Monday, November 12, 2012

Bersalin kulit.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah mengalami tak kisah di mana seorang manusia yang mulanya baik, tapi lama-kelamaan beliau mula berubah sedikit demi sedikit? Takdelah berubah jadi jahat, tapi as time passes, dia dah tak sebaik dia yang dulu.

Baik tu, dalam skala 'alim' laa.

Kalau lelaki, dulunya dia mungkin seorang yang berkopiah lengkap berserban, berjubah dan rantaian tasbih melilit di jemarinya.




 Sekarang, kopiah entah ke mana, jubah berganti jeans dan telefon pintar yang kini berada dalam genggamannya.

Kalau perempuan pula, dulunya bertudung labuh lengkap berstokin, malah bersarung lengan. Yang lebih dahsyat, bersarung tangan dan berpurdah.




Sekarang, tudungnya menyingkat ; mungkin daripada tudung labuh ke tudung bawal bidang 60, atau daripada tudung bidang 60 ke bidang 45, atau daripada tudung labuh ke pashmina/selendang, tapi masih tergolong dalam piawaian syarak (labuh menutupi dada), masih lagi berstokin, dan sarung lengan pula dipakai ikut kelabuhan lengan pakaiannya.

Kalau anda lah, apa yang anda kategorikan pada orang sedemikian?

Tetambah lagi, lelaki atau perempuan tu merupakan orang berpengaruh di sekolah dahulu. Contohnya, presiden badan dakwah, atau ahli badan disiplin sekolah. Tapi semenjak menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi, cara pemakaian mereka berubah.

Jika anda, tuduhan apa yang anda lemparkan pada mereka? Jangan tipuuuu. Pandangan anda pada mereka yang 'bersalin kulit' ni pasti berubah, seiring dengan perubahan mereka. Kannnn?

Sebagai pelajar sekolah agama, saya hampir muak dengan cerita sebegini. Tak saya nafikan, semasa bergelar pelajar dahulu, bila dengar cerita tentang senior-senior yang 'bersalin kulit' tatkala menjejakkan kaki di IPT, saya tak lepas daripada memandang jelek kepada mereka. Saya persoalkan keutuhan tarbiah Maahad yang diterap selama 5 tahun, takkan boleh goyah semudah itu?

Namun, bila melangkah keluar daripada sekolah, dan menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi, saya mula mengerti.

Hakikatnya, konsep menutup aurat dalam Islam cukup mudah. Semua anggota badan wanita adalah aurat, kecuali muka dan telapak tangan. Tudung pula, ini dalilnya ;

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka. (Surah An-Nur,24:31)

Atau, ini ;

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 


Secara asasnya, tudung hendaklah labuh menutupi dada. Pakaian pula hendaklah tidak jarang dan tidak ketat, serta labuh menutupi apa yang seharusnya ditutup. 

Jadi, sebenarnya, bertudung labuh, berjubah besar, bersarung lengan sebenarnya merupakan 'langkah-langkah keselamatan' demi memastikan aurat benar-benar tertutup. Bahkan, ramai yang lebih selesa begitu sebenarnya. 'Langkah-langkah keselamatan' ni istilah Arabnya ialah tahsin - yang bermaksud untuk mencantikkan/memperelokkan. To beautify the order of ALLAH. 

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah cara menutup aurat secara asas. Justeru, bila mereka yang selama ini labuh pakaiannya, namun mula 'bersalin kulit' selepas beberapa ketika, saya mohon jangan dipandang mereka dengan pandangan jelek. 

Anda tak melalui apa yang mereka lalui. Mungkin bi'ah atau persekitaran mereka tidak sebaik bi'ah anda, yang membolehkan anda kekal tanpa bersalin kulit, namun mereka terpaksa menyalin kulit mereka. Tambahan pula, persalinan baru mereka tidak dihalang syarak. Persalinan baru mereka masih selari dengan apa yang ALLAH gariskan di dalam Al-Quran. Kalau ALLAH membenarkan, siapa kita manusia untuk menghalang? 

My point is, don't degrade people. Tu bukan keje kita. Being judgmental is also not a part of our jobscope as human. Paling baik, doakan mereka sentiasa dilindungi ALLAH, dan kalau tak nak jadi macam mereka yang 'bersalin kulit' tu, doalah, supaya anda dihindarkan daripada menjadi sedemikian rupa.

Jangan jadi jumud. Jangan jadi ektremis. Asal kau pakai tudung labuh dan jubah, kau nak pandang enteng pada orang yang tak berpakaian macam kau. Jangan jadi tak mulia macam tu. Kalau perangai dan pemikiran kau macam tu, benarlah dakwaan sesetengah pihak, bahawa labuhnya tudung dan besarnya jubah kau tu dah menghalang kau berfikiran terbukan dan optimis dengan orang.

Saya tak adalah nak mempertahankan golongan 'bersalin kulit' ni, meski diakui, saya juga boleh dikategorikan dalam si persalin kulit. Kenapa? Kerana bi'ah saya di UIA tak sama seperti bi'ah saya di MMP. Benar, UIA itu universiti Islam. Tapi ingat, tak semua penuntutnya merupakan pelajar lepasan sekolah agama. Jadi, ada masanya saya perlu pandai mengikut waktu. 

Kalau ke talk atau ceramah, wajarlah pakai tudung labuh yang biasa saya sarung. Tapi kalau keluar dengan teman-teman yang berlainan fikrah, keluar pula ke tempat yang agak sosial... Jadi, kalau saya teruskan dengan tudung labuh saya itu, tidakkah saya akan mencemarkan imej sahabat yang bertudung labuh? Solusinya mudah. Saya tetap menutup aurat dengan tudung bawal bidang 60, dan ini sekaligus membuatkan teman-teman selesa. Tak adalah mereka rasa awkward. Justeru, senang, bukan? Saya masih lagi menutup aurat dengan sempurna, dan rerakan pun berasa selesa. 

Jangan dakwa orang melulu. Anda yang masih kekal bertudung labuh sehingga hari ini, maka saya ucapkan tahniah. Saya cemburu dengan bi'ah anda. Mungkin anda dikelilingi rerakan sefikrah yang akan membantu anda untuk kekal bertudung labuh. 

Anda tidak lalui apa yang si persalin kulit lalui. Anda tak tahu apa yang berlaku pada persekitarannya. Dan anda tak tahu, mungkin 'persalinan barunya' lebih baik, kerana asasnya, dia masih menutup aurat dengan sempurna, kan? Dan siapa tahu, di sebalik luarannya yang berubah menyingkat, hubungannya dengan ALLAH sebenarnya kian erat?

Dan jangan bongkak dengan labuhnya tudung anda itu. Kerana tiada siapa mampu menduga apa yang terjadi pada hari mendatang. Siapa tahu, giliran anda untuk bersalin kulit pula akan tiba!

Semoga kita semua dicekalkan dan dikekalkan hati untuk terus berusaha menutup aurat sesempurna mungkin. And lastly, don't judge people, if you are also a people.

Betulkan saya jika anda rasa pandangan saya salah :)



Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template