Saturday, July 21, 2012

Selamat bersara, mak :)

Assalamualaikum wbt.

Mak saya dijadualkan pencen pada 23 Julai 2012, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-56. Tapi oleh kerana mahu mengadakan majlis persaraan secara besar-besaran dan mahu menjamu orang makan, maka majlisnya diawalkan ke 19 Julai. 2 hari terakhir sebelum puasa ^^

Mak bersara sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SK Sultan Ibrahim (1). Mak pindah dari SK Sri Kiambang ke SK SIS dengan memegang jawatan Penyelia Petang. Awal tahun ini, beliau dinaikkan pangkat di sekolah sama, daripada PP menjadi PK HEM.

Alhamdulillah, lepas ni ayah dah ada teman :) Tak adalah lunch sensorang lagi dah :D

I'm very sure, jasa anda mendidik ribuan pelajar sejak lebih 30 tahun lalu pasti akan dikenang sampai bila-bila, insya ALLAH. 30 tahun mendidik anak bangsa, pasti pahalanya tidak terkira. Semoga ilmu yang bermanfaat itu terus menyubur dalam diri para pelajarmu, supaya pahalamu berterusan, ibu.

Terima kasih, menjadi guru pertama kepada kami, anak-anakmu.

Selamat bersara, mak.


Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Kepada yang tak sempat dijemput ke rumah kami pada Khamis yang lalu, maaflah ye. Terutama kawan-kawan saya yang rapat. Bukan apa, tak sempat sayang ooi. Telefon entah ke mana, facebook petang baru buka. Tu yang lambat post invitation di group FB. Sorry. Nanti aku kahwin, sure aku jemput :D

♥ MaryamJamilahMdKamal♥

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template