Thursday, December 6, 2012

Hari bertemu Fiq dan YYA Outing Day.

Assalamualaikum wbt.

Janji dengan bebudak YYA nak pegi ambil transkrip di CFS pada 5 Disember. Tapi, 4 Disember lagi dah selamat sampai di PJ, dan ber'setinggan'lah di UM, bilik Sapiqah :D

Sampai di UM lebih kurang 4 pm ++ , masa tu Fiq ada kelas. Kelas dia sampai 7pm, tapi dia akan berhenti solat asar kejap. Kemudian, menerawang sekitar UM. I didn't know which paths I took, then suddenly I ended up in front of Pekan Buku. Bhahaha. Jalan sensorang start daripada Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, kemudian jumpa Fakulti Pendidikan, kemudian jumpa Muzium Seni. Ke depan sikit, jumpa Perpustakaan Za'ba, lampu hijau aje lintas jalan bersama mahasiswa UM lain, then jalan sikit, turun tangga sana sini, jumpa Pekan Buku. Hihi :D

These are couple of pics of UM :)




Lepak situ sampai Fiq datang jemput dengan payung, sebab bumi UM yang tadinya hangat dipancar sinaran mentari, kini basah dibasahi hujan rahmat Ilahi. Wah, gitu! xD

Lepak kat surau Fakulti Bahasa untuk tunggu Fiq habis kelas, sempatlah merehatkan badan yang penat berjalan. Ceh. Haha. Fiq habis kelas, solat dan kemudian kami berdua jalan kaki balik kolej Fiq. Jauh siaaaaaa. Semput mak. Haih. Then, pegi pasar malam Seksyen 17 yang sebelah CFS tuh. Jalan kaki jugak. Huks. Kalaulah ada meter kat badan ni, entah berapa kilometer dah perjalanan hari tu boleh dicatatkan.

Sampai pasar malam, cuci mata kejap, kemudian terus meneruskan misi beli target ; nugetto dan sotong goreng Arisan.


Kemudian sempat sambar T-shirt Hello Kitty enamhengget sehelai, beli air dan terus gigih turun tangga ke bus stop, sebab bas dah menunggu. Sebbaik sempat naik. Tapi tambang daripada depan Jaya One sampai KFC yang secoet tu singgit bak hang. Gaya macam daripada CFS nak pergi Stesen U. Cis. Tapi takpe ah. Singgit je. Hewhew

Sampai depan KFC tu, jalan balik kolej Sapiqah, jauhhhh hoi. Dahaga, tapi TERbeli pulak air asamboi perasa buah nila. Masam pelik woi. Sampai bilik, terus bukak mulut, sumbat Arisan dan cendol Fiq beli. Kenyang membuntal, berehat jap. Teman Fiq jumpa kawan dia (yang rupa-rupanya kawan sekolah rendah aku) , belajar Bahasa Arab sikit (maklomla Sapiqah di amik Lughoh di UM tuh), sesi rawatan kepala (Fiq kena paksa picit kepala aku yang memberat) sambil curhat (Fiq meluahkan apa yang terpendam dan terendam di sanubarinya), sesi berkenalan dengan roommate Sapiqah bernama Shai berasal dari Kulim mengambil kos Pengurusan Bisnes, dan barulah sesi mengislahkan diri yakni mandi dan solat.

Paksa Sapiqah bukak buku, sebab beliau kata kena revise sikit, dan lepas bermanja-manja sikit (euw) dengan beliau, dah terlelap. What a longgg day! Hari 4 Disember tu, saya tidur jam 3.30 pagi, bangun jam 6.30 pagi, dan tak jumpa dengan bantal sehinggalah ke saat saya mencecahkan kepala ke bantal di atas katil Sapiqah pada saat jam sudah menginjak ke jam 1 pagi 5 Disember. Haih.

Esoknya, bangun solat Subuh, dan kiok balik. Jadinyaaaaa. Bhahaha. Jam 9 pagi baru sedar diri balik, memandi dan bersiap sebab janji dengan bebudak YYA pukul 10 di CFS. Setelah berpeluk-pelukan dan bertangisan di dalam hati bersama Sapiqah, dengan satu lambaian gudbai, maka berjalanlah meninggalkan kolej Fiq menuju ke CFS Taman Ilmu dan Budi. Jalan kaki lagi! Kekanak YYA ; Mira, Bella dan Waniey yang naik bas daripada Mid, dah pun menunggu di postguard. Sebbaik takde Rohaizat si pakgad kegemaran. Kalau tak, ada yang nak kena sepukan balas dendam.


Nak masuk CFS pun dah kena pakai visitor card. Kena bagi IC, baru bulih dapat visitor card. Rasa macam tap tap air mata mengalir syahdu. Baru sebulan lebih meninggalkan CFS, ni bila nak masuk CFS balik, dah kena jadi pelawat. Tsk tsk.


Lokasi pertama di CFS, UKC. Bersarapan nasi lemak anney. Jumpa roomies terchenta, Salwaniey dan Syaera, jejak kasih sekejap. Salwaniey sempat sampaikan gosip pemergian anney UKC yang kini tiada. Katanya dipecat. Lepas beliau takde, makanan makin murah dan sedap. Heh. *gosip aje ya*

Lepas tu, ke A&R Dept kami menuju, tempat transkrip hikmat boleh diambil. Tapi depan pintu lagi dia tempek, transkrip yang diwar-warkan keluar mulai 4 Dis, ditunda hingga 18 Dis. Cis. Tapi dengan semangat waja seorang srikandi lah sangat  , pintu AnR tetap ditolak. Masuk situ, Bella tanya sesikit pasal enrollment ke Gombak bulan 1 ni, pastu tanya pasal transkrip.

Bila cakap daripada Kelantan naik PJ untuk ambik transkrip, akak tu kata bulihla tolong printkan sehelai untuk budak jauh ni. Jadi, daripada empat orang yang datang, hanya seorang dapat transkrip. Weehehehe *ibu jari tunjuk pada diri sendiri*. Biasalah, daulat presiden YYA :D


Lepas tu ke ATM, sedut duit. Berpeluk-pelukan dan berbual mesra dengan rerakan yang masih amik shortsem, pastu mulalah berangkat meninggalkan CFS, menuju ke Lembah Tengah :D Dalam pada waktu menunggu MetroBus nombor 12, kejadian tidak mahu dilihat berlaku di depan mata. Apa dia? Crush lalu sambil pimpin tangan gelpren dia? Heh? Bhahaha. Tak ah. Nampak kucing kena langgar, pastu mati, pastu kena lenyek sampai penyek. Faham x? Euw. Seriau memikirkannya.

Cerita dia, kucing kaler coklat keemasan ni nak lintas jalan. Tapi jalan tu banyak kereta sangat. So, dia lintas sikit, dia patah balik, 2-3 kali macam tu, memang kau sengaja nak bunuh diri agaknya, kucing. Memula kaki kena langgar, melompat dia kejap. Lepas tu dalam terhincut-hincut mencari tempat selamat, badan dia pulak kena. Terlentang di jalanan, ucapkan kata-kata kembalimu pada Tuhan, duhai kucing. Kami tinggalkan CFS dan kucing yang mati itu dengan linangan air mata dan bulu roma yang masih enggan duduk.

Ok, tammat kisah kucing.

Sampai Mid, terus naik GSC, konon nak tengok showtime. Sekali tengok queue sampai depan MekDonel bak hang! Rabu kan, tiket murah. Maka orang pun ramai. Sengal aje. Maka, takde lah nak tengok Life of Pi ke, Twilight ke. Takde dah semua tuuuu. Tsk tsk. Turun MPH jumpa Fikry, ahli YYA yang keahliannya digantung 3 bulan sebab takde nombor Presiden YYA dalam Samsung S3 baru dia. Cis. *marah lagi*

Jalan sana sini, last-last masuk Dubu-Dubu, konon nak try makan deobbokki dia. 4 orang makan, dua hidangan aje. Ddeobbokki dengan peon jae (ke hape nama dia) dengan citron tea dan peach tea. Makan sikit-sikit bulih laa. Nak kenyang dengan benda tu memang tak laa. Bantuan Fikry digunakan untuk menghabiskan makan benda tu ;D Makan dua hidangan + dua air tu pun dah dekat MYR40 bak hang! Siaaaa je. Dahla muka receptionist tu ala Javanesse, tapi ucap 'annyeonghasayo' . Nak gelak kejap. Bhahahaha :D

Lepas tu, budak Fikry, Afham, Bella dengan Mira merengek kelaparan nasi. Jalan punya jalan, sampai naik tingkat 1.. Tetiba Afham kata nak makan Kenny. Sepuk karang. Kenny tu kalau lempar batu daripada Dubu-Dubu tu pun tingkap Kenny wajib pecah. Ni dah jauh ni, nak kena patah balik. Haih. Maka, dengan kuasa veto presiden, aku suruh budak-budak kebuluran tu aje pegi makan dulu, aku dengan Waniey yang sudah kebuntalan ni, akan meneruskan misi ke Daiso yang baru dibuka di Mid Valley ni. Ha. Lupa nak cakapppppp! Daiso Japan baru dibuka di Mid. Tingkat atas sekali, siap dua tingkat lagi kedai di bak hang. Walaweh.

Saya suka Daiso Japan sebab Daiso Japan menjanjikan bebarang Hello Kitty yang cukup comel pada saya pada harga yang murah setanding dengan kualitinya yang bagus. Terima kasih, Daiso. *sekian, iklan.*

Lepas beli barang sikit, kami berdua pergilah mencari empat budak tu. Masuk Kenny tu dorang sengih pelik. Gegelak. Eh, apehal ni? Bella duk gulung spageti dia aje. Afham dok kuis salad dia aje. Mira dok kupas kulit ubi kayu bermakaroni dia. Fikry aje selamba melantak, tapi masih gegelak geli. Lepas seminit dua, baru depa bukak cerita.

Hmppphh. Rerupanya transkrip aku yang duduk dalam paperbag Bella terkoyak sikit. Pastu Bella buat suara nak pohon simpati. Cis. Tapi takpe lah, sikit aje. Lagipun, sekurang-kurangnya aku dapat transkrip, korang takde :P Bella nak tumpangkan dalam paperbag dia pun dah cukup cun. Mihihihi. Lepas tu baru depa makan dengan tenang. Eh, tak jugak. Sebab ada aje dua mulut extra yang duk menggatai nak tumpang makan. Order sendiri taknak. Heeee xD





[ gaya Bendahari YYA ]

Lepas makan, gi solat. Pastu menerawang sana sini. Budak lelaki berdua tu pegi cari kerja. Budak perempuan berempat ni pergi cari kedai mana yang nak masuk menghabiskan pitis. Haha. Window shopping sahaja. Maklomlah, dah takde elaun ;D Lepas tu, Fikry dan Afham dah panggil. Nak balik. Nego punya nego, last sekali semua empat beradik perempuan ni naik kereta Fikry. Afham balik naik KTM sensorang. Bhahaha :D

Balik tu, dah almost 6 kot. Lepas Isyak, Kak Tie ajak pegi rumah Abang Mat, hantar Kunah. Mungkin hari ni akan ke Johor. Oleh sebab Kunah x ikut, maka kena letak Kunah rumah Abang Mat. Sebelum sampai di Puncak Jalil nun, sempat singgah Jusco Equine. 9.36 pm, semua kedai dah macam nak tutup. Salesman salesgirl semua dah muka toya, dengan ekspresi muka 'jangan masuk kedai kami dah, nanti kami kena tutup lambat' . Bhahaha. Tapi ada aku kisah? Jusco Equine ni best! Memula masuk D.I.Y, beli tootbrush holder. Lepas tu masuk Daiso lagiii. Yaaaaaaaaaa, Daiso lagi. I love Daiso! hihi. Beli lagi. Kemudian, pegi Popular. Perempuan Lindungan Kaabah macam menarik. Tapi tunggulah Popular buat sale 20% aku beli yaa. Masuk Jusco, ingat nak sambar jugak jaket Orange atau Chics Avenue, tapi macam tak berbaloi. Sebbaik sempat istighfar. Hihi

Maka, baru beransur ke rumah Abang Mat. Bergomol dengan Iqbal dan Ikmal, 11 lebih baru balik dan 12 am baru sampai rumah. Buat megi, lepak-lepak dulu. Kemas baju nak ke Johor, dan tidur pukul 3 pagi, bhai. Haih, Rosak dah biological clock aku nih :(

And today, tunggu Kak Tie balik sekolah dan Abang Naim balik ofis. Weeeeeeee :D McScha yang dah berada di Hello Kitty Land di Johor nun dah call, menempik-nempik di telefon, sebab dia kata kegirangan dia nak jelaskan banyaknyaaaa items Hello Kitty di HKL tu, tak bisa dirungkaikan dengan kata-kata. Gituuuu. Haha. Eeeeeeeee, tak sabaw nak pegi jugak! xD

I've been through long days these nowadays. So far I enjoy them well, alhamdulillah.

Fiq, sorry menyusahkan. And thanks for the whole night you spend with me :)
YYA, thanks guys! SERONOK!

Looking forward to great days in Johor, insha ALLAH :)

Wallahu'alam, wassalam~

p/s : Walaupun tak join YYA Outing Day, Raihana si Biro Dakwah tetap dalam ingatan. hewhewhew ;D

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template