Sunday, November 11, 2012

Romantiknya ALLAH :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi yang gelap, kini sudah terang :)

Tadi pagi, saya agak swing sikit moodnya. After some small incidents happened, my good mood changed. Huks.

Then, just now, I saw this.


Dush. Rasa tepat kena muka.

Huks. Cerita di sebalik semua ni, biarlah saya simpan dalam kotak Pandora saya sahaja. (Pandora tu apa? Sort of box of secrets :D )

Nampak tak romantiknya ALLAH kat sini? ALLAH tahu saya down, mungkin on the things that I should not be. Maka, ALLAH salurkan kebenaran melalui pelbagai medium. Ada jugak hikmahnya teknologi berhubung masa kini. Facebook, Twitter dan Blogspot nampaknya memang menjadi antara wasilah saya mendapat ilmu baru.

Peringatan ALLAH tu ada di mana-mana. Kita manusia ni yang perlu bijak bertafakkur dan bertadabbur. Bukankah tanda-tanda kekuasaan ALLAH itu boleh dikesan melalui 'observation', yakni melihat ciptaan ALLAH, juga 'reading', yakni dengan membaca Kalamullah?

Pernah rasa tak, anda down sesangat. Then tergerak hati nak baca Quran. Main selak randomly aje surah memana dan baca. Kemudian bila baca tafsirnya, rasa macam... Eh, ALLAH ni bercakap dengan aku ke? Sebab apa yang dibaca dan ditafsir tu, kena benar dengan situasi yang anda alami.. Pernah tak?

Saya pernah! :')

Masa tu, hati memang kacau bilau. Tak silap saya, masa tu musim exam final baru-baru ni. Hati tak menentu, jiwa tak tenteram, fikiran kusut.... Kemudian, lepas solat, capai Quran macam biasa. Belek-belek, terbukak surah Ar-Ra'ad.... Maka bacalah muka surat tu, kemudian hayati maknanya.

Sampai di tafsiran ayat 28, tetiba jantung berhenti berdegup sekejap. Kata-kata tu sangat menusuk, masuk ke dalam qalbu yang tadinya gundah-gulana.

Firman Allah: "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28) 

Semerta, dah boleh senyum macam biasa. Tak henti-henti ucap alhamdulillah pada ALLAH, for giving me right advise at the right moment.

Rupanya ALLAH nak saya ingat Dia. Sebab Dia tahu, hati yang kacau-bilau, jiwa yang tak tenteram... puncanya.... lupakan Dia lah, kan? Mungkin yaaa. Yelah, kalut stadi untuk exam, pengabdian kepada ALLAH mungkin berkurang. Heh, Maryam, Maryam....

Tu yang paling sweet :) Ada jugak masanya, bila masa tu tengah ada masalah sekian sekian, tetiba jumpa artikel di FB, serupa benar dengan masalah yang sedang dihadapi. Comelnyaaa cara ALLAH nak pujuk hati yang tengah rawannn :')

Pendek kata, yakinlah dengan ALLAH. Pastikan kebergantungan kita hanya dengan Dia. Kerana Dia yang menciptakan segala sesuatu, maka Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu itu.

Di kala hatimu gusar,
kembalilah pada Penciptamu.
Pasti tenang akan bertamu di hatimu.

Namun jangan lupakan Dia
Tatkala hatimu bahagia.
Itu ingkar namanya.

Salam ingatan untuk Ilahi :)

Wallahu'alam, wassalam.


P/s : Special thanks to Omey (@faiz_akmal23) for retweeting something right at the right moment for the right person. That @KitewwSentap tu pun, terima kasih for tweeting something like that.

My most gratefulness, of course, goes to ALLAH, for creating such ways for the words to reach me, right at the moment I really need that. Thank you, ALLAH :')

2 love letta(s):

-akuadalahaku- said...

hehehe tq kak yammm...btw omeyyy bru wat blog kuang4(nak jugekkkkk)

Maryam Kamal said...

phewit. Omey buat beloggg :D

menulis yang real aje tau Omey. jangan nak membebel pulak kat situ :D

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template