Sunday, June 10, 2012

Taaruf Week 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt :)

Whoa. 2 minggu jadi committee TaWe, 2 minggu jugak belog tak terupdate. Haih, busy sangat ke jadi committee, Maryam? Eheh. Dak aihhh. Saja takmo update :P

Alhamdulillah, Jumaat lepas, tamatlah episod Taaruf Week 2012/2013 neh, dengan jayanya :) Sekadar buat tatapan pada masa hadapan, izinkan saya bercerita serba sedikit tentang pengalaman menjadi salah seorang committee TaWe ni.



Induction course yang kami hadapi seminggu sebelum bermulanya TaWe sangat membantu, terutamanya spesies yang baru nak bergiat dalam bidang ke-committee-an macam saya ni :) Team building banyak diterapkan, supaya kami boleh bekerja dan menggembleng tenaga sebagai satu pasukan.


Alhamdulillah, saya ditakdirkan menjadi sebahagian daripada keluarga Biro Publisiti dan Protokol. Kerja kami takdelah banyak mana pun. Rasanya, seimbang sahaja kerja dan rehat. Cuma mungkin adalah beberapa ketika tidur tak cukup, makan tak ikut masa, minum pun tercekik di kerongkong. Biasalah, adat bekerja ^^


Mula-mula join PubPro, segan meyhhh. Sebab ada sorang dua senior yang saya dah jumpa banyak kali dalam beberapa program sebelum ni, tapi tak rapat. So, bila nak kena bekerja bersama-sama, saya rasa awkward. Tambah pulak, sebelum ni tak pernah bercakap, ni tetiba nak kena berbincang bersembang bagai. Masalah saya ialah bagaimana saya nak panggil mereka?

Kalau sisters, senang je. Panggil akak. Brother nih.. Haila. Nak panggil brothers, skema sangat! Nak panggil nama aje, rasa tak sopan. Nak panggil abang, uhuk-uhuk. Tersedak. Justeru, nak panggil apa? Dan sampai ke hari ini, masalah ini belum selesai :D Saya taram je panggil mereka apa-apa.

Panggilan tu satu hal, nak bahasakan diri pulakkk. Nak guna ganti nama apa? Saya-awak? Saya-anda? Saya-brothers? Aku-kau? Kita-kamu? Eheh. Seriau kejap. Maka, suka-suki je berborak tanpa guna ganti nama apa-apa.

Sebab tu la, wahai brothers dan sisters, saya tak banyak cakap sangattt. Sebab saya tak selesa dan rasa awkward. Ampun maaf ye. Bukan sombong, bukan berlagak. Tapi segan. Maaf maaf maaf!

Tapi kira okeyla kan, sebab sekarang ni dah boleh berkomunikasi di alam maya. Group PubPro di FB pun masih aktif dengan ahli-ahlinya yang tak pernah jemu mengelike dan mengomen :)

Ketua PubPro ni sebaya dengan saya. He is Muhammad Zaidan bin Roslan and he is AEDian. Manakala Assistant Head pulak, oghe Pasir Mas kito, Sis Nur Amnah bt Duniya ; kanak-kanak BAR. ;)

Tugas PubPro ni kebanyakannya masa sebelum Taaruf Week. Kitorang kena buat signages dan posters. Itu sahaja. Kalau semasa TaWe pula, hanya majoring in CFS Song. Kemudian, usher parents. Tu pun only during registration days. Lepas tu, hari-hari seterusnya, kami jadi minor je kepada biro-biro lain. Kan senang tuuuu :D



Ahli Pub Pro adalah seramai 35 orang,19 sisters dan 16 brothers :) Dengan rendah hatinya, saya nak sebut nama sorang-sorang bersama sedikit mesej kepada kalian :

Zaidan : Terima kasih kerana menjadi head bureau yang sporting dan easy going. Maaf ye andai kata ada perbuatan @ perkataan saya yang membuatkan anda xpuas hati sepanjang menjadi ahli Pub Pro.

p/s : terima kasih jugak sebab belanja wedges, and : Kak Farhanah kata anda cute :D

Next, kita teruskan dengan sisters dulu ya. Ladies first, gentlemen ;)


Amnah : Ohh Amnahku sayang :) Stay on being comell ye :) Nanti dah jadi MC yang femes suatu hari nanti, jangan lupakan Maryam eyh :))))



Maryam Azman : Kembar! :) Terima kasih bagi Mentos dan pinjamkan charger SE. Terima kasih sebab selalu melekat dengan saya. Terima kasih sebab sudi jadi The Maryams dengan saya. Terima kasih, kak wea dio weiii! Nanti kita gi makan Tutti Frutti di Kubang Kerian ye :)


Princess : Krik krik! :D Princess, nak Mentos?? Teeeheee :D Terima kasih ye, selalu tolong MJ tangkap gambar :))



Shikin : Terima kasih sebab selalu senyum. Keep on smiling! Er, pinjam Samsung Galaxy tu boley takkk? hehek :D



Rus : Nanti lepas ni, tamao pakai tudung kaler nila dah eh. Nak putih je. Lepas ni jumpa MJ, jangan lupa peace yawww :D

Hanisah : Hanisahhhhh! Jumpa MJ di KC lepas ni, tegur2la. Jangan malu jangan segan meyhhh :)))

Ilma : Wahai Ilma Syawati, boleh panggil Ilma, I.L.M.A, yang balik awal, nanti kena belanja kami semua KFC. Denda sebab balik awal! heheh :D

Fatin : Dah, jangan nak ejek I.L.M.A lagi dahhh. Tak baikk tauuu :)

Adlin : KAK Adlin, banyakkan minum air masak dan susu. Air masak untuk pulihkan sakit tekak anda, demi mengembalikan suara seksi anda. Susu pula untuk tumbesaran :D Btw, selamat ber-fairytale di AGD MeLex yeee :)


Nazihah : Jangan sedih2 tak exit BI. Bukan tak exit, belum exit je. Insya ALLAH, this sem exit lah. Chill ye :))

Timah : Awak awak, maaf ye. Awak tinggalkan nasi kat bilik kita, pastu bila awak ambil balik, nasi tu dah basi. Walaupun bukan saya yang membasikan nasi tu, tapi oleh kerana proses kebasian itu terjadi dalam bilik saya, maka tidak dapat tidak saya rasa bersalah. sorry ye :D Timah dah bagi KFC kat Amnah kan? Timah tak makan sendiri kannn? heheh :D



Farihah : Maaf ye, kita tak banyak cakap dengan awak. Segannnn =,=' Tataw nak cakap ape. Ampunnn :D Btw, jumpa lepas ni tegur-tegurla ye :)

Kak Jiha : Terima kasih kerana menjadi co-photographer. Terima kasih selalu back up dan suruh saya buat itu ini. Kalau akak xsuruh, saya tak tahu dan tak buat. Maka, terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat :)


Kak Madiha : Auwww Kak Long kiteee :) Smg sukses dalam bidang radio akak tuuu. Radio ape ek? Lupa meyhh. Radiography eh? Ampunn ya kalau salah :D Terima kasih sangat-sangat sebab selalu tegur dan betulkan kami adik-adik yang masih kekurangan ilmu :)

Kak Aina : Akakkkk. Tak sempat saya nak bagi kat akak gambar akak berdua-duaan dengan adik akak. Alahaiii. Saya tempek kat sini je la yeee :) Btw, maaf ye andai kata ada gambar-gambar yang akak tak berkenan. Akak alergik gambar ke? :D


Kak Farhanah : Akakkkkkkkkkk, terima kasih bagi saya sedut banyak benda daripada hardisk berjasa akak ituuu. Maaf ye buat akak menunggu lama :) Dan terima kasih jugak, sebab akaklah insan yang menge-add saya ke grup PubPro :)

Kak Suhaiza : To be frank, masa saya mula2 tahu nama akak, saya teringatkan Memey Suhaiza. perghhh, nama sama gituuu. Tapi akak lagi cun daripada beliau, jangan risau :D Kak Su, maaf ye kalau saya tak banyak cakap dengan akak. Saya gementar kalau nak bercakap dengan orang cantik nih. Auwww ;)

Kak Hakimah : Cik sekretari! :) Terima kasih ye, guide MJ masa buat plan of action ari tuh. Kamsahamnida! :)


Okkay, habis sisters. Brothers pulak :)

Husni : Aku tengok ko ni, kadang-kadang comel, kadang-kadang scary :D Btw, terima kasih sebab selalu buat aku gelak. Ko memang ohsome! :)

Jerri : Serius aku konpius dengan ko. 5 tahun sekolah kat Kelantan, dan 14 tahun di Kajang, tapi Kelantan ko sangat fluent. Ke ko ada masalah identiti? Haha. Btw, terima kasih sebab bagitau aku pasal budak AED yang muka sama macam aku tuh. Nanti kalau ko jumpakanlah kitorang. Nak jugak tengok muka dia :) Btw, Jerriiiiiii. Maaf ye pasal mesej laptop ari tu. Hidup-hidup aku ingat tu nombor Arip, tu yang aku suh ko bawak laptop. Sorry ya, communication disorder di situ.

Dan terima kasih jugak, selalu bacakan doa rabithah :)

Kamal : Mula-mula aku tengok muka ko, sungguh aku taktau yang ko berperibadi kelakar. Aku ingat ko ni garang, tapi tidak sama sekali. Memula aku takleh adapt dengan lawak-lawak ko yang kurang genius tu. Tapi lama-kelamaan... Terima kasihlah sebab buat lawak macam tu. Ko tak pernah gagal buat aku gelak walaupun dengan hanya tengok muka kau :P


Ariff : Wahai encik berkasut putih, terima kasih menjadi pengarah photography kami. Maaf ye kalau ada salah silap, termengumpat termengata :D Semoga imej Maher Zain luput daripada ko, dan mencipta imej Ariff Ar-Razi yang original :)

Fikrie : Wahai head unit SpeTa, ampun maaf dipinta andai kata ada perbuatan dan perkataan aku yang buat ko tak senang. Kelik Kelate pahni, bulihla gi make nasi kerabu goreng di Kube Bembe nuhhh :D


Aiman : Er. Aku tataw nak kata apa. Mintak maaf la kut :D Sorryyyyy, sumpah aku speechless.

Nasrullah : Er, memula aku ingat ko senior. Muka anda sangat matured. *tepuk tepuk, bak kata Kamal :D Then bila aku tengok ko pakai baju batik biru, kemudian aku sedar, kita sebaya. Oleh sebab nama ko panjang sangat, aku tataw nak panggil apa. Nak panggil Nas yang macam orang lain panggil, rasa macam panggil Abang Nas Melodi je. Nak panggil penuh, panjang sangat. Jadi, kalau aku tak pernah panggil ko tu, sorry la ye xD


Amirulhazim : Ko yang tolong kitorang unit SpeTa buat poster kan? Er, terima kasih untuk itu :)

Jack : Jackkk :) terima kasih sebab selalu angkut dan angkatkan makanan kita ke OR. Jasamu kukenang. Tanpamu, aku kelaparan. Eheh :D Maaf ye kalau ada gurauan aku yang terkasar. Sorrrrryy :)


Zikri : Aku penah dengar, Alin cakap ko Pengerusi Badar zaman-zaman sekolah menengah dulu? Benarkah? *muka musykil.


Yazid : Encik Yazid, saje la nak bagitahu, in case kalo ko xperasan, aku ade tulis biodata aku dalam buku ko tu. Er, maaf ye. Tulisan bunga-bunga, sebab aku ingat buku tu Kak Su punya. Lepas aku sign tu, baru aku tahu buku tu ko punya. Kalau awal-awal aku tahu, boleh aku tulis dengan tulisan Power Rangers, kasi macho sikit. Maaf la ye. Btw, aku terrbaik hati bagi alamat rumah aku tuu, maka silalah hantar kad ye. Kad raya boleh, kad bday pun boleh. Tapi paling dinantikan, kad jemputan kahwin.


Er, tambahan. Sebenarnya aku takut tengok ko. Muka garang semacam. Tapi aku tahu ko baik. Maka, sorrylah ye kalau aku kurang bercakap dengan ko. Takuttt :D Tapi aku tahu, muka garang hati kiut. Dalam hati ada taman. lalalalala~
:P

KM : Anda memang cool dan ohsome! :) Selamat maju jaya dalam bidang fotografi ye :)


Amin : Mula-mula kenal ko, aku setkan dalam kepala, aku kena buat baik dengan ko, sebab ko kawan baik Scha. HAHA. Maka, ko takkan pernah nampak sisi gelap seorang MJ :D Kalau TERnampak, janganlah bagitau Scha. heheh :D


And sebenarnya, aku segan jugak dengan ko. Maka, maaf ye kalau tak banyak bercakap dengan ko. Dan terima kasih, belanja air mineral yang sejuk lagi sedap masa malam CFS song kat UKC tu. Jazakillah :)

Brother Mawaddi dan Brother Syafiq : Ni bukan first time program kita sama-sama kan? Cuma ni program yang pertama yang buat kita rapat sikit :D Saya sebenarnya segan yang amat dengan kalian. Korang ni, dahlah stok DQ :D Seniors pulak tuuu. Maka level of segan saya terhadap kalian sangatlah tinggi.

Maka, sangat-sangat sorry kalau saya kurang mesra dengan korang. Segan yang amat. Sorry yaa.

Bro Mawaddi, terima kasih untuk montage yg ohsome :)


Bro Syafiq, nanti carigali dengan KM @ Arip semua gambar anda. Banyak jugak gambar anda yang ada dalam kamera saya :)


Kanak-kanak sebaya, nanti kita jumpa lagi bila sem ni dibukak ye.

Seniors, all the best untuk degree korang! :)


p/s : Maaf ye kanak-kanak, saya tak sempat nak cari gali gambar individu semua ahli pubpro dalam ribuan gambar yang ade. Bagi yang tader gambar tu, jangan risauuu. MJ ingat lagi muka korang, no worries :)
***
Ok, fine. Sangat panjang dah jadinya :D Semputtt nak membacanya. Sorry kanak-kanak :D

Konklusinya, saya dengan rendah hatinya, ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya sepanjang kita bekerjasama. Bukan dengan biro ini sahaja, tetapi juga keseluruhan biro dalam program TaWe ini.

Sebagai jurugambar amatur kelas bawahan, segala kesilapan semasa mengambil gambar diharap dapat dimaafkan dan juga segala komen membina sangat dialu-alukan :)

Terima kasih kepada kalian yang wujud dalam hidup saya sepanjang dua minggu ini. Each of u guys bring your own significant to me :) Terima kasih! :')

Kalau jumpa lepas ni, kalau tak boleh amalkan 5S yang kita belajar tu, sekurang-kurangnya janganlah lupakan 1S ni. Senyum :)

Sekian, wallahu'alam, wassalam.

...

p/s : Sekadar makluman tambahan = Kepada brothers yang add saya di FB, maaf ya. Saya belum bersedia menerima friends lelaki dalam friendlist saya. Semua friends saya dalam FB ialah perempuan, kecuali adalah saudara mara lelaki. Ni amalan sejak form 4 lagi. Maaf sangat sangat sangat! Nanti saya dah ready, saya yang akan add korang balik, insya ALLAH :) No offense ya :)

3 love letta(s):

AzRi ArMi said...

hambuii... hahlahaha eh aq orang tumpat lah snnye :)
tak sempat bagitauu...
aq mmg asal sane... cume femly aq je duk sini..kekeke... ic aq 03 taw dop kat tengh tu...hahaha

ifazs said...

adoii, ni karangan jenis berformat ke tak ? hehe, betul lah apa yang awak cakap. Kita akan rasa apa yang kira rase itu yang tebaik . apap apa pun , teruskan usaha . kawan sampai bila bila :D

Maryam Kamal said...

jerri, urgghhh. tu bukan lupa nak bgtau dah tu. tu mengade2 taknak bagitahu . huehh :P

effa, ni informal essay la :P

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template