Monday, August 6, 2012

17 Ramadhan, Nuzul Quran, Gua Hira' dan Dunia Hari Ini.

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Masih diberikan peluang olehNya untuk menikmati 17 Ramadhan 1433H. Nalhamdulillah :')

17 Ramadhan, tanggal bersejarah dalam Islam. Wahyu diturunkan buat kali pertama kepada Habibullah Mustafa, Muhammad SAW di Gua Hira'.

Cer bayangkan, tengah dok sorang-sorang, tetiba rasa kena peluk dengan kuat. Suara pulak berbunyi, suruh buat benda yang kita tak tahu. Yalah, Rasulullah SAW kan seorang ummi, yakni buta huruf.

Hah. Bercakap pasal ni, jangan rasa down ke, inferior ke, bila penghulu kita, Nabi Muhammad SAW ni buta huruf. Tu memang keistimewaan yang ALLAH bagi pada baginda. Sebab, cuba fikir, kalau Rasulullah bukan ummi, dan boleh membaca serta menulis dengan baik, siapa nak percaya kalau baginda kata Al Quran yang baginda sebarkan tu daripada ALLAH? Sedangkan baginda ummi pun orang tak percaya, dan masih ada yang tuduh baginda make up stories dan reka Al Quran!

Nabi kita disifatkan tidak boleh menulis dan membaca sebab baginda akan diberikan Al-Quran. Jadi, logiklah kan? Kalau baginda tak boleh menulis dan membaca, bagaimana baginda nak hasilkan Al-Quran, sedangkan baginda ummi? Maka, tidak boleh dipertikaikan lagi dah, yang Al-Quran memang milik ALLAH. Bukan ciptaan atau karangan manusia.

Tambahan pulak, Bahasa Arab Al-Quran sangat indah, hingga orang Arab sendiri tak mampu menandinginya. Jadi, mustahillah seorang yang buta huruf, nak mencipta sebuah karya agung yang mempunyai tahap penulisan yang hebat, kan?

Justeru, orang Islam, takmo pelik-pelik dah, kenapa Nabi Muhammad SAW ni buta huruf. Ya, benar. Mungkin baginda tak ada official education level, tapi ilmu baginda tetap tinggi. Dan yang pasti, maqam baginda SAW di sisi ALLAH SWT takkan mampu diganggu gugat oleh sesiapa pun, hatta orang tu pemegang ijazah dalam 18 kos, atau ada MBA dalam 12 kos, atau ada PhD dan pangkat profesor berjela-jela pun. Titik.

Okey, kembali kepada topik :D

Bila Rasulullah ketakutan tu, baginda segera pulang ke rumah dan meminta zaujah terchenta, Khadijah menyelimutkan baginda. Datang pula wahyu seterusnya, surah Al-Mudatsir, yang sudah terang lagi bersuluh ditujukan kepada baginda, yang sedang berselimut.

Begitu sekali ketakutan yang dialami Rasul ALLAH ini.

Selain tu, bila cerita pasal penurunan wahyu di Gua Hira' ni, teringat pulak zaman dulu kala, tak adalah dulu kala sangat, adalah dalam dua tahun lepas.. Pada usia 17, masih muda remaja, masih kuat semangat, saya daki Gua Hira' tu sorang-sorang pada malam hari. Sorang-sorang as in mak dan ayah tak ikut. Ahli rombongan saya yang lain, semuanya berkeluarga dan masih belum memulakan pendakian. Mutawif entah ke mana. Maka, saya mulakan pendakian dengan niat yang ikhlas, mahu merasa lelah baginda mendaki Gua Hira' untuk menerima wahyu.


Ngeri. Gayat. Lelah.

Meksipun sudah disediakan tangga-tangga batu untuk kemudian pendaki, rasa gayat tu tak hilang. Bila memikirkan bagaimanalah baginda mendaki gua ini suatu ketika dulu, yakni tanpa bantuan tangga, hanya memanjat di celah batu semata-mata, tanpa ada lampu pelita, gelap bertemankan bulan semata-mata.

Sampai di kawasan lebih tinggi, makin gayat! Makin saya ingat pada Dia. Sudahlah keseorang, kalau jatuh tergolek pun esok baru orang sedar kut. Teringat pula pada larangan ayah. Ayah kurang menyokong niat saya mahu mendaki gua ini, kerana menurut ayah, semua abang kakak saya yang ayah bawa menunaikan umrah, belum ada yang mendaki gua ini. Sedangkan niat mahu mendaki Gua Hira' sebagai satu aktiviti daripada umrah sudah saya tanamkan di Malaysia lagi. Sila rujuk sini : http://maryam-kamal.blogspot.com/2010/03/2-minggu-lagi.html

Saya teruskan pendakian, dengan setiap langkah yang saya buat, tak lekang saya bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Setiap nafas yang saya hela, tak lekang saya berselawat kepada baginda. Memohon kepada ALLAH, agar dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan untuk menamatkan pendakian.

Sampai.

Namun penat.

Insaf semerta. Baginda pasti lagi penat, kan?


Terus saya menuju ke satu ruang kecil. Beberapa lelaki Melayu berada di sekitarnya. Saya senyum pada mereka, dalam kepenatan. Mereka senyum kembali, dan bergerak sedikit. Memberi laluan, peluang dan ruang pada saya untuk menunaikan solat di ruang kecil itu. Terus saya dirikan solat sunat. Usai solat, saya tidak melepaskan peluang untuk menelek sebuah lubang kecil di situ.

Masya ALLAH.

Lubang kecil itu, jika diintai, akan mempersembahkan terus kepada kita pandangan kota Makkah! Kemudian, saya dimaklumkan bahawa di ruang kecil saya bersolat itu the exact place where the first wahyu was revealed. Dan lubang kecil itu pula, menjadi tatapan Rasulullah SAW jika baginda mahu melihat keadaan Kota Makkah dari Gua Hira' ini.

ALLAHUAKBAR!

In other words, saya sedang berada di tempat yang sebetulnya kekasih ALLAH, Muhammad SAW pernah berada? Saya solat di tempat yang sebetulnya baginda bersolat? Dan saya melihat kota Makkah melalui lubang yang sama pernah dilihat oleh baginda?

Hati berbaur. Sebak bercampur syahdu.

Sebak, mengenangkan ketiadaan baginda di sisi kita. Syahdu, kerana rasa syukur yang tak henti pada Ilahi, mengizinkan saya menjejakkan kaki di sini pada usia 17 tahun. Entah bila lagi saya akan ke Makkah, dan entah berpeluang entah tidak saya akan mendaki Gua Hira' lagi. Mana tahu, saat itu kecerdasan dan stamina saya tidak mengizinkan.

Usai saya bertafakkur, bunyi bising kedengaran. Rupanya rombongan yang bersama saya dari hotel tadi, baru tiba. Mutawif juga terkejut melihat saya sudah sampai. Dia ingatkan saya dah hilang, atau mungkin saya tak jadi mendaki. Bila tiba ramai-ramai macam ni, lelaki pasti akan conquer. Maka ruang kecil itu penuh dengan lelaki yang mahu solat sunat, dan nampaknya wanita yang serombongan dengan saya tidak berpeluang solat di ruang kecil itu.

ALLAH. Syahdu lagi dengan kemanisan ALLAH terhadap saya. DIA ilhamkan saya bergerak lebih awal berbanding orang lain, DIA berikan kekuatan untuk kaki saya tetap melangkah tangga-tangga curam, DIA izinkan saya masih dalam keadaan berwudhuk ketika sampai di ruang kecil itu, dan DIA beri saya peluang untuk melakukan apa yang kekasih baginda lakukan di situ suatu ketika dulu. ALLAH, sweetnya Anda! :')

[kat belakang tu ustaz mutawif. abaikan beliau :D ]
Moral of the story daripada perkongsian cerita pendakian Gua Hira' ini ialah, saya dapat merasakan betapa susahnya baginda lalui untuk mendapatkan wahyu Al Quran yang kita jadikan sebagai panduan hidup. Tanpa kesudian baginda bersusah payah, mana mungkin Al Quran wujud hari ini.

Kita pula. Sehari, berapa kali membaca surat cinta ALLAH itu kepada kita? Sehari, berapa ayat yang kita baca? Sehari, berapa kerat yang kita faham?

ALLAH. Sebak melihat dunia hari ini yang kian tunggang langgang, natijah daripada pengabaian Al Quran sebagai sumber utama rujukan. Hei manusia, apa kau ingat ALLAH turunkan Al Quran untuk saja-saja? Apa kau fikir Rasulullah menerima Al Quran untuk sia-sia? Inilah padahnya bila bertuhankan nafsu berkiblatkan dunia.

Masya ALLAH.

ALLAHUAKBAR.

Semoga ALLAH masih sudi melemparkan hidayah pada hati-hati gelap dan kelabu, meski sebenarnya salah manusia yang tidak menggunakan 'surat cintaNya' sebagai panduan utama.

ALLAH, bantu kami.
ALLAH, bimbing kami.

ALLAH, jaga kami sebaik-baik penjagaan.
ALLAH, peliharan agama kami, maruah kami, keluarga kami, harta benda kami, sebaik-baik peliharaan.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad SAW. Semoga kami mendapat syafaat baginda, aamiin.

Muslims,
selamat menyambut nuzul Quran.
Dan selamat mendalami Al-Quran.

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Bagi yang nak tahu kisah umrah saya, silalah rujuk archive pada tahun 2010, sekitar Mac dan April. Banyak update pasal umrah saya selitkan di sebalik kisah sebagai seorang calon SPM 2010 :)

♥ MaryamJamilahMdKamal♥

2 love letta(s):

qyqa mokhtar said...

Salam ramadhan cik yam..

untungnya umo 17 dah naik Gua Hira'

Doakan teman pon dapat p sana nanti InsyaAllah

Maryam Kamal said...

salam ramadhan jugak tiqah :)

nnti ang pi sana ngan laki ang naa.umrah ziarah kasih gitteww :D

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template