Saturday, July 14, 2012

Nur Khadijah Hawwa' : Welcome to the world, sayang ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

3 Julai 2012,
Jam 5.30 petang, waktu Malaysia.
KC 236, CFS IIUM.
Perbualan telefon antara saya dan mak.

Mak : Yam, Kak Aimi dah bersalin. Anak perempuan!

Saya : Iya? Alhamdulillah. Bila? Ijat call ke?

Mak : Tadi dia call. 3.30 tadi dia telefon bagitahu ke hospital. Just now dia call bagitau dah selamat bersalin dah.

Saya : Wohhoo. Alhamdulillah :)

***

Maka, begitulah. Tanggal 3 Julai menyaksikan Abdullah Fathi akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang kedua pada 5 Julai bersama adik baru :)

Abang sayar, Izzat dan isteri, Kak Aimi, selamat menerima amanah baru daripada Ilahi. Seorang puteri, Nur Khadijah Hawwa' nama diberi :) 3.5kg dan dilahirkan pada petang waktu Malaysia, Mungkin pagi waktu Mesir. Alhamdulillah.

Hawwa', cucu perempuan pertama dalam keluarga Hj Md Kamal dan Hjh Asiah Harun. Balik Malaysia cepat ye, sayang :)


Semoga membesar sebagai solehah ya sayang :) Semoga haruman hawwa'mu mewangi di taman Islam, insya ALLAH. Allah memberkati setiap nafasmu, aamiin (",)

Dengan kehadiran Hawwa', anak saudara saya dah jadi 5 orang! :)
Lepas ni, bila jenjalan, bolehlah tengok aksesori kanak-kanak perempuan. Dah ada Hawwa' untuk diberikan semua tu. Tak adalah Ben10 je xD

Hakeems, ready with your female cousin.
Abdullah, semoga jadi Along yang baik, aamiin :)

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Sorry for the late update. Today is 14th July. Hawwa' is already 11 day-old :D

2 love letta(s):

ifazs said...

congrate for your 'new baby' :D

Maryam Kamal said...

terima kasih, Acik Effa :)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template