Thursday, November 15, 2012

Klise.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sambutan Maal Hijrah semalam disambut dengan ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Pasir Mas. Ramaiii orang datang, penuhnya masjid membawa sampai ke tangga, malah khemah juga penuh. Muslimin muslimat ada yang kena solat atas jalan tar berlapikkan sejadah. Rezeki penjual yang memenuhi jalan-jalan berhampiran masjid juga rasanya lebat. Kebanyakan gerai yang saya lawati selepas ceramah, air rasanya sampai kering tong, makanan sampai licin dulang. Alhamdulillah :)

Nah, nasyid serta lirik lagu Maal Hijrah. Best kan, nasyid ni? :)


Tapi yang tak cantiknya, usai habis ceramah dan majlis tamat, masing-masing mula pulang ke kediaman masing-masing. Taaapiiii, sampah sarap memenuhi jalan, terutama gelas-gelas air dan plastik-plastik makanan. Pemandangannya sangat tak cantik! Buat sakit hatii. Kemain aje kau pergi kuliah agama, tapi bila balik, sampah kau buang merata-rata. Tak guna weii. Kata Islam. Kata kebersihan sebahagian daripada iman. Hah, cemana?

Ok, itu sangat klise. Kemain cakap tung tang tung tang, tapi benda sekecil ni kau tak boleh jaga. Kalau dah reti makan minum, retilah buang dengan beradab. Kau tak nak kereta kau kotor dengan sampah, kalau jalan kotor takpe pulak? Haih. Tolonglah. Imej Islam di tangan penganutnya. Ni mungkin benda remeh bagi kau, tapi benda remeh ni la yang tak mustahil dijadikan isu besar oleh agama lain untuk merendahkan martabat Islam.

Yang kedua.... Semalam saya pergi ke ceramah tu tanpa bawak buku nota, tapi sempat capai telefon. Saja, nak tangkap gambar orang yang ramai. Alang-alang ada aplikasi memo dalam telefon, saya gunakanlah sebagai tempat untuk mencatat isi-isi penting ceramah UAI. Khusyuk saya menaip. Ada ketikanya, bila ustaz berlelucon, saya berhenti menaip. Bila ustaz serius menyampaikan poin-poin penting, segera saya taip. Khusyuk...

Malangnya saya perasan beberapa mata yang memandang dengan riak yang tak puas hati. Mungkin mereka itu ingat saya ni bermesej dengan rakan-rakan sambil mendengar ceramah. Saya tak mampu nak jelaskan hal itu, kerana klisenya memang begitu. Taaaapiii, jangan berfikiran klise jugak boleh tak?

Telefon sekarang dah ada macam-macam fungsi. Bukan hanya untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai kamera, perakam suara, radio, memo dan baaaanyaaaakkk lagi. Maka, bila tengok orang yang pegang telefon, tak semestinya dia tengah text orang. Mungkin juga dia baca tafsir iQuran Pro. Atau mungkin juga sedang tonton video ceramah. Atau tak mustahil tengah dengar zikir Hafiz Hamidun. Atau boleh jadi tengah dengar segmen Ustaz Muhadir di IKIM. Atau mungkin tengah baca nota-nota hasil daripada ceramah dan talaqi yang dihadiri. Tak mustahil semua itu, dengan telefon.

Mohon jangan klise sangat fikiran tu. Kata nak kreatif. Kata nak kritis. Kata nak berfikir di luar kotak. Maka, amalkanlah selalu. Cara yang paling berkesan : berfikir melalui banyak cabang, dan pilih untuk percaya pada cabang yang paling positif. Pemikir yang hebat anda dah jadi, hati pun senang sebab sangka baik dengan orang. Kan seronok.

Sekian, bebelan hadil ceramah Ustaz Azhar.

Menyentuh sedikit tentang ceramah ustaz, topik yang dibicarakan terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama, Ustaz rujuk kitab dan bercerita tentang malaikat. Sesi kedua, sesi soal jawab. Oleh sebab Ustaz tiba jam 8 malam, ceramah 2 jam lebih-lebih, maka Isyak penduduk Pasir Mas yang berjemaah di Masjid Bandar Pasir Mas ialah lebih kurang jam 10.30 malam :D

Basically, Ustaz tak adalah bercerita secara detail tentang Awal Muharram atau Maal Hijrah. Ustaz cerita secara general dan menyentuh semua topik yang dibangkitkan. Alhamdulllah, di sebalik gelak tawa hasil jenaka ustaz, masih ada ilmu yang sempat masuk. :)

Jazakallah kher, Ustaz Azhar Idrus,

Wallahu'alam,w assalam~

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template