy ya. Geytuuuuu :D

Bagi hard dan big fan of Hello Kitty, berbaloi sangat bayar MYR50 untuk masuk tempat ni. You gonna be crazy with all the Hello Kitty stuffs and items which are everywhere to be found there. Tak terasa rugi melayangkan sekeping note 50 tu di kaunter. Duk dalam tu, jangan nak berputus asa beratur. Abaikan orang yang ramai dan barisan yang panjang, just enjoy the moment :)

Balik HKT, Kak Tie bawa saya ke JPO. Shopping lagi. Aherherher

Special thanks to Kak Tie dan Abang Naim for making me to be there, dengan izin ALLAH, alhamdulillah. Tanpa izin ALLAH, kesudian Kak Tie dan Abang Naim, serta kebenaran dan sokongan kewangan daripada mak dan ayah, serta sokongan khas daripada Kunah, Abang Mat dan Kak Nori sekeluarga, I won't be there. Thanks for making my dream came true. Thank you. I love youuuuuuuuuuuuuuuu! :D



Hello Kitty and Dear Daniel, hope to see you guys again. Manalah tahu, in another 10 years, I come again with my kids. Geytuuu. Aherherher :)

Thanks ALLAH for the chance given. Alhamdulillah :)

Sekian, wassalam.

p/s : Sekadar rekod - I took 5 days to complete this longgg post! Entri ni yang panjang, atau skil berbelog saya yang makin tumpul. Haih. 

4 love letta(s):

anis zainal said...

comelnya ~~

^_^

Maryam Kamal said...

^^

:D

Hunny Kitty said...

peminat tegar hello kitty datang melawat n follow anda!

M Kamal said...

I feel honored :)

yeay. selamat bergeng Hello Kitty! :D