Saturday, August 25, 2012

A mom.

Bismillahirrahmanirrahim.

It's Shawal. So, happy celebrating Eid Al Mubarak, bloggers :)

Bila raya menjelang, tidak dapat tidak, ibu merupakan insan terpenting. It's not that masa lain beliau tak penting, tapi sometimes, at the other time, I can handle some of the chores even if she is not around. Tapi kalau Raya, and she is not around, just one wordd to describe. CHAOS.

Saya dah lama memerhatikan benda ni. Mak insan yang paling bersungguh-sungguh bekerja. Walaupaun kerja-kerja mengemas kami anak-anak dah buat. but still sometimes mak akan turun padang jugak untuk supervise kerja-kerja kami. Yelah, sementara tunggu kek di dapur masak, sempat lagi mak jenguk kami. Tegur apa yang nampak jelik di mata seorang ibu.

Kemudian beliau akan ke dapur pula. Menyelesaikan urusan memasak juadah untuk tetamu. Bila tetamu datang pulak, mak sehabis daya menghidangkan yang terbaik. Kata mak, tetamu datang bawa rezeki untuk kita. Jadi, kenalah layan elok-elok :)

Kadang-kadang, dek kerana penat beraya, kami anak-anak tertidur tanpa sempat mengemas dengan sempurna. Dahlah tidur awal daripada mak, dan mak bangun lagi awal daripada kami, lepas tu bangun esok pagi, semua dah settle. Mak dah kemas semua. Whoa.

Ada jugak saya terfikir, mak ni ahli magis ke? Mak ni bionic woman ke? Mak ni tak penat ke? Tapi mungkin itulah kudrat ajaib kurniaan Ilahi kepada seorang ibu :)

Semalam, saya dijadualkan bertolak ke KL jam 7 pagi. Jam 4.30 pagi lagi mak bangun, nak buatkan kek lapis kegemaran saya sebagai bekal di PJ nanti. Dahlah malamnya tidur lambat, pepagi lagi dah bangun. Haih. Mak mak...

Anak-anak mak ada 5. Selama 19 tahun ni, pernah jugak terasa.. Mak sayang dia tu dia ni lebih daripada sayang saya.. Tapi mak pernah cakap, anak-anak ni takkan tahu kasih sayang mak ayah pada anak-anak, sehingga anak-anak sendiri jadi mak ayah.. Masa tu, mengertilah saya.. Anak-anak pada mata mak ayah sama aje. Takda lebih takda kurang.. Anak-anak je rasa lain, sebab depan anak A, mak ayah lebihkan B.. Depan anak B, mak ayah puji si A pulak.. Ye lah, takkan nak puji depan-depan selalu. Nanti memggemuk dengan pujian pulak anak-anak nih.

Selalu saya letakkan diri di tempat mak. Rasanya, kalau saya di tempat mak, saya gagal. Nak jaga hati suami, nak puaskan kehendak anak-anak, cucu-cucu, dan insan sekeliling.. Diri sendiri dah selalu jatuh ranking ke belakang.. Bukan prioriti lagi dah. Haih.


Mak, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Halalkan semua ya mak, dari hari pertama mak mengandungkan adik sampai sekarang. Dah 19 tahun 2 minggu usia adik. Terima kasih banyak mak, untuk segalanya. Semoga ALLAH memberkati mak dan ayah. Semoga panjang umur dan sihat tubuh badan. Izinkan adik rasa susahnya nak jaga mak, sebagaimana mak rasa susah nak jaga adik dulu. Doakan adik dapat peluang dan kekuatan untuk itu :')

Kepada akhowat yang berniat nak kahwin awal, silakan :) Tambahan pulak, bulan Shawal ni kan sunat kahwin ;) Tapi, muhasabah diri dulu. Bernikah bukan hanya untuk sehari dua. Bernikah bukan hanya untuk menjadi isteri si dia. Tetapi untuk menjadi ibu kepada generasi baru, menjadi menantu kepada generasi lama, dan menjadi insan sekeliling yang memberikan contoh yang baik kepada masyarakat. Kalau rasa diri tak mampu lagi jadi ibu yang baik, jangan kahwin lagi.

Saya selalu hilang sabar dengan kenakalan Iqbal dan Ikmal kebelakangan ni. Dukung Irham dan Hawwa' lepas sepuluh minit pun dah lenguh. Nak layan Abdullah main ball dan kejar-kejar pun cepat rasa penat. Ciri-ciri keibuan langsung tak ada! So, Maryam... tak boleh kahwin lagi :D

Sekian, Salam Aidilfitri 1433H.

Wallahu'alam, wassalam~

p/s : Pasal amalan sunat di bulan Shawal tu, yakni kahwin .. Sumber rujukan : SalwanieyNikLah :D

4 love letta(s):

wannursabiha said...

selagi tak kawin, tak tahu la mcm mana nak jadi ibu. so kalau nak pengalaman cepat, kawin cepat2 ye. tak sabar nak tgk kau jadi 'mak'. :p for sure, kau kawin dulu dr aku sbb kau kan gatal! :p

Selamat hari raya. Maaf zahir&batin sayang.

wannursabiha said...
This comment has been removed by the author.
Azriff Aziz said...

selamat hari raya,, :) nak kawen, bujet still kabur2.hehe

#nice music background, rasa macam nak tido dah..huhu


~~~~~~~~~azriff dot com~~~~~~~

Maryam Kamal said...

Bie, sengall. kan dah bgtau, ciri2 keibuan xcukup lagi. haha :D

Eid Mubarak jugak. Maaf zahir batin, halal semua2 ya :)

Azriff Aziz, bajet kabur? kalau BM, kabur tu maknanya tak jelas. kalau bahasa Indon, kabur tu lari. bajet yg mana ni? :D

apa2 pun smg dimurahkan rezeki dapat bajet yg jelas dan statik :D

BGM tu? sleepy sangat ke? sorrryy but I enjoy the song very well :D

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template