Wednesday, July 18, 2012

:: Mentaati Pemimpin ::

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Mendapat tawaran untuk menghadiri program yang sepatutnya 3 hari, namun dipendekkan menjadi 3 jam. Siapa tak nak, kan? Duduk 2 jam lebih dalam dewan pun rasa hangat je seluruh jiwa raga, apatah lagi kalau 3 hari. *nasibbaik*

***

"Bertukar pemimpin bukanlah suatu janji bahawa negara akan menjadi lebih baik."

Ambik kau, intro pun dah menyampaikan mesej keseluruhan program yang pastinya mempunyai agenda tertentu. Haih.

Tengah-tengah majlis tu tak payahlah nak cakap, 'kami bukan nak cakap pasal politik' , kalau intro encik berdua pun dah macam ni.

"Fahaman politik yang salah membawa kepada perjuangan yang sia-sia."

Hmm, politik ya?

"Pemimpin merupakan anugerah ALLAH kepada sesuatu masyarakat."

Anugerah? Drama Indonesia Anugerah tuh? :P

"Ketua yang mengambil harta lebih baik daripada fitnah yang tidak henti-henti."

Hmmm.

"Bila seseorang pemimpin dilantik, wajib dia ditaati, sama ada suka atau tak, selagi pemerintahannya tidak melanggar syariat ALLAH."

Yang ni, setuju. SELAGI TIDAK MELANGGAR SYARIAT ALLAH.

"Pemimpin yang sesuai, pemimpin yang bersifat kuat dan amanah."

Kuat? Mungkin. Amanah? Pun mungkin. Tiada jaminan.

[quoted] "Aku berjemaah dengannya di dalam solat, meskipun dia orang tidak baik, kerana dia solat ; melakukan perkara yang baik. Di luar solat, bila dia berbuat jahat, itu urusannya dengan ALLAH."

Allah dah cakap, inna solata tanha 'anil fahsyaa i wal mungkar.

Solat mencegah kemungkaran. Solat, tapi kemungkaran berleluasa?

"Kalau nak tegur, tegur secara berdepan. Bukan di alam maya."

Ehheh. Kang kalau kami straight pergi Putrajaya nanti ada pulak yang tulis dalam paper pasal orang mengamuk bagai. Haih.

Nak tegur berdepan? Dapat tengok beliau face to face pun nasib baik. Nak masuk dekat? Uish. Tak boleh. VVVVVVVVVVIP tuuuu.

***
Sesi Q&A.

Soalan 1) Bolehkah derhaka pada pemimpin untuk menegakkan Islam?

Jawapan : Tidak boleh. Jika ada pemimpin yang tidak mengamalkan Islam dengan betul, wajiblah menasihati dia terlebih dahulu. Tapi itu tanggungjawab siapa? Alim ulama'. Bukan kerja kamu ; pelajar.  Kalau alim ulama' tak nasihat, mereka yang berdosa. Bukan kamu.

Soalan 2) Pemimpin manakah yang mahu diundi? Bersih & adil, atau corrupt & zalim?

Jawapan : Mana kamu tahu dia corrupt? Mana kamu tahu dia rasuah? Tuduh menuduh tak baik dalam Islam!

Soalan 3) Pasal isu ISA. Pemimpin yang zalim, macam mana tu?

Jawapan : Mana kamu tahu tahanan dalam ISA tu diseksa dengan zalim? Panel lalu menceritakan tentang seorang lelaki kacak yang dibuang negeri hanya kerana pemimpin pada zaman itu takut maksiat akan berlaku dengan adanya lelaki itu di negara tersebut.

***

Encik Berkopiah, dan Encik Graduan MC IIUM 8 tahun yang lepas,
kami tak minta pemerintah kami sampai menjalankan hukum hudud di Malaysia untuk memenuhi kehendak kami, meskipun hudud itu wajib kepada negara Islam.

Kami cuma minta benda basic saja. Kalau kalian pertaruhkan Quran dan Sunnah dengan kami untuk menyedarkan kami supaya mentaati pemimpin, tolong gunakan hujah dan dalil berdasarkan sumber yang sama untuk sedarkan 'mereka' hukum-hakam ALLAH yang asas dan jelas.

 Yang corrupt, rasuah tu memang kami tak tahu.

 Tapi kalau terang-terangan dedah rambut, tak tutup aurat, pergaulan bebas berlainan jantina meski sesama pemimpin, acanor tu, encik?

Benda basic je tu. Yang lain toksah kacaulah, takde didedahkan bukti jelas mereka melakukan corruption, terima rasuah. Tapi yang kes ni memang jelas depan mata. Kasilah hadiah selendang sehelai pada Datin Seri kita.

Kalau hadis pasal pemimpin ni ada banyak sangat, sampai kalau semalam cakap memang takkan habis, rasanya hadis pasal perempuan dan aurat pun banyak, kan? Mungkin boleh buat kelas Hadis dengan mereka yang berkenaan.

Come on.

Macam Encik Kopiah cakap, bila nak belajar, jangan dengar cakap ustaz je. Rujuk buku. Maksudnya, ada sumber sampingan. Bukan percaya 100% pada kata-kata seorang manusia.

Begitu juga kami. Do you expect us to absorb everything that you say? Kami ada sumber rujukan yang memang banyak. Dan itu yang mengganggu kami untuk menerima semua kata-kata encik berdua semalam.

Akhir kalam, once 'mereka' yang berkenaan tu dah diajar dan mengamalkan benda basic tu, datang semula ya, bagi talk pada kami. Mungkin kami boleh terima masa tu.

Semoga sukses dalam menyedarkan mereka, sebagaimana encik berdua cuba untuk kononnya menyedarkan kami.

Wallahu'alam, wassalam.

♥ MaryamJamilahMdKamal♥

p/s : Terima kasih bagi refreshment. Alhamdulillah :)

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template