Monday, November 5, 2012

4S ; Siti Sabriena Syahiirah Salwaniey.

Asslamualaikum wbt.

Tanggal 24 Oktober, tamatlah kisah pengembaraan ilmu di Center for Foundation Studies (CFS) IIUM Petaling Jaya. Insha ALLAH, kalau tiada aral melintang, akhir Januari nanti saya dan Sabriena akan ke Gombak, melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula.

Kenapa saya dan Sabriena aje? Kenapa tidak Syahiirah dan Salwaniey sama? Sebab asasi mereka 2 tahun. Saya dan Sabriena, alhamdulillah 1 1/2 tahun. Kami cepat 1 semester aje daripada budak berdua tu :)




Mengimbau kenangan, ni gambar kami berempat yang diambil setahun setengah yang lalu. Masa tu, kami masih lagi penghuni bilik 901, sebelum berpindah ke 236. Ini merupakan outing pertama kami berempat sebagai roommates :)

Setahun setengah. Setahun setengah kami tinggal bersama. Kongsi suka-duka bersama. Tapi jujur saya katakan, sem pertama bersama mereka lebih seronok, memandangkan kami hanya punyai kami sesama sendiri, di saat masih lagi tidak kenal dan rapat dengan rakan sekelas. Oh ya. Untuk makluman, kami memang ambil kos sama ; undang-undang. Tapi kami semua tak sekelas :)

Hari demi hari kenal budak bertiga ni, makin banyak benda yang disclose. Mereka juga kata, hari pertama kami semua kenal, they thought that I was a way talking toooooooo much. Very talktive. Haha :D Well girls, by now, you should know that talking is my talent :)

Gembira? I can say that most of the time with them, I was being happy :) Alhamdulillah, nikmat berukhuwah.

Gaduh? Tipulah kalau tak ada. Ada. Bertikam lidah. Berselisih pendapat. Kata nak jadi peguam, kan... So, adalah masa-masanya kami gaduh mulut nak menegakkan hujah memasing. Ada masanya kami terasa hati sesama sendiri. Nama lagi manusia, kan. Tapi sebenarnya dengan gaduh ni lah buat kami makin rapat. At least, kita boleh tahu apa yang kawan kita tak suka. Gaduh pulak, jangan gaduh lelama. Tak bayek. Bilik di UIA tu tak adalah besar mana yang kau nak pergi masam-masam muka sampai berminggu-minggu. Berjam-jam pun lama rasanya. Dan, adat berkawan, tak bulih sensitip. Kawan baik sebaik manapun, dia tetap manusia. Bulih buat salah silap. Maka, jangan expect yang tinggi-tinggi melebihi kemampuan dia. Terima kawan anda seadanya dia. Dan, jadi diri sendiri. Jangan hipokrit. Geytuh. *dah kenapa jadi penasihat akhlak mulia pulak aku neh? :D *

Sedih? Mesti ada. Momen paling kukuh di ingata, bila kami berempat reramai menangis masa dapat tahu arwah ayah Brien dah takde. Saya ada buat entri pasal tu. Even dengan hanya membacanya aje rasa nak menangis golek-golek, because I vividly remember what we did during that moment. Kitorang dah terlalu banyak kali ketawa bersama. Jadi, bila sekali-sekala kesemua empat-empat kami menangis, benda tu macam... unforgetable. Semoga roh Encik Latif tenang di sana. Al-Fatihah.

Terlampau banyak benda yang saya belajar daripada mereka. They actually know me better than my other close friends. Yeah, mereka bertiga ni aje tahu saya tidur cemana, mandi cepat ke lambat, spend masa dengan apa, basuh baju berapa kali seminggu, pakai sehelai T-shirt selama berapa hari.... sebab all those things I did when I was in my room with them. Jadi, mereka tahu saya susah nak tidur kalau lights off. Mereka tahu saya pemandi yang cepat. Yes, pemandi. Bukan pemandu. Ini bukan typo. I really am a quick bather. Dan diorang tahu bila masa saya study, bila masa saya layan Running Man. Saya basuh baju ikut mood, 2-3x seminggu dan sehelai T-shirt mungkin untuk 1-2 hari. They know me. You, if I didn't state this, you won't know, kan? Actually, banyaaakk lagi yang mereka tahu tentang saya, tapi anda tak tahu ;)

They taught me, adat dan adab berkawan. Jangan nak berkira dengan kawan, nanti kawan pun berkira dengan kita. Makan, ajak diorang sama. Bila bukak jajan, kongsi ramai-ramai. Jangan mengunyah sensorang aje. Belajar berdiplomasi dan berkompromi. Kalau anda spesies yang tak boleh tidur dalam gelap, sila tidur awal. So that, bila orang lain nak tidur dan tutup lampu, anda dah hanyut di alam mimpi. So you will not even realize that the light is off, sebab anda dah lena. Belajar kongsi barang. Kawan pinjam selipar kau, kau pinjam baldi dia, dia tumpang katil kau, kau tumpang meja dia. Give and take. Jangan nak cepat terasa hati bila kawan lebihkan kawan yang lain depan anda, sebab mungkin depan kawan yang lain dia akan lebihkan anda pulak. Jangan nak tak adil layan kawan. Layan sama rata aje. Berkawan kan kerana ALLAH :)

Banyak, kan?

Tu belum kira bagaimana Salwaniey ajar saya cuci kipas, bagaimana Syahiirah ajar saya pakai bedak sejuk, bagaimana Sabriena ajar saya kemas baju dalam luggage. Benda-benda kecil, tapi penting. Yang takkan dijumpai ajarannya di jalanan, mahupun di dalam kelas. Hanya dalam kamar yang kami kongsi aja.

Saya tahu, ada kemungkinan lepas ni kami berempat akan renggang. Yalah, dah tak sebilik. Sekelas pun tidak. Jadi, mungkin ukhuwah ni akan lerai sedikit ikatannya. Tapi saya mohon pada ALLAH, agar jangan leraikan terus. Saya tiada halangan jika kekawan saya ini mahu berukhuwah dengan insan lain, sebab saya yakin ALLAH sudah rancangkan yang terbaik untuk kita semua, DIA temukan kita dengan insan yang kita boleh ambil 'ibrah daripadanya... tapi mohon agar jangan dileraikan terus tali ukhuwah kami. Mereka terlalu berharga untuk saya hilangi.


Salwaniey ; semoga ALLAH terus permudahkan jalan anda menujuNya. Jangan lupa tarik aku sama! :')

Syahiirah ; senyum sokmo! Manalah tahu, lesung pipit anda akan bertambah dalam dan menawan ke... ;D

Sabriena ; ALLAH tak pernah janji hidup ni senang. Tapi DIA janji akan dekat dengan kita, jika kita mendekatkan diri denganNya. Jom? :)

Semoga ALLAH memberkati kita semua. Semoga ALLAH merahmati kita semua. Semoga ALLAH menyayangi kita semua.

Sahabat, terima kasih untuk secebis kenangan yang bernilai sejuta pengajaran. Maaf atas segala silap, halal segala-galanya.

Kita bertemu kerana ALLAH, ayuh berpisah juga kerana Dia. Yakinlah, dengan izinNya, kita akan dipertemukan semula. Jika bukan di dunia, akhirat kan ada? :')

Semoga ALLAH ikatmatikan hati kita, melalui alunan doa Rabithah yang kerapkali kita aminkan bersama. Aamiin.


Wallahu'alam, wassalam.

p/s : The thing I miss most to do with u girls is ; solat jemaah. Berebut-rebut nak iqamat, sebab tak nak jadi imam. Lepas solat, si imam akan zikir, dan cuit makmum berdekatan untuk doa. Lepas aminkan doa reramai, salam peluk cium minta maaf bagai. ALLAH. Rinduuuuuuuuuuuuuuuu :')

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template